January 4, 2010

Apek Lempang

CC masih bengang dekat sorang mamat ni. Iyelah, berlagak macam gagak. Berkepak sambil wat lawak, padahal dia tak sedar pun yg dirinya xlah secantik merak. Kah, kah, kah, masih nak berkias ibarat walaupun hatinya rentung dibakar kebengangan tahap melampau. Muka si Apek Lempang masih jelas terbayang kat depan matanya. Mencebik, seolah2 mengejek dirinya yg dikategorikan Big Bossnya sbg penganjur majlis yg 'tidak berjaya'.

Apek Lempang memang mcm tu...Dulu, penah time aku ngan Najib jd penyambut tetamu kat kenduri kawen anak big boss dia cakap kuat2 kat kami,"Boss, kenapa boss jaga kat sana, berdirilah kat sini. Bukak pintu kereta tetamu mcm saya buat ni. Nak apa lagi, baju kan dah dpt free..."Terbakar ati aku, tapi Najib mmg terel part menjawab kejahatan mulut si Apek Lempang. Tahu apa Najib jawab? "Eh, sorry, kitorg penyambut tetamu VIP, ok. Lainlah ko, budak pembukak pintu kereta, pencacai..." "valletlah, jib," aku siku lengan Najib. "Ah, takat R6 mana paham cakap omputih". Muka Apek Lempang merah, marah ada, tapi malu yg lebih. "Lagi satu, kain ni jer yg free ek, upah kitorg bayar sendiri. Upah lbh mahal drp kain tau..." Najib wat memek muka yg dia mmg terel buat, sombong.

Kira kalau nak dipendekkan cerite, Apek Lempang ni mmg jaki tol ngan kitorg, lagi2 aku ngan Najib. Ntah ape ntah sbbnya, aku pun x tau. Dia kerek sbb dia bawak big boss tiap hari. Sikit2 dia ngadu kat boss, heee, menyampah. Aku ingat, dia ni spesis mudah lupa jugaklah, tak pun sbb dia kantoi paper sejarah dulu. Mana taknya, dulu masa zaman Tok *** jadi big boss, dia kena gantung tugas. Merayu kat boss aku supaya diambil balik dia bertugas. Boss aku ckp dia x berani nak consult Tok ***, ce try Razak. Maka berjumpalah Apek Lempang ni mintak aku pujuk big boss. E'ene...takdenye kuasa aku nak campur tangan. Kalau aku baik sikit ngan dia, mulalah dia himpit nak mintak projek, x ikhlas langsung...

Terkini, dia ada jumpa aku time aku dpt surat posting. Nak tau apa katanya?"Wah, ni kena buat baik ngan en Razak ni. Manalah tau satu hari nanti, en razak balik sini jadi big boss, jgn lupa ambik saya jadi driver ye boss...?" meleret2 senyum dia. Dan dijawablah oleh en razak,"Sorry, kalau saya jadi balik ke sini, perkara pertama saya buat ialah pindahkan R6 ke JKR ke, Majlis ke, sbb R6 kan pemandu jentera berat. Mana sesuai bawak kereta boss," puas hati. Apek Lempang terkedu, dah jadi Apek Lempeng aku tgk...


4 comments:

  1. saya tahu sapa itu apek lempang.....the second DO kan....hahahaha

    ReplyDelete
  2. try tanya cc utk jawapan sebenar

    ReplyDelete
  3. ik...blum tany dah tau bahaya. ape pun cc 2 org lama kat pdks dan org berkenaan pernah jd sahabat cc pd suatu ketika...hehehe!

    ReplyDelete

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.