February 5, 2009

ni ade info berguna nih

*diceduk drp blog ustaz shafi'e Hamzah...
assalamualaikum...
Membaca kisah serangan Yahudi ke atas Palastin, terasa amat sayu di hati. Bukan perkara baru bila kita mendengar puak-puak Yahudi ni menyerang dan menceroboh bumi palastin. namun bila dengar berita kat TV sekali digelar Yahudi, sesekali digelar Israel. em, yang mana satu yang betul?
Sebenarnya, kalau dikaji nama Yahudi ni banyak.. kekadang digelar Bani Israel, kekadang Yahudi, kekadang Zionist, ada jugak memanggil puak-puak ni dengan ibriyyin. Jadi kalau dibelek-belek helaian kitab sejarah begitulah nama yang disandarkan kepada mereka. Namun bila kita buka al-Quran, kita akan dapati al-Quran hanya menggunakan dua istilah sahaja iaitu Bani Israel dan yahudi. kita yakin, al-Quran tak akan saja-saja je menggunakan kosakata dan kosanama tanpa alasan dan sebab. mesti ada sebabnya.
Menurut syiekh abd Solah Fatah al-Khalidiy, allah menggunakan istilah bani israel apabila berbicara tentang masa lampau sejarah kaum tersebut. Namun istilah tersebut berubah apabila Allah berbicara tentang Kaum Yahudi yang berada di Madinah di zaman penurunan wahyu. perkara yang paling penting yang menjadikan perubahan penggunaan istilah tersebut adalah disebabkan terputusnya salasilah keimanan dengan agama Islam. Penolakan mereka terhadap Nubuwwat Muhammad dan Agama Islam telah menyebabkan mereka menjadi terhina. bayangkan panggilan semulia Bani Israel telah berubah menjadi Yahudi. Sebab itulah, kaum Yahudi lebih suka menyandarkan diri mereka dengan panggilan Israel berbanding Yahudi. Negara haram mereka pun hendak dinamakan dengan nama negara israel. bank mereka pun hendak dikenali dengan bank israel.
mungkin ada yang tertanya apa yang mulianya kalimah bani israel berbanding Yahudi. bani israel pada dasarnya disandarkan kepada anak-anak bani Nabi Yaakub berbanding Yahudi yang disandarkan kepada Yahuza. Sudah tentu penyandaran kepada Nabi Yaakub lebih mulia berbanding penyandaran kepada Yahuza. jadi, seeloknya kita jangan memanggil puak-puak tu dengan nama Israel tetapai kita kekalkan gelaran Yahudi kepada mereka. sehingga berjumpa lagi.. wassalam.

No comments:

Post a Comment

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.