Nilainya 5 minit
Seorang wanita sedang duduk di bangku simen di sebuah taman permainan. Dia asyik memerhati anak perempuannya bermain papan gelongsor. Seorang lelaki duduk di bangku sebelah. Juga memerhati anak lelakinya yang sedang bermain buaian. Sekali sekala si ibu bersuara meminta anaknya berhati-hati.
Beberapa ketika kemudian, lelaki tersebut memanggil anaknya, “Denny, jom kita balik, dah petang ni.” “Alah ayah, nantilah dulu. Bagilah Denny main lima minit lagi ye…”rayu sang anak. “Ok, lima minit aje tau,” si bapa beri lampu hijau. Selepas lima minit, si bapa mengajak anaknya balik, “Ok Denny, masa sudah time. Jom kita balik.” “Lima minit je ayah, lima minit. Denny nak main panjat2 pulak,” sang anak terus merayu. “Ok, lima minit aje tau. Denny main baik2 ye,” si bapa terus berkompromi, langsung tiada riak marah.
Melihatkan situasi tersebut, wanita di bangku sebelah bersuara. “Baik betul u dengan anak u ye. Dari tadi anak u mintak 5 minit, ni dah masuk 15 minit, tp u tak marah pun. Kalau i…tak tahulah,” ber ‘i’ ‘u’ tu…”Sebenarnya saya ada dua orang anak. Suatu hari anak saya yang pertama minta saya hantarkan dia ke kelas tambahan. Sekolah tu tak jauh pun, cuma lima minit jer dari rumah. Tapi saya sibuk sangat hari tu, so saya suruh dia jalan kaki. Sampai di simpang depan tu, sorang pemandu mabuk langgar anak saya. Keadaan anak saya parah dan meninggal dunia setibanya di hospital. Sampai harini terngiang2 kata terakhir anak saya masa mintak hantarkan ke sekolah haritu, “Lima minit je ayah, lima minit je…” si ayah sebak. “Sejak haritu, sy berjanji akan tunaikan permintaan anak saya yang tinggal untuk bersama saya 5 minit. Sebenarnya, bukan dia yang perlukan lima minit saya, tetapi sayalah yang mendambakan lima minitnya…” Akak sebelah tu dah start menangis.
aku pun tumpang sedih gak. Smlm aku biarkan anak aku main dgn kakaknya di luar rumah. x smpai 5 minit dh jatuh longkang. berdarahlah plak..
ReplyDeleteinche pudin...thanks for passing by...kekadang kita melupakan perkara remeh yg penting...
ReplyDelete5 minit je! amat sinonom dgn budaya hidup kita, adakalany 5 minit tu la pemisah antar hidup & mati...
ReplyDeleteade satu lg...ade org yg suka meeting panjang2...agaknya kalau ceritakan psl entry ni, dorg nak insaf tak?
ReplyDelete