September 8, 2011


Khalid al Walid; Memburu Syahid

Kalaulah ada seorang panglima perang yang tidak pernah terkalah di sepanjang zaman, nama Khalid al Walid adalah nama yang paling layak disebut. Bayangkan, dalam lebih 100 peperangan yang disertai samada sebagai panglima tentera ataupun sebagai askar biasa, beliau tidak pernah tewas. Dan Khalid adalah perancang utama tentera Quraish yang mengalahkan tentera Islam dalam perang Uhud. Tetapi hidayah Allah menerangi hati Khalid. Beliau menyatakan keislamannya di hadapan Kaabah, di hadapan Latta, 'Uzza dan Hubbal serta pembesar Quraish ketika itu tanpa terdetik sedikit pun rasa gusar. Khalid meninggalkan gelar bangsawan keluarganya dari Bani Makhzum, harta dan kemuliaan ibunya, Lababah demi mengejar kemuliaan sebenar.

Ingatlah kebijaksanaan Khalid dalam Perang Muktah, Yarmuk, Damsyik dan Mesir. Kenanglah bagaimana Khalid memimpin tentera Islam mengalahkan dua kuasa utama dunia ketika itu, Rom dan Parsi. Dan yang paling utama membebaskan Baitul Maqdis dari kuasa Kristian. Janganlah dilupakan bagaimana Khalid menumpaskan nabi-nabi palsu selepas kewafatan Rasulullah dan bagaimana ketika waktu genting di dalam perang menentang Rom, Khalifah Umar melucutkan jawatan panglima perang kepada tentera biasa. Dan pabila ditanya oleh tentera Islam adakah Khalid tidak berasa terkilan? Maka dijawab oleh Khalid; "Aku berjuang bukan untuk Umar, tetapi aku berjuang untuk Allah."Dan menyerahkan jawatannya kepada Abu Ubaidah bin Jarrah.

Dan selayaknya insan agung sepertinya mendapat pujian daripada Khalifah Abu Bakar sebagaimana katanya: "Tidak ada lagi ibu yang dapat melahirkan anak sebagaimana Khalid. Hanya Khalid yang mendapat gelaran Pedang Allah daripada nabi Muhammad."

Di akhir hayatnya Khalid berkata, "Aku tidak mahu mati di atas katil. Aku mahu mati di medan perang." Bahkan dijawab oleh Abu Zanad, "Saudara tidak boleh mati di medan perang dan saudara juga tidak boleh tewas apabila bertarung dengan musuh. Nabi Muhammad mengurniakan kepada saudara gelaran pahlawan Pedang Allah. Baginda juga mendoakan saudara menang dalam setiap peperangan. Disebabkan itulah saudara tidak boleh mati dibunuh orang kafir. Saudara juga tidak boleh tewas dalam peperangan kerana doa nabi dimakbulkan Allah."

Dan Adi bin Hatim berkata," Nama Khalid bin al Walid dapat mengalahkan musuhnya sebelum peperangan bermula."


Kalaulah ada Khalid al Walid harini...

No comments:

Post a Comment

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.