August 25, 2011

Kita Belajar Apa Daripada Ramadhan


Kalau dulu2 time dah nak graduate aku pernah terfikir apa yang aku dah belajar sepanjang empat tahun ni. Iyelah, kalau dibandingkan ngan buku teks yang menimbun tu, agak2 sama banyak tak ilmu yang menghuni dada ini. Ah, masakan...masa tu apa yg lebih penting pastinya persiapan nak konvo. Kalau takat aku ni biasa2 ajelah, takdelah nak tempah baju sakan. Lainlah sister2 tuh, sanggup tempah baju glam2 walaupun nantinya pasti ditutup ngan robe yg geloboh tu. Tapi dah lumrah wanita kan...

Macam tu jugaklah kita hari ini. Hari graduasi Ramadhan dah hampir tiba. Tinggal empat lima hari jer lagi. Agak2 adakah kita terfikir apa yg Ramadhan dah ajar kita dan apa yang kita belajar sepanjang madrasah ramadhan ni. Ada orang dapat belajar erti kesabaran, ada orang belajar memaafkan dan ada jugak orang yang tak belajar apa-apa. Sesungguhnya rugilah orang yang merasakan Ramadhan macam hari-hari lain, takde yang special pun. Sebab tu bila Ramadhan hadir, dia takde rasa excited pun. Bahkan lebih teruk kepada yang merasakan bahawa Ramadhan menyusahkan sebab kene puasa, tarawih dan zakat. Serta ternanti2 bila Ramadhan akan berakhir.

Ada orang pulak time2 dekat ngan graduation day ni sibuk ngan preparation yang salah. Sibuk ngan baju apa nak pakai, perhiasan apa nak beli, salon mana nak wat facial, nak wat manicure, pedicure. Ada jugak yang sibuk nak wat juadah apa yg special, berapa banyak duit raya nak beri dan macam2 lagi.

Sedangkan orang yang benar2 graduated with First Class Degree (hons.) ialah mereka yang benar2 cemerlang dalam amal ibadah yang benar2 polished taqwanya. Apa makna taqwa? Sedar dan in control. Orang Sedar dan In Control takkan nak berbelanja berlebihan sampai membazir kan? Takkan nak berhabis beli langsir, karpet atau perabot sedangkan yang sedia ada masih elok kan? Takkan nak tukar cat kereta mahupun rim sukan yang masih ok kan? Ataupun yang lebih sanggup tinggal tarawih semata2 bersesak kat sogo dan jalan TAR cari baju raya dan tudung siti nurhaliza kan? Agak2 kita dapat degree kelas apa ye?

3 comments:

  1. Kadang2 dihambat rasa jemu dan bosan pada awalnya .. menyesal dipertengahannya, dan merasa tidak ada apa2 dihujungnya ... makanya, tidak belajar apa2 lah di madrasah Ramadhan ...

    Namun, kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh erti ... at least boleh grad walau dgn 3rd class ... =(

    P/s: Membaca catatan ini memberikan idea utk menulis di status FB

    ReplyDelete
  2. alah cik peesha ni...budak2 law jer yg ada 3rd class degree tu...tp anugerah dekan ke, 4 flat ker, tu sumer akan diumumkan masa kat padang mahsyar kan?

    ReplyDelete
  3. teguran yang makan dalam niiiii.....

    ReplyDelete

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.