April 15, 2009


Prinsip 10/90

Mari kita analisa dua senario di baawah dan sama-sama memikirkannya.

Senario A

Pada suatu pagi ketika di meja makan, si anak yang ingin bersalam sebelum ke sekolah telah terlanggar meja makan dan menumpahkan air kopi ke atas baju putih si ayah. Si ayah terus meradang dan memarahi si anak. Maka menangislah si anak dek herdikan ayahnya itu. Tidak setakat itu sahaja, sang ayah terus mengarahkan perasaan bengangnya kepada si ibu, ”Kamu pun satu, kenapa letakkan teko kopi tu di tepi meja? Kalau kamu letak di tengah pasti airnya tidak tertumpah di atas bajuku.” Sambil mengibas-ngibas air kopi yang mula meresapi baju putihnya, sang ayah laju menaiki tangga menuju ke biliknya. “Mana pulak kamu letak bajuku yang lain? Aku dah lewat ni,” jerit sang ayah dari dalam bilik. “Di mana lagi kalau bukan di tempat biasa,” si ibu menyahut dari dapur sambil tangannya sibuk membersihkan meja makan dan memujuk anaknya yang menangis tersedu sedan. “Mana ada. Cepatlah carikan bajuku. Aku dah lewat ni,” suara sang ayah semakin keras.

Si ibu bergegas ke bilik dan mencapai baju kerja si ayah yang baru, “Nah, inikan baju Abang di tempat biasa. Itulah, orang cari dengan mata tapi abang cari dengan hidung. Mana nak jumpa,” Muncung. Sambil mendengus si ayah menukar bajunya dan terus turun ke bawah. Dilihatnya si anak masih di meja makan, menangis. “Apa lagi ni, cepatlah tunggu di luar, nanti ditinggalkan bas sekolah,” arah si ayah tegas. “Memang dah ditinggal pun,” sahut si ibu pula. Dengan hati yang panas si ayah terpaksa menghantar anaknya ke sekolah. Jam sudah menunjukkan hampir 8.00 pagi. Memikirkan dirinya semakin lewat, sang ayah terus memecut ke sekolah anaknya di arah bertentangan dari tempat kerjanya. Tanpa sedar dia telah melanggar tiga lampu isyarat merah dan ditahan polis. Sudahnya dia disaman. Sampai di pintu pagar sekolah, loceng telah lama berbunyi dan semua murid sudah memulakan kelas. Dengan keras si anak menghempas pintu kereta dan berkata, “Saya benci ayah.” Tersentak si ayah dengan apa yang baru didengarinya.

Fikirannya masih ligat memikirkan segala peristiwa yang baru sahaja dilaluinya pagi ini. Terlalu pantas dan terlalu banyak. Sehingglah dia tiba di pejabat dan didapatinya dia telah terlewat 30 minit. Encik M, ketua jabatannya yang baru secara kebetulan lalu di hadapannya. “Hai, awal kamu sampai pagi ni,” Sinis. “Hei, kamu tunjuk lagak ya. Mentang-mentanglah baru naik pangkat. Sudah lupakah kamu kita dahulu sama jawatan?” Suara si ayah terus meninggi.

Sekarang, cuba analisa kes ini pula.

Senario B

Pagi yang sama di rumah yang berbeza. Seorang bapa sedang duduk menikmati sarapan paginya. Si anak datang untuk bersalam sebelum pergi ke sekolah. Secara tidak sengaja si anak terlanggar meja tersebut dan kopi tertumpah di atas baju ayahnya. Si anak terus meminta maaf atas kesalahannya. Dengan senyum, si ayah memujuk, “Tak apa, nanti ayah minta ibu cuci baju ini. Adik jangan menangis ya. Ayah nak tukar baju yang lain.” Si anak yang ketakutan tidak jadi menangis.

Setelah menyarungkan baju yang lain, si ibu memuji sang ayah,”Nah, Abang nampak lebih segak dengan baju ini. Ayang bangga jadi isteri Abang.” Dengan hati yang girang si ayah terus menuju ke kereta. Sang Ayah tiba sedikit lewat ke pejabat pada pagi itu. Ketua jabatannya menegur,”Hai, awalnya kamu hari ini.” Sinis. “Encik tak tahu apa yang berlaku pagi tadi...,” sahut si ayah sambil bercerita tentang peristiwa kopi yang tertumpah di atas bajunya. “Wah, bahagianya keluarga kamu. Ceritalah lagi. Pagi ini saya belanja kamu sarapan bagi menggantikan kopi yang tertumpah,” pelawa ketua jabatan penuh ceria.

Sebenarnya 10 peratus daripada apa yang berlaku dalam hidup kita adalah takdir tuhan yang kita tiada kuasa untuk mengubahnya. Manakala 90 peratus lagi adalah elemen-elemen yang boleh kita kawal hasil daripada reaksi terhadap sepuluh peratus peristiwa tadi. Setiap hari kita akan menghadapi ujian, cabaran dan peristiwa. Segalanya terpulang kepada bagaimana kita menganalisa, menimbang dan membuat keputusan terhadap apa yang berlaku. Kalau positif pandangan kita maka akan positiflah keputusannya. Manakala 10 peratus elemen yang tidak dapat dikawal seperti cuaca, kesihatan, kematian, musibah kenakah kita hadapi dengan penuh positif dan sabar.

April 10, 2009


Kita selalu tersalah sangka


Bermula kisah perkenalan dua orang budak yang masih bersekolah rendah. Rosnah dan Ahmad. Mereka sangat akrab sehinggalah memasuki sekolah menengah yang sama. Pada peperiksaan SPM, Rosnah telah mendapat keputusan yang cemerlang dan diterima melanjutkan pengajian ke universiti. Manakala keputusan Ahmad sekadar cukup makan dan terpaksa bekerja sendiri. Ahmad memelihara lembu secara kecil-kecilan.

Masa terus berlalu dan Rosnah mulai kurang menghubungi Ahmad. Baik melalui telefon mahupun surat. Ahmad cuba memahami keadaan Rosnah yang sibuk dengan pengajiannya di universiti. Suatu hari Rosnah menghubungi Ahmad. Mendengar suara insan yang dicintainya, Ahmad sungguh gembira. Dia juga berhasrat melamar Rosnah yang akan menamatkan pengajian tak lama lagi. “Abang, Ros nak bagitau abang satu berita. Berita penting,” kata Rosnah. “Abang pun ada perkara nak bagitau Ros. Ros cakaplah dulu,” girang suara Ahamad. “Ros nak bagitau Abang, Ros akan berkahwin dengan Azlan. Dia senior Ros di universiti. Dia sekarang telah menamatkan pengajian dan berjawatan besar. Ros harap abang boleh terima berita ini dan jangan hubungi Ros lagi,” ringkas berita Ros.

Ahmad begitu terkejut mendengar berita yang tidak disangka-sangkanya. “Agaknya Ros berubah hati kerana Abang tidak pandai dan kaya seperti bakal suami Ros. Tapi abang berjanji akan menjaga Ros, kerana abang mencintai Ros,” balas Ahmad penuh pengharapan. “Abang fikirlah apa abang nak fikir. Ros dah membuat keputusan. Jangan hubungi Ros lagi. Abang Azlan tak suka,” Ros mematikan perbualan.

Ahmad sangat terkilan dengan sikap Ros. Insan yang paling dicintainya telah meruntuhkan harapannya, satu-satunya harapannya. Lebih-lebih lagi di saat dia ingin melamar kekasih hatinya itu. “Mulai hari ini, aku akan buktikan kepada Ros dan dunia, aku, Ahmad boleh berjaya walaupun aku tidak belajar di universiti. Aku akan buktikan aku akan lebih berjaya daripada Azlan,” tekad Ahmad bulat.

Mulai hari tersebut Ahmad bersungguh-sungguh mengusahakan penternakan lembunya. Tidak berapa lama kemudian dia sudah pun membuka beberapa ladang ternakan di beberapa buah negeri. Akhirnya, berkat usaha gigih Ahmad, dia kini menjadi kaya.


Suatu hari Ahmad pulang ke kampung halamannya dengan menaiki kenderaan mewah. Ingin ditunjukkan kepada semua orang bahawa ini adalah Ahmad, budak yang hanya belajar setakat tingkatan 5. sekarang Ahmad bukan macam Ahmad dulu. Ahmad dah berjaya, kaya dan berduit. Ketika melalui sebatang jalan, Ahmad terpandang sepasang suami isteri sedang barjalan kaki. Kasihan terhadap kepayahan pasangan tua itu berjalan, Ahmad berhenti untuk menumpangkan mereka. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati kedua orang tersebut adalah ibu dan bapa Rosnah. “Pakcik, makcik, marilah naik. Saya hantarkan ke mana pakcik dan makcik nak pergi,” pelawa Ahmad. Keduanya menaiki kereta mewah Ahmad. “Alhamdulillah, kau sudah berjaya Ahmad. Tahniah,” kata-kata pujian terpacul daripada mulut si suami. “Iya pakcik. Saya dah berjaya. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat apa yang saya ada hari ini. Oh ya, pakcik dan makcik nak ke mana tengah tengah panas ni?” Ahmad menyembunyikan soalan sebenar untuk bertanyakan hal keadaan Ros yang lama tidak didengarnya. “Engkau hantarkan kami ke perkuburan di hujung kampung tu,” pinta si suami. “Kubur? Tapi pakcik dan makcik nak lawat pusara siapa?” tanya ahmad kebingungan. “Kubur si Rosnah,” ringkas. “Rosnah? Tapi...”Ahmad tidak sempat meneruskan kata-katanya. “Ya nak, Rosnah meninggal selepas sebulan dia memberitahu kau yang dia akan bernikah dengan Azlan. Sebenarnya dia mengidap barah yang kronik. Dia tidak mahu menghampakanmu dan membuat kamu terluka sekiranya berkahwin denganmu. Dia terpaksa mereka cerita bahawa dia akan bernikah agar kamu berasa marah dan bekerja lebih keras untuk berjaya. Nah, lihatlah keadaanmu sekarang. Pakcik rasa pasti roh Rosnah tenang melihatkan kau seperti ini sekarang. Kita ziarah kuburnya sama-sama ye nak,” lembut suara ayah Rosnah. Ahmad terpempan.

April 7, 2009


Siapa kite semalam??


Jumaat lepas time kat masjid usai solat tahiyyatul masjid, saya menghulur tangan ke orang sebelah. "Eh, Pak Latip," hampir2 jer aku x terkontrol suaraku. Pak Latip terus genggam tanganku sambil menepuk bahuku. Terperasan beberapa pasang mata memandang kami, aku terus berbisik, "Ape Pak Latip wat kat Kuala Selangor?" "Saya jadi jurulatih kursus BTN kat kem Kristal. Pak Husin ngan Pak Mail pun ada," suara Pak Latip tetap macam dulu, 4 tahun dulu, ketika aku meninggalkan Yadim. Selesai solat, Pak Husin dan Pak Mail merapati kami. Aku tau dorang excited sgt jumpe aku kali ni. Ntahlah, agak2nye kalau bukan kat mesjid mesti dorg nak timang2 aku. Sebabnye? Haaaa, sbbnye kami byk sgt bekerjasama menganjurkan program Yadim dulu. The close relation and bondage menjadikan aku seperti anak kpd mereka semua, bukan 3 orang jurulatih ni jer, ramai lagi jurulatih BTN.


Sabtunya, aku sms Arep, Senior Federal Counsel kat Putrajaya. Saje jer nak mengacau anak bujang ni pepagi. Biasenye dia ni kalau tak sibuk memilih bantal nak meneruskan peniduran, beliau akan bershopping ke KL. Heh, tengah hari barulah dia reply, sah dia membute td. Katenye dia tgh meng'ejas' boss dia, mintak transfer ke KB sbb ayahanda beliau sakit2. Aku mintak dia bersabar dan doakan ayahnye cpt sihat. Dia reply, "Thanks bro. U're my bestfriend".


Malamnye kene bertugas kat majlis DO kat Shah Alam. Sementara menunggu en Najib sampe, aku sms Saudara Majoi, wishing him happy b'day. Dia reply, "Ko masih ingat b'day aku ek, tq2. Kite kawan selamanye ek". Terharu. Then, aku call Iwan. Dgr2nye dia baru kehilangan bonda few days back. Tp, how to start the conversation ek? Ye...tanyelah pasal trip dia ke Makassar. dia pon ceritelah serba sedikit and terus mintak maaf sbb x jwb call aku ituhari sbb busy menguruskan kenduri tahlil arwah bondanya. Aku ucap takziah. Teringat kat ustazah Halimah (bonda Iwan), orgnye rajin melayan kekawan anaknye kalau dtg. Terel bercakap almaklum bekas YB. X sombong dan rajin berjalan, alfatihah wat arwah. Tp aku xnak end the conversation with sad ending, so aku mintak Iwan pass the phone kpd anaknya. wah, petah tol budak tu bercakap. And I know where that's kid got the telent, tgklah mak bapak dia....


And by sunday as I woke up, I wonder, "I am so lucky to be who I am today. As my life yesterday circled with beautiful memories, wonderful experience and awful people like u all, my readers. Thanks" Sob sob, emolah plakkkk

April 3, 2009


Luka yang besar sembuh dengan ubat yang kecil...

Kisah bermula dengan Puan Lina yang sugul atas kematian anak sulungnya yang sedang belajar di luar negara. Sebagai jiran, Puan Mimi bercadang untuk menghiburkan hati Puan Lina yang sedang dirundung walang. Lalu Puan Mimi mula memasak masakan kegemaran jirannya itu. Sekonyong anaknya, Adik, bertanya apakah yang sedang dibuat oleh si ibu,”Ibu, apakah yang sedang ibu buat?” “Ibu sedang memasak makanan kegemaran jiran kita,” jawab si ibu lembut.”Tapi, kenapa bu?” “Puan Lina sedang bersedih, hatinya luka. Kita kenalah menolong meringankan kelukaannya, sayang,” masih lembut suara si ibu.

Adik berfikir sendiri,”Adik pun mesti tolong Untie Lina merawat lukanya.” Tetapi apalah yang mampu dilakukan oleh Adik yang baru berumur tiga tahun. Adik keluar menuju ke rumah Puan Lina. “Assalamualikum, untie, ini Adik,” Adik memberi salam sopan. “Ada apa Adik?” jawab Puan Lina lemah.”Untie, Adik dengar untie terluka. Ini Adik ada bawa plaster untuk mengubat luka Untie. Adik harap untie akan cepat sembuh dan gembira. Bolehlah kita bermain-main seperti dulu,” jawab si anak kecil petah. Tergamam Puan Lina mendengar kata-kata Adik. Menggeletar tubuhnya mendengar keikhlasan dan ketulusan anak kecil ini. “Sungguh dari tubuh yang kecil di hadapan aku ini akan tumbuh hati yang besar. Kalaulah si kecil ini boleh berusaha memadam kesedihanku, maka selayaknya aku yang dewasa ini lebih kuat menghadapi dugaan ini,” bisik hati Puan Lina dengan penuh tekad. Lantas dicapainya gugusan kunci yang tergantung foto anaknya yang telah meninggal dunia dan diganti dengan plaster yang dibawa oleh Adik. “Mulai hari ini aku akan melihat plaster ini setiap kali teringat akan anakku,” tekad hatinya. “Terima kasih, Adik. Adik telah menyedarkan Untie betapa luka yang besar selalunya boleh disembuhkan dengan ubat yang kecil,” ucap Puan Lina seraya memeluk erat anak kecil yang bijak itu.

March 30, 2009


Halal ke?

Suatu hari waliyullah Syeikh Ibrahim Adham dalam perjalanan menuju ke Baitul Maqdis telah singgah membeli kurma di pasar Madinah. Setelah selesai proses menimbang, Ibrahim Adham terlihat sebiji kurma terjatuh bersebelahan bungkusan kurmanya. Menyangka sebiji kurma itu adalah miliknya, beliau terus mengambil dan memakannya. Setelah sampai di Baitul Maqdis, beliau duduk di suatu sudut sambil beribadah seperti kebiasaannya. Sehinggalah beliau terdengar dua malaikat sedang berbicara, “Itulah Ibrahim Adham yang rajin beribadah dan doanya sering dimakbulkan oleh Allah. Akan tetapi kebelakangan ini Allah tidak lagi mendengar doanya kerana dia telah memakan benda yang bukan haknya di Madinah.” Ibrahim Adham sungguh terkejut dan cuba mengingat-ingat apakah yang dimakannya di Madinah. “Ahh, kuma itu…,” bisik hatinya seraya mengambil keputusan untuk bertemu peniaga tua itu di pasar Madinah.

Perjalanan jauh ditempuhi beliau semata-mata mahu melunaskan ‘hutangnya’ itu. Setibanya beliau di pasar Madinah, peniaga tua itu telah tiada dan tempatnya diganti oleh seorang anak muda. Melihatkan kegusaran Ibrahim Adham, anak muda itu bertanya,”Gerangan siapakah yang tuan cari?”. Lalu diceritakan segala permasalahannya kepada si anak muda. “Oh, peniaga tua itu adalah bapa hamba. Beliau telah meninggal dunia beberapa hari yang lalu dan perniagaan ini diwariskan kepada hamba,” terang si anak muda.

“Kalau begitu, sudikah tuan menghalalkan sebiji kurma yang telah aku makan itu?” tanya Ibrahim Adham. “Oh, bagiku, itu tiada masalah. Akan tetapi, aku masih lagi mempunyai 11 orang adik beradik. Tuan kenalah tanyakan pendapat mereka juga,” jawab si pemuda. Maka Ibrahim Adham pun terpaksalah menemui kesemua waris peniaga tua itu bagi mendapatkan keridhaan mereka. Setelah selesai, Ibrahim Adham pulang ke Baitul Maqdis. Tiba di sana dia terdengar lagi perbualan dua malaikat yang sama, “Itulah Ibrahim Adham, yang dulunya doa’nya terhijab oleh perkara syubhah sekarang telah diangkat doa’nya ke maqam utama.” Barulah tenang hatinya dalam beribadah.

Alahai, manelah nak cari Ibrahim Adham pada hari ini? Rambut macam David Backham banyaklah…

March 27, 2009


Hidup ibarat roda?

Adalah sorang sohabat kenalan daripada universiti yang sama, cuma brandnya lebih original daripada kita ni, uia-kusza. Menurut katanya, batch kita ni asyik dibuai dengan kenangan dan memori silam time study, sedangkan kita dah tinggalkan zaman tu hampir sedekad lamanya. Dia kata lagi, get a lifelah, zaman sekarang xde maknenye nak terkenang2 kisah zaman dolu2. Campus life is another chapter in human life, it shouldn’t be cherished, but to be forgotten. Betul ke?

Mengenangkan penulis ni Melayu yang berbudi pekerti mulia (walaupon jawa sebenarnya), dan masih menebal sikap menjaga hati orang lain, maka penulis tarik nafas panjang2 sebelum menjawab komentar teman tadi. Dia yang kini bertugas sebagai seorang lawyer mmg sentiasa nak dominate setiap perbualan kami. Tiap patah katanye penuh dengan intonasi tinggi rendah. Dia tahu mane nak stress the word dan where to sound intelligent. Dia kata kita2 yg uia-kusza ni kalau berkumpul mesti cerita pasal zaman belajar U dulu. Mesti nak cerita kisah susahnye belajar kat kusza, kene duk umah sewa, susah nak cari buku teks dan rujukan, tapi CGPA best tu pon sbb lecturer kesian.

Maka ini jawapan penulis. “Sohabat, hidup ini ibarat memandu kereta. Kita sentiasa memandang ke hadapan untuk melihat jalan yang bakal kita tempuhi. Memandu kena focus agar semua halangan dapat ditempuhi, segala bahaya dapat dielak dan setiap simpang dapat dituju dengan betul. Begitu ibarat hidup. Sentiasa memandang ke hadapan. Kejar kerjaya kita, cari pendapatan bagi memenuhi setiap keperluan dan impian. Bekal diri dengan segala kemahiran dan pengalaman bagi menghadapi segala rintangan dan cabaran.


Tetapi, ibarat memandu juga, kita harus sekali-sekala memandang cermin belakang, memandang cermin sisi. Tujuannya buat kita melihat apa yang ada di belakang dan di sisi kita. Maknanya, kalau kerjaya kita itu ibarat cermin hadapan, hidup kita sekarang ibarat cermin sisi dan cermin pandang belakang kita ibarat sejarah dan kenangan silam. Terlalu mengejar kerjaya pun xleh jugak. Akibatnya orang sekeliling kita yg suffer. Tu yang accident tu.

Sebab tu time memandu kita diajar fokus apa yang ada kat depan, sekali2 pandang cermin sisi dan belakang kalau nak memotong. Tapi janganlah asyik nak pandang sisi dan belakang jer plak, kang lembu melintas pon kita langgar.” Moralnya: Dah cepat wat kerja, jgn asyok berblog je.

March 25, 2009


Mengumpat bukan sekadar dengan kata-kata

Suatu hari ketika rasulullah sedang gering, semua isteri baginda berkumpul mengelilingi katil baginda. Isteri baginda yang paling berumur, Rukayyah telah berkata,”Ya Allah, engkau pindahkanlah beban kesakitan yang dideritai oleh Muhammad kepadaku kerana aku tidak sanggup melihatnya tersiksa begini.” Demi mendengar ratapan Ruqayyah, isteri baginda yang lain saling melirik antara satu sama lain. Tiba-tiba Rasulullah mengarahkan agar diambilkan bekas seraya berkata, “Ludahlah kamu semua ke dalam bekas ini.” Para isteri baginda terpinga-pinga akan arahan baginda. “Wahai kekasih Allah, sesungguhnya kami tidak mengumpat. Mengapa pula tuan menyuruh kami ludah ke dalam bekas ini?” soal salah seorang isteri baginda. “Sesungguhnya pandanganmu juga berupa umpatan ketika mendengar rintihan Ruqayyah. Kiranya kamu meludah tadi nescaya akan keluar daging yang masih berdarah kerana mengumpat itu umpama memakan daging saudaramu sendiri,” ujar baginda.

Agaknya dah berapa tan kita mengumpat sepanjang hidup kita ek?

March 19, 2009


Hearing and Listening

Antara hearing dan listening, kedua2nye mcm serupa tapi sebenarnya berbeza. Yang satu guna telinga dan satu lagi guna akal. Sbb tu tak semua org ada kemahiran mendengar, walaupun orang itu boleh mendengar. Dalam bahasa kita hearing itu pendengaran sedang listening itu mendengar. Tak banyak beza kan? Bezanya, kemahiran mendengar ialah kebolehan untuk sedia memberi peluang kepada informasi disampaikan dan memprosesnya tanpa prejudis. Hasilnya pastilah keputusan yang baik. Ini berlawanan ketika mendengar muzik, everything light and easy x pon tgh dgr boss kita berleter.


Kalau diperhatikan, manusia lebih banyak menumpukan peningkatan kemahiran bercakap berbanding kemahiran mendengar. Dan masyarakat terbanyak lebih appreciate mereka yg so called 'pandai bercakap' berbading mereka yang 'pandai mendengar'.Sebagai contoh, kalau seseorang itu pandai bercakap, bersyarah dan pandai berpidato, pastilah mereka akan diangkat dengan pelbagai gelar. Pensyarah dan pidato ulung, nescaya harumlah namanya disebut orang. Demi itu, pelbagai program dan pertandingan diadakan demi membina kemahiran bersyarah dan berpidato yang asalnya masih daripada kemahiran bercakap. Soalnya, adakah benar kemahiran bercakap itu lebih penting daripada kemahiran mendengar?


Bijak pandai pandai pernah berkata, "Banyak cakap banyaklah salah. Banyak salah banyaklah dosa." Maka timbullah peribahasa 'tin kosong' dan 'cakap tak serupa bikin'. Pandangan penulis adalah mudah. Kita sepatutnya perlu lebihkan mendengar daripada bercakap. Amik contoh sebagai sorang boss, kalau selama ni dia asyik bercakap dan memberi arahan kepada pekerja, apelah salahnye sekali sekala 'mendengar' apa kata pekerja lak. Banyak benda kita dapat pelajari daripada 'mendengar' sekeliling kita. maybe ade benda yg kita buat tu boleh jadi lebih baik kalau kita lebihkan mendengar. Analoginya mudah, seorang hakim (magistrate cam arep dulu) hanya akan dapat membuat keputusan sebaiknya selepas mendengar semua hujah dan bukti parties to the case. Ce kalau dia sorang jer yg bercakap, then lawyer xnak dengar, silap2 strike off case lah jadinye.


Begitulah juga apabila kita menjadi seorang suami atau bapa, cubalah mendengar apa yang dikatakan oleh isteri dan anak2 kita. Penulis rasa, akan amanlah dunia ni. By the way, Allah jadikan dua telinga dan satu mulut supaya kita lebih banyak mendengar dari bercakap. Maha suci Allah daripada sebarang kelemahan.

Adakah kita masih mahu berdendam?

Encik Shukri baru masuk ofis. Dari gayanya aku dapat meneka yang mesyuarat di SUK pagi tadi mesti tak best. Sekejap je dia dah keluar dari biliknya sambil ajak aku kuar minum. Oh ya, immediate boss aku ni cume beza 5 tahun usianya daripada aku, tapi senioritinya dah jauh meninggalkan aku. Tapi bukan tu yg aku nak cerita.

Masa minum, dia terus bercerita mengenai Encik S****** yang menyerangnya selepas meeting pagi tadi. Ya, S****** Pejabat Daerah K**** tu memang poyo sikit. Disebabkan rumah mak dia ada kat daerah kami, maka banyaklah yang dia nak tegur. Kalau ada rumah orang miskin, dia tegur, jalan rosak, dia tegur, hatta tiang masjid retak pun dia nak wat bising kat Pejabat kami. Bukan dia tak tau cara bekerja kat Pejabat daerah ni. Aku lebih suka pendekatan En Rohib, KPPD Hulu Selangor yg kampungnya jugak terletak kat daerah jagaan kami. Dia personally jumpa aku dan maklumkan jalan ke rumah maknya masih crusher run, mintak diturap. Aku dengan willingly masukkan dalam senarai PIA/PIAS tahun tu jugak. Bukan tu jer, PPN pun dengan penuh willingly naiktaraf surau kat jalan En Rohib lagi.

Berbalik pada S****** tadi, baru2 ni, Najib ada wat lintas langsung kursus perancangan strategik pembangunan daerah dari Melaka. Dia menyumpah berbakul2 pasal perangai Suliman. Well, that’s wasn’t surprise me at all. Memule Najib kata Suliman ni macam skem, hanskem a.k.a perasan handsome dan skema, tapi aku kata tunggu time dia bersuara, nescaya akan terserlah kepoyoannye. Dan, sah bila dia bersuara, most of the people around him look disdain. Nak lebih best lagi En Shukri, skang dah naik pangkat jadi KPPD Gombak, ade duk sblh S******. Heh.

Teringat lak kuliah tafsir surah ‘abasa. Saidatina A’isyah meriwayatkan surah ini diturunkan ketika Nabi didatangani oleh seorang tua yang buta bernama Abdullah bin Umi Makhtum dan pada masa yang sama nabi sedang menerangkan Islam kepada pembesar Musyrik. Disebabkan sifat tidak acuh nabi kepada si buta tadi, maka turunlah ayat ‘ abasa watawalla. An ja~ahul a’ma. Bermula peristiwa itu, setiap kali nabi bertemu Abdullah, maka baginda akan memberi salam seraya berkata, “Salam sejahtera kepada manusia yang menyebabkan aku ditegur oleh Allah.” Sambil Nabi memakaikan jubahnya kepada Abdullah. Begitu tingginya akhlaq nabi yg tiada sekelumit pun sifat dendam di dalam hatinya. Adakah kita masih berdendam?

March 16, 2009


The Testament-a much controversial work of Grisham.

Well, much has been said ‘bout Grisham, the author of The Testament. Yet, I don’t understand why I keep turning page by page reading his work. Addicted? I can’t find another suitable word. And this story, fiction as usual, had never bored me with another side of lawyerly thing that is will and probate.

The story start with Troy Phelan, a multi-billionaire, had jumped from his Tower, seconds after passed his mental capacity test, by three expert shrinks, Dr. Zadel, Dr. Flowe and Dr. Theishen and sign his will. Left behind are some eleven billion dollar estate and hungry 3 ex-wives and 6 spoiled heirs. Troy, as while he is alive, a very lousy husband, father and employer had made his life ended so dramatic by leaving his fortune to Racheal Lane, the unknown illegitimate daughter.

Josh Stafford, his lawyer’s biggest quest now is to track Racheal Lane, a Christian missionary for Tribe World somewhere in deep Brazil swamp. And he thinks no other than Nate O’Riley, his partner who had been in rehab center for boozer to find the missing heir. The journey concurs most of the story physically as well as spiritually. The danger of swamp during raining season, the plane crash, the wreck of the boat by the storm, lost in the middle of nowhere and being infected by malaria and dengue fever had been narrated beautifully as we might feel being there.

And Nate’s meeting with Racheal in Ipica’s settlement had made him somehow find his fresh way, i.e praying to God, simple life and she didn’t even care for the money. The story goes on and on back to the States where the trial was presided by Judge Wycliff and everything turns ugly when all cards are open on the table. Nate finding his new light had befriended Father Phil in St. Michael and accept that he can’t change his past (his broken family) but put his faith that God will show the way forward.

The story ended with settlement between the heirs of some fifty million dollar each and the death of Racheal, the richest woman somewhere in Pantanal. Well, it is not only a story on legal field but I do think that Grisham had included something about Christian teaching in this book. I mean, how they understand the concept of praying and leaving all matters to God and, how dedicated they are in converting the aborigines. As I do my reading in the office, mind you this is my second time, both at Yadim years back and my current office, people keep telling me, “Encik, hati2 baca buku mcm ni, nanti terpesong akidah.” Well, this is nothing to do with New Testament or Old Testament (Taurah I belief), but Grisham only refer it to The Last Will and Testament of both Troy Phelan and Racheal Lane.

March 12, 2009

Permainan tradisional orang banjar

Ha, ini ade satu permainan tradisional orang banjar dulu2. aku xdelah paham sgt makna lagu dia ni tp time tok hakim nyanyi, diana ngan zeti pun ikut2 nyanyi. Gini lagunye:

"gud gud samuning

samuning samin dalak

dalak karaing

karaing tujing-tujing

tujing pamanak

pamanak dara patik

patik bintulong

bintulong samin jadik

hehehy ikam jadik.."

Sekumpulan pemain akan mencabut undi menggunakan lidi. Sesiapa yg mencabut lidi paling panjang dia akan 'jadi'. Kepala orang yg 'jadi' akan diikat dengan kain batik lepas dan ditarik ke kiri dan kanan sambil menyanyi lagu di atas. Sesudah selesai menyanyi, biasanya orang yang 'jadi' akan pening dan cuba menangkap kawan2 yg riuh kat sekelilingnye. Sesiapa yg tertangkap akan menjadi 'jadi' yang seterusnye.

Aku nak mintak Midi translatelah lagu tuh, kalau dia btl2 org banjarlah...

Kama Tadinu Tudan


Petang tu suasana di unit Pendaftaran Geran kecoh. Suara Brahim Maidin marah2 tenggelam timbul berselang seli dengan suara Kak Jun sampai ke bilik Muslim. Semuanya berkenaan pentadbir tanah refused to acknowledge Power of Attorney sbb tanah blm pecah bahagi. "Kalau mcm ni sy telifon MB skarang. Pegawai x mau sain," ugut Brahim a.k.a ADO 18. Mcm mana dia dpt nama cenggitu? Haaa...ni yg den nak koba ni.


Kisah cenggini. Si Brahim ni dulunye keje pejabat den. Kerjenye ape? Tukang jilid geran jer. Tp bile dah lama sgt wat keje tu, maka dtglah idea dia nak wat keje sbg org tengah antara public dan pejabat espcially dealing with land matters. Tp kebanyakannya yg menyimpang prosedurlah. Janji kat public kalau nak cpt proses, byr lbh, sbb nak bg duit kopi kat pegawai katanye. Kalau nak tanah, dia buleh jd broker, kononnye dia ada kaki kat pejabat ni. Maka dijajalah namanya yg alias ngan DO. Sementelah org kampung manelah tau beza antara ADO, CADO, EO mahupun SO. Semuanya kedengaran mcm DO. Kpd kami2 generasi baru ni dia slalu cakap, "Saya dah keje kat Pejabat Tanah lapan blas tahun tau. Semua prosedur sy tau." Hek ene...ko keje doploh taun pon kitorg pedulik hape kan? Disebabkan kepoyoan dia, maka nama ADO 18 pon melekatlah menunjukkan jawatan yg mustahil wujud dlm dunia ni mmg sesuai sgt bg dirinye.


Bagi menambahkan tahap kepoyoan beliau, selepas beralihnya angin pemerintahan darul ehsan ni, dia yg xde perasaan malu nih pon menyendeng2lah ngan wakil rakyat yg baru. Mungkin atas alasan penampilan beliau yg 'ala' tu, diangkatlah status beliau sbg wakil YB. Huh, tang penampilan ni yg den lomah. Time waktu pejabat dia pakai neck tie (walaupon pakai kemeje lengan pendek), siap name tag lg. Poy, poy. Time kat majlis agama, dia pakai baju melayu sepasang siap bersampin songket. Time solat kat mesjid dia pakai jubah putih kopiah tajam. Mmg eccentrics abislah. Satu jer yg den nak bgtau, sejarah jenayah jijik dia yg x sumer org tau. Dan aku tau. Dan aku akan teringat tiap kali aku hesitantly bersalam ngan dia.


Tapi kisah kepoyoan beliau berakhir jua. Rahasia demi rahasia kepoyoan dia terbongkar satu persatu dan diketahui oleh bossnye. Skang ni xde lagi kelibat ADO 18 di pejabatku. Tenang setenang air di kali. Tp kesalahan 'ADO' sorg ni ttp menjadi public secret bg kami semua. Buat kami tetap berhati2. Kama tadinu tudan.

March 10, 2009

Kisah rumah tanggalah pulak...


Alkisah sepasang suami isteri nih dah lamalah jugak mendirikan rumah tangga. Sekadar bermasam muka tu biasalah dlm kehidupan suami isteri kan. Cumanya dlm kes nih, dua2 keras kepala dan ego ala gaban, xnak mengaku kalah apalagi beralah. Demi mahu menghajar akan isterinya, sang suami enggan bercakap2 kepada si isteri sepanjang hari.


Maka ditakdirkan keesokan paginya sang suami terpaksa outstation ke Kuching and he must catch the first flight. Kebiasaannya si isterilah yang terpaksa mengejutkan dia yg lena bak badak tuh. "Tp aku tgh berkonfrontasi dgn biniku. Mcm mana aku nak mintak dia kejutkan aku ek?" bisik hati si suami sambil berfikir cara terbaik agar hajatnya tercapai tanpa perlu mengorbankan std egonya yg tinggi itu. Fikir punya fikir, akhirnya dia mendapat akal. Sebelum tidur dia telah menulis "Kejutkan saya jam 5.00 pagi, I have flight to catch up" atas kertas kuning yg ade gam tu and lekat atas bantal isterinya. Heh, kunun pandai sgtlah tu.


Keesokan paginya sang suami terjaga dan dia smmgnye terlewat. Sambil menyumpah2 seranah isterinya yg dah lama pergi kerja, dia terjumpa sekeping nota atas bantalnya tertulis "Bang, bangun. Dah pukul 5, Abang kan kena pi airport."


Haaa, itulah, kalau gaduh ngan isteri cpt2lah berbaik. Xde salahnye pon kalau suami beralah dan mintak maap dulu. sbb, kita mmg 'perlu' sgt kat isteri kita (heheheh).

March 5, 2009

Padan muka dia



Kisah yang diceritakan dari seseorang kepada seseorang.



Kelihatan seorang lelaki memakai topi sedang bersandar di dinding sebuah kilang. Lelaki itu leka menggodek HPnya tanpa mempedulikan pekerja lain. Sehinggalah boss kilang tuh meluru kepadanya dgn gaya penuh menyampah. "Nah, ambil RM3,000.00 ni dan jangan datang ke kilang ini lagi. Anggaplah duit ini sebagai gaji dua bulan kamu dan selebihnya sebagai pampasan," si boss tuh menyergah, menghulur dan menghalau. Banyak mata memandang. Lelaki tersebut menyambut duit yang dihulur dan berlalu selamba.


"Ingat, syarikat ini x memerlukan pekerja yg malas. Sesiapa yg tidak bekerja kuat akan menerima nasib seperti lelaki tadi," amaran diberi sambil mengangkat2 telunjuknya. Para pekerja berbisik sesama sendiri. "Sin, siapa nama budak lelaki tadi, dari department mana?" Boss masih marah2. "Tu budak penghantar piza, tuan," jawab assistantnya. "Ha???"


Itulah, boss mmglah selalunye betul tp x semestinya x salah kan....
p/s: aku sedikit hangin ngan boss2 aku harini sbb dia asyik nak salahkan aku disebabkan owang lain xde di sisinya membaca yasin pg td. Dah aku pengerusi biro agama, kenalah dtg majlis baca yasin kan?

Secemerlang sinar pagi


Awal pagi hujan turun menggeluyur daerah penempatanku. Sepanjang perjalanan ke pejabat, jalan raya masih basah dengan air hujan. Terdetik seketika perasaan hampeh sbb kereta baru jer cuci, tp cpt2 pujuk, "sib baik kete aku skang nih kaler bluish silver, kalau hitam cam dulu, mau aku singgah ke car wash kat dpn opis tu."


Aku capai HP Sony Ericsson ku (bukan nokia yahudi tu yer), sms azhar yg hadir temuduga SPRM smlm. Dia kate agensi yg dulunya bertaraf biro dan diupgrade ke suruhanjaya tu x amek calon yg rabun. Diskriminasi tu namanye, tp memandangkan azhar lbh suka bersikap ridha, aku nak kate ape kan? tp ngepek pasal betapa dia nak sgt tukar keje tu yg buatkan aku wat entry ni.


Kalaulah korng sumer menjadi tempat org mengadu pasal idup, xkanlah korg nak simply tolak drp bg pandangan kan. Harap2nye esk2 time kita nak mintak tlg kat org lain, diorg sudi tlg kita kan? So aku refer ceramah Dr H.M Tuah Iskandar kat Selangor FM dua hari lepas. Kisahnye ade budak U ni yg dah kat final year tp nak tukar course. Sbbnye dia x minat dgn certain subject. So HM Tuah bg perumpamaan, dalam hidup ni kita x leh dpt semua yg kita inginkan 100%. Tgk jer kalau kita nak beli kereta, kadang2 kita minat bodynyer, tp kaler yg diidam xde. Kadang2 kita minat bentuknye cantik tp enjinnye xde teknologi tercanggihkan. Sama jugak mcm kita berumah tangga, bukanlah semua perangai pasangan kita tu sama dgn selera kita kan, kadang penampilan dia kita suka tp perangai potpet dia kita x berkenan. X pun pasangan kita, kita dah leh tahan, perangai family dia plak yg hampeh.


Mcm tu jugak dgn kerja kita, x semua hari2 kita dihidangkan dgn kerja2 yg pleasant kan, yg kita leh enjoy. Kebanyakannya kerja ni susah, tu yg majikan bayar utk kita deal with it and do all the hard work. Tp percayalah, dlm susah2 tu mesti ada masanya kita betul2 berasa best ngan keje kita. Contohnya bile kita buleh selesaikan keje dgn best tahap gaban, x pun time kita dpt selesaikan problem tahap dewa dan save the company. X pun, at least time dpt gaji hujung bulan. Masa2 best camni yg kita kena kenang time kita down sehampeh2nye.


Lagi satu, x kanlah sbb kaler kereta x semerah ferrari kita x jd amik wira SE kan (sekadar contoh jer), ataupun sbb mak mertua yg suka menyibuk urusan rumahtangga kita, kita nak cari bini tambahan kan? Samalah jugak krn boss suka ngelat dan rakan sekerja keji cam karektor malika dlm anak betong tuh kita nak benti keje kan? So, deal with it. Carilah kebahagiaan dan ke'syok'kan dlm ape saje yg kita hadapi seharian. Biasanya masalah kita x serupa tp penyelesaiannya mungkin drp punca yg sama. Barulah kita rasa secemerlang sinar pagi...

March 2, 2009

Sukarnya Mencari Keikhlasan


Pagi2 lg tok hamsan dah ngepek pasal politik. "Nape sebenonye ni tok, ape cer?"soalku sekadar nak tunjuk keprihatinan sbg bos kecik. "Boss tau, mlm td sy hadir mesyuarat U**O Bahagian, dia kata punca kekalahan diorg kat k sel ni adalah pej tanah x bg kerjasama kat diorg. pej daerah x tlg kitorg time p/raya dulu," tok hamsan cakap sambil jegil2kan mata, selayaknye bersesuaian cara org banjar bercerita. "Apalah diorg ni, time menang xde lak nak ckp kemenangan atas k/sama kita, dah x menang salahkan kita plak," sengaja aku nak redakan keadaan. Tok hamsan meneruskan topik politiknya yg makin berapi.



Tiba2 kami dimaklumkan tentang kematian Dato' kamarudin (Jkkp) bukit kuching. Bergegas semua nak pegi melawat jenazah. Khabarnya jenazah akan dikebumikan jam 9 pg. "Awalnya," bisik sesetengah rakan. Eloklah, jenazah x elok dilengah2kan pengebumiannya. Bila aku turun, boss dah tunggu kat pintu kenderaan pejabat. Sengaja aku pilih naik kete tok hamsan nak cungkil lg ape yg berlaku kat mesyuarat parti politik ni.


Tok hamsan meneruskan bebelan yg kadang2 buleh diterima akal gak. Dia relate ngan satu ayat dlm surah yasin yg bermaksud "Pada hari ini lidahmu akan terkunci dan kaki serta tanganmu akan berbicara mengenai apa yang telah kamu kerjakan" hah, pada hari ini, org2 di luar U**O berbicara tentang kerja2 buruk korang sedang lidahmu terkunci dek kerana tidak lagi didengar org. Well, kan aku dah ckp, tok hamsan bukanlah calang2 org. Dan aku jumpe ramai org kuat parti tu dlm majlis funeral si mati.


Ptg lak aku, boss kucing and tok hanis pi hutan kat BB yg diceroboh, dibakar, ditanam, dimusnahkan dlm operasi bersepadu dan skang mereka nak mintak pampasan. Sblm sampai, aku dah set my mind dah, to be impartial, acting without fear and favour. Tp dlm sesetangah situasi, perasaan manusia ttp xleh dikesampingkan. On surface, mmglah ade terdapat bekas tanaman dimusnahkan. Ratapan mohon simpati si peneroka (ke penceroboh?) dgn cerite sedih diorg mcmlah dah xde sumber pendapatan lain. Tapi Allah maha kuasa, kerana masih memberi kesempatan utk aku melihat sejauh mana keikhlasan dan kejujuran manusia. Diorg kata diorg miskin xde tanah, xde keje. Tp ade sorg tuh aku kesan asal dr Meru, ade kedai runcit beso, ade kedai makan yg ramai pelanggan. Tanam kat situ pon sekadar nak menambah tanah jer...Yg syoknye ketua group ni siap dtg naik Toyota Rav4 tu, masuk hutan...what a lame acting...

Hai...sukarnye mencari keikhlasan hari ini...

February 27, 2009

Alert, Grab and Exagerate


Fuh, dua hari Odit sirim datang. Ape lagilah yg aku nak tulis pasal odit yg hampes tahap cipan tuh. Memandangkan ini adalah odit persijilan semula, maka coverage dia lebih detail and merticulouslah. Sebagai org yg bernapas ikut dada (korang referlah ceramah time kursus PTD 41 kat BTN dulu ek), bukan ikut perut, maka aku x dapatlah tidur dgn nyenyaknye selama beberapa malam sblm hari kejadian tuh. Duk dak memanjang...


Hari yg hampes pun dtg dgn ditemani oleh oditor yg berlipat kali hampes (aku x kirelah kalau korang nak kata aku ni bersikap piawai berganda atau double standard ke hape). Si oditor siap bwk pegawai lain lg tuh. The worst is my boss dgn selamba badaknye announce yg akulah key person utk ISO pejabat nih. E'ene, i hate that "key person" phrase ever since. Maka akulah owang 1st yg kene odit, then cc, then aku balik, then TA, then technician, then aku balik, then TA, then cc, then aku balik, then kak awe. Menyampah tahap sampah dan kesian aku tgkkan bebudak aku kene seksa ngan oditor tuh.


Maka aku pon berdiscusslah ngan cc aku camne nak confront ngan oditor hampes tuh, bukan ape, kekadang sakit ati gak tp sbg owang Melayu yg penuh adab sopan kita diajar xleh confront our feeling kan? tu yg byk sakit jantung dan gout tuh (apelah ko merepek nih syaitan?). Maka kami mencapai kata sepakat, kalau dah xde jwpn, kitorg akan jwb, "En. bagilah NCR je." Hah, my new favorite phrase.


Satu yg aku paling menyampah tang odit mengodit nih ialah diowang akan senang2 jer tegur itu ini kat keje kite. Kalau jupe defect pun, even the tiniest, akan question. mcmlah kite dah wat salah tahap membunuh sorg yahudi kat palastin tuh. Dahtu plak, time sesi temubual bersama DO baik punya komen dia bgtau. Jabatan ni beruntunglah ada staf yg komited ngan SPK, ade dokumen yg lengkaplah, inisiatif nak bangunkan boranglah, eeee...ckplah korg nak kitorg stick ngan korg punya sistem since it is not free kan (kekadang aku berfikiran jahat). And at the end of the day, to my suprise, cume ade 3 NCR jer yg dikeluarkan and dekat sepuluh OFI (opportunity for improvement). Lah, gempo kitorg mcmlah gaya xnak sambung sijil, sekali...


So, berikut adalah pandangan aku sepanjang proses odit hampes berikut terhadap individu2 terbabit:



  • Boss sengih kucing aku = dari awal2 lg dia lps tangan pasal odit nih. Dah dpt sijil barulah nak wat vote perlu sambung ke tak? heee, nasiblah dia yg bg markah LNPT aku, kalau tak...


  • oditor sirim = mintak maaplah kalau dia nak dtg lg taun dpn, hee x sanggup aku. agaknye apelah dia dpt dgn menyekse kami semua. (oh ye, dia dpt kerepek goodies lebihan xavier harituh. tu lah, sape suruh garang2...)


  • Big boss aku = alah, biaselah boss, mestilah control dpn staf kan? "kita mampu mempertahankan sijil ni" ha'ah yg mampus kitorg kan...?


  • cc = kesian gak cc sampe kene gout sbb menjawab soalan odit. tp aku respect cara dia control kegabrahan dan menyakitkan hati oditor itu sekaligus.


  • rizam = memule tuh serius jer jwb, tp masuk hari kedua terserlah kebebehannya dgn menjwb,"JKR pun byk kerja lain, xdelah dia nak layan kita sepanjang masa." -dialog time oditor mintak format akujanji kontraktor.


  • nizam = kesian aku tgk budak baik nih kene belasah oditor. ko tunggulah pembalasan di akhirat kelak, wahai oditor...


  • kak awe = 1st time kene odit, kak awe mmg terer menyusun ayat,"saya mmg ade perancangan utk membangunkan mekanisme penyelenggaraan aduan awam. tp perancangan ajelah..."


  • zetty = "hah, kalau sy tanye terus jer garu kepala," sergah oditor. dia leh jwb ngan selambe,"mane ade, sy betulkan tudunglah." satu lagi dialog best. "ni kenape senyum2 ni?" tanya oditor. "Saye x senyum kat encik," padanlah muke oditor tu...


  • yana = "cepat tulis kod fail nih kat dlm daftar fail," oditor garang ckp. "iye, sy janji sy buat nanti," yana jwb. "sy nak sekarang jugak," masih mengarah. "eleh, ko suwoh sbb yana kate dia masih berstatus cik kan? saje jer oditor nih nak menggatal," bisik hati seseowang. guess who?

Maka demikianlah episod drama sebabak utk kali nih. Dgn rasminye bahagian pembangunan masyarakat telah berjaya mengekalkan sijil isonye utk 3 tahun lg. sebagai pengakhiran, utk me'relate'kan episod ni ngan tajuk di atas, kite kenalah sentiasa alert dgn persekitaran kita, grab semua yg leh dan sempat kite grab, and exageratelah time ceriter. Barulah jd cam zizan & johan raja lawak tuh...


February 19, 2009

Kisah 3 ekor ikan


Kisah 3 ekor Ikan

Di dalam sebuah kolam bersebelahan sebatang sungai, terdapat tiga ekor ikan. Pada suatu hari datang seorang pemancing membawa joran bersama baldi untuk memancing di situ. Melihat pancing dipasang, ketiga-tiga ekor ikan ini bermesyuarat untuk mencari jalan mengelakkan diri dari ditangkap si pemancing. Ikan pertama berkata, “Aku akan cuba melompat keluar daripada kolam ini dan cuba bergerak hingga ke sungai di sebelah,” katanya sambil melompat sekuat hati. Maka bergolek-goleklah ikan pertama tadi setibanya dia di daratan. Dengan bersusah payah dia meliuk lentokkan tubuhnya bergerak menuju ke arah sungai. Setelah bersusah payah menahan nafas akhirnya sampailah ia ke sungai dan selamatlah si ikan pertama tadi. Melihatkan peristiwa itu, si pemancing bertambah yakin bahawa kolam tersebut pastinya terdapat banyak ikan sehingga ada yang melompat keluar.

Dengan tidak dapat menahan sabar, dilabuhkan jorannya ke dalam kolam tersebut. Sambil itu tangan kirinya siap memegang tangguk bersedia kiranya ada ikan yang memagut umpannya. Ikan kedua mencari akal bagaimanakah cara untuk melepaskan diri daripada si pemancing itu. Fikir punya fikir akhirnya ikan kedua mendapat akal. Ia pun timbul ke permukaan kolam dengan keadaan perut ke atas. Lantas disauk oleh pemancing ikan kedua itu. “Oh, ikan mati rupanya, pastinya tidak sedap dimakan,” getus hati kecilnya. Maka dibuang ikan kedua ke dalam sungai bersebelahan dan selamatlah si ikan tadi.

Dengan hati yang panas, si pemancing berkata di dalam hati,”Kali ini aku tidak akan tertipu dengan helah mana-mana ikan.” Maka terjunlah dia ke dalam kolam dan menangguk sesungguh hati. Ikan ketiga pun tertangkaplah.

Demikianlah kehidupan kita di dunia ini. Ada manusia yang bertindak seperti ikan pertama. Ia mengambil tindakan awal sebelum masalah timbul. Ini dinamakan tindakan proaktif. Manakala tindakan ikan kedua pula dinamakan kreatif, iaitu bertindak mencari akal untuk melepaskan diri ketika menghadapi masalah. Sedangkan ikan ketiga tidak bertindak dan sekadar menunggu masalah melandanya. Ini dinamakan pasif. Terpulanglah kita hendak tergolong dalam kumpulan yang mana.


p/s: ceriter nih aku jual time renungan pagi perhimpunan pertama bos aku masuk pejabat. Sajelah aku nak test market tukar nama pemancing tu M (M for Muslim ek,) tp rupenye bos aku terperasan sbb nama dia pon awalan M, eeee perasaannye boss aku itiew...

February 18, 2009

The 3 rings


Ah, ader kate2 sorang teman berbunyi begini, "Kesibukan menjadikan kita manusia yang cekap mengendalikan tugas". Ye ker? agaknye sebab tu ade sesetengah orang sengaja menyibukkan diri dengan pekerjaan dan sanggup melupakan keperluan diri. Ni kes nak jadi efisienlah nih. Tapi bukan itu yang aku nak tulih arinih. Sibuk mmg sibuk tp nak ceriter gak pasal idup nih.


Kisahnye begini. Ade sepasang suami isteri yang telah mendirikan rumahtangga selama beberapa tahun. Adapun sang isteri tersangatlah suka bertanyakan itu dan ini kepada suaminya. sebagai seorang suami yang normal (mmg kebanyakannya kut...), maka dilayanilah segala pertanyaan sang isteri walaupun telah ditanyakan banyak kali dan diberikan jawapan yang sama.
Suatu hari sang isteri bertanya kepada suami, "Abang...abang bahagia tak kawen ngan saya?" "Eh, bahagiaaaa," panjang jawapan si suami. "Kalau abang sayang saya, cuba abang bagitau perkara yang paling membahagiakan kita," masih cuba bertanya seperti biasa.
"Ooo, itu senang. Abang ingat engagement ring yang abang bg kat ayang,"jawab sang suami. "Lagi?" soal sang isteri. "Abang ingat wedding kita," jawab suami masih selamat. Si isteri cepat2 menyorokkan jarinya, konon nak elak sang suami dpt idea nak jawab soalan seterusnya. "Lagi?" makin beso mata sang isteri.
"Betul ayang nak tau?" suami mula tunjuk belang. "Suffer ring mcm sekarang yang abang tengah lalui ini..." meleleh air mate sang isteri. Itulah suka sangat bertanya...

February 13, 2009

Odit datang lagi (mcm lagu Dina)


Odit datang lagi...Huh, itulah yang dok berlegar dalam kepale hotak aku time nih, tapi dilagukan cam lagu Dina tuh lah. "Napelah Sirim suker mengodit kiter ek?" tanye kak awe yg kelihatannye mmg x berape menggemari part2 odit mengodit nih. "Sebab, bos kiter dulu2 tuh menggatal nak amik ISO. Kunun nak jadi the only PTD yg ader persijilan tahap antarabangse nih. Tup2 kite gak yang kene teruskan kan? Diorg enak2 main golf (sbb dah pensiun gitu)," sengaje aku jwb separuh bengal.


Kenape agaknyer orang x suka, x gemar, x minat ngan odit? Most probably sbb kite akan rase mcm org lain sibuk2 jer nak check kerje kite. Dahtu org luar lak tuh. Ade jer yg silap, yang x kene, yg nak dipersoal. "Hish, mane ade," aku cube cari rasionalnye. "Diorg odit sbb nak pastikan kite sentiase keje ikut prosedur. Demi pastikan sistem penyampaian kite mencapai kualiti yg ditetapkan. Nak pastikan semua pelanggan buleh berpuas hati dan tersenyum panjang selepas menerima perkhidmatan kita." "Tapi nape kite tetap rase x puas ati?"


Sebabnye, mmg lumrah manusia x suka diri kita dicheck and evaluated. Kita rasa kita dah expert sgt ngan keje kite. Keje kite dah hamper perfect dah, kalau ade defect pun kecik jer. Siape depa nak tegur kite, lbh2 lg org luar, tau ape? Betul tak? Lg x puas ati proses oditan tuh panjang bebeno, selalunye sampe 2-3 ari. Abis sumer keje harian kiter tergendala.


Lepas odit lak, mesti ade laporan ketidakakuran (non-complience report a.k.a NCR), mesti kiter kena jawab NCR within specific time. E'ene, dahlah dia dtg soal itu ini, salahkan kita sana sini, then kena jawab lak camtu camni, then dtglah plak bill summary.


At the end of the day, biler depa dah pueh ati meludes kiter, depa antarlah surat makluman, tahniah, sijil anda dilanjutkan setahun lagi. Selalunye bosslah yg akan senyum lebar sambil bwk surat tuh jumpe big boss. Big boss lak akan cananglah kat kengkawan dia kat PTD lain yg pejabat dialah yg mampu melaksanakan sistem pengurusan kualiti (SPK) seberjaya nye. Depa mampu, kami, mampu gak, tapi tambah huruf S kat blakang dia.


Tapi bile dipikirin semula, camtulah kehidupan kita kat dunia nih. suka atau tidak, kita akan sentiasa dinilai dan diberi markah oleh Yang Maha Esa. Kira mcm oditlah jugak. Odit tang amalnye, tang umurnye, tang masanye, tang hartanye. Tu belum tang tanggungjawab kite lg cam keluarga, kerja dan mcm2 lagi. Kalau kat dunia nih leh gak kite benti amik ISO. Tp Odit AG tetap dtg gak. Kalau kat state ni ade lg mcm2 odit, odit kewanganlah, odit projeklah, odit pengurusan peruntukan YBlah. Tu belum LNPT, SKT dan APC lg tuh, mmg bebehlah ndas ni kalau nak follow.


Last2, terime ajelah seadanye. Maka makin kuatlah suare Dina berlegar dlm kepale hotak aku...