April 7, 2009


Siapa kite semalam??


Jumaat lepas time kat masjid usai solat tahiyyatul masjid, saya menghulur tangan ke orang sebelah. "Eh, Pak Latip," hampir2 jer aku x terkontrol suaraku. Pak Latip terus genggam tanganku sambil menepuk bahuku. Terperasan beberapa pasang mata memandang kami, aku terus berbisik, "Ape Pak Latip wat kat Kuala Selangor?" "Saya jadi jurulatih kursus BTN kat kem Kristal. Pak Husin ngan Pak Mail pun ada," suara Pak Latip tetap macam dulu, 4 tahun dulu, ketika aku meninggalkan Yadim. Selesai solat, Pak Husin dan Pak Mail merapati kami. Aku tau dorang excited sgt jumpe aku kali ni. Ntahlah, agak2nye kalau bukan kat mesjid mesti dorg nak timang2 aku. Sebabnye? Haaaa, sbbnye kami byk sgt bekerjasama menganjurkan program Yadim dulu. The close relation and bondage menjadikan aku seperti anak kpd mereka semua, bukan 3 orang jurulatih ni jer, ramai lagi jurulatih BTN.


Sabtunya, aku sms Arep, Senior Federal Counsel kat Putrajaya. Saje jer nak mengacau anak bujang ni pepagi. Biasenye dia ni kalau tak sibuk memilih bantal nak meneruskan peniduran, beliau akan bershopping ke KL. Heh, tengah hari barulah dia reply, sah dia membute td. Katenye dia tgh meng'ejas' boss dia, mintak transfer ke KB sbb ayahanda beliau sakit2. Aku mintak dia bersabar dan doakan ayahnye cpt sihat. Dia reply, "Thanks bro. U're my bestfriend".


Malamnye kene bertugas kat majlis DO kat Shah Alam. Sementara menunggu en Najib sampe, aku sms Saudara Majoi, wishing him happy b'day. Dia reply, "Ko masih ingat b'day aku ek, tq2. Kite kawan selamanye ek". Terharu. Then, aku call Iwan. Dgr2nye dia baru kehilangan bonda few days back. Tp, how to start the conversation ek? Ye...tanyelah pasal trip dia ke Makassar. dia pon ceritelah serba sedikit and terus mintak maaf sbb x jwb call aku ituhari sbb busy menguruskan kenduri tahlil arwah bondanya. Aku ucap takziah. Teringat kat ustazah Halimah (bonda Iwan), orgnye rajin melayan kekawan anaknye kalau dtg. Terel bercakap almaklum bekas YB. X sombong dan rajin berjalan, alfatihah wat arwah. Tp aku xnak end the conversation with sad ending, so aku mintak Iwan pass the phone kpd anaknya. wah, petah tol budak tu bercakap. And I know where that's kid got the telent, tgklah mak bapak dia....


And by sunday as I woke up, I wonder, "I am so lucky to be who I am today. As my life yesterday circled with beautiful memories, wonderful experience and awful people like u all, my readers. Thanks" Sob sob, emolah plakkkk

6 comments:

  1. Ajak. Ni out of topik ye. Ajak sebenarnya kat mana ye? SUK ke tempat lain?

    ReplyDelete
  2. eija: topik dia yg out of question...Pej Daerah K Selangor

    ayyoyo: emo...emoticon

    ReplyDelete
  3. kita semalam adalah cermin, buat betulkan apa-apa yang tak elok yang kita lihat pada pantulan kaca itu..

    ReplyDelete
  4. betul tu ustaz pi'e. tp ade gak cermin yg menipu, imej yg terpantul kekadang memanjang dan melebar...ish ish ish

    ReplyDelete
  5. to arep, aku doakan ayah kau cepat sembuh...to iwan, takziah atas pemergian mak kau, smoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...amin...alfatihah

    ReplyDelete

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.