September 6, 2010



Ish ish ish...

Adik adalah anak bongsuku. Baru berusia sepuluh tahun dan bersekolah tahun empat. Suatu hari Adik menemuiku ketika aku berehat di ruang tamu. "Baba, betul ke baba nak beri Adik RM2 untuk sehari Adik puasa penuh?" tanya anak kesayanganku. "Betul dik, macam yang Baba janji masa awal puasa dulu tu. Sampai harini Adik tak pernah tinggal puasa kan?" jawabku sambil mengusap2 kepala Adik. Adik mengangguk2. Tapi masih ada yang ingin Adik katakan. "Baba, Baba ada duit ke nak bagi upah kat Adik. Kan kita nak balik kampung. Baba kena servis kereta, duit minyak lagi, tol lagi. Nanti sebelum balik kampung, Baba kena beli kuih raya lagi, nak bagi duit kat Opah dan Tok Nek lagi...banyak Baba kena kuar duit," Adik terus membuat hitungan.

"Baba, Adik taknak menyusahkan Baba. Adik tak mau duit tu. Kata ustazah, kalau kita puasa tanpa harapkan upah, kita ikhlas, Allah akan beri pahala. Kata ustazah lagi, kalau kita tak menyusahkan ibu bapa kita, kita akan jadi anak soleh. Orang ikhlas dan anak soleh masuk syurga. Adik nak masuk syurga, Adik tak mahu duit tu," lanjut penjelasan Adik. Saya terpempan. Saya tak pernah mengajar anak saya berkata2 seperti itu. Terasa jiwa ini dipalu dengan setiap patah kata tulus anak kecil ini. Beberapa ketika saya masuk ke dalam bilik. Di sana saya menangis semahu-mahunya.

Saya terkenangkan zaman kanak-kanak saya. Dulu, kalau nak sambut raya, mak banyak sediakan kuih. Macam-macam, sebab mak memang pandai buat kuih. Mak buat berjenis2 kuih bukan sebab kami kaya, tapi mak buat untuk orang kampung. Kalau orang kampung tempah 100 biji kuih putu, 50 untuk mak sebagai upah. Biasanya mak terima tempahan kuih putu, biskut-biskut dan bahulu. Masih juga saya ingat kami menumbuk beras untuk dijadikan tepung. Kemudian mak tapis, ayak dan jemur. Dulu, tepung beras susah nak dapat, kalau ada pun mahal.

Suatu hari saya jumpa mak lepas selesai tumbuk beras. Saya cakap pada mak, kawan saya Sudin dah beli baju batik tulang belakang. Baju tu memang terkenal zaman tu. Mak kata batik tulang belakang mahal, harganya lapan ke sepuluh ringgit. Kata mak lagi, ada orang sedekahkan sehelai baju terpakai untuk saya. Mak dah cuci dan jemur bawah rumah. Saya melompat gembira. Memang betul ada sehelai baju batik tersidai di ampaian. Saya menyanyi riang sambil cium tangan mak. Walaupun itu bukan batik tulang belakang.

Tak lama lepas tu, arwah ayah muncul dari dalam bilik. Arwah ayah bawa tin milo saiz sedang. Saya tahu itu tabung simpanan ayah. "Panggil abang, kakak dan adik kamu. Kita kira duit," perintah arwah ayah yang paling saya gemar. Bila semua dah ada, ayah tuang isi tabung. Banyak sungguh duit syiling yang tercurah. Kira punya kira, akhirnya semua berjumlah empat puluh ringgit. Masa tu, empat puluh ringgit besar nilainya. Kata ayah,"Esok ayah pergi pekan, belikan kamu semua baju raya." Kami semua menjerit keriangan.

Ayah pergi pekan esoknya. Ayah pergi seorang sahaja sebab jarak rumah kami ke pekan agak jauh, kena naik bas. Sebelum pergi, ayah akan ukur badan kami untuk dibelikan baju raya. Alah, ukur pakai tali pisang jer, tu pun kat bahu. Nanti kalau terbesar, mak akan tolong potongkan. Masa tu tak kisah pasal jenama, potongan atau warna.

Petang ayah pulang. Kami empat beradik dah sedia tunggu ayah. Ayah keluarkan isi bungkusan yang ada tulisan cina kat luarnya. Ada empat pasang baju semuanya. Kami masing2 sibuk mencuba baju baru, baju raya. Gamatlah suasana rumah kami petang tu dengan tingkah suara kami. Sampaikan kadang2 kami terlupa nak ucap terima kasih kepada ayah. Ayah cuma tersenyum di muka pintu. Senyum bangga kerana berjaya menunaikan tanggunjawabnya menyediakan pakaian untuk tanggungannya. Mak juga turut gembira. Kami yang masih kecil tidak tahu yang duit simpanan ayah memang cukup cukup sahaja buat membeli pakaian kami. Tak ada baju raya buat ayah. Tak ada selendang walau sehelai buat mak. Tapi mereka tetap gembira.

Hari ini, saya menangis lagi kerana mendengar kata2 anak saya. Saya juga terkenangkan budi dan jasa mak dan arwah ayah saya. Cuma saya takut kalau saya tak dapat menjadi sebaik ayah saya, yang sanggup berkorban apa sahaja untuk anak2nya...Selamat Hari Raya.

2 comments:

  1. cis! buat org rasa nak nangis lepas baca!

    ReplyDelete
  2. takpe, bior menangis skit demi pengajaran. Jgnlah asyik menangis sbb tgk citer hindustan yg xde kene mengena ngan hidup mati kita nu...btw, thanks sudi singgah

    ReplyDelete

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.