Prinsip 10/90
Mari kita analisa dua senario di baawah dan sama-sama memikirkannya.
Senario A
Pada suatu pagi ketika di meja makan, si anak yang ingin bersalam sebelum ke sekolah telah terlanggar meja makan dan menumpahkan air kopi ke atas baju putih si ayah. Si ayah terus meradang dan memarahi si anak. Maka menangislah si anak dek herdikan ayahnya itu. Tidak setakat itu sahaja, sang ayah terus mengarahkan perasaan bengangnya kepada si ibu, ”Kamu pun satu, kenapa letakkan teko kopi tu di tepi meja? Kalau kamu letak di tengah pasti airnya tidak tertumpah di atas bajuku.” Sambil mengibas-ngibas air kopi yang mula meresapi baju putihnya, sang ayah laju menaiki tangga menuju ke biliknya. “Mana pulak kamu letak bajuku yang lain? Aku dah lewat ni,” jerit sang ayah dari dalam bilik. “Di mana lagi kalau bukan di tempat biasa,” si ibu menyahut dari dapur sambil tangannya sibuk membersihkan meja makan dan memujuk anaknya yang menangis tersedu sedan. “Mana ada. Cepatlah carikan bajuku. Aku dah lewat ni,” suara sang ayah semakin keras.
Si ibu bergegas ke bilik dan mencapai baju kerja si ayah yang baru, “Nah, inikan baju Abang di tempat biasa. Itulah, orang cari dengan mata tapi abang cari dengan hidung. Mana nak jumpa,” Muncung. Sambil mendengus si ayah menukar bajunya dan terus turun ke bawah. Dilihatnya si anak masih di meja makan, menangis. “Apa lagi ni, cepatlah tunggu di luar, nanti ditinggalkan bas sekolah,” arah si ayah tegas. “Memang dah ditinggal pun,” sahut si ibu pula. Dengan hati yang panas si ayah terpaksa menghantar anaknya ke sekolah. Jam sudah menunjukkan hampir 8.00 pagi. Memikirkan dirinya semakin lewat, sang ayah terus memecut ke sekolah anaknya di arah bertentangan dari tempat kerjanya. Tanpa sedar dia telah melanggar tiga lampu isyarat merah dan ditahan polis. Sudahnya dia disaman. Sampai di pintu pagar sekolah, loceng telah lama berbunyi dan semua murid sudah memulakan kelas. Dengan keras si anak menghempas pintu kereta dan berkata, “Saya benci ayah.” Tersentak si ayah dengan apa yang baru didengarinya.
Fikirannya masih ligat memikirkan segala peristiwa yang baru sahaja dilaluinya pagi ini. Terlalu pantas dan terlalu banyak. Sehingglah dia tiba di pejabat dan didapatinya dia telah terlewat 30 minit. Encik M, ketua jabatannya yang baru secara kebetulan lalu di hadapannya. “Hai, awal kamu sampai pagi ni,” Sinis. “Hei, kamu tunjuk lagak ya. Mentang-mentanglah baru naik pangkat. Sudah lupakah kamu kita dahulu sama jawatan?” Suara si ayah terus meninggi.
Sekarang, cuba analisa kes ini pula.
Senario B
Pagi yang sama di rumah yang berbeza. Seorang bapa sedang duduk menikmati sarapan paginya. Si anak datang untuk bersalam sebelum pergi ke sekolah. Secara tidak sengaja si anak terlanggar meja tersebut dan kopi tertumpah di atas baju ayahnya. Si anak terus meminta maaf atas kesalahannya. Dengan senyum, si ayah memujuk, “Tak apa, nanti ayah minta ibu cuci baju ini. Adik jangan menangis ya. Ayah nak tukar baju yang lain.” Si anak yang ketakutan tidak jadi menangis.
Setelah menyarungkan baju yang lain, si ibu memuji sang ayah,”Nah, Abang nampak lebih segak dengan baju ini. Ayang bangga jadi isteri Abang.” Dengan hati yang girang si ayah terus menuju ke kereta. Sang Ayah tiba sedikit lewat ke pejabat pada pagi itu. Ketua jabatannya menegur,”Hai, awalnya kamu hari ini.” Sinis. “Encik tak tahu apa yang berlaku pagi tadi...,” sahut si ayah sambil bercerita tentang peristiwa kopi yang tertumpah di atas bajunya. “Wah, bahagianya keluarga kamu. Ceritalah lagi. Pagi ini saya belanja kamu sarapan bagi menggantikan kopi yang tertumpah,” pelawa ketua jabatan penuh ceria.
Sebenarnya 10 peratus daripada apa yang berlaku dalam hidup kita adalah takdir tuhan yang kita tiada kuasa untuk mengubahnya. Manakala 90 peratus lagi adalah elemen-elemen yang boleh kita kawal hasil daripada reaksi terhadap sepuluh peratus peristiwa tadi. Setiap hari kita akan menghadapi ujian, cabaran dan peristiwa. Segalanya terpulang kepada bagaimana kita menganalisa, menimbang dan membuat keputusan terhadap apa yang berlaku. Kalau positif pandangan kita maka akan positiflah keputusannya. Manakala 10 peratus elemen yang tidak dapat dikawal seperti cuaca, kesihatan, kematian, musibah kenakah kita hadapi dengan penuh positif dan sabar.

Ajak:
ReplyDeleteBetul tu. Kadang2 masalah yang datang bertimpa-timpa, satu persatu pada hari yang sama. Itu tandanya Allah nak menguji kita sama ada kita sabar atau tak , bersyukur atau tidak dan ambil iktibar atau tak daripada apa yang berlaku.
sebenarnya setiap ape yg terjadi @ yang nak jadi tu dah dirancang dengan rapi dah ditentukan allah... kite kene beringat setiap yang baik tu dtgnye dari allah dan yang setiap keburukan bukan salah sesiapa pun semua tu lahir dari diri kite sendiri! dah menjadi lumrah manusia suke menyalahkan takdir..........
ReplyDeleteeija: kekadang tu rase sengal jer bile musibah datang bertimpa2. mcm omputih kate, can it be any worse? tp kan kite ade kengkawan yg prihatin cam ust pi'e tu, leh mintak nasihat dia kan? ke guane?
ReplyDeletemazir: dulu ustaz saya pernah pesan, apa yang baik datangnya dari Allah, yang buruk pun datangnya dari Allah jugak, sbb Allah turunkan nikmat dan musibah kepada hambaNya sebagai ujian siapa yang lebih baik amalannya (surah al-mulk. jadi, kite xleh kate "ape yg baik dtgnya dari Allah, yg buruk dari saya" tp katakanlah, "apa yang sempurna itu adalah Allah dan yg serba kurang itu adalah saya, hambaNya." ke, guane?
tq membetul kan ape yg silap menambah ape yang kurang.....saya setuju kenyataan yg diatas
ReplyDeletesetuju sangat-sangat...orang kata kekadang tu kita tak sedar akan perbuatan kita tapi bagi aku, itu bukan masalah sedar atau tidak tapi lebih kepada peribadi seseorang itu..kalau lemah lembut orang itu, maka berlakulah senario B tapi kalau da peribadi orang tu panas baran, maka senario A lah jawabnya..thanks Ajak
ReplyDeletebagi aku pulak, untuk menjadi senario B, hati/jiwa memerlukan pada latihan dan didikan yang tegas dan bersungguh-sungguh. Suasana senario B bukannya boleh terjadi dalam sekelip mata. Jiwa perlu dididik dengan sifat sabar dan berkasih sayang. sabar dengan perangai manusia, sabar terhadap ketentuan Tuhan. kasih sesama manusia dan kasih terhadap Tuhan. kan elok gitu.. ke guaner?
ReplyDeleteen kepet: betul tu en kepet. tp org yg baran ni kalau kuat semangat utk berubah dan dibantu kengkawan cam korang sumer musti buleh jd baik kan?
ReplyDeleteust pi'e: memang, memang, bukan sumer owang dilahirkan ada innate capacity as org yg penyabar dan bijak, kebanyakannya dididik oleh pengalaman dan pelajaran sehari2. jd kenelah rerajin jenguk blog ustaz kan...ke guane?
ehe.. pandai en.ajak jek kita.. :)
ReplyDeleteteringat kata seorang guru:
kalau bende tu adalah gula, tak perlu dipaksa-paksa, semut mesti mari cari..
ke guaner?
Kata-kata yang di ucapkan sembarangan, dapat mewujudkan perselisihan,
ReplyDeleteKata-kata yang kejam dapat menghancurkan satu kehidupan,
Kata-kata yang di ucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan,
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati
Hati-hati pada setiap tutur kata kita
komen aku kat entry sbom ni.tesilap taruk arr..hehee..
ReplyDeleteinche zairi: maaf diterima, manusia x sunyi dari kekhilafan. jawapan pon kat bwh komen hang...
ReplyDelete