February 10, 2012


Tabayyun, sifat yang dituntut.
Kisahnya berlaku kepada seorang penjual ikan yang ingin membuat marketing terhadap jualannya. Beliau telah membuat satu papan iklan (sign board) bertulis "Di sini ada jual ikan segar". Datanglah seorang passerby sambil berkata, "Kenapalah awak tulis perkataan 'di sini' , sepatutnya guna perkataan 'di sana' sebab kedai awak di sana, bukan di sini, di papan iklan". "Ye tak ya jugak ye, susah-susah buang jer perkataan 'di sini' atau 'di sana', biar orang tak confuse," kata penjual ikan. Maka dia pun tempah sign board baru tulis "Jual Ikan Segar" jer.
Belum pun lama papan iklan baru didirikan, datang seorang lelaki tua bertanya kepadanya,"Apalah kamu ini, memanglah orang jual ikan segar, mana ada orang jual ikan busuk. Tak payahlah buat iklan bagai...". Makin confuse penjual ikan. Betul jugak, kalau over advertise pun bakal membuat orang menyampah kan? Macam certain artis tu. Akhirnya penjual ikan robohkan balik sign board kedainya. Ingatkan makin ramai orang datang, tapi rupanya makin takde orang singgah sebab orang tak tahu kewujudan kedai tu pun, takde signage satu pun.
Moralnya, kalau sampai satu berita, satu cerita aau satu cadangan, tabayyun dulu, kaji dulu. Kajilah baik buruknya, benar palsunya dan manfaat mudaratnya. Kita tak tahu apa niat di hati orang, maybe on surface they look so sincere but the truth? Only Allah knows. Kan sifat tabayyun ni dah dipesan dalam Quran, kalau taknak ikut Quran, nak ikut kitab mana, bang?

5 comments:

  1. apa yang kita faham ialah, pandangan org lain tu cuma dari satu sudut tertentu.. dan kita sebagai pendengar kena letakkan prioriti pada sudut yang dia komen tu.. adakah yang dia komen tu sudut yang penting, ataupun sudut yang paling remeh.. pendek kata kena letak skala kepentingan la ye.. ehehe..

    ke guane?

    ReplyDelete
  2. skala kepentingan u macam fiqh aulawiyyatlah ye ustaz? hebatlah ustaz nih...

    ReplyDelete
  3. Setuju Tuan. Hati manusia mana kita tahu. Macam berkawan juga ,kadang-kadang sebelah pihak je yang ikhlas manakala yang sebelah lagi beragenda. malas nak layan je kawan macam tu sebab malas bergaduh.

    ReplyDelete
  4. nina: kawan? sebelah? mengumpat kawan sebelah ye.....

    ReplyDelete

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.