Too Many Bosses, Too Few Leaders
Sebenarnya statement di atas adalah tajuk sebuah buku yang telah dihighlight oleh embee masa perhimpunan tempohari. Dia nampaknya macam nak memujuk sorang mayor yang sedang dihimpit complains oleh penduduk mengenai kutipan sampah. Bukan itu yang aku nak kongsi kali ni, tapi gist atau sari statement di atas yang lebih aula, yang lebih utama.
Yang menjadi masalah hari ini adalah banyak sangat orang nak jadi boss, yang kerjanya asyik complain dan condemn. Semua orang berlumba nak buat aduan, cari kecacatan dan kepincangan. Salahkan sistem, lebih-lebih lagi pelaksana dan pelaksanaan. Sehinggakan kita sukar nak melaksanakan kerja. Iyelah, kalau semua kerja buat kita asyik dikomplen dan dikondem, bilalah nak konsen (pinjam kata sinetron Indon yang bererti fokus) dengan kerja kan? Dan orang-orang ini bukan sahaja terdiri daripada pemegang taruhan (stakeholders) kita, tapi juga teman sekerja kita, bahkan ada juga bawahan (subordinate) kita.
Sedangkan apa yang kita perlukan hari ini adalah leaders (pemimpin) yang berhati besar. Ingat ye, bukan berbesar hati. Berhati besar ni sentiasa berlapang dada, bersabar dan prihatin dengan apa juga yang dilakukan dan yang berlaku. Kalau ada kelemahan dan kepincangan dalam sesuatu sistem, cuba bawa berbincang. Berilah cadangan, bukan hentaman. Kalau masih belum dapat idea penambahbaikan, terima dengan penuh keridhaan dan kesabaran. Doa dan pohon hidayah Allah untuk panduan, kerana sebaik-baik panduan pastinya dari Allah, robbul jalal. Ingat, pada zaman kerja buat kita terbuka kepada kritikan, berhati besarlah, bersedialah dengan perubahan. Dan perubahan bermula dengan diri sendiri, berubah dari yang kecil dan berubah mulai hari ini...kerana apa yang kita perlukan adalah leaders, bukan sekadar bosses...
No comments:
Post a Comment
Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.