Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

June 13, 2011


Sekali lagi terkena...

"Tok, Tok...Saya ada benda penting nak cakap dengan Tok,"suara Resat tercungap-cungap. Iyelah, setelah berlari dengan agak kengkang, memanglah amat memenatkan. "Ha, kamu Resat, ada apa yang penting sangat tu," Tok Penghulu tak jadi keluar minum pagi. "Tok, saya ada jumpa dadah," suara Resat antara dengar dan tidak, macam rahsia besar sangat dia nak bagitau Tok Penghulu. "Dadah?!" tinggi suara Tok Penghulu yang sememangnya sedia tinggi itu. "Shhhh, slow sikit Tok. Iye, dadah. Ada dalam poket seluar saya ni ha. Tok ambiklah, tengok," sahut Resat penuh suspen.

"Taknaklah, takut aku. Hmm, nanti aku telifon kawan aku yang jadi polis tu. Benda dadah-dadah ni tak boleh buat main-main." "Mana kamu jumpa dadah ni?"mata Tok Penghulu kejap kecik kejap beso. "Atas bangku kat bus stand Tok. Saya keluarkan bendanya ye Tok," terketar-ketar tangan Resat keluarkan bungkusan berisi serbuk warna putih daripada poket seluarnya. "Memang dadahlah," bisik Tok Rijal, seakan bercakap untuk dirinya sendiri. Dia terus mendail teman baiknya yang bertugas sebagai polis di IPD. "Bang, tolong datang balai saya bang. Ada orang jumpa dadah ni. Saya dah tak tahu nak buat apa ni bang," seakan merayu. "Tok, saya outstation ni. Hmm, nanti saya hantar orang saya," sahut suara di hujung talian. "Cepat ye bang. Err, kalau boleh hantar orang yang boleh dipercayai ye. Bendanya banyak ni...,"

Tak lama lepas tu, sorang polis datang ke balai penghulu. Masa tu dah ada beberapa orang kampung yang berkumpul di balai penghulu. Tapi Tok Penghulu tak benarkan masuk. Semua kena tunggu kat luar, kalau nak tengok pun dari tingkap kaca je. Polis tu terus masuk ke dalam balai penghulu, terus ke meja yang ada beberapa bungkus berisi seakan tepung warna putih. Dia belek-belek bungkusan tu. Then dia tebuk plastik pembalutnya. Diculik sedikit benda seakan tepung tu. Lepas dihidu, dirasa guna hujung lidah. Resat ngan Tok Penghulu ikut semua perbuatan si polis dengan ekor mata yang tidak berkelip.

"Ini sagun Tok...cuba Tok rasa," seru si polis. "Iyelah, ini sagun...,"suara Tok Penghulu lebih kuat lepas dia colek tepung sagun tu ke hujung lidahnya. "Ini semua salah ko la ni Resat. Ntah budak mana tertinggal sagun atas bangku kat bus stand tu terus ko sangka dadah," bera je muka Tok Penghulu. "Awak yang tak kenal dadah pun percaya jer. Sagun disangka dadah..." tawa kuat pecah di balai Penghulu Kuala Langat pagi tu...Habis.

January 31, 2011


Kisah Serem lagi angker...

Tiga ekor pontianak sedang bertenggek atas julai mokte. Sekor baru meningkat remaja, sekor pertengahan umur dan sekor lagi agak dah senja a.k.a veteran. Ikutilah perbualan mereka sekiranya anda punya banyak masa terluang.

Ponti remaja (PR): Terima kasih kepada para produser felem dari luar negeri ataupon tempatan kerana menaikkan kembali fungsi dan peranan kita di dalam masyarakat Malaysia. Iyelah, korang, eh ko antu ingat tak satu masa dulu gomen ade kuarkan arahan cerita tahyul takleh kuar tv, aku ingat masa tu habislah masa depan kita.

Ponti 1/2 baya (P1/2): Ha'ah, sekarang ni senang sikit kerja aku nak menyakat orang. Iyelah, cuma aku hangin sikit kat Mamat Khalid tu sbb dia buat felem lari dari konsep keseraman antu sebenar. Ada ke dia perli manusia Melayu selalu takut bende tahyul dan tak berasas, bera jer aku tgk. Box office lak tu...(sambil tindas kutu yg terlekat kat celah kuku).

Ponti tua (PT): Korang ni, eh ko antu ni...itu pun nak jadi isu. Jgn risaulah, selagi ada produser yg fikirkan pasal RM, konsep 'boleh jual', dan 'kita sua apa mereka nak', mestilah cerita pasal kita akan terus laku. Lagipon berapa sangatlah pengarah cam Mamat Khalid tu, sorang jer kan? Felem dia pon bukan menang anugerah. X cukup kuat kata manusia. No hallah...

PR: Betul betul betul...eh ko antu, dlm felem2 manusia tu selalu ditunjukkan kehebatan amukan ponti. Aku cabar ko antu bahawa antara kita bertiga, akulah yg paling dahsyat (Nazmi raja lawak) mengamuk. Caya?

Dua ponti lain geleng sambil cebek mulut. Bersamaan itu, beberapa ekor kutu berterbangan daripada rambut kusut masai mereka.

PR: Ok, aku buktikan.
Seraya melayang melesat bak anak panah. Dua minit kemudian PR balik dengan mulut dan kuku berlumuran darah.

PR: Ko nampak kampung sana tu? Aku baru jer lepas mengamuk dan bunuh semua penduduknya. Sambil jilat2 kuku mcm kucing lepas makan.

P1/2: Huh, ko tgk expert wat kerja.
Sekelip mata ajer dia dah hilang dari pandangan ponti2. Seminit kemudian dia balik dengan wajah yg menggerunkan. Ada bekas darah dan cebisan daging di kuku dan taringnya.

P1/2: Ko nampak kota kat sana nun? Aku dah bereskan semua penduduknya dan apa yg bernyawa. Hahaha, urkkk. Tersedak tulang ikan.

PT: Hapelah ko berdua ni, nak selesaikan itu pon amik masa. Tgk aku ni, manusia tak panggil aku ponti kelas pertama tanpa sbb tau. Look and learn, sons.
Tak sempat kelip mata ponti senja dah hilang. Setengah minit kemudian dia dah dtg balik, dengan muka menyeringai dan menggerunkan. Iyelah, semua berdarah.

PR dan P1/2: Wah, dahsyat....ko mmg dahsyat. Mana tempat ko amuk? Sambil gigit kuku kaki.

PT: Ko nampak tembok depan tu? Aku tak nampak, tu pasallah aku langgar tadi. Habis berdarah muka aku semua....

October 28, 2010


Mencikkk...

An Indonesian, a Bangladeshi and a Malaysian are in the bar one night having a beer.

The Indon fnishes his beer and suddenly throw his glass in the air, pulls out a gun and shoot the glass into pieces. He brags, "In Jakarta our glasses are so cheap that we don't need to drink from the same one twice."

The Bangla is obviously impressed. When he finished his beer, he trow his glass into the air, pull out his gun and shoot the glass into pieces. He says,"In Dhaka we have so much sand to make the glasses that we dont need to drink from the same glass twice either."

The Malaysian, cool as a cucumber finished his drink, throw his glass into the air, pull his gun and shoot the Indon and the Bangla. He says,"Tiu Nia Ma! In KL we have so many Indon and Bangla that we dont need to drink with the same ones twice."

p/s: moral of the story anyone?

October 18, 2010


Dialog puaka...





Marilah kita bersama-sama meneliti perbualan 3 orang budak yg hado ni;

A (anak Tok Sidang) : Korang tau, bapak aku adalah seorang yg sangat hebat. Dia pernah dipanggil mengadap Menteri Besar. (Sambil mengembangkan lubang hidungnya, padehal MB panggil bapak dia sbb nak tanya mane bilik air masa lawatan mengejut skodeng pencuri pasir jer).

B (Anak Pak Lurah) : Alah, takdelah hebat sangat tu. Bapak aku lagi hebat, dia pernah dipanggil mengadap sultan. (Buat2 kembangkan cuping telinganya yg sedia capang, ini lagi hampeh, tuanku angkat tangan time nak berangkat pulang time bulan puasa dulu kat hadirin semua, bapak dia perasan lak).

C (anak orag kampung biasa) : Bapak2 korang memang hebat. Bapak aku cuma dipanggil menghadap Tuhan jer. Itulah pasal dia pergi tak kembali. (Sambil menitiskan air mata)

ah, mencikkk

June 16, 2010


Oh...sengal...

Kisah ini diceritakan drp seorg kawan kepada seorang kawan dan diwariskan kepada hamba. Tak kiralah drp siapa, tp kisah ini memang sengal...babas...

Alkisah berlaku di antara 3 lelaki Pakistan dan 3 lelaki India. Mereka semua dalam perjalanan mengelilingi Eropah. Sebelum menaiki train, ketiga2 lelaki Pakistan ini masing2 membeli sekeping tiket, tetapi lelaki2 India ini hanya membeli sekeping tiket. Hairan melihatkan perkara tersebut, mamat2 Pakistan bertanya kepada mamat2 India, "Bagaimana kamu bertiga ingin menaiki keretapi dengan hanya sekeping tiket?" "Just look and learn," poyo jer jawapan mamat2 India. Ketika para penumpang berebut2 masuk ke dlm train, ketiga2 lelaki India ini masuk ke dlm tandas di dlm keretapi. Apabila pemeriksa tiket mengetuk pintu tandas sambil meminta tiket, salah seorang lelaki tersebut menghulurkan tiket dari celah pintu. Selepas pemeriksa tiket berlalu, mereka semua keluar dgn muka bangga. Mamat Pakistan terpegun dgn ketereran negara jiran mereka.

Keesokan harinya, ketika mereka mahu menaiki keretapi yg lain, mamat2 Pakistan ini membeli sekeping tiket dengan niat meniru tricks jiran2 mereka. Tetapi mereka bertambah hairan kerana rakan2 India mereka dilihat langsung tidak membeli sebarang tiket. "Camna hangpa naik train takdak beli tiket?" camtu lebih kurang soalan mereka. "Just look and learn, son," bengkek jer dgr jawapan si India. Bila train sampai, mamat2 Pakistan ni berebut masuk dlm tandas mcm India smlm. Sedangkan hanya 2 orang India yg masuk ke dlm tandas sblh. Salah seorang mamat India tadi mengetuk pintu tandas yg di dlmnya ada 3 org mamat Pakistan, sambil cakap, "Tiket, tiket...". Pintu dibuka sedikit dan tiket dihulurkan. Dengan senang hati India itu ambil tiket dan kembali masuk ke bilik tandas sebelah. Sengal kan???

April 27, 2010

Another smiley day...duh

A co-worker got a pen stuck inside our printer. He started to try and remove the pen, but I told him we don't have time for that now, just put a note on the printer telling folks not to use it and then report it to the Help Desk. So he grabbed a piece of paper and scrawled on it. I left before he finished the note.

About 20 minutes later, one of my techs comes in laughing and says he was just in the lobby, saw a piece of paper on a printer and went to investigate.

Attached is what he found. Sometimes things don't always come out the way you want them to........



March 10, 2010


Kecindan jua adanya...


Hidup ni memang aneh kan? Kadang2 idea nak menulis tu payah sangat nak datang. Dah duduk dpn PC siap jari atas papan kekunci (key board bagi yg x biasa) pun masih x leh nak wat entry. Tapi kadang2 tu time idea nak dtg, sambil makan pun leh menaip kan? Bende ni yg tgh aku alami...kontang idea.


Maka aku pilih tajuk kat atas. Bersempena jugak dgn musim Raja Lawak yg baru berakhir minggu lps, aku pun nak menyibuk jugak. Alah, dah lumrah org Malaysia, suka menyibuk...tapi bukanlah nak komen pasal kemenangan kumpulan Kecik dan kekalahan Alex dan Idlan. Diorg kene kutuk ke, kene puji ke, dorg dah sah2 dpt duit, dpt peralatan elektrik, dpt motor kereta, dan insyaallah tawaran berlakon...kita yang bising2 ni hampeh...So marilah kita wat mende yg sedikit menguntungkan kita, bergurau senda dan bergembira...


Alkisahnya berlaku kepada seorang guru yang ditugaskan menjadi pengawas peperiksaan penting di sebuah sekolah menengah. Dan paper haritu ialah paper Pendidikan Islam. Tengah dok berjalan slow2 mengawasi calon menjawab soalan, tiba2 sorang budak angkat tangan. Sambil berbisik, dia tunjuk soalan yg menimbulkan persoalan (takkan menimbulkan jawapan pulak kan?). Soalan berbunyi,"Apakah pakaian yang diharamkan dipakai oleh lelaki Muslim?" cikgu tu tau jawapannya, tp mane leh bgtau...so dia kata jawapannya bermula dengan huruf 'S'. Budak tu gembira. Sambil angguk2 dia tulis, 'seluar dalam perempuan'. Mak ai...bongap botul budak tu. Cikgu tu tersenyum2 sambil keluar kejap, tahan ketawa.


Tak lama lepas tu, budak yang duduk sebelah budak pertama tadi angkat tangan. Agaknya budak pertama bgtau cikgu pengawas tu buleh bg jawapan kut...Cikgu baik hati tu datang dekat. Pen ditunjuk2 kat soalan lain, "Siapakah wanita yang haram dikahwini?" Cikgu tu ingat nak bg jawapan 'Muhrim', so dia bg hint jawapannya bermula dgn huruf 'M'. Budak pertama tu gembira bukan kepalang sampai tercakap, "Kan aku dah cakap, jawapannya 'Minah rempit'." Laju jer kawan dia salin. Cikgu tu tercengang2. Hari tu jer dia sanggup jaga dewan periksa sbb pengalaman sehari tu kecindan jua adanya...

January 4, 2010

Apek Lempang

CC masih bengang dekat sorang mamat ni. Iyelah, berlagak macam gagak. Berkepak sambil wat lawak, padahal dia tak sedar pun yg dirinya xlah secantik merak. Kah, kah, kah, masih nak berkias ibarat walaupun hatinya rentung dibakar kebengangan tahap melampau. Muka si Apek Lempang masih jelas terbayang kat depan matanya. Mencebik, seolah2 mengejek dirinya yg dikategorikan Big Bossnya sbg penganjur majlis yg 'tidak berjaya'.

Apek Lempang memang mcm tu...Dulu, penah time aku ngan Najib jd penyambut tetamu kat kenduri kawen anak big boss dia cakap kuat2 kat kami,"Boss, kenapa boss jaga kat sana, berdirilah kat sini. Bukak pintu kereta tetamu mcm saya buat ni. Nak apa lagi, baju kan dah dpt free..."Terbakar ati aku, tapi Najib mmg terel part menjawab kejahatan mulut si Apek Lempang. Tahu apa Najib jawab? "Eh, sorry, kitorg penyambut tetamu VIP, ok. Lainlah ko, budak pembukak pintu kereta, pencacai..." "valletlah, jib," aku siku lengan Najib. "Ah, takat R6 mana paham cakap omputih". Muka Apek Lempang merah, marah ada, tapi malu yg lebih. "Lagi satu, kain ni jer yg free ek, upah kitorg bayar sendiri. Upah lbh mahal drp kain tau..." Najib wat memek muka yg dia mmg terel buat, sombong.

Kira kalau nak dipendekkan cerite, Apek Lempang ni mmg jaki tol ngan kitorg, lagi2 aku ngan Najib. Ntah ape ntah sbbnya, aku pun x tau. Dia kerek sbb dia bawak big boss tiap hari. Sikit2 dia ngadu kat boss, heee, menyampah. Aku ingat, dia ni spesis mudah lupa jugaklah, tak pun sbb dia kantoi paper sejarah dulu. Mana taknya, dulu masa zaman Tok *** jadi big boss, dia kena gantung tugas. Merayu kat boss aku supaya diambil balik dia bertugas. Boss aku ckp dia x berani nak consult Tok ***, ce try Razak. Maka berjumpalah Apek Lempang ni mintak aku pujuk big boss. E'ene...takdenye kuasa aku nak campur tangan. Kalau aku baik sikit ngan dia, mulalah dia himpit nak mintak projek, x ikhlas langsung...

Terkini, dia ada jumpa aku time aku dpt surat posting. Nak tau apa katanya?"Wah, ni kena buat baik ngan en Razak ni. Manalah tau satu hari nanti, en razak balik sini jadi big boss, jgn lupa ambik saya jadi driver ye boss...?" meleret2 senyum dia. Dan dijawablah oleh en razak,"Sorry, kalau saya jadi balik ke sini, perkara pertama saya buat ialah pindahkan R6 ke JKR ke, Majlis ke, sbb R6 kan pemandu jentera berat. Mana sesuai bawak kereta boss," puas hati. Apek Lempang terkedu, dah jadi Apek Lempeng aku tgk...


August 13, 2009


"Sendri bakar ka Bakar sendri?"


Tok Hakim menyeka keringat yang mengalir kat dahinya sebaik melangkah keluar dari pajero Wak Selamat. Bunyik injin diesel yg memule menyakitkan hatinya dah jadi muzik di cuping telinganya kini. Masuk ni, dah 10 buah rumah orang miskin dia lawat. Lin keluar cepat2, jumpa tuan rumah a.k.a pemohon bantuan rumah miskin.

Tengah syok2 menginterview tuan rumah, tiba2 ada sorang aci datang mendapatkan Tok Hakim. Sangkanya aci tu mak sedare jiran sebelah rumah, tu yang Tok Hakim wat donno aje. Tapi itu aci sudah kasik rapat sama tok penghulu. "Datok, saya sebelah juga mari. Datok ada buat lawatan rumah miskan juga bukan?" Aci tu memulakan soalan. "Ya, apa saya boleh bantu?" Tok Hakim berbasa basi. "Ini macamlah Datok. Saya sebelah juga mari. Belakang rumah saya sudah kasi bakar. Mintak tolong Tok Penghulu bikin satu rumah baru sama saya," aci sudah kuar dia punya cerita.

"Pusing juga cerita, belakang bikin pining juga saya punya kaplaaaa..."

"Lin, mari sini kejap. Ko tolong tanya ape aci ni nak. Saya x berapa fahamlah," macam biasa suara Tok hakim berbisik kalau cakap ngan pompuan, romeolah katakan..."Nape tok? dia cakap tamil ke? Dia ni sape tok? Xde dlm senarai pon?" macam biasa jugak, Lin mmg byk soalan. "Ko tanyalah sendiri," jawab Tok Hakim. "Ini macam adik. Saya punya rumah sudah kasi bakar. Sekarang saya mintak sama Tok Penghulu bikin baru untuk saya," rewind si aci. "Sudah kasi bakar? Sapa bakar" Lin soal mcm Inspektor Haliza. "Sindri bakarlah..." aci jawab sambil kecikkan mata. "Sindri bakar ka bakar sindri?" Lin meneruskan interogasi. "Sindri bakarla...saya kampung juga balik, belakang rumah juga kasi bakar. Sapa bikin, saya tara tau, jadi sindri bakarlah..." Inspektor Lin makin pening. Pe pendapat korang???

August 10, 2009

"Sorang Dah Bangun. Jangan Tipu Nenek..."

Wayne makin rapat ke Samsul. Jarak duduk mereka yg tadinye leh muat si Majoi yg kurus tu dah xde dah. Semuanye pasal crite hantu yg dorang discuss. Yus, Ijai dan Syuk dah berjaya menyampaikan kisah serem masing2 tadi. Suasana yg memula ceria dan bertukar jadi sunyi sepi sesuai dgn mood malam tu, kisah seram. Cuma Wayne jer yg dari tadi jadi pendengar. Sifat machonya terbang ntah ke mana malam tu. Dia memang x gemar criter antu. Katanya antu ni tau tiap gerak dan langkah manusia, hatta yang terlintas dalam fikiran. Heee...Wayne pejamkan mata sbb dah takut sangat.


Tiba turn Anep bukak cerita. "Kisah yg aku nak ceritakan ni taklah seram sangat, tapi aku takut sangat nak bagitau korang," Anep wat suara suspens. "Alah, cerita jelah. Kitorang tak takut...," Iwan cuba menenangkan perasaan budak2 dalam bilik tu. "Macam ni, cerita ni berlaku kat asrama aku dulu. Tak macam asrama budak laki lain, asrama aku kalau malam mesti tidur awal. Bukan sbb kitorang skema, tapi ade kisah angker yg buat semua budak tidur awal," Anep cuba bangkitkan suasana seram. Mata Wayne terkelip2 tunggu cerita seterusnya. "Satu hari, time dah dekat2 nak cuti semester, dah ramai budak yang balik kampung. Malam tu time nak tidur, tiba2 aku teringat cerita yg dorang duk heboh tu. Aku tak pastilah samada cerite tu betul ke atau sengaja nak suwoh kitorang tido awal. Tapi malam tu rasa sunyi sangat," Anep teruskan cerita. Wayne makin rapat ngan Samsul.


"Tengah aku dok menimbangkan kebenaran cerite yg heboh diperkatakan budak2 asrama aku, tiba2 aku ternampak lembaga berpakaian serba putih dok duduk kat katil atas tak jauh dari katil aku. Kaki dia siap berjuntai ke bawah. Memula aku ingat tu cuma bayangan aku jer, tapi kendian benda tu beralih lak ke katil sebelahnya," cerita Anep makin seru. "Aku gosok mata. Aku nak pastikan betul2 benda yg aku tengok tu sbnrnya bukanlah sekadar khayalan. Daripada gaya dan bentuk badannya, benda tu menyerupai sorang nenek. Terbongkok-bongkok dari satu katil ke satu katil. Tapi ape yg dia buat?" Anep terus pancing minat audien.


"Nenek makin dekat ngan katil aku. Daripada curiosity, aku jadi takut. Takut sbb nenek dah makin dekat, takut ape dia akan lakukan kat aku," Anep benti crite, Wayne makin takut. "Tiba2 nenek tu singgah kat katil belah atas betul2 sblh katil aku. Aku dah panik tak tau nak wat mende. Ayat Kursi yg aku cuba bace dah jadi tunggang langgang. Itulah, bile ustaz aku suwoh hapal dulu, aku main2. Nyesal ada, takut ade, hiii, x tau aku nak wat mende. Akhirnya aku pejam mata wat2 tido. Dengan harapan hantu nenek tu x perasankan aku, so dia bleh blah," Wayne dah start menggigil.


"Selang beberapa saat, aku bukak mata. Kunun nak pastikan hantu nenek bedebah itu dah blah. Tapi aku silap. Nenek masih duduk kat tempat tadi, siap juntai2kan kaki lagi. Sambil sengih2 pandang tepat kat aku," suara Anep tenggelam timbul sambil lurut bulu kat tangannya yg tegak meremang. "Korang tau ape dia bedebah tu cakap kat aku?" mata Anep tepat ke Wayne yg pejam mata sambil menyorok belakang Samsul. "Sorang dah bangun...jangan tipu nenek...hiiiiihiiiihiiii." Serentak dgn itu Wayne melompat keluar dari bilik Anep. Budak2 kat depan dia habis dilanggarnya. Wayne terus masuk ke biliknya. Kunci pintu. Biar Nenek xleh masuk. "Bangang betul budak2 ni cerita antu time Nakabu balik kampung," hati Wayne menyumpah2 sendiri. Dia bukak kain selimut yg menutupi seluruh kepalanya. "Eh sape lak yg duduk kat katil Kabu tu?" Wayne hairan. "Sorang dah bangun...Jangan tipu nenek..." Kali ni Wayne betul2 menjerit.


"Betul ke criter ko ni Wayne?"Kepet cuba merekod criter Wayne. "Betul...betul aku tipu," Wayne dah bersedia nak lari takut kene kejor ngan atok Lampor...hiiihiiihiii

February 18, 2009

The 3 rings


Ah, ader kate2 sorang teman berbunyi begini, "Kesibukan menjadikan kita manusia yang cekap mengendalikan tugas". Ye ker? agaknye sebab tu ade sesetengah orang sengaja menyibukkan diri dengan pekerjaan dan sanggup melupakan keperluan diri. Ni kes nak jadi efisienlah nih. Tapi bukan itu yang aku nak tulih arinih. Sibuk mmg sibuk tp nak ceriter gak pasal idup nih.


Kisahnye begini. Ade sepasang suami isteri yang telah mendirikan rumahtangga selama beberapa tahun. Adapun sang isteri tersangatlah suka bertanyakan itu dan ini kepada suaminya. sebagai seorang suami yang normal (mmg kebanyakannya kut...), maka dilayanilah segala pertanyaan sang isteri walaupun telah ditanyakan banyak kali dan diberikan jawapan yang sama.
Suatu hari sang isteri bertanya kepada suami, "Abang...abang bahagia tak kawen ngan saya?" "Eh, bahagiaaaa," panjang jawapan si suami. "Kalau abang sayang saya, cuba abang bagitau perkara yang paling membahagiakan kita," masih cuba bertanya seperti biasa.
"Ooo, itu senang. Abang ingat engagement ring yang abang bg kat ayang,"jawab sang suami. "Lagi?" soal sang isteri. "Abang ingat wedding kita," jawab suami masih selamat. Si isteri cepat2 menyorokkan jarinya, konon nak elak sang suami dpt idea nak jawab soalan seterusnya. "Lagi?" makin beso mata sang isteri.
"Betul ayang nak tau?" suami mula tunjuk belang. "Suffer ring mcm sekarang yang abang tengah lalui ini..." meleleh air mate sang isteri. Itulah suka sangat bertanya...

February 11, 2009

Kisah mama, papa dan HP


Alkisah adelah sorang jejaka yang sedang kemaruk chenta menghadiahi aweksnye akan sebuah telfon genggam. Disebabkan si minah ni berasal daripada pedalaman yang teramat, maka faham ajelah si papa ini akan sfat kekampungan mamanye. N92 gitu, gerangan HPnye. Punyelah gumbira hari sang mama sehingga hampir melompat ala2 kakak haus tatkala menyorak Husin time main bola dulu.


Keesokan paginye ketika di pejabat, sang papa membuat panggilan kepada sang mama yang kebetulan ketika itu sedang shopping di pasar pagi. Ikuti perbulan mereka:
Papa : Mama, mama tgh watpe tuh?
Mama : Papa kat mane? Mcm mane papa tau mama kat pasar? Papa intip mama ek?
Papa : Papa kat ofislah.
Mama : Abis tu, nape suara papa macam dengar kat sebelah jer?
Papa : Mmglah suara papa bunyi dekat ngan mama, sebab telifon tuh melekat ngan telinga mama. (Apelah nasib dpt aweks bengong cam ni-tp dlm hatilah)
Mama : Ooooo, papa jahat...
p/s: sketsa ni sempena org yg masyuk berchenta ngan abg, eh, kak remy.