
May 19, 2009

May 12, 2009
Seindah rupa parasmu...

May 5, 2009
Sebelum apa-apa, benarkan penulis ketawa dulu, kah kah kah. Apesallah payah sangat nak wat summary pasal buku cereka (cerita rekaan) remaja ni? Baru jer menaip satu ayat, public dah terpacul nak angkat sumpahlah, nak wat pindahmilik tanahlah, meeting bagailah…Agaknye ade hikmahnye buku kecik ni.
Kalo nak dikirakan saiznye, buku ni nipis jer, topiknye pun sempoi. Jalan ceritanya sangat ringan (iyelah, bagi pembaca yg dah x berapa remaja ni), mengisahkan Leng Chai yang nakal tetapi kurang fasih berbahasa Melayu mulanya tertekan dengan keadaan pembelajaran di sekeliling murid Melayu Kelantan. Tapi macam biasalah, budak2, cepat dapat kawan. Akhirnya Leng Chai telah menyelamatkan Nek Tonah, wanita tua yang dipinggirkan di kebun getah oleh orang kampung daripada bahaya kebakaran, chewah mcm cerita kanak-kanak kan? Mmglah kanak2.
Best ke ceriter dia? Bestlah jugak dibaca time2 nak masuk meeting ngan Exco mggu lps. Dlm meeting kepala dok memikio ape aje ulah budak cina Leng Chai ni. Camtulah manusia ni, yg masih budak, tak sabo nak jadi dewasa. Tengok jer rancangan Tom Tom Bak tu, budak2 dimake up cam owang dewasa, pakai baju dewasa, nyani lagu dewasa. Yg dah dewasa nak jadi remaja balik, sibuk nak pakai krim bagi rejuvenate. Yg dah tua bangka lak sibuk nak jadi bebudak, tinggal semayang, tinggal puasa (budak belum baligh kan x wajib puasa). Ape ajelah aku mengaruk ni? Tapi betul kan?
Lagi satu, penulis teringat satu peristiwa time mengaji Kusza dulu. Roomate asal (kan asalnye budak UIA kene beroomate ngan budak kusza), kirim mee samah kat pasar Pak Tuyu. Mcm mana rupa mee samah tu? Yg ade mee besa (mee kasar) ngan mihun (mee halus) jer. Dah round 2 kali pasar tu tp xde jugak jumpe mee yg berlainan rupanya. Sekali itu mokcik sudah kasi tanya, “Awang nak beli ape?” maka aku pon jwb, “Mee samah”. Terus dibungkuskan mee nya. “Itu mee goreng,” aku ckp balik kat mokcik gemuk. “Iyelah, samah tu lima posen,” e’ine wat malu jer…
Kesimpulannya, x sia2 sebenarnya membaca ni. Aku pun heran kalau org kate M’sian malas membaca, x pun kite ni baca selai je buku dlm setahun. Diorg terlupa kut, nak includekan, follow blog pun dikire membaca. Ke guane?
April 29, 2009

Diriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa suatu hari rasulullah telah didatangi oleh seekor unta yang agak lemah. Unta tersebut terus menemui baginda sambil berbisik-bisik di telinga rasul. Usai sang unta berbisik, baginda lantas menemui tuan empunya unta seraya berkata, “Janganlah engkau memaksa-maksa unta ini untuk membawa bebanan yang melebihi kemampuannya. Berilah unta ini makan secukupnya dan janganlah engkau sekali-kali menyiksanya.” Maka sang unta pun dilayan baik oleh tuannya sesuai dengan arahan rasulullah.
Setelah beberapa lama sang unta bertemu lagi dengan rasulullah. Kali ini sang unta kelihatan sihat dan ceria. Sang unta berbisik sesuatu kepada rasulullah dan kelihatan baginda juga membisikkan sesuatu kepada sang unta. Sang unta kelihatan terkejut dan bermuram durja. Sejak hari itu, sang unta bekerja keras sehingga selalu terlupa untuk makan. Badannya yang dahulu gemuk menjadi kurus dan akhirnya mati. Maka tuan punya unta datang menemui rasulullah mengadukan perihal sang unta. “Ketahuilah kamu, pada mulanya sang unta menemuiku dan mengadu bahawa ia tidak mampu untuk menanggung beban berat yang diarahkan oleh tuannya. Maka aku telah menemui tuannya dan meminta agar kebajikan unta ini dijaga dan haknya dipelihara. Pada kali kedua, ia membisikkan kepadaku bahawa unta bahagia dengan layanan tuannya selepas itu. Tetapi aku telah memberitahunya bahawa ia akan mati tidak lama lagi. Unta menjadi sangat takut dan mahu menghabiskan sisa hidupnya dengan berbakti kepada tuannya sepenuh hati sehingga melupakan soal makan dan minum,” jawab baginda.
Lihatlah betapa sang unta pun tahu takutnya ajal maut itu. Sedangkan kita, manusia yang berakal ini, yang telah menghantar jenazah ke kubur, yang melihat jenazah dikuburkan, dan mendengar talkin, tidak insaf-insaf akan soal kedatangan maut. Berani betul kite ni ek???
April 24, 2009

Bayangkan di hadapan anda ada sekeping kertas putih bersih. Sekarang lukiskan sebuah bulatan di atas kertas tersebut. Selepas itu buatkan satu titik di atas kertas tersebut. Personaliti anda dapat dinilai dengan tempat anda melukis titik tadi.
Sekiranya titik tersebut berada betul-betul di tengah bulatan: anda adalah orang yang mengikut arahan dan mendengar kata. Anda juga adalah seorang yang berdisplin dan mudah diatur. Teratur dan berhati-hati dalam membuat keputusan.
Sekiranya titik tersebut di dalam garisan bulatan tetapi tidak di tengah-tengah: anda seorang yang mengikut peraturan pada kebanyakan masa tetapi cenderung untuk melanggar peraturan. Anda suka kepada cabaran dan risiko dan kadang-kadang sedikit nakal.
Titik di luar garisan bulat tetapi masih di atas muka kertas: anda seorang yang sangat sukakan cabaran dan melawan peraturan. Anda sukakan pekerjaan yang penuh risiko seperti polis dan bomba, (ye ke?)
Titik di belakang kertas: anda mempunyai kreativi yang tinggi dan mendahului zaman. Disebabkan kreativiti melampau anda, anda sering disalah tafsir oleh orang sekeliling.
April 15, 2009

Mari kita analisa dua senario di baawah dan sama-sama memikirkannya.
Senario A
Pada suatu pagi ketika di meja makan, si anak yang ingin bersalam sebelum ke sekolah telah terlanggar meja makan dan menumpahkan air kopi ke atas baju putih si ayah. Si ayah terus meradang dan memarahi si anak. Maka menangislah si anak dek herdikan ayahnya itu. Tidak setakat itu sahaja, sang ayah terus mengarahkan perasaan bengangnya kepada si ibu, ”Kamu pun satu, kenapa letakkan teko kopi tu di tepi meja? Kalau kamu letak di tengah pasti airnya tidak tertumpah di atas bajuku.” Sambil mengibas-ngibas air kopi yang mula meresapi baju putihnya, sang ayah laju menaiki tangga menuju ke biliknya. “Mana pulak kamu letak bajuku yang lain? Aku dah lewat ni,” jerit sang ayah dari dalam bilik. “Di mana lagi kalau bukan di tempat biasa,” si ibu menyahut dari dapur sambil tangannya sibuk membersihkan meja makan dan memujuk anaknya yang menangis tersedu sedan. “Mana ada. Cepatlah carikan bajuku. Aku dah lewat ni,” suara sang ayah semakin keras.
Si ibu bergegas ke bilik dan mencapai baju kerja si ayah yang baru, “Nah, inikan baju Abang di tempat biasa. Itulah, orang cari dengan mata tapi abang cari dengan hidung. Mana nak jumpa,” Muncung. Sambil mendengus si ayah menukar bajunya dan terus turun ke bawah. Dilihatnya si anak masih di meja makan, menangis. “Apa lagi ni, cepatlah tunggu di luar, nanti ditinggalkan bas sekolah,” arah si ayah tegas. “Memang dah ditinggal pun,” sahut si ibu pula. Dengan hati yang panas si ayah terpaksa menghantar anaknya ke sekolah. Jam sudah menunjukkan hampir 8.00 pagi. Memikirkan dirinya semakin lewat, sang ayah terus memecut ke sekolah anaknya di arah bertentangan dari tempat kerjanya. Tanpa sedar dia telah melanggar tiga lampu isyarat merah dan ditahan polis. Sudahnya dia disaman. Sampai di pintu pagar sekolah, loceng telah lama berbunyi dan semua murid sudah memulakan kelas. Dengan keras si anak menghempas pintu kereta dan berkata, “Saya benci ayah.” Tersentak si ayah dengan apa yang baru didengarinya.
Fikirannya masih ligat memikirkan segala peristiwa yang baru sahaja dilaluinya pagi ini. Terlalu pantas dan terlalu banyak. Sehingglah dia tiba di pejabat dan didapatinya dia telah terlewat 30 minit. Encik M, ketua jabatannya yang baru secara kebetulan lalu di hadapannya. “Hai, awal kamu sampai pagi ni,” Sinis. “Hei, kamu tunjuk lagak ya. Mentang-mentanglah baru naik pangkat. Sudah lupakah kamu kita dahulu sama jawatan?” Suara si ayah terus meninggi.
Sekarang, cuba analisa kes ini pula.
Senario B
Pagi yang sama di rumah yang berbeza. Seorang bapa sedang duduk menikmati sarapan paginya. Si anak datang untuk bersalam sebelum pergi ke sekolah. Secara tidak sengaja si anak terlanggar meja tersebut dan kopi tertumpah di atas baju ayahnya. Si anak terus meminta maaf atas kesalahannya. Dengan senyum, si ayah memujuk, “Tak apa, nanti ayah minta ibu cuci baju ini. Adik jangan menangis ya. Ayah nak tukar baju yang lain.” Si anak yang ketakutan tidak jadi menangis.
Setelah menyarungkan baju yang lain, si ibu memuji sang ayah,”Nah, Abang nampak lebih segak dengan baju ini. Ayang bangga jadi isteri Abang.” Dengan hati yang girang si ayah terus menuju ke kereta. Sang Ayah tiba sedikit lewat ke pejabat pada pagi itu. Ketua jabatannya menegur,”Hai, awalnya kamu hari ini.” Sinis. “Encik tak tahu apa yang berlaku pagi tadi...,” sahut si ayah sambil bercerita tentang peristiwa kopi yang tertumpah di atas bajunya. “Wah, bahagianya keluarga kamu. Ceritalah lagi. Pagi ini saya belanja kamu sarapan bagi menggantikan kopi yang tertumpah,” pelawa ketua jabatan penuh ceria.
Sebenarnya 10 peratus daripada apa yang berlaku dalam hidup kita adalah takdir tuhan yang kita tiada kuasa untuk mengubahnya. Manakala 90 peratus lagi adalah elemen-elemen yang boleh kita kawal hasil daripada reaksi terhadap sepuluh peratus peristiwa tadi. Setiap hari kita akan menghadapi ujian, cabaran dan peristiwa. Segalanya terpulang kepada bagaimana kita menganalisa, menimbang dan membuat keputusan terhadap apa yang berlaku. Kalau positif pandangan kita maka akan positiflah keputusannya. Manakala 10 peratus elemen yang tidak dapat dikawal seperti cuaca, kesihatan, kematian, musibah kenakah kita hadapi dengan penuh positif dan sabar.
April 10, 2009

Bermula kisah perkenalan dua orang budak yang masih bersekolah rendah. Rosnah dan Ahmad. Mereka sangat akrab sehinggalah memasuki sekolah menengah yang sama. Pada peperiksaan SPM, Rosnah telah mendapat keputusan yang cemerlang dan diterima melanjutkan pengajian ke universiti. Manakala keputusan Ahmad sekadar cukup makan dan terpaksa bekerja sendiri. Ahmad memelihara lembu secara kecil-kecilan.
Masa terus berlalu dan Rosnah mulai kurang menghubungi Ahmad. Baik melalui telefon mahupun surat. Ahmad cuba memahami keadaan Rosnah yang sibuk dengan pengajiannya di universiti. Suatu hari Rosnah menghubungi Ahmad. Mendengar suara insan yang dicintainya, Ahmad sungguh gembira. Dia juga berhasrat melamar Rosnah yang akan menamatkan pengajian tak lama lagi. “Abang, Ros nak bagitau abang satu berita. Berita penting,” kata Rosnah. “Abang pun ada perkara nak bagitau Ros. Ros cakaplah dulu,” girang suara Ahamad. “Ros nak bagitau Abang, Ros akan berkahwin dengan Azlan. Dia senior Ros di universiti. Dia sekarang telah menamatkan pengajian dan berjawatan besar. Ros harap abang boleh terima berita ini dan jangan hubungi Ros lagi,” ringkas berita Ros.
Ahmad begitu terkejut mendengar berita yang tidak disangka-sangkanya. “Agaknya Ros berubah hati kerana Abang tidak pandai dan kaya seperti bakal suami Ros. Tapi abang berjanji akan menjaga Ros, kerana abang mencintai Ros,” balas Ahmad penuh pengharapan. “Abang fikirlah apa abang nak fikir. Ros dah membuat keputusan. Jangan hubungi Ros lagi. Abang Azlan tak suka,” Ros mematikan perbualan.
Ahmad sangat terkilan dengan sikap Ros. Insan yang paling dicintainya telah meruntuhkan harapannya, satu-satunya harapannya. Lebih-lebih lagi di saat dia ingin melamar kekasih hatinya itu. “Mulai hari ini, aku akan buktikan kepada Ros dan dunia, aku, Ahmad boleh berjaya walaupun aku tidak belajar di universiti. Aku akan buktikan aku akan lebih berjaya daripada Azlan,” tekad Ahmad bulat.
Mulai hari tersebut Ahmad bersungguh-sungguh mengusahakan penternakan lembunya. Tidak berapa lama kemudian dia sudah pun membuka beberapa ladang ternakan di beberapa buah negeri. Akhirnya, berkat usaha gigih Ahmad, dia kini menjadi kaya.
Suatu hari Ahmad pulang ke kampung halamannya dengan menaiki kenderaan mewah. Ingin ditunjukkan kepada semua orang bahawa ini adalah Ahmad, budak yang hanya belajar setakat tingkatan 5. sekarang Ahmad bukan macam Ahmad dulu. Ahmad dah berjaya, kaya dan berduit. Ketika melalui sebatang jalan, Ahmad terpandang sepasang suami isteri sedang barjalan kaki. Kasihan terhadap kepayahan pasangan tua itu berjalan, Ahmad berhenti untuk menumpangkan mereka. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati kedua orang tersebut adalah ibu dan bapa Rosnah. “Pakcik, makcik, marilah naik. Saya hantarkan ke mana pakcik dan makcik nak pergi,” pelawa Ahmad. Keduanya menaiki kereta mewah Ahmad. “Alhamdulillah, kau sudah berjaya Ahmad. Tahniah,” kata-kata pujian terpacul daripada mulut si suami. “Iya pakcik. Saya dah berjaya. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat apa yang saya ada hari ini. Oh ya, pakcik dan makcik nak ke mana tengah tengah panas ni?” Ahmad menyembunyikan soalan sebenar untuk bertanyakan hal keadaan Ros yang lama tidak didengarnya. “Engkau hantarkan kami ke perkuburan di hujung kampung tu,” pinta si suami. “Kubur? Tapi pakcik dan makcik nak lawat pusara siapa?” tanya ahmad kebingungan. “Kubur si Rosnah,” ringkas. “Rosnah? Tapi...”Ahmad tidak sempat meneruskan kata-katanya. “Ya nak, Rosnah meninggal selepas sebulan dia memberitahu kau yang dia akan bernikah dengan Azlan. Sebenarnya dia mengidap barah yang kronik. Dia tidak mahu menghampakanmu dan membuat kamu terluka sekiranya berkahwin denganmu. Dia terpaksa mereka cerita bahawa dia akan bernikah agar kamu berasa marah dan bekerja lebih keras untuk berjaya. Nah, lihatlah keadaanmu sekarang. Pakcik rasa pasti roh Rosnah tenang melihatkan kau seperti ini sekarang. Kita ziarah kuburnya sama-sama ye nak,” lembut suara ayah Rosnah. Ahmad terpempan.
April 7, 2009

April 3, 2009

Kisah bermula dengan Puan Lina yang sugul atas kematian anak sulungnya yang sedang belajar di luar negara. Sebagai jiran, Puan Mimi bercadang untuk menghiburkan hati Puan Lina yang sedang dirundung walang. Lalu Puan Mimi mula memasak masakan kegemaran jirannya itu. Sekonyong anaknya, Adik, bertanya apakah yang sedang dibuat oleh si ibu,”Ibu, apakah yang sedang ibu buat?” “Ibu sedang memasak makanan kegemaran jiran kita,” jawab si ibu lembut.”Tapi, kenapa bu?” “Puan Lina sedang bersedih, hatinya luka. Kita kenalah menolong meringankan kelukaannya, sayang,” masih lembut suara si ibu.
Adik berfikir sendiri,”Adik pun mesti tolong Untie Lina merawat lukanya.” Tetapi apalah yang mampu dilakukan oleh Adik yang baru berumur tiga tahun. Adik keluar menuju ke rumah Puan Lina. “Assalamualikum, untie, ini Adik,” Adik memberi salam sopan. “Ada apa Adik?” jawab Puan Lina lemah.”Untie, Adik dengar untie terluka. Ini Adik ada bawa plaster untuk mengubat luka Untie. Adik harap untie akan cepat sembuh dan gembira. Bolehlah kita bermain-main seperti dulu,” jawab si anak kecil petah. Tergamam Puan Lina mendengar kata-kata Adik. Menggeletar tubuhnya mendengar keikhlasan dan ketulusan anak kecil ini. “Sungguh dari tubuh yang kecil di hadapan aku ini akan tumbuh hati yang besar. Kalaulah si kecil ini boleh berusaha memadam kesedihanku, maka selayaknya aku yang dewasa ini lebih kuat menghadapi dugaan ini,” bisik hati Puan Lina dengan penuh tekad. Lantas dicapainya gugusan kunci yang tergantung foto anaknya yang telah meninggal dunia dan diganti dengan plaster yang dibawa oleh Adik. “Mulai hari ini aku akan melihat plaster ini setiap kali teringat akan anakku,” tekad hatinya. “Terima kasih, Adik. Adik telah menyedarkan Untie betapa luka yang besar selalunya boleh disembuhkan dengan ubat yang kecil,” ucap Puan Lina seraya memeluk erat anak kecil yang bijak itu.
March 30, 2009
Suatu hari waliyullah Syeikh Ibrahim Adham dalam perjalanan menuju ke Baitul Maqdis telah singgah membeli kurma di pasar Madinah. Setelah selesai proses menimbang, Ibrahim Adham terlihat sebiji kurma terjatuh bersebelahan bungkusan kurmanya. Menyangka sebiji kurma itu adalah miliknya, beliau terus mengambil dan memakannya. Setelah sampai di Baitul Maqdis, beliau duduk di suatu sudut sambil beribadah seperti kebiasaannya. Sehinggalah beliau terdengar dua malaikat sedang berbicara, “Itulah Ibrahim Adham yang rajin beribadah dan doanya sering dimakbulkan oleh Allah. Akan tetapi kebelakangan ini Allah tidak lagi mendengar doanya kerana dia telah memakan benda yang bukan haknya di Madinah.” Ibrahim Adham sungguh terkejut dan cuba mengingat-ingat apakah yang dimakannya di Madinah. “Ahh, kuma itu…,” bisik hatinya seraya mengambil keputusan untuk bertemu peniaga tua itu di pasar Madinah.
Perjalanan jauh ditempuhi beliau semata-mata mahu melunaskan ‘hutangnya’ itu. Setibanya beliau di pasar Madinah, peniaga tua itu telah tiada dan tempatnya diganti oleh seorang anak muda. Melihatkan kegusaran Ibrahim Adham, anak muda itu bertanya,”Gerangan siapakah yang tuan cari?”. Lalu diceritakan segala permasalahannya kepada si anak muda. “Oh, peniaga tua itu adalah bapa hamba. Beliau telah meninggal dunia beberapa hari yang lalu dan perniagaan ini diwariskan kepada hamba,” terang si anak muda.
“Kalau begitu, sudikah tuan menghalalkan sebiji kurma yang telah aku makan itu?” tanya Ibrahim Adham. “Oh, bagiku, itu tiada masalah. Akan tetapi, aku masih lagi mempunyai 11 orang adik beradik. Tuan kenalah tanyakan pendapat mereka juga,” jawab si pemuda. Maka Ibrahim Adham pun terpaksalah menemui kesemua waris peniaga tua itu bagi mendapatkan keridhaan mereka. Setelah selesai, Ibrahim Adham pulang ke Baitul Maqdis. Tiba di sana dia terdengar lagi perbualan dua malaikat yang sama, “Itulah Ibrahim Adham, yang dulunya doa’nya terhijab oleh perkara syubhah sekarang telah diangkat doa’nya ke maqam utama.” Barulah tenang hatinya dalam beribadah.
Alahai, manelah nak cari Ibrahim Adham pada hari ini? Rambut macam David Backham banyaklah…
March 27, 2009

Adalah sorang sohabat kenalan daripada universiti yang sama, cuma brandnya lebih original daripada kita ni, uia-kusza. Menurut katanya, batch kita ni asyik dibuai dengan kenangan dan memori silam time study, sedangkan kita dah tinggalkan zaman tu hampir sedekad lamanya. Dia kata lagi, get a lifelah, zaman sekarang xde maknenye nak terkenang2 kisah zaman dolu2. Campus life is another chapter in human life, it shouldn’t be cherished, but to be forgotten. Betul ke?
Mengenangkan penulis ni Melayu yang berbudi pekerti mulia (walaupon jawa sebenarnya), dan masih menebal sikap menjaga hati orang lain, maka penulis tarik nafas panjang2 sebelum menjawab komentar teman tadi. Dia yang kini bertugas sebagai seorang lawyer mmg sentiasa nak dominate setiap perbualan kami. Tiap patah katanye penuh dengan intonasi tinggi rendah. Dia tahu mane nak stress the word dan where to sound intelligent. Dia kata kita2 yg uia-kusza ni kalau berkumpul mesti cerita pasal zaman belajar U dulu. Mesti nak cerita kisah susahnye belajar kat kusza, kene duk umah sewa, susah nak cari buku teks dan rujukan, tapi CGPA best tu pon sbb lecturer kesian.
Maka ini jawapan penulis. “Sohabat, hidup ini ibarat memandu kereta. Kita sentiasa memandang ke hadapan untuk melihat jalan yang bakal kita tempuhi. Memandu kena focus agar semua halangan dapat ditempuhi, segala bahaya dapat dielak dan setiap simpang dapat dituju dengan betul. Begitu ibarat hidup. Sentiasa memandang ke hadapan. Kejar kerjaya kita, cari pendapatan bagi memenuhi setiap keperluan dan impian. Bekal diri dengan segala kemahiran dan pengalaman bagi menghadapi segala rintangan dan cabaran.
Tetapi, ibarat memandu juga, kita harus sekali-sekala memandang cermin belakang, memandang cermin sisi. Tujuannya buat kita melihat apa yang ada di belakang dan di sisi kita. Maknanya, kalau kerjaya kita itu ibarat cermin hadapan, hidup kita sekarang ibarat cermin sisi dan cermin pandang belakang kita ibarat sejarah dan kenangan silam. Terlalu mengejar kerjaya pun xleh jugak. Akibatnya orang sekeliling kita yg suffer. Tu yang accident tu.
Sebab tu time memandu kita diajar fokus apa yang ada kat depan, sekali2 pandang cermin sisi dan belakang kalau nak memotong. Tapi janganlah asyik nak pandang sisi dan belakang jer plak, kang lembu melintas pon kita langgar.” Moralnya: Dah cepat wat kerja, jgn asyok berblog je.
March 25, 2009

Suatu hari ketika rasulullah sedang gering, semua isteri baginda berkumpul mengelilingi katil baginda. Isteri baginda yang paling berumur, Rukayyah telah berkata,”Ya Allah, engkau pindahkanlah beban kesakitan yang dideritai oleh Muhammad kepadaku kerana aku tidak sanggup melihatnya tersiksa begini.” Demi mendengar ratapan Ruqayyah, isteri baginda yang lain saling melirik antara satu sama lain. Tiba-tiba Rasulullah mengarahkan agar diambilkan bekas seraya berkata, “Ludahlah kamu semua ke dalam bekas ini.” Para isteri baginda terpinga-pinga akan arahan baginda. “Wahai kekasih Allah, sesungguhnya kami tidak mengumpat. Mengapa pula tuan menyuruh kami ludah ke dalam bekas ini?” soal salah seorang isteri baginda. “Sesungguhnya pandanganmu juga berupa umpatan ketika mendengar rintihan Ruqayyah. Kiranya kamu meludah tadi nescaya akan keluar daging yang masih berdarah kerana mengumpat itu umpama memakan daging saudaramu sendiri,” ujar baginda.
Agaknya dah berapa tan kita mengumpat sepanjang hidup kita ek?
March 19, 2009


Encik Shukri baru masuk ofis. Dari gayanya aku dapat meneka yang mesyuarat di SUK pagi tadi mesti tak best. Sekejap je dia dah keluar dari biliknya sambil ajak aku kuar minum. Oh ya, immediate boss aku ni cume beza 5 tahun usianya daripada aku, tapi senioritinya dah jauh meninggalkan aku. Tapi bukan tu yg aku nak cerita.
Masa minum, dia terus bercerita mengenai Encik S****** yang menyerangnya selepas meeting pagi tadi. Ya, S****** Pejabat Daerah K**** tu memang poyo sikit. Disebabkan rumah mak dia ada kat daerah kami, maka banyaklah yang dia nak tegur. Kalau ada rumah orang miskin, dia tegur, jalan rosak, dia tegur, hatta tiang masjid retak pun dia nak wat bising kat Pejabat kami. Bukan dia tak tau cara bekerja kat Pejabat daerah ni. Aku lebih suka pendekatan En Rohib, KPPD Hulu Selangor yg kampungnya jugak terletak kat daerah jagaan kami. Dia personally jumpa aku dan maklumkan jalan ke rumah maknya masih crusher run, mintak diturap. Aku dengan willingly masukkan dalam senarai PIA/PIAS tahun tu jugak. Bukan tu jer, PPN pun dengan penuh willingly naiktaraf surau kat jalan En Rohib lagi.
Berbalik pada S****** tadi, baru2 ni, Najib ada wat lintas langsung kursus perancangan strategik pembangunan daerah dari Melaka. Dia menyumpah berbakul2 pasal perangai Suliman. Well, that’s wasn’t surprise me at all. Memule Najib kata Suliman ni macam skem, hanskem a.k.a perasan handsome dan skema, tapi aku kata tunggu time dia bersuara, nescaya akan terserlah kepoyoannye. Dan, sah bila dia bersuara, most of the people around him look disdain. Nak lebih best lagi En Shukri, skang dah naik pangkat jadi KPPD Gombak, ade duk sblh S******. Heh.
Teringat lak kuliah tafsir surah ‘abasa. Saidatina A’isyah meriwayatkan surah ini diturunkan ketika Nabi didatangani oleh seorang tua yang buta bernama Abdullah bin Umi Makhtum dan pada masa yang sama nabi sedang menerangkan Islam kepada pembesar Musyrik. Disebabkan sifat tidak acuh nabi kepada si buta tadi, maka turunlah ayat ‘ abasa watawalla. An ja~ahul a’ma. Bermula peristiwa itu, setiap kali nabi bertemu Abdullah, maka baginda akan memberi salam seraya berkata, “Salam sejahtera kepada manusia yang menyebabkan aku ditegur oleh Allah.” Sambil Nabi memakaikan jubahnya kepada Abdullah. Begitu tingginya akhlaq nabi yg tiada sekelumit pun sifat dendam di dalam hatinya. Adakah kita masih berdendam?
March 16, 2009
Well, much has been said ‘bout Grisham, the author of The Testament. Yet, I don’t understand why I keep turning page by page reading his work. Addicted? I can’t find another suitable word. And this story, fiction as usual, had never bored me with another side of lawyerly thing that is will and probate.
The story start with Troy Phelan, a multi-billionaire, had jumped from his Tower, seconds after passed his mental capacity test, by three expert shrinks, Dr. Zadel, Dr. Flowe and Dr. Theishen and sign his will. Left behind are some eleven billion dollar estate and hungry 3 ex-wives and 6 spoiled heirs. Troy, as while he is alive, a very lousy husband, father and employer had made his life ended so dramatic by leaving his fortune to Racheal Lane, the unknown illegitimate daughter.
Josh Stafford, his lawyer’s biggest quest now is to track Racheal Lane, a Christian missionary for Tribe World somewhere in deep Brazil swamp. And he thinks no other than Nate O’Riley, his partner who had been in rehab center for boozer to find the missing heir. The journey concurs most of the story physically as well as spiritually. The danger of swamp during raining season, the plane crash, the wreck of the boat by the storm, lost in the middle of nowhere and being infected by malaria and dengue fever had been narrated beautifully as we might feel being there.
And Nate’s meeting with Racheal in Ipica’s settlement had made him somehow find his fresh way, i.e praying to God, simple life and she didn’t even care for the money. The story goes on and on back to the States where the trial was presided by Judge Wycliff and everything turns ugly when all cards are open on the table. Nate finding his new light had befriended Father Phil in St. Michael and accept that he can’t change his past (his broken family) but put his faith that God will show the way forward.
The story ended with settlement between the heirs of some fifty million dollar each and the death of Racheal, the richest woman somewhere in Pantanal. Well, it is not only a story on legal field but I do think that Grisham had included something about Christian teaching in this book. I mean, how they understand the concept of praying and leaving all matters to God and, how dedicated they are in converting the aborigines. As I do my reading in the office, mind you this is my second time, both at Yadim years back and my current office, people keep telling me, “Encik, hati2 baca buku mcm ni, nanti terpesong akidah.” Well, this is nothing to do with New Testament or Old Testament (Taurah I belief), but Grisham only refer it to The Last Will and Testament of both Troy Phelan and Racheal Lane.
March 12, 2009
Permainan tradisional orang banjar
Ha, ini ade satu permainan tradisional orang banjar dulu2. aku xdelah paham sgt makna lagu dia ni tp time tok hakim nyanyi, diana ngan zeti pun ikut2 nyanyi. Gini lagunye:Kama Tadinu Tudan

March 10, 2009
Kisah rumah tanggalah pulak...

March 5, 2009
Padan muka dia

Kelihatan seorang lelaki memakai topi sedang bersandar di dinding sebuah kilang. Lelaki itu leka menggodek HPnya tanpa mempedulikan pekerja lain. Sehinggalah boss kilang tuh meluru kepadanya dgn gaya penuh menyampah. "Nah, ambil RM3,000.00 ni dan jangan datang ke kilang ini lagi. Anggaplah duit ini sebagai gaji dua bulan kamu dan selebihnya sebagai pampasan," si boss tuh menyergah, menghulur dan menghalau. Banyak mata memandang. Lelaki tersebut menyambut duit yang dihulur dan berlalu selamba.
"Ingat, syarikat ini x memerlukan pekerja yg malas. Sesiapa yg tidak bekerja kuat akan menerima nasib seperti lelaki tadi," amaran diberi sambil mengangkat2 telunjuknya. Para pekerja berbisik sesama sendiri. "Sin, siapa nama budak lelaki tadi, dari department mana?" Boss masih marah2. "Tu budak penghantar piza, tuan," jawab assistantnya. "Ha???"
Secemerlang sinar pagi
March 2, 2009
Sukarnya Mencari Keikhlasan

February 27, 2009
Alert, Grab and Exagerate
- Boss sengih kucing aku = dari awal2 lg dia lps tangan pasal odit nih. Dah dpt sijil barulah nak wat vote perlu sambung ke tak? heee, nasiblah dia yg bg markah LNPT aku, kalau tak...
- oditor sirim = mintak maaplah kalau dia nak dtg lg taun dpn, hee x sanggup aku. agaknye apelah dia dpt dgn menyekse kami semua. (oh ye, dia dpt kerepek goodies lebihan xavier harituh. tu lah, sape suruh garang2...)
- Big boss aku = alah, biaselah boss, mestilah control dpn staf kan? "kita mampu mempertahankan sijil ni" ha'ah yg mampus kitorg kan...?
- cc = kesian gak cc sampe kene gout sbb menjawab soalan odit. tp aku respect cara dia control kegabrahan dan menyakitkan hati oditor itu sekaligus.
- rizam = memule tuh serius jer jwb, tp masuk hari kedua terserlah kebebehannya dgn menjwb,"JKR pun byk kerja lain, xdelah dia nak layan kita sepanjang masa." -dialog time oditor mintak format akujanji kontraktor.
- nizam = kesian aku tgk budak baik nih kene belasah oditor. ko tunggulah pembalasan di akhirat kelak, wahai oditor...
- kak awe = 1st time kene odit, kak awe mmg terer menyusun ayat,"saya mmg ade perancangan utk membangunkan mekanisme penyelenggaraan aduan awam. tp perancangan ajelah..."
- zetty = "hah, kalau sy tanye terus jer garu kepala," sergah oditor. dia leh jwb ngan selambe,"mane ade, sy betulkan tudunglah." satu lagi dialog best. "ni kenape senyum2 ni?" tanya oditor. "Saye x senyum kat encik," padanlah muke oditor tu...
- yana = "cepat tulis kod fail nih kat dlm daftar fail," oditor garang ckp. "iye, sy janji sy buat nanti," yana jwb. "sy nak sekarang jugak," masih mengarah. "eleh, ko suwoh sbb yana kate dia masih berstatus cik kan? saje jer oditor nih nak menggatal," bisik hati seseowang. guess who?
Maka demikianlah episod drama sebabak utk kali nih. Dgn rasminye bahagian pembangunan masyarakat telah berjaya mengekalkan sijil isonye utk 3 tahun lg. sebagai pengakhiran, utk me'relate'kan episod ni ngan tajuk di atas, kite kenalah sentiasa alert dgn persekitaran kita, grab semua yg leh dan sempat kite grab, and exageratelah time ceriter. Barulah jd cam zizan & johan raja lawak tuh...
February 19, 2009
Kisah 3 ekor ikan

Di dalam sebuah kolam bersebelahan sebatang sungai, terdapat tiga ekor ikan. Pada suatu hari datang seorang pemancing membawa joran bersama baldi untuk memancing di situ. Melihat pancing dipasang, ketiga-tiga ekor ikan ini bermesyuarat untuk mencari jalan mengelakkan diri dari ditangkap si pemancing. Ikan pertama berkata, “Aku akan cuba melompat keluar daripada kolam ini dan cuba bergerak hingga ke sungai di sebelah,” katanya sambil melompat sekuat hati. Maka bergolek-goleklah ikan pertama tadi setibanya dia di daratan. Dengan bersusah payah dia meliuk lentokkan tubuhnya bergerak menuju ke arah sungai. Setelah bersusah payah menahan nafas akhirnya sampailah ia ke sungai dan selamatlah si ikan pertama tadi. Melihatkan peristiwa itu, si pemancing bertambah yakin bahawa kolam tersebut pastinya terdapat banyak ikan sehingga ada yang melompat keluar.
Dengan tidak dapat menahan sabar, dilabuhkan jorannya ke dalam kolam tersebut. Sambil itu tangan kirinya siap memegang tangguk bersedia kiranya ada ikan yang memagut umpannya. Ikan kedua mencari akal bagaimanakah cara untuk melepaskan diri daripada si pemancing itu. Fikir punya fikir akhirnya ikan kedua mendapat akal. Ia pun timbul ke permukaan kolam dengan keadaan perut ke atas. Lantas disauk oleh pemancing ikan kedua itu. “Oh, ikan mati rupanya, pastinya tidak sedap dimakan,” getus hati kecilnya. Maka dibuang ikan kedua ke dalam sungai bersebelahan dan selamatlah si ikan tadi.
Dengan hati yang panas, si pemancing berkata di dalam hati,”Kali ini aku tidak akan tertipu dengan helah mana-mana ikan.” Maka terjunlah dia ke dalam kolam dan menangguk sesungguh hati. Ikan ketiga pun tertangkaplah.
Demikianlah kehidupan kita di dunia ini. Ada manusia yang bertindak seperti ikan pertama. Ia mengambil tindakan awal sebelum masalah timbul. Ini dinamakan tindakan proaktif. Manakala tindakan ikan kedua pula dinamakan kreatif, iaitu bertindak mencari akal untuk melepaskan diri ketika menghadapi masalah. Sedangkan ikan ketiga tidak bertindak dan sekadar menunggu masalah melandanya. Ini dinamakan pasif. Terpulanglah kita hendak tergolong dalam kumpulan yang mana.
February 18, 2009
The 3 rings

February 13, 2009
Odit datang lagi (mcm lagu Dina)

February 11, 2009
Kisah mama, papa dan HP

February 10, 2009
The Brethren, re-visited
Ever imagine how a group of former judges doing time in Trumble, a Florida federal prison. The three had formed a kind of bond, both as a court officer in the prison and a brotherhood of illegal activity, called as the Brethren. Joe Roy Spicer, Finn Yarber and Hatlee Beech had formed some kind of scam and extortion behind a young and handsome gay character of Percy and Ricky and targeted all kind of lonely chap around the nation. They befriended them, lured them with a sad story of young Percy and Ricky who are in the rehab centre and desperately needed an adult companionship after get out. However, one day their hook catch a big fish, Mr. Aaron Lake the Congressman of Arizona, Mr. President to be.
Lake, becomes the most suitable candidate for the next President had caught the attention of CIA who think nothing but to increase the national budget on defense. Then all the CIA jobs come in both in securing Lake’s campaign and his little secret with Ricky. Grisham once again never fail to impress me on how meticulous he is in describing presidential election campaign.
CIA, under the command of Teddy Maynard had managed the camp for Lake’s campaign called DPAC and the later keep winning in each states leaving behind Senator Britt of Maryland with his exhausted fund. And at the same time, the agency had made a little chaos back in Cairo, just to assure that the world really needs a strong American army to secure its citizen and eradicate terrorist. From here the name of Natli Chenkov of Russia emerged.
On the other side of the world, Teddy had ordered his man to track down who is this Ricky. And CIA managed to strike a deal with Trevor Carson, the drunken lawyer for the Brethren. However, the lawyer had double crossed the agency and fled to Bahamas and later found death with the bullet behind his head. The Brethren had loss their only messenger and rely hardly on Buster, young inmate of drug case to runaway from Tremble with a note to Aaron Lake. But as usual, the agency managed to intercept the letter and send Wilson Argrow, CIA agent in Trumble just to confront the pack of disgraced former judges. Teddy managed to sought the Clemency- a pardon by the president to special inmates for the three and send them abroad with $2 mil each in their hand.
The story ends with Teddy once again safe the day by reminding Lake, the now elected President that he has Ricky’s file and ask the President to live a normal life. Marry Jayne Cordell one of his staff and no more double life. Ricky had been neutralized, as what the agency good at.
However interesting the story been written by the author, I still feel some discomfort especially on how he describe terrorism. Minor issue as he may assume, but relating third world countries with terrorism is lame. For instance, page 19, mentioned to the effect:
February 5, 2009
ni ade info berguna nih
Yang Tak Patut Berlaku...
Uh, bosannye kebelakangan ini. Mcm2 bende berlaku. Dok surfing menjenguk blog owang td akhirnye dpt idea bg menarik lebih ramai pembaca tempatan, ada lebih baik kite discuss isu tempatan kan? Tp itu menongkah arus glokal. Pedulik hape, ini blog sape kan?
Antara mende pertama yg ambe blaja time memule keje kat opis nih ialah, kat dlm perkhidmatan awam ni, owang sgt mementingkan gred. Lebey2 lg kat daerah nih. X caye? Bace kisah seterusnye.
Sebermule kisah suatu hari ambe sampe dah dkt sgt punch card tukar kaler merah. Disebabkan ambe nih owang baru dan xde specific parking space, make ambe sengaje pi row belah blakang. Ade nampak satiew tempat kosong di sana. Time tuh hujan tuwun renyai2. Maka ambe pon berparkinglah dgn megahnye bak kate kerls kat Tmn Rajawali kpd Najib tuh.
Pukul 8.30 ambe mendpt call drp unit pendaftaran. Suara di hujung talian sgtlah ambe kenal, Nizam. “Boss, sy ingat boss dah silap parking ketelah harini. Tu tempat CC. Dia tgh membebel tuh,” ambe tau Nizam cuba berdiplomasi. Background muzik dia ialah suara bebelan CC propa. “Aku mmg hangin kalau orang kacau aku. Selama nih xde sape berani parking kat tempat aku. Pgni plak dia berani2 parking kat sana…,” entah ape lg yg disumpah oleh CC Propa yg auranya ibarat Malika dlm drama kat TV9 tuh.
Maka ambe pon tuwun mengalihkan kete ambe ke tempat lain. Iyelah, kite owang baru kan. Lagipon, kete kite kete tempatan ajer time tuh, kete Malika, eh Propa, kete Jerman. Tapi yg anehnye dia xde plak direct confront ngan ambe. Dan yg herannye dia terus biarkan kete dia kehujanan harituh, padehal ambe dah call dia mintak mahap.
Harinih, CC Propa dah xde kat Pejabat nih. Tp dlm byk hal ambe slalu ingat kite kenalah tau mane tempat sebenar kite. Jgn parking kalau itu bukan tempat kite. Tadi, eh sblm2 ni pon ramai yg parking ikut suke ati mak bapak diorg. Ntahlah, diorg x tau mengeje ke atau nak tunggu CC Propa @ Malika santet diorg? Heran…
Tapi nih lagi bapak punye kuang ajar, ade hati dia berangan jadi DO...Malika, jlnkan tugasmu!!!
Q: nape awok wat entry ni?
A: Abis? Dah sumer owang sibuk wat citer psl lompat si katak lompat…
Isu terhangat minggu nih, kuar parti, eh x jadi, masuk balik, eh tak malu, bubar DUN, eh x jadi, majoriti mudah, eh mmg sah diorg ni x malu. Maleh aku nak campur.
Pernahkah

Ropenye ade sekatan polis kat depan. Demi melihatkan anggota polis yg berbadan bagak tuh, mokcik nih sanggup melupakan keselamatan dirinye bahkan membahayakan keamanan kenderaan dan diri ambe. Walau ambe dah hon dia sebanyak dua kali (jumlah hon paling banyak ambe penah bagi kat seseorang manusia), namun mokcik tu tetap membelokkan motornya. Dgn bantuan system ABS dan EBD kete ambe, kemalangan dapat dielakkan.
Mokcik tuh dah selamat ntah kat mane. Satu mamat kete wira sdg benti dan bersoal jawab ngan bapak polisi. Lama gak, jantung ambe berdebar bkn sbb takut tgk polis tu tp baru lepas mengelak mokcik motor kriss td. Rupenyer pokcik polis tuh amik sticker PDRM yg ditampal kat kete dpn. Tulah, org kite mmg suka kalau dpt tampal sticker polislah, bombalah, askarlah, ntah ape2 lglah. Tu blm campur sticker kelab golf mane ntah, pangsapuri lg, Pejabat suk lg (heheh, ambe x gemo sumer tuh, tu yg leh kutuk tu, heheheh).
Kesimpulannya, banyak peristiwa yg spttnya kalau dinilai drp logiknya kita akan cedera teruk tp kita terselamat. Kata sorang ustaz ni, itu mungkin berkat drp amalan baik kita yg menyelamatkan kita drp musibah. Mungkin juga drp doa org di sekeliling kita. Sbb tuh jgn bertangguh kalau nak berbuat baik. Umi pon ade pesan, sedekah leh menyelamatkan kita yg sdg dlm musibah. Sbb tu, kalau org wat baik kat kite, jgn malu2 doakan kebaikan utk dia dan sebaliknya.
Camtulah jugak kalau hari tu hidup kita asyik susah jer, maybe ade org yg mengutuk dan x puas hati ngan sikap kita. Sbb tuh kalau wat salah, cpt2 mintak maap, xyah tunggu raya.
P/S: agaknye berkat doa orang di sekeliling ambe td yg menyelamatkan ambe drp accident ngan mokcik moto kriss td. Kena wat amal byk2 nih.
February 4, 2009
Kak Awe: Orang
Lin: Kude belang
Kak Ita: Belangkas
"Oklah, sekarang bagitau ilmu ape yg xyah belajar?" masih berteka teki tp x beran nak letak betting. "Ilmu hisap," Lin jwb, terer. "Betul, tp bg lagi 2 jwpan." "Mane aci, ko bayarlah RM3.50 dulu, aku dah jwb betul," Lin menagih bak ceti. "Takde, jawapannye ilmu hisap, ilmu alam ngan ilmu sain," sontoloto dah bersedia nak lari. Tu pasallah aku panggil budak ni sontoloyo, gabungan Mat Sentol ngan Poyo...
Interview yang stress
Kisah ni berlaku ketika interview untuk intake student medic. Watak2 yang diperlukan ialah 3 orang Professor Kuliah Medic dan tiga orang interviewee sbg sample. Soalan yang ditanya adalah mengenai anatomi tubuh manusia.
“Sila berikan istilah bahasa Inggeris untuk bahagian badan manusia yang kami tunjukkan kepada kamu,” tanya sang penemu duga sambil merujuk kepada hidung. “Ear,” jawab budak pertama. Sambil menggelengkan kepala, si penemu duga menunjukkan ke arah dagu. Budak pertama menjawab,”Cheek.” “Are you sure?” penemu duga tak puas hati. “I am dead sure,” confident jer budak tuh jawab. “Ok, you’re dead by then. Next,” stress si Prof tuh.

Soalan yang sama ditanyakan kepada budak kedua dan jawapan yang diberikan juga salah belaka. Di hujung soalan penemu duga bertanya sama ada budak kedua tu betul2 pasti dengan jawapannya. Budak kedua menjawab,”Definately, sir.” “Then you’re most definately out, boy...Next.” Prof semakin stress.
Tiba giliran budak ketiga. Soalan yang sama ditanya dan semuanya dapat dijawab dengan betul dan penuh yakin. Malah, tanpa disoal pun budak ketiga nih dapat menanamakan bahagian tubuh manusia yang lain. Para Prof sangat terpegun dengan kepandaian budak ketiaga ini dan terus memaklumkan bahawa beliau berjaya dan terpilih. Sebelum melangkah keluar, penemu duga bertanya apakah rahsia kepintaran budak ketiga itu. Sambil bangun dan menunjukkan ke arah kepalanya budak itu menjawab, “I always use my liver, sir.” Ketiga2 prof tuh menepuk dahi.
