July 30, 2010


Final Call

Saya adalah anak sulung dalam keluarga. Bekerja sebagai kakitangan awam dan part time berniaga pada sebelah malam. Tidaklah mewah, tetapi bolehlah, alhamdulillah. Punya rumah dan kenderaan yang sederhana buat kami sekeluarga hidup sempurna. Yang penting, kami tak kebulur, anak2 dapat ke sekolah dan kami tidak meminta2.

Bila dah buat dua kerja ni, memang jarang saya punya masa lapang. Iyelah, waktu siangnya kerja di pejabat, petang balik rumah, dah kena bersiap2 nak berniaga pula. Memang jarang pulang ke kampung menjenguk emak. Suatu hari mak call, begini katanya; "Man, lama Man tak balik. Mak ingat sebelum bulan puasa ni mak nak buat kenduri arwah untuk bapak. Apa pendapat Man?" "Mak, Man mintak maaf sebab lama tak balik, tak melawat mak. Man sibuk sikitlah mak. Sekarang ni Man berniaga kat pasar malam. Pasal kenduri tu, memang baik cadangan mak. Sekarang baru bulan Rejab kan, nanti Man timbang2kan tarikh yang sesuai ye mak," begitu lebih kurang jawapan saya kepada emak. Mak diam saja, saya yakin mak faham. Iyelah, hidup di kota hari ini kalau mengharapkan duit gaji sahaja mana cukup kan?

Saya terus dengan kehidupan dan kesibukan saya. Kerja, berniaga dan segala rencamnya. Selang beberapa hari, mak telifon saya. Soalannya masih sama; "Man, kamu tak balik ke? Mak rindu nak tengok cucu2 mak. Kita pun masih tak putuskan pasal kenduri arwah tu lagi. Kamu baliklah minggu ni ye Man? Mak harap sangat." "Mak, Man minta maaf sebab tak call mak, Man tak sengaja mak. Sekarang ni Man kena buka gerai tiap malam. Bukan apa, bila Ramadhan menjelang, Man dah tak bukak gerai, Man nak solat tarawikh tiap malam. Man janji Man akan balik sebelum bulan puasa. Man janji mak," begitu janji saya kepada mak. Mak masih macam dulu, diam dan faham dengan keadaan saya. Begitu sekurang-kurangnya dugaan saya.

Isteri saya adalah orang yang paling rapat dengan saya. Dialah insan yang sanggup hidup bersusah susah dengan saya. Dan sememangnya Allah menciptakan wanita sebagai pasangan lelaki bukan dengan sia-sia. Dia sering mengingatkan saya mengenai janji saya kepada mak. Tetapi jawapan saya tetap sama, saya terikat dengan komitmen mencari rezeki. Lagi pula, saya sememangnya telah memohon cuti selama 3 hari sebelum Ramadhan menjelma.

Saya meneruskan kehidupan harian seperti biasa. Mak telifon saya lagi, bertanyakan perkara serupa; "Man, pulanglah Man. Kalaupun Man sibuk dan tidak mahu menemui mak, Man jenguklah pusara bapak. Mak betul2 mengharap." Dan jawapan saya,"Mak, Man tahu mak. Man tahu harapan mak. Man tak pernah lupa dengan janji Man. Man sudah mohon cuti pun selama tiga hari sebelum bulan puasa. Semuanya demi mengadakan kenduri arwah bapak. Lagipun mak, bulan Sha'ban masih panjang mak. Mak sabar dulu ye, Man janji Man akan balik. Dan Man tak pernah lupa janji Man." Mak cuma diam mendengar jawapan saya. Mengeluh tidak, menangis pun tidak.

Bagi saya reaksi mak menandakan mak terima jawapan dan alasan saya belum boleh balik menjenguknya. Kebetulan pula perniagaan saya betul2 menjadi. Pelanggan semakin ramai dan saya semakin sibuk.

Malam Rabu. Saya sibuk melayan pelanggan di gerai. Isteri dan anak-anak juga membantu. Meriah betul pasar malam kali ni. Dalam hati, saya amat bersyukur kerana ramai pelanggan, banyaklah beliannya. Bermakna saya bakal beroleh laba yang lumayan. Tiba2 handset saya berbunyi. Nombor Pak Cu tertera di skrin. "Ada apa ye Pak Cu panggil?" tanya saya dalam hati. "Assalamualaikum, Man, ni Pak Cu ni. Pak Cu harap Man sabar dan tabah dengar berita yang Pak Cu nak sampaikan ni," kata-kata Pak Cu buat Man berdebar2. "Waalaikum salam, insyaallah Pak Cu, Man serahkan segalanya kepada Allah. Kenapa Pak Cu, mak tak apa-apa kan?" terpacul soalan itu kerana hanya mak menjadi fokus saya ketika itu.

"Sabar ye Man. Berita ini memang mengenai mak. Mak dah tiada. Mak dah meninggal. Lepas Maghrib tadi lepas solat, mak kata dia pening kepala. Masa dia bangun nak buka telekung, entah macam mana kakinya tersandung bendul dan mak terjatuh. Kepala mak berdarah. Terus kami bawa mak ke hospital. Lepas sejam, doktor sahkan mak dah takde. Sabar ye Man, sabar...," sampai situ sahaja perkataan Pak Cu yang saya ingat. Pandangan saya menjadi kosong, sekosong fikiran saya. Dan hanya satu perkataan yang mampu saya ucap, "Mak!"

Isteri dan anak2 bergegas mendapatkan saya. Cemas. "Kenapa bang, kenapa ni?" isteri saya bertanya. "Mak, mak dah tak ada. Mak abang dah pergi...," saya tak malu menangis ketika itu.

Malam itu juga kami sekeluarga pulang ke rumah mak. Rumah yang sepatutnya saya kunjungi berminggu dahulu lagi. Rumah yang sepatutnya meriah dengan persiapan untuk kenduri arwah bapak. Tapi malam itu rumah itu sepi, kerana kenduri arwah itu sebenarnya buat mak.

"Mak, ampunkan Man mak. Man tak dapat sempurnakan harapan mak. Man tak balik bila mak mintak Man balik. Man derhaka kepada mak. Sekarang Man dan balik, bangunlah mak, bukalah mata mak. Mak...," saya meratap semahu-mahunya. Seikat wang kertas saya letak di tangan mak, wang saya kumpul buat biaya kenduri arwah. Tapi apalah gunanya wang kepada si mati...

nota kaki: sayangi mak anda

4 comments:

  1. ajal dan maut akan tetap menjemput bila-bila sahaja...kdg2 kita x mampu utk menunaikan kehendak org yg tersayang...sama juga dgn arwah nenek sy dl..abah sy gaduh dgn arwah sblm arwah meninggal..sy juga xsempat menunaikan kehendak arwah utk bacakan tafsir quran buatnya...tp ajal berlaku di luar kawalan kita...kita dh cuba yg terbaik utk jd ank yg baik...mmg susah utk redha tp insyaAllah lama kelamaan redha terhadap sgla ketentuan pasti hadir...

    al fatihah...=)

    takziah...

    ReplyDelete
  2. thanks...btw, saya bukanlah Man, tp semoga kisah ini memberi byk pengajaran buat kita semua

    ReplyDelete
  3. Terharu baca kisah tu ajak. Bulan Ramadhan dh x lama lg. Tahun ni adalah tahun kedua sy x dpt bersahur & berpuasa dgn arwah mak sy. Terasa sgt kehilangannya. Sy terkilan sbb x puas lg bls jasa mak sy slma ni. tetapi jauh di sudut hati sy, sy rasa sedikit gembira sbb dpt jaga arwah mak sy selama 3 tahun selepas kematian kakak sy. semoga arwah mak dgn kakak sy dirahmati oleh Allah Taala dan dilindungi drp azab kubur

    ReplyDelete
  4. iwan, sedangkan saya yg dapat jumpe arwah kakak ngan mak awak beberapa kali pun masih teringat kat dorg lagi, inikan pula awak kan? teringat time awak, saya, ija ngan arep sampai ke temerloh drp cameron pukul 3 pagi. Ingatkan mak ngan kakak awak nak marah, rupanya bile dorg nampak jer bunga orkid, terus gembira...ape pun kita doakan mereka semua sentiasa mendapat rahmat Allah...

    ReplyDelete

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.