January 6, 2010

Bila aku menulis...
Terkenang beberapa tahun lalu sewaktu penulis menghadiri temuduga untuk jawatan pegawai undang2 di Putrajaya. Gembira bukan kepalang apabila surat panggilan temuduga dibuka dan ditunjukkan kepada bonda. Semangat menghafal apa yang patut kerana bidang perundangan sememangnya sangat dekat dengan penulis. Ya, pada hari itu penulis menghadiri sesi tersebut bersama one of UKM best law student, yang penulis rasa dia sangat santai dan relaks. Tengah dok sibuk menghafal apa yg patut, nama dipanggil, lalu bermulalah pengalaman baru yg paling berharga buat penulis.
Tiga orang panel bergilir2 bertanyakan hal itu dan ini kepada penulis. Ah, semua soalan pasal legal matters. Sehinggalah sorang panel wanita yang bergelar Dato' mula membelek resume penulis. "Well, I cant see you've joint any scout during your secondary school. Could you tell us why?" selamba jer dia tanya, tak tau pulak aku nak jadi magistret ni kena joint pengakap. Aku pun jawablah, sekolah menengah aku tu sekolah aliran agama. Memandangkan sekolah tu di bawah pengurusan kerajaan negeri, maka bidang extra-curricular ni xdelah diberi penekanan sangat. Yang ada kadet bomba dan aku join pun kadet tu. Nak tau apa dia balas? "Since you yourself already aware that this religious scholl is lack with ammenities and extra-curricular activities, why still bother to study there? I dont know why people still couldnt make a 'proper' choice nowaday," selamba jer cik puan tu cakap sambil goyang2kan pen hala ke muka aku.
Ntah kenapa, aku naik berang tiba2. Aku cakap balik kat dia,"Puan, saya tak boleh terima kata2 puan. Memanglah sekolah agama kat negara ni sedikit ketinggalan dari segi kemudahan dan aktiviti koku, tapi kami sentiasa positif bahawa tiada salahnya kurang sedikit daripada tiada. Sepatutnya 'orang besar' mcm puan ni yg ada jawatan dan ckpnya didengar orang membantu menaikkan imej Islam. Kalaulah semua org Islam berebut2 nak masuk sekolah omputih dan giveup sekolah aliran agama, sapa lagi nak belajar tentang fiqh, tauhid dan tasawwuf. Pelik...," aku dah sedia nak bangun dari kerusi. "Sebenarnya I nak duga u jer, sabar ke tak sabar? Nampaknya u takleh menahan sabar, camne nak preside the court?" cik puan tu cuba nak justify her words just now. "Mintak maaflah puan, saya boleh sabar kalau puan question my qualification, my appearance atau skill of communication. Tp kalau puan question pasal Islam, saya sangat sensitif. Dan kalaulah sebab itu saya tak dapat jawatan ini, saya ridha," aku mula rasa jawatan magistrate melambai pergi. Dan mmg sah aku x dpt jawatan tu.
Hari ini, isu Islam dicabar dgn dahsyat sekali. Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah memutuskan bahawa akhbar Herald-The Catholic Weekly boleh menggunakan kalimah ' Allah' dalam penerbitannya. Majoriti ummat Islam menolak keputusan ini. Even KDN pun immediately memohon agar keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan pada 31 Disember 2009 tu ditangguhkan. Pagi tadi Radio IKIM maklumkan ramai rakyat menyampaikan bantahan melalui facebook. Pun begitu, masih ada di kalangan Muslim yg bolehlah dipanggil 'figura' berkata itu adalah perkembangan positif dan tanda non-Muslim mula menerima Islam. Ada pulak yg berpendapat boleh guna kalimah Allah in referring kpd Tuhan kalau mereka dari kalangan penganut agama nabi Ibrahim. Hello...penulis rasa dan percaya takdenye non-Muslim tu nak berjinak2 kpd Islam dengan menggunakan kalimah Allah. Masuklah Islam kalau nak guna nama Allah sbg tuhan. Come onlah, mereka bukanlah boleh digolongkan dalam kalangan ahli kitab.
Dan penulis jumpa tulisan sorang ni dlm komen blog Chedet, cubalah korang timbang2kan adakah layak hamba marah kpd org nih, nama dia; Sarawakian Allah
"After all, there's no intention to convert a Muslims to becomes a Catholic Christians. Not in Malaysia, because we know most Muslims are less qualified in becoming a Catholic Christians. It's too easy for one to enrol into Islam, but far to difficult to achieve being a Catholic Christians. Being Catholic Christians, it just like entering Harvard University or MIT. Catholic church does NOT simply converts a person to being a Catholic Christians. That kind of quality we are looking at." Dahtu yang hang pi pejuang nak hak guna kalimah Allah tu pehal beb? Guna ajelah nama yg korang gunakan selama ni. P/s: aku dah geram, xleh nak sambung lagi...marah ni.

4 comments:

  1. ni la yg org akan katakan 'ha..ni la dasar 1 malaysia semua boleh cam Malaysia boleh' maybe 2 la yg dicanang pihak tertentu...kan!

    ReplyDelete
  2. sememangnya rase geram sesungguh kat hakim (x tok akim)yg bg result 2 rasa nak tembak je, langsung x tau sensitiviti agama.

    ni la padahnya klu umat islam di seantero malaya asyik bertelagah dan nak jd kaya je sampai isu2 yg melibatkan kesucian agama dan perlembagaan negara diganggu gugat..........

    ReplyDelete
  3. ooo, ingatkan marah sbb 'inilah jadinya kalau semua budak law Islam taknak jadi hakim, sume nak jadi ptd'...ce kalo sorg jd hakim, mesti x jadi cenggini kan????

    ReplyDelete
  4. maybe cam tu la kot, tp x ramai plak dengo loyar jd ptd yg ramai jd mejestred.... x pun keje dgn firm...hehehe

    ReplyDelete

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.