Unta oh Unta...
Diriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa suatu hari rasulullah telah didatangi oleh seekor unta yang agak lemah. Unta tersebut terus menemui baginda sambil berbisik-bisik di telinga rasul. Usai sang unta berbisik, baginda lantas menemui tuan empunya unta seraya berkata, “Janganlah engkau memaksa-maksa unta ini untuk membawa bebanan yang melebihi kemampuannya. Berilah unta ini makan secukupnya dan janganlah engkau sekali-kali menyiksanya.” Maka sang unta pun dilayan baik oleh tuannya sesuai dengan arahan rasulullah.
Setelah beberapa lama sang unta bertemu lagi dengan rasulullah. Kali ini sang unta kelihatan sihat dan ceria. Sang unta berbisik sesuatu kepada rasulullah dan kelihatan baginda juga membisikkan sesuatu kepada sang unta. Sang unta kelihatan terkejut dan bermuram durja. Sejak hari itu, sang unta bekerja keras sehingga selalu terlupa untuk makan. Badannya yang dahulu gemuk menjadi kurus dan akhirnya mati. Maka tuan punya unta datang menemui rasulullah mengadukan perihal sang unta. “Ketahuilah kamu, pada mulanya sang unta menemuiku dan mengadu bahawa ia tidak mampu untuk menanggung beban berat yang diarahkan oleh tuannya. Maka aku telah menemui tuannya dan meminta agar kebajikan unta ini dijaga dan haknya dipelihara. Pada kali kedua, ia membisikkan kepadaku bahawa unta bahagia dengan layanan tuannya selepas itu. Tetapi aku telah memberitahunya bahawa ia akan mati tidak lama lagi. Unta menjadi sangat takut dan mahu menghabiskan sisa hidupnya dengan berbakti kepada tuannya sepenuh hati sehingga melupakan soal makan dan minum,” jawab baginda.
Lihatlah betapa sang unta pun tahu takutnya ajal maut itu. Sedangkan kita, manusia yang berakal ini, yang telah menghantar jenazah ke kubur, yang melihat jenazah dikuburkan, dan mendengar talkin, tidak insaf-insaf akan soal kedatangan maut. Berani betul kite ni ek???

Ajak:
ReplyDeleteMati? memang takut. Sapa tak takut mati. tapi persoalannya cukupkah persediaan untuk menghadapinya.
apa perasaan kita, kalau seorang pakcik, pakai serban, jalan tunduk, tiba-tiba melambai memenggil kita, dia pun kata.. nak, pakcik tengok anak ni tak lama dah hidup.. 2-3hari lagi mati la.. agak-agaknya jadi tak macam unta tu?
ReplyDeleteajak bagi no phone kat email ustazshafiee@gmail.com tq
ReplyDeleteeija: memule cetuskan perasaan takut kat mati dulu. then barulah blaja nak wat amalan menghadapi mati, ke guane?
ReplyDeleteust pi'e: ntahlah, org kite ni kalau dah nampak dgn mata kepala sendiri pon x tentu nak percaya lagi, inikan pulak unta yg jd topik...udah diemailkan ustaz nombor tu...
Cintakan dunia yang keterlaluan sbb tue tak takut mati. Lagipon manusia nie selalu lupe, senang sket jerk dah lupe halal dan haram.
ReplyDeletesama2 la kite ingat mengingati antara satu sama lain.
"sliss"
cuba pejam mata di malam hari dan bayangkan kesunyian itu . mengingati mati adalah antara perkara dituntut , kerna boleh menimbulkan keinsafan di dalam diri .
ReplyDeleteyana & ayya(slang nyonya): betul tu, punca x takut mati ni ialah syg sgt kat donia ni. sbb tu jgn dikejo sgt harta, duit yg byk (sikit2 tu xpe), kereta camry, perkahwinan yg grand2 (mcm parkson grand), tinted kete yg ori, rumah kuarters utk pegawai dan mcm2. Ce ingat org yg sederhana pun leh idup bahagia tau...
ReplyDeleteaya: klu pejam mata di malam hari x sempat nak bayang dah ngorok takut x puas rasa nikmat tido yg org takut pejam mata langsung x celik2 ha...coba fikirkan ye (cam lagu pezal tahir)
ReplyDeletemanusia memang x kan puas dgn ape yg diorang ade x cukup dgn camry dia cari merc, kawin x grand cam parkson grand dia buat grand prix F1, tp cube la hayati puisi nurkilan pak lah byk pengertian tu!
camry....merc.....parkson grand ...grandprix....huhuhuhu...sensitip tul camry tu mana ada ct cari merc , cuma cari hilux, honda accord ....: p
ReplyDeleteorangnya saja yang masih hidup tapi hati dah mati, itulah manusia yang hidup cuma bertuhankan nafsu, memang susah nak ubah, godaan kat sekeliling terlalu hebat, sebab tu lah allah berikan hati dengan nama "Qalbu" sentiasa berbolak-balik. Barang siapa yang melakukan amal kebajikan walau sebesar butir zarah pun akan mendapat ganjaran kebaikan atas kebajikannya dan sebaliknya, pujuk-pujuklah hati kita untuk takutkan mati!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteibn malaki: "qalbu" kan, bukan 'kalbu' yg kelabu...itu pasallah...
ReplyDelete