July 15, 2010


Wakaka, akhirnya terkena juga dia...

Ini kisah penghulu punya ceritera. Kalau bercakap yang nak menang asyiklah dia saja. Tak kiralah pegawai atau kakitangan biasa, semua dibelasah dengan hujahnya. Almaklumlah dia ni rapat ngan orang berkuasa, tengoklah lagak dan gaya pembawaannya. Tu belum cerita bab gadget, rumah dan harta bendanya, kalau tak kenal mahu jadi musuh gayanya. Adapun Tok penghulu ni lulusan menara gading orangnya. Fine art tu jurusan pilihannya, part2 politiking ni dalam saku katanya, itulah pasal, ramai yg memendam rasa.

Suatu hari tok penghulu mendapat berita, jemputan merasmi majlis di mukimnya. Walaupun sekadar OKU audiennya, namun semangatnya berkibar macam bendera. Adapun kepada keraninya diarah melayar internet jua. Mencari info dan bahan berguna. Mengenai OKU dan berkaitan dengannya, dari sejarah hinggalah ke hak2 mereka. Tak cukup dgn itu, isu perundangan tu pun diselitkan jua, kira dah macam budak 'U' punya paper. Dua minggu jugaklah dia berusaha, akhirnya teks ucapan siaplah jua. Tak lupa juga dimasukkan pantun dan seloka, agar menarik dan tak bosan mendengarkannya. Adapun teks ini diulang membacanya, biar mantap isi dan tonasinya, sebutan dan nahunya, idgham dan izharnya.

Hari yang dinanti pun tibalah jua. Sang penghulu disambut bak seorang Yang Dipertua. Kompang dipalu, diarak bak raja. Gembira di hati janganlah carita, senyum ke telinga tak lekang sentiasa. Naik ke pentas tok penghulu dipersila. Teks di tangan digenggam tak pernah leka. Akhirnya tok penghulu dipersila dengan segala hormatnya, sambil tersengih, beliau membuka bicara. Teks panjang dan berjela2, kena dihabiskan setengah jam juga adanya. Segala bahasa dan gaya yang tok penghulu guna. Pantun gurindam pun tidak dilupa. Itu belum lagi body language dan facial expression dikira. Kira 'all out'lah dia berbicara.

Adapun si audien senyap sahaja. Bersuara tidak, senyum pun tiada. Mata berkelip dan kadang2 geleng kepala juga, buat tok penghulu cuak pula jadinya. Tibalah kini tok penghulu mengakhir bicara. Diberinya salam, tak bersahut pula. Tepuknya tangan pun lambat juga, buat tok penghulu tertanya2. Kepada pengerusi majlis tok penghulu bertanya, adakah gaya bahasanya terlalu berbunga. Ataupun salah cara penyampaiannya, sampai sorang pun tak berkata. Maka dijawab oleh si pengacara, "Ntahlah tuan, saya pun tak sangka, kalau2 mereka faham semua. Tapi satu saja saya nak kata, mereka semua ni, tuli adanya.""Ooo begitu kisahnya," ringkas aja penghulu menjawabnya. Padahal kawan lain dah keluar air mata, dek sakan ketawa, dalam hati sambil berkata;"Terkena juga dia akhirnya..."

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.