October 23, 2009




Mencari Apa





Seorang 'abid yang terkenal sedang mencari2 kunci pintu rumahnya di sebatang jalan berdekatan lampu jalan di malam hari yang sangat gelap. Seorang pemuda yang kebetulan melalui jalan tersebut bertanya kepada sang 'abid, "Apa yang tuan hamba sedang cari. Boleh hamba bantu?" Sang 'abid menceritakan perihal kuncinya yang hilang dan si pemuda lantas membantu mencari kunci tersebut.

Selang beberapa ketika, seorang passerby turut serta membantu operasi pencarian tersebut. Dari berdua, kumpulan pencari kunci kini menjadi ramai. Habis segala rumput, semak dan samun (eh, semak samun) diterjah, kunci yang dicari masih belum ditemui. Tapi operasi pencarian masih di sekeliling tiang lampu.


Datang seorang budak kecil sambil bertanya, "Apakah yang pakcik2 semua ni cari?" "Oh, kami sedang membantu si 'abid mencari kunci rumahnya," jawab seorang warga. "Wahai tuan, di manakah tuan rasa kunci itu tercicir?" Si kecil bertanya kepada sang 'abid. "Rasanye dekat2 pintu rumah hamba," eh, makin keliru ini orang. "Tapi, kenapa tuan tak cari di sana, kenapa cari di sini?" bocah pinter. "Oh itu, sbb tempat tu gelap, xde lampu kat situ. Kalau di sini kan ada lampu. Senang sikit nak nampak," jawapan sang 'abid buat warga keberangan.


Moral ceritanya mudah. Selalunya kita mmg suka cari jalan senang. Kenapa sang 'abid taknak cari kunci tu kat tempat sepatutnya? Sbb kat sana gelap, susah nak jumpa. Jadi dia carilah kat tempat terang walaupun x mungkin boleh jumpa. Macam hidup kita seharian, berapa ramai yang ternanti2 bonus time pembentangan bajet? Sedangkan kalau kita bijak urus kewangan, xdelah kemaruk sgt kan?


Satu lagi, kita juga mcm warga terbanyak yang ikut jer perbuatan sang 'abid, cari kat tempat yg salah. Kenapa x ramai yg jd si kecil, ambil inisiatif tanya perkara yg sepatutnya ditanya dari awal? Jadi kita taulah apa yg kita cari, kat mana nak cari, macam mana nak cari, siapa nak tolong kita cari? Banyaknye soalan....mumet.

October 6, 2009


'Ibrah Dari Bencana


Di suatu pagi dalam sebuah pejabat, topik gempa bumi di Padang, Sumbar:


  • Jep: "Eh, semalam ko rasa tak gegaran gempa? Seumur idup aku tak penah rasa gempa. Teringin plak nak rasa," Jep sengih-sengih.

  • Yana: "Apelah Malaysia ni, baik sangat. Dah orang Indon tu nak sapu Malaysialah, buluh runcinglah, tarian pendetlah, masih nak bagi sumbangan kat dorang. Dahtu pesawat kita yang hantar bantuan pun dibaling batu. Kalau sayalah, saya suruh pilot tu patah balik Malaysia," muncung2 mulut Yana.

  • Degis yg degil:"Ko jgn mcm tu Yana. Mungkin Indon yg anti Malaysia tu kena hasut ke, salah info ke. Ko maafkan ajelah. Diorgkan jiran kita, saudara kita. Sekarang ni diorg susah kita bantu, sok2 kita susah dorg jugak yg bantu..." Ct cuba nak ulang ceramah cikgu tatarakyat sekolah rendahnya, eh, ke pendidikan moral?

  • Anon: "Apelah korang bising2 pasal orang indon tu. Bukannya kena kat kita pun, jauh. Lebih baik buat kerja kita. Pikirlah camne nak survive lepas raya ni..." positiflah tu kunun.


Begitulah agaknya sesi morning prayer (bukan mourning prayer ke?) kite kat Malaysia ni sekarang. Bencana, tak kiralah gempa bumi ke, ribut parma ke, ribut ketsana ke, tsunami ke, semuanya kita anggap benda yg menyusahkan. Ada plak yg menganggap itu amaran Allah, kalau tak kemurkaan-Nya. Ada plak yang mengada2 kata, bencana tu kena kat org lain, bukan dirinya. So, paling2 pun kita hulur singgit dua kira dah lepaslah tanggungjawab sosial kita.


Pagi tadi sambil drive, penulis ade dengar ceramah ust Zawawi kat IKIM.fm. Appara, org lain sibuk melayan Hits atau Mix, dia lebih suka dgr ceramah kat Ikim dan motivasi kat Selangor.fm. Gini ceritanya. Ada ayat Quran menyebut, sesungguhnya bagi orang yang beriman itu apabila disebut kalimah Allah, maka bergetarlah hatinya. Jadi penulis cubalah kaitkan dengan ayat Quran pasal bencana alam ni, dan bencana paling dahsyat semestinya bila tiba hari kiamat. Cuba tengok surah al-zalzalah,


  1. Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat),

  2. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya,

  3. Dan manusia bertanya: `Mengapa bumi (jadi begini)?

  4. Pada hari itu bumi menceritakan beritanya,

  5. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya.

  6. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka.

  7. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.

  8. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.

I can't help myself but to ponder, bukankah kita patut mengambil iktibar daripada peristiwa bencana ini. Bukankah ada mangsa yang terselamat yang menceritakan peristiwa yang hampir sama? Ah, makhluk bernama manusia ini sangat degil rupanya. Kalau dah ditulis di dalam Quran pun tak dibaca. Kalau dibaca pun tak faham. Kalau dah faham pun tak buat. Kalau buat pun tak sempurna. Jadinya tak payah buatlah ye? ko jawablah sendiri time zalzalah betul2 berlaku ye....


"Ooo, jadi marilah kita semua ambik hibrah dari peristiwa ni ye..." Ucin menyampuk penuh diplomasi. "Bukan hibrahlah, hibrah tu dakwat. 'Ibrah, pengajaran," jawab Mat Lim sambil menepuk dahi kawan karibnya itu.

September 11, 2009

Alahai...
Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . ""Hello?""Abang, nie sayang nie,""Emmm... ""Abang masih ada di kelab lagi ke?""Iya.""Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?""Berapa harganya?""Cuma $1500.00 aje""O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat""Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu " "Berapa harga yang dia bagi?""Cuma $280,000 ...""O.K tapi pastikan harga tu dah on the road.""Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi...""Apa?""Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "" Berapa harga yang mereka minta?"" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kitaboleh cover harga tu. . .""Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?""OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!""Bye... I Love you too..."Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

September 1, 2009

Antara Nilai dan Harga



Eta tersenyum-senyum dalam kereta. Kotak berisi periuk nasi elektrik di ribaannya diusap-usap. Gembiranya tak terkata pabila dia dapat membeli barangan elektrik itu. "Nanti mesti senang Mak nak masak nasi," ucapnya seakan berbisik. Sempat juga suaminya mencuri pandang Eta yang memang sedia jelita tu.




Sampai di rumah Eta bergegas bawak kotak tu ke dapur. Mak tengah mencolek roti dengan sardin yang dimasak, jugak oleh Eta. "Apa tu?" Mak pantas bertanya. "Mak marilah sini tengok," jawapan Eta tak menepati soalan Mak. "Eta beli? Untuk rumah Eta ke?" macam biasa Mak memang selalu concentrate dgn apa aja yang Eta buat. "Ni periuk nasi Eta belikan untuk Mak. Kesian Eta tengok Mak kena masak pakai periuk biasa. Mak kena tunggu, kacau, jaga apinya. Tengok tu, tangan mak dah luka kena periuk panas," tangan Mak dipegang lembut. "Eta, Eta kan nak pindah rumah. Eta nak pakai banyak duit . Kenapa beli barang untuk Mak? Mak tak kisahlah masak pakai periuk biasa..." sayu jer dgr suara Mak. "Berapa harganya?" mata Mak bergenang dek air yang nak tumpah tak lama lagi.




"Mak, Mak jangan tanya harganya. Apa yang penting ialah nilainya pada Mak. Kami tak nak Mak fikirkan pasal harga barang ni sbb kami beri dengan nilai kasih sayang kami pada Mak, pada Ayah. Mak gunakan periuk nasi ni tau. Nanti time sahur mak sempat solat sunat sambil tunggu nasi masak..." turn menantu mak pulak cakap. "Ya Allah, murahnyalah rezeki Mak. Baru jer terlintas nak beli, anak-anak dah belikan..."kali ni air mata Mak betul-betul melimpah. "Terima kasih Mak sebab anggap saya macam anak Mak sendiri..."bisik hati kecilku.

August 13, 2009


"Sendri bakar ka Bakar sendri?"


Tok Hakim menyeka keringat yang mengalir kat dahinya sebaik melangkah keluar dari pajero Wak Selamat. Bunyik injin diesel yg memule menyakitkan hatinya dah jadi muzik di cuping telinganya kini. Masuk ni, dah 10 buah rumah orang miskin dia lawat. Lin keluar cepat2, jumpa tuan rumah a.k.a pemohon bantuan rumah miskin.

Tengah syok2 menginterview tuan rumah, tiba2 ada sorang aci datang mendapatkan Tok Hakim. Sangkanya aci tu mak sedare jiran sebelah rumah, tu yang Tok Hakim wat donno aje. Tapi itu aci sudah kasik rapat sama tok penghulu. "Datok, saya sebelah juga mari. Datok ada buat lawatan rumah miskan juga bukan?" Aci tu memulakan soalan. "Ya, apa saya boleh bantu?" Tok Hakim berbasa basi. "Ini macamlah Datok. Saya sebelah juga mari. Belakang rumah saya sudah kasi bakar. Mintak tolong Tok Penghulu bikin satu rumah baru sama saya," aci sudah kuar dia punya cerita.

"Pusing juga cerita, belakang bikin pining juga saya punya kaplaaaa..."

"Lin, mari sini kejap. Ko tolong tanya ape aci ni nak. Saya x berapa fahamlah," macam biasa suara Tok hakim berbisik kalau cakap ngan pompuan, romeolah katakan..."Nape tok? dia cakap tamil ke? Dia ni sape tok? Xde dlm senarai pon?" macam biasa jugak, Lin mmg byk soalan. "Ko tanyalah sendiri," jawab Tok Hakim. "Ini macam adik. Saya punya rumah sudah kasi bakar. Sekarang saya mintak sama Tok Penghulu bikin baru untuk saya," rewind si aci. "Sudah kasi bakar? Sapa bakar" Lin soal mcm Inspektor Haliza. "Sindri bakarlah..." aci jawab sambil kecikkan mata. "Sindri bakar ka bakar sindri?" Lin meneruskan interogasi. "Sindri bakarla...saya kampung juga balik, belakang rumah juga kasi bakar. Sapa bikin, saya tara tau, jadi sindri bakarlah..." Inspektor Lin makin pening. Pe pendapat korang???

August 10, 2009

"Sorang Dah Bangun. Jangan Tipu Nenek..."

Wayne makin rapat ke Samsul. Jarak duduk mereka yg tadinye leh muat si Majoi yg kurus tu dah xde dah. Semuanye pasal crite hantu yg dorang discuss. Yus, Ijai dan Syuk dah berjaya menyampaikan kisah serem masing2 tadi. Suasana yg memula ceria dan bertukar jadi sunyi sepi sesuai dgn mood malam tu, kisah seram. Cuma Wayne jer yg dari tadi jadi pendengar. Sifat machonya terbang ntah ke mana malam tu. Dia memang x gemar criter antu. Katanya antu ni tau tiap gerak dan langkah manusia, hatta yang terlintas dalam fikiran. Heee...Wayne pejamkan mata sbb dah takut sangat.


Tiba turn Anep bukak cerita. "Kisah yg aku nak ceritakan ni taklah seram sangat, tapi aku takut sangat nak bagitau korang," Anep wat suara suspens. "Alah, cerita jelah. Kitorang tak takut...," Iwan cuba menenangkan perasaan budak2 dalam bilik tu. "Macam ni, cerita ni berlaku kat asrama aku dulu. Tak macam asrama budak laki lain, asrama aku kalau malam mesti tidur awal. Bukan sbb kitorang skema, tapi ade kisah angker yg buat semua budak tidur awal," Anep cuba bangkitkan suasana seram. Mata Wayne terkelip2 tunggu cerita seterusnya. "Satu hari, time dah dekat2 nak cuti semester, dah ramai budak yang balik kampung. Malam tu time nak tidur, tiba2 aku teringat cerita yg dorang duk heboh tu. Aku tak pastilah samada cerite tu betul ke atau sengaja nak suwoh kitorang tido awal. Tapi malam tu rasa sunyi sangat," Anep teruskan cerita. Wayne makin rapat ngan Samsul.


"Tengah aku dok menimbangkan kebenaran cerite yg heboh diperkatakan budak2 asrama aku, tiba2 aku ternampak lembaga berpakaian serba putih dok duduk kat katil atas tak jauh dari katil aku. Kaki dia siap berjuntai ke bawah. Memula aku ingat tu cuma bayangan aku jer, tapi kendian benda tu beralih lak ke katil sebelahnya," cerita Anep makin seru. "Aku gosok mata. Aku nak pastikan betul2 benda yg aku tengok tu sbnrnya bukanlah sekadar khayalan. Daripada gaya dan bentuk badannya, benda tu menyerupai sorang nenek. Terbongkok-bongkok dari satu katil ke satu katil. Tapi ape yg dia buat?" Anep terus pancing minat audien.


"Nenek makin dekat ngan katil aku. Daripada curiosity, aku jadi takut. Takut sbb nenek dah makin dekat, takut ape dia akan lakukan kat aku," Anep benti crite, Wayne makin takut. "Tiba2 nenek tu singgah kat katil belah atas betul2 sblh katil aku. Aku dah panik tak tau nak wat mende. Ayat Kursi yg aku cuba bace dah jadi tunggang langgang. Itulah, bile ustaz aku suwoh hapal dulu, aku main2. Nyesal ada, takut ade, hiii, x tau aku nak wat mende. Akhirnya aku pejam mata wat2 tido. Dengan harapan hantu nenek tu x perasankan aku, so dia bleh blah," Wayne dah start menggigil.


"Selang beberapa saat, aku bukak mata. Kunun nak pastikan hantu nenek bedebah itu dah blah. Tapi aku silap. Nenek masih duduk kat tempat tadi, siap juntai2kan kaki lagi. Sambil sengih2 pandang tepat kat aku," suara Anep tenggelam timbul sambil lurut bulu kat tangannya yg tegak meremang. "Korang tau ape dia bedebah tu cakap kat aku?" mata Anep tepat ke Wayne yg pejam mata sambil menyorok belakang Samsul. "Sorang dah bangun...jangan tipu nenek...hiiiiihiiiihiiii." Serentak dgn itu Wayne melompat keluar dari bilik Anep. Budak2 kat depan dia habis dilanggarnya. Wayne terus masuk ke biliknya. Kunci pintu. Biar Nenek xleh masuk. "Bangang betul budak2 ni cerita antu time Nakabu balik kampung," hati Wayne menyumpah2 sendiri. Dia bukak kain selimut yg menutupi seluruh kepalanya. "Eh sape lak yg duduk kat katil Kabu tu?" Wayne hairan. "Sorang dah bangun...Jangan tipu nenek..." Kali ni Wayne betul2 menjerit.


"Betul ke criter ko ni Wayne?"Kepet cuba merekod criter Wayne. "Betul...betul aku tipu," Wayne dah bersedia nak lari takut kene kejor ngan atok Lampor...hiiihiiihiii

July 31, 2009


Kisah 'Balik Air'


Dulu2 time kat KUSZA bebudak ni suka main terup waktu mlm. Tapi xdelah dorang 'bet' pakai duit sbb masing2 blm ade sumber pendapatan hatta drp JPA mahupun PTPTN. So bagi 'pengkalah' akan kena dipaksa minum air yg sebaldi tu. Selalunya si Kupanglah yang kena togok air sebaldi tu, kesian. Bukanlah si Kupang ni x terel main terup tp budak2 ni slalu pakat nak kenekan dia. Rahsianya? ada pada daun 'sat bulu'. Alah, daun terup ade bentuk love terbalik tu...dorang dah kasi lunyai sampai kuar bulu kat tepi2 daun tu. So, org leh taulah daun tu sat bulu walaupon tgk dari belakang. Dan si Kupang yg slalu pengkalah ni akhirnya berjaya menang jugak satu mase, tp 'dark forces' ni telah merancang satu komplot yg akhirnya si Kupang terpaksa jugak kalah. That glorious time telah disambut sebagai 'balik air'. X paham? xpe, bukan criter tu yg aku nak criter...


Ape yg aku nak criter ialah siapa yg buat jahat akhirnya akan dibalas jahat. Kisahnye cenggini...

Pada suatu zaman (kalau nak start cerita mesti guna frasa ni kan?), dikisahkan seorang peladang dan pembuat roti telah membuat satu perjanjian. Si peladang akan membekalkan mentega sebanyak satu pound kepada pembuat roti setiap hari. Sebagai balasan, si pembuat roti akan menjualkan beberapa pound rotinya kepada si peladang. Suatu hari, si pembuat roti merasa sangsi terhadap mentega yang diterimanya. "Aku rasa mentega ini tidak sampai satu pound beratnya. Lebih baik aku menimbangnya untuk melihat sejauh mana kejujuran si peladang," bisik hati si pembuat roti. Apabila mentega pada hari itu ditimbang, alangkah terkejutnya pembuat roti apabila mendapati mentega itu sememangnya tidak sampai satu pound. Hangin, pembuat roti merasakan dia telah tertipu atau sikap kepura-puraan peladang.


Perkara tersebut dibawa ke muka pengadilan. Kedua-dua pihak dipanggil memberi hujah dan balasan. Sehinggalah satu masa, sang hakim bertanya kepada si peladang, "Mengapa kamu sanggup mengkhianati rakan kamu yang selama ini menaruh kepercayaan kepada kamu?" "Yang arif, sebenarnya di rumah saya tiada alat penimbang. Apa yang ada hanyalah dacing. Jadi, saya letakkan roti si pembuat roti di dacang sebelah kiri dan saya letakkan mentega di sebelah kanan. Manalah saya tahu roti dia pun x sampai satu pound mcm yg tertera di pembungkus roti dia..."Pembuat roti terpana. Bukan aje sbb helah dan tipuannya selama ini terbongkar tapi akhirnya dia merasakan dirinya 'balik air'...

July 27, 2009


Sedar atau Tidak???


Sedar atau tidak tahun-tahun berikut lebih diingati dengan peristiwa...



2005


Sheikh Ahmad Deedat Sheikh Ahmed Hussein Deedat (1/7/1918-20/8/05), seorang tokoh ilmu perbandingan agama yang sangat bijak berdebat menentang pendakyah-pendakyah kristian telah meninggal dunia pada tahun ini dan dianggap sebagai satu kehilangan besar dalam dunia Islam. Pada tahun yang sama, rakyat Malaysia lebih peka berbahas dan meratapi kekalahan Felix dalam pertandingan akhir Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).












2008


Berita pemergian Allayarham Dato' Ishak Baharom (1/1/1928-30/1/2008), bekas Mufti Selangor yang tidak disambung kontraknya kerana mengeluarkan fatwa mengenai pengharaman penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik, sekadar menjadi berita pojok di akhbar berbanding liputan meluas ke atas kematian Loloq, seorang pelakon/penulis lirik tempatan pada tahun yang sama.











2009

Pemergian Sheikh Fathi Yakan (1933-2009), tokoh pergerakan Islam Lubnan juga pengarang kitab 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam" dan telah mengarang kitab agama pelabagai tajuk, tidaklah mendapat liputan berminggu-minggu di media berbanding kematian Michael Jakson, artis pop antarabangsa.






Kesimpulannya, terel betul kita kat Malaysia ek...

Dikutip drp Suara Asy-Syariff, Bil.1 Tahun 1.

July 20, 2009


Plastic, so plastic...




"Rem, cepat sikit buat kerja tu. Lepas ni salin plak pasu2 lama ni dgn yg baru. Ada 30 semuanya," Kak Mor membebel sambil cekak pinggangnya yg x langsing. "Yelah puan," suara Kak Rem dikontrol sebaik mungkin. Ntah sbb nak sembunyikan suara 'garau'nye atau nak sembunyikan suara sebalnya kat Kak Mor. Mana taknye, tadi Rem alias Kak Ju dah kena cuci tandas, lps tu gantung frame ntah hape ntah, ni kena salin pasu bunga plak. Jarum jam yg pendek dah makin menghampiri angka 12, maknenye Kak Ju kena balik lewat a.k.a leh wat OT.




"Inche, pasukan penilai dah sampai. Jomlah sama2 sambut," Kak Mor tercegat dpn bilik aku. Mukanya mcm x cukup tido. "Sat lg saya turun," pendek. Print, tebuk lubang, masukkan fail dan wallah, siap jugak akhirnya fail meja aku setelah duk sini slame 4 tahun. Sib baik ada odit dtg harini, kalau x, aku ngan boss aku sure xde fail meja lagik.




Charlie aku tgk sibuk melayan ahlil rombongan. Sorang2 diorg sampai. Xpe. Udah selesai sarapan, Charlie menunjukkan skill merapunya kepada ahlil penilai. Sesi taklimat yg spttnya dijadualkan sejam dah meleret dan melarat sampai 2 1/2 jam. Aku tgk ahlil penilai dah pi toilet paling kurang 3 kali. Oh ya, toilet pun dah bersih dan wangi, siap ada frame bunga lagi. Plastik semestinya.




Pukul 1 lbh, Charlie benti menceceh. Ahlil rombongan yg setengah sedar tu disajikan ngan nasi ambeng. Baik punya strategi, kasik mengantuk, then kasik makan bebanyak. Sure soalan odit otomatik jadik sikit. Charlie mintak excuse sbb dia kena pi dewan. Hek eleh, immediate boss aku pun kat dewan, ape cer? musti soalan odit aku yg kene jawab. Xpe, haritu hari dia, eh, haritu hari Khamis.




Ahlil penilai ramai yg pi bahagian KP. Bagus gak, bior Bosley melayan dorang. Kesian gak aku bile Bosley tiba2 kuar bilik mesyuarat mintak panggil Mat Lim. Aku tanya, "Nape boss?" "Dorang tanya balance scorecard," Bosley kesat corn sweat kat dahi dia. Berlari Piza alias Kak Som ke tingkat bawah. Dalam hati aku berkata, "Balance scorecard tu yg jaga Najiblah. Ko panggil Mat Lim ape cer?" Ah, lantaklah...




Petang kul 4.30 para ahlil nujum wat exit conference. Dorang bukaklah penemuan dan cadangan penambahbaikan. Tergagap2 Bosley menjawab soalan dorang. Yg lawaknye, sorang ahlil nujum tu labelkan opis kitorg mcm 'gadis pingitan' yg malu menunjukkan kecantikannya. So, camne org nak masuk meminang? Alah, senang jer jawapan aku, udah namanye pun gadis pingitan, mestilah malu2 terkemut2. Kalau tak plastiklah namanye...tak gitu???

June 24, 2009


Hukum Tuhan

Buatlah yang baik pada manusia
Dengan kerelaan serta keikhlasan
Jerih payah kita tidak sia-sia
Tuhan telah berjanji memberi balasan

Pabila yang baik kita lakukan
Balasan yang baik akan gantinya
Itu semua usah ragukan
Berlipat ganda kelak kan datang gantinya

Demikian pula perbuatan buruk
Semuanya itu akan diganjar
Meskipun betapa pandainya menyorok
Namun hukum Tuhan akan mengejar

Tuhan telah jelas menyatakan
Amal buruk jangan dikerjakan
Siapa berbuat kan merasakan
Azab dan siksaan sebagai balasan
p/s: oh, aku teringat kat Kak Sri menyanyi2kan lagu ni kat DPA dulu...

June 23, 2009



The Day I feel so Erkkk...




Jemarinya pantas menekan2 pad kekunci handphone jenis Sony Ericssonnya ketika itu. Asyik berbalas pesanan ringkas (sms) bersama Najib, suara Charlie yg bertindak selaku Pengerusi semakin jauh melayang meninggalkan gegendang telinganya. "Argh, bosan aku meeting harini. Ko tau, dari kul 9 tadi, sampai 11.30 ni, minit mesyuarat lepas pon dia x sahkan lagi," begitu lebih kurang sms yg dikirim kpd Najib. "It's match Charlie's description alright. Btw, lu meeting pe beb?" sms replied. "Pe lagi, Keutuhanlah," terpaksa menekan2 keypad tanpa melihat skrin kunun nak elak dari terkantoi. "Kan aku dah bgtau dulu, tu meeting tu aku bagi 'b' kat depan dia" replied. Eeee, x sanggup aku nak tulisan 'keutuhan' dgn penambahan huruf 'b' kat dalamnye. Sengih.




Immediate boss tanya pasal waran tahun lepas yg x sempat belanja sbb lewat sampai. Intermission, cam dlm citer Hindustan dulu2. Charlie masih membebel dari satu isu ke satu isu. Aku paling ke jam, 12.40. "Dia ni lupa ke harini Jumaat?" hatiku menjerit, tp sape yg dgr? Tibalah sesi round the table. Sorang2 ditanya. Tok Hamsan angkat tangan, walaupun memang itu turn dia bercakap. "Tuan, saya ingat mukim saya tu kenalah dipecah/diasingkan. Sbbnye populasi dia padat, kawasannya luas, tempat mengundinya pun sampai 3 DUN," pemegang robi' sanawi ni kalo nak bercakap..."Ye tok, apa cadangan tok?" masih berbasa-basi tuan pengerusi ni seolah2 masuk waktu solat Jumaat hari tu jam 3 petang. "Masalahnye, elaun perumahan saya dipotong walaupun sy x duduk kuarters. Bukan elaun rumah je, err, anu...saya pun habis dipotong, ape yang tinggal?" Tok Hamsan terus meluahkan cerita sedihnya. "Apa? Anu tok kene potong habis? Ape yang tinggal?" Pengerusi gelak mcm dolphine dicampak ikan. "Maksud saya, elaun yg sara hidup tu...alah, cola ke coca cola...," Tok Hamsan mula terperasan ketelanjuran dan kelucahan yg ditimbulkannye. Hadirin gelak. Aku pon gelak, hah hah hah, jarum jam terus mendekati angka 1, Erkkk....


June 15, 2009



Mboh opo-opo mboh (translation; Ntah hape2 ntah)

Kali ni Ummi ceriter lak pasal kisah sorang mokcik kat kampung kitorang. Mcm biasa, Ummi mmg terel pasal berceriter siap ngan mengajuk suara org yg diceritakan dgn berkesan sekali. Bagi tujuan penceritaan ini, aku refer mokcik ni sbg Untie A jelah ye...

Sebermula Untie A ni adalah sorang anak yg ada masalah lembam. So duduklah si anak tadi bersama ibunya dgn aman bahagia (manelah aku tau dia bahagia ke tak, aku agak2 jelah). Suatu hari Si Ibu telah mengarahkan anaknye itiew utnutk membuka reban ayam yang telah lama kosong dek kerana kerakusan sang musang memakan kesemua haiwan belaan mereka. Sedang si anak leka merobek dinding dan meranap tiang (mcm stadium kat Terengganu) tu, tiba2 tangannya terkena sebatang paku karat. Sebagai penjantan teguh, si anak control macho dan tidak memaklumkan akan hal tersebut kepada ibunya.

Pada sebelah malamnya, rasa nyeri dan berdenyut2 tersebut tidak lagi dapat disembunyikan oleh sang anak. Sambil merengek meminta dipijet (diurut), sang anak menceritakan peristiwa ngeri yang menimpa tangan kesayangannya. Untie A berasa sangat terkejut melihatkan tangan anaknya yg mula membengkak seraya mencadangkan agar dirujuk ke pihak hospital. Mendengarkan perkataan hospital, sang anak menggigil x keruan. Bayangan tangan diinject, kulitnya disiat, tulangnya dipotong2 mcm ayam nak dibuat masak paprik berlegar2 di hadapan matanya. Terus dia lari masuk ke bilik.

Esoknya, Untie A panggil adik beradik yg lain. Puas dah dipujuk, tapi si Anak masih takut ke hospital. Adegan pujuk memujuk ala drama swasta dan bukan swasta telah berlangsung selama beberapa hari. Bengkak yang merah mula bertukar hitam, lebam. Habis ikhtiar, si Kakak telah menelefon polis. "Encik, datang ke rumah mak kami, ada kecemasan," agaknye gitulah dialog si Kakak ngan Abang polis. "Kecemasan mcm mana tu?" Abang polis bertanya pulak. "Encik datang jelah," si Kakak memutuskan talian sbb nak jimatkan credit prepaidnya yg tinggal tak sampai doplosen tu. Eh, emergency call free kan?

Abang2 polis sampai ngan kete peronda kat laman rumah. 3 orang keluar pakai baje orang awam. Si Kakak bg maklumat ringkas, tolong tangkap adik saya bawak pi hospital. Tangan dia kena paku dah mula bernanah dan busuk. Gitulah gamaknye taklimat ringkas si kakak. Abang polis terpinga2, "Kami x penah buat keje cenggini." "Kan ke polis sedia berkhidmat, kepada negeri dan rakyat, mcm lagu yg budak2 DPA dok hapal time modul polis dulu?" Heran aku terhadap tahap pengetahuan am si Kakak itu. Maka berkejar-kejaranlah si Anak ngan Abang2 polis keliling rumah. Dah dpt ditangkap dan dimasukkan dlm kete, boleh plak budak tu keluar balik. 'Kesuh' dan 'bebeh' ngan adegan kejor mengejor, Abang2 polis bertindak 'tegas' dgn menghumban budak tu ke dlm kete, then dikunci. Terus dibawak ke hospital.

Sampai part ni, terkikik2 aku ngan wife aku ketawa. Terbayang 3 org Abang polis dok main kejor2 ngan budak tu. Mcm permainan polis sentry kan? Tapi aku tgk Ummi maintain muka serius dia. "Hish, ko ni x elok tau guyokke uwong. Kan ke A tu ibu tunggal, dahtu anak dia 'weng' sikit. Ummi dgr sampai jer kat hospital terus tangan dia kena cuci. Siap kena operate lagi sbb dah busuk. Skang ni xleh wat ape2 tau sbb berbungkus tangan dia," Ummi kenakan kitorg sedas. Terdiam...Huish, kenapalah aku teruk sgt, ni mesti terkenan alias tersampuk perangai Najib. mboh opo-opo mboh...

June 9, 2009


Life is cool Beb!!!


Minggu ni minggu terakhir Inche Najib sama2 berkhidmat kat pejabat ni. Najib akan memulakan tugasnya di Perbadanan Pengurusan Aset Keretapi minggu dpn. I feel awkward by this situation, tumpang gembira sbb dia dah capai apa yg dia nak sgt; keluar drp pejabat ni, daerah ni dan paling penting negeri ni. Tp sedih sket sbb dah xde kawan nak gelak, ngumpat, kutuk dan mencemuh 'org2 jahat' pada pandangan kami. Najib mmg happening part2 ni.


Kenape ek, aku terasa nak wat special entry pasal Najib? Sbnrnye, wife aku yg beriya2 suwoh, sbb aku raselah, aku rapat sket ngan Najib (kebiasaannya I keep myself reserve from others). Nama Najib memula aku dgr time kat DPA dulu. Masa aku kat sana, budak2 opis ade bgtau pengganti aku time 6 months course. Balik jer, sempat jupe dlm seminggu, sbb dia plak pi kursus. Bile Najib abis DPA, dia jaga Unit Hasil. Aku tetap kat PLB. Tapi DO masa tu asyik tersilap antara aku dgn Najib. Maybe sbb kami 'hampir' sebaya dan sama2 specy kut. Disebabkan batch kami dekat, so kebanyakan pengalaman kami sama. Ditambah ngan berkongsi kawan cam Husin and Mat Lim, we can get along quite good.


Walaupun ramai pegawai lain dtg lps tu, aku tetap x rasa aku can get along with them as good as Najib. Bukanlah Shaqul, Akbal, Saipul, Cek Din, boss, Pejal, and Charlie with his angels tak ok, tp mcm aku bgtau td, batch kami rapat. Sampaikan kami beli rumah pun tarikhnya dekat2 sama (walaupun aku dah dpt kunci dah, dia belum). Sama2 amik PTK, sama2 x lulus2 lagi. And lastly, sama2 hantar form kuar duit EPF and sama2 dpt APC. Lagi satu yg best, Najib ni jenis happy go lucky alias 'The Joker'. Bagi Najib, semua benda kena buat dgn hati yg gumbira. Tu pasallah dia suka wat joke. Kalau dia dah kering idea nak wat joke, dia akan jadikan orang lain sbg subjek leluconnya. X kirelah siapa org tu, kalau dia nak kutuk, dia kutuk tang tu jugak. Sedangkan aku, kalau nak kutuk pun man2, tgk sape kan...


Sampailah semalam, bahagian tanah wat surprise farewell function for him. Aku dpt rasakan mood sedih kat dlm bilik tu. Walaupun Najib dikira berjaya mentransformkan kakitangan tanah drp dull to cheeful type of staff, tp nampak sgt bebudak dia sedih. Bukan sbb Najib dah xde jer, tp dorg dah mula merasakan penangan pengganti Najib yg 'poy' tu. To make it worse, Mr Charlie had spoiled the mood by addressing issues of work instead of putting Najib as the subject matter of the day. Well, Najib refusely accepted that fact, but who cares, dia dah nak blah, dia dah x yah tgk that 'poker face' lg. Tapi kami...?


Hahaha, Aku tau, aku xleh ucap good bye kat Najib. Tp aku harap aku dpt terus dgr cerita pasal Najib, pasal Nabil Luqman, pasal kete dolphine dia, pasal rumah baru dia. Aku jugak harap dpt dgr pasal kenaikan pangkat dia kat sana, cara keje org KTM, pasal dia ngumpat boss and staff dia. Eleh, ape guna ada handphone kan? Leh calling2. Oklah Jib, whatever promise u in time ahead, I wish u a bright future, in this world and hereafter. Adios, amigos. Life is cool, beb....

Jangan Lupa Lirik, ke Jangan Lupa Quran lebih elok?

Boss masih membelek2 akhbar BH. Mukanya serius mcm selalu kalau time baca akhbar. Ntahlah, dah jadi tebiat kut kalau org senior2 ni part bace akhbar kene wat muka serius. Walaupun boss ni jenis 'miang meow2' especially part ceriter artis wanita, tp tiap kali bace akhbar mesti dia wat muka serius. Habis belek BH, boss capai lak Sinar. Kali ni lagi dasat dia punya serius, siap kerut2 dahi yg sememangnya dah ade garisan2 tanda dah dkt nak pencen. (Len kali aku nak suggestkan dia pakai L'oreal anti-ageinglah). Kopi 'O' yg Yana hidangkan lama dibiarkan, sejuk. Uiks, selalunye kalau Yana yg tuang, mesti dia sambar...

"Apalah Aznil ni, dia wat rancangan suruh org ramai menghapal lirik. Lagu lamalah, lagu barulah, lagu rock, dangdut, pop yeyeh, mcm2. Dahtu, sape ingat, dia dpt duit. Yg tua, yg muda, budak2, mak2, yg kurus, yg gemuk, semua sibuk nak masuk, sibuk nak menghapal lagu," panjang bebel boss. Tok Kama yg dok sibuk mengemas box penghulu benti sekejap. Yelah, dah boss bercakap, org bawahan kenelah dengar kan? "Ape tu boss, pasal rancangan Jangan Lupa Lirik ke? Yg tayang kat Astro kan?" Tok Kama cuba respond. "Iyelah, kan baik kalau diorg buat rancangan suruh org hafal ayat Quran. Buatlah kuiz hafal ayat ke berapa surah berapa. Dahtu, sape dpt jwb paling tepat, dpt hadiah buat umrah. Grand prize dpt pegi haji. Kan lebih bagus," cadang boss penuh emo.

"Betul jugak tu, tapi tajuk rancangan tu kenalah tukar ke Jangan Lupa Quran, baru 'mantop'," Tok Kama bagi nasi tambah. Huish, aku tergelak sendirian dgr perbualan org tua2. Dah mmg diajar kalau org tua bercakap, 'org muda' mcm aku ni kenalah diam. Tapi dlm hati tetap gak komen. Kenapa yg Islam ni kena ikut apa yg sekular dah buat, then improvise? Dulu Akademi Nasyid dibuat pun sbb ada AF. Padahal Islam tu dah sempurna. Kalau takat Jgn Lupa Lirik tu bukan setanding pun ngan Majlis Hafazan, sbb kalimat Allah tu maha tinggi. Jgn takutlah, Allah dah janji Dia yg menurunkan alQuran dan Dialah jugak yg akan memeliharanya. Aku pun xdelah heran sgt kat rancangan Jgn Lupa Lirik tu, bukan ade org yg dpt RM sejuta pun kan? Eh, org tua tgh bercakap tu, jgn menyampuk...

June 1, 2009

Err...Which Boss r U?

Just come back from GRID International Leadership Seminar last week, and wish to share some info. Well, the title of the seminar has spoken half of what its all about. The rest is what kind of organisational behavior and style we are now and how to react. And I love to use 'react' rather to 'change'.





There are at least 7 kind of boss identified namely;

  1. 1,1 type- 'tak apa' principle. Translation: "I do according to the book and refuse to divert. Never heard what is productivity and innovation. My staff shall maintain their status quo and I am who I am."

  2. 1,9 type-'country club manager' principle. The key word "I need to become popular among my staff, so that they will follow my direction. It's 'no hal' to spend some 'elaun keraian k/tgn' just to gain their support. When everybody happy, work will goes on."

  3. 9,1 type- "What important is the end-product. I want the objectives to be achieved at what cost. Your feeling? Who cares?"

  4. 5,5 type-"We have our book what? Just followlah. You do your work, I do mine. At the end of the day, the job finish, we got our salary and everybody happy."
  5. 9,9 type- "Gold-oriented babe. Finish your job and I'll 'belanja' U teh tarik later. I am your boss and you friend as well. The company florish, our salary too. Satisfy?"

  6. Parental style- "Do as what I told as I knew it better. You good I reward, you bad I punish."

  7. Opportunist type- "I am your boss as your job description said so. But I am your friend as I need you to do all the work. You may hated me badly, but I am such a damn good actor. You will love me compulsively, heheh (always gelak setan).

And all these types could be detected via initiatives, advocacy, conflict resolution, critique, etc, etc. My comments:

  • Good approach, as the method is actually originated and developed from the US and had been introduced throughout the world. It had been discussed way back from 70's and I think it still relevant as a tool to identify our style, our organisational style as well as to create goal and objectives.

  • The 'seminar manager' - well, they are 2 of them. En Malik ok jer, but the other guy...(ask Najib for futher clarification). In term of time management, from the firm's side 'tip top', they start sharp in time, with or without the participants. Seminar material, excellent, as they are all from the US (truely, madly, deeply do...without prejudice tau).

  • Turning point- the introduction to 'critique' principle as an organizational culture. It's obvious that 'we M'sian' are a little bit hesitant and discomfort with this critique, personally and in group. P/s: They said I am an introvert, am I?
  • The participants-I give a 'WOW' as they are intelligent, outspoken, vibes but yet quite annoying sometimes.
  • Who would U suggest to attend this course: My bosses, of course after they read out our finding and critique upon the seminar.
  • The bad - they award us with some kind of plaque instead of a certificate. We just need a humble piece of paper called as a certificate to be included in our 'Buku Perkhidmatan', that's all. Susah sgt ke????

So, what type of boss am I, ha???



May 19, 2009


Jiran oh Jiran...


Petang smlm waktu di meja makan, Umi sempat bercerita pasal jiran sebelah rumah kami. "Ko tau, si M tu harini mengamuk sakan. Katanya nak menyembelih si H, abang iparnya," lapor Umi ibarat Karam Singh Waliya lagaknya. "Hah? Ape lagilah budak tu...," sahutku. My wife pandang kepadaku, mintak penjelasan tentang duduk sebenar kes ni.


"Tadi, H datang sini bawak kereta dia. Pastu dia jumpa Umi mintak kebenaran nak simpan kat sini. Katanya takut dipecah dek M. Mengamuk pasal bunga kesayangannya dilanggar lori bawak pasir yg dibeli H," Umi meneruskan laporan. "Aku bukanlah kesian sgt kat H tu, tapi kesian kat Wak Mi, maknye diorg. Malu lagi, marah lagi, kecewa lagi tengokkan perangai anak menantu dia," responku terhadap cerita Umi. Umi diam, agaknye cube menyelam perasaan jiran sebelah.


Begitulah kisah jiranku. Semenjak ketiadaan wak lanang (bapak dorg), mcm2 benda berlaku. Penah dulu si M ni mengamuk sbb pinangannya ditolak. Mengamuk dia malam tu sampai habis pasu2 bunga (dia ni bukak nursery bunga) dipecahkan. Habis pasu2 yg rege cikai2 pecah, dia amik kapak. Ditakiknye tiang rumah pulak. "Kenapa dia tolak? Ape kurangnya aku ni?" camtulah lbh kurang dia teriak2. Kesian aku tengok mak dia time tu. Sambil merayu2 sabarkan anaknye, sambil nangis, "Sabar, sabar, takkanlah ko nak robohkan rumah mak ni. Nanti mak nak duduk mana." Masa tu anak2 yg lain cuba nak rampas kapak dari tangannya, tp berundur sbb M melibas2 kapak ke arah dorang. Kena angin jer. Aku cakap kat wife aku, "Telifon polis jer, ni dah tahap bahaya ni." Dan dan tu jugak dia teriak,"Hoi orang kampung, tengok aku nak mengamuk ni. Jangan ada sape2 nak masuk campur. Jangan ada yang cuba2 telifon polis. Aku tak kacau korang, korang jgn cuba2 mengacau aku." "Aik, dia nia ade telepathy ke?" aku tanya soalan yg x spttnye kat wife aku.


Tak lama lps tu, polis sampai. Mencicit dia lari ke semak2. Mana kapak, mana warning dia, mana amuk dia, dah terbang semuanya. Sudahnye, mak dia gak yg kene berjawab ngan polis tu. Tapi kali ni, kalau dia buat lagi, taulah aku ape nak buat...telifon polis.

May 12, 2009

Seindah rupa parasmu...


"Allahumma kama hassanta kholqi fahassin khuluqi," Faiqbal menyapu gel rambut L'oreal sambil tersenyum kambing. Kadang disapu ke atas rambutnya, kadang menyerong. Masih tersenyum lagi. "Harini nak wat style spiky lah plak," masih tersenyum kambing. Dipalit pulak facial cream jenama yg sama ke seluruh kulit mukanya. "Ceh, hensem jugak aku ni...," bisik hatinya tp masih boleh didengari sang isteri di sebelah. "Udahlah perasan tu bang, kalau perasa muka tu ensem, budi pun kenalah ensem. Jangan plak nanti kebaikan fizikal tak setanding kecantikan budi," ceramah Ustazah Bahiyah digunakan sbg senjata mematikan ke'perasanan' suaminya. "Eleh, jeles," Faiqbal mencebik bininya sendiri.


Sampai di opis, Faiqbal terus ceria. Sambil berjalan ke mesin perakam waktu (wah, standardnya bahasa aku), dia menyanyi2 lagu Joget Lambak. Bila nampak Najib, tiba2 dia slowkan suara sumbangnya. Takut kene kutuk sbb itu lagu febret Najib. Tapi dia heran sbb xde owang menegur penampilan ala metroseksual mahupun uberseksualnya haritu. "Takpe, mungkin pagi ni gelap skit kut, diorg blom nampak kehenseman aku," Faiqbal cuba memujuk hati besarnye (eh, dia mane ade organ yg kecik memandangkan saiz badannye yg ala xxxL tu). Jahat...


Macam biasa, Faiqbal akan terus memerap dlm biliknye. Sementelah dia seorang bos, perangai 'kera sumbang'nya xde sape ade beran nak tegur. Jam terus berputar melupakan Faiqbal dan segala ulah serta karenahnya. Tiba2 Kak Bus mengetuk pintu kaca biliknye. Instead of memandang si pengetuk pintu, Faiqbal paling ke jam dinding (eleh, nak tiru kata tuan Kadhi sbg penceramah yg 'paling kejam'lah tu). "Hah, kamu nak ape?" masih mengharap Kak Bus memuji penampilah 'poy' dia walaupun hari dah merangkak senja. "Ada public nak mintak tandatangan salinan sah sijil. Diorg tunggu kat luar," cepat2 jer Kak Bus beredar sambil meninggalkan bauan 'semerbak'nya yg ala2 menatang skunk tu.


Hati Faiqbal panas, sebal dan terbakar. Perubahan penampilan yg dibuatnya tidak mendapat perhatian, jauh sekali pujian. Alih2 kene melayan public lak. "Ah, pedulikkan ngan dorang tu sumer. Aku yg berabih riban2 ni xde sape nak terperasankan..." langsung dia bangun meninggalkan kerusi leather yg berlekuk dek lame sgt dia duduk atasnye dan dek menampung berat badannye yg 'ala biggest loser' tu. Diliriknye public yg dok menunggu kat kerusi jati depan bilik. Kak Bus geleng2 kepala x tau nak ckp ape.


Jam dah tunjuk pukul 5.10 ptg. Cik Azi dah siap2 nak kunci opis. Baru dia terperasan ada public dok menunggu kat dpn bilik bosnye. "Sah, ni musti inche Faiqbal dah wat hal. Buleh dia tinggalkan public gitu2 jer..." katanya dlm hati sambil tangan diawang2kan gaye Apek Senario sambil menelepon pegawai lain. "Begitulah tuan2, dari pagi kita doa mintak Allah cantikkan budi kita mcm rupa kita. Tapi kita sendiri yang merosakkan doa kita ngan sikap kita sendiri," Ceramah Ustaz Husin pagi esoknye menjawab segala persoalan yg menjadi buah mulut Bahagian Pentadbiran minggu itu.


p/s: terima kasih kat opis aku yg sentiasa mengilhamkan cerite ceriti cenggini.

May 5, 2009


Diari Leng Chai


Sebelum apa-apa, benarkan penulis ketawa dulu, kah kah kah. Apesallah payah sangat nak wat summary pasal buku cereka (cerita rekaan) remaja ni? Baru jer menaip satu ayat, public dah terpacul nak angkat sumpahlah, nak wat pindahmilik tanahlah, meeting bagailah…Agaknye ade hikmahnye buku kecik ni.

Kalo nak dikirakan saiznye, buku ni nipis jer, topiknye pun sempoi. Jalan ceritanya sangat ringan (iyelah, bagi pembaca yg dah x berapa remaja ni), mengisahkan Leng Chai yang nakal tetapi kurang fasih berbahasa Melayu mulanya tertekan dengan keadaan pembelajaran di sekeliling murid Melayu Kelantan. Tapi macam biasalah, budak2, cepat dapat kawan. Akhirnya Leng Chai telah menyelamatkan Nek Tonah, wanita tua yang dipinggirkan di kebun getah oleh orang kampung daripada bahaya kebakaran, chewah mcm cerita kanak-kanak kan? Mmglah kanak2.

Best ke ceriter dia? Bestlah jugak dibaca time2 nak masuk meeting ngan Exco mggu lps. Dlm meeting kepala dok memikio ape aje ulah budak cina Leng Chai ni. Camtulah manusia ni, yg masih budak, tak sabo nak jadi dewasa. Tengok jer rancangan Tom Tom Bak tu, budak2 dimake up cam owang dewasa, pakai baju dewasa, nyani lagu dewasa. Yg dah dewasa nak jadi remaja balik, sibuk nak pakai krim bagi rejuvenate. Yg dah tua bangka lak sibuk nak jadi bebudak, tinggal semayang, tinggal puasa (budak belum baligh kan x wajib puasa). Ape ajelah aku mengaruk ni? Tapi betul kan?

Lagi satu, penulis teringat satu peristiwa time mengaji Kusza dulu. Roomate asal (kan asalnye budak UIA kene beroomate ngan budak kusza), kirim mee samah kat pasar Pak Tuyu. Mcm mana rupa mee samah tu? Yg ade mee besa (mee kasar) ngan mihun (mee halus) jer. Dah round 2 kali pasar tu tp xde jugak jumpe mee yg berlainan rupanya. Sekali itu mokcik sudah kasi tanya, “Awang nak beli ape?” maka aku pon jwb, “Mee samah”. Terus dibungkuskan mee nya. “Itu mee goreng,” aku ckp balik kat mokcik gemuk. “Iyelah, samah tu lima posen,” e’ine wat malu jer…

Kesimpulannya, x sia2 sebenarnya membaca ni. Aku pun heran kalau org kate M’sian malas membaca, x pun kite ni baca selai je buku dlm setahun. Diorg terlupa kut, nak includekan, follow blog pun dikire membaca. Ke guane?

April 29, 2009


Unta oh Unta...

Diriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa suatu hari rasulullah telah didatangi oleh seekor unta yang agak lemah. Unta tersebut terus menemui baginda sambil berbisik-bisik di telinga rasul. Usai sang unta berbisik, baginda lantas menemui tuan empunya unta seraya berkata, “Janganlah engkau memaksa-maksa unta ini untuk membawa bebanan yang melebihi kemampuannya. Berilah unta ini makan secukupnya dan janganlah engkau sekali-kali menyiksanya.” Maka sang unta pun dilayan baik oleh tuannya sesuai dengan arahan rasulullah.

Setelah beberapa lama sang unta bertemu lagi dengan rasulullah. Kali ini sang unta kelihatan sihat dan ceria. Sang unta berbisik sesuatu kepada rasulullah dan kelihatan baginda juga membisikkan sesuatu kepada sang unta. Sang unta kelihatan terkejut dan bermuram durja. Sejak hari itu, sang unta bekerja keras sehingga selalu terlupa untuk makan. Badannya yang dahulu gemuk menjadi kurus dan akhirnya mati. Maka tuan punya unta datang menemui rasulullah mengadukan perihal sang unta. “Ketahuilah kamu, pada mulanya sang unta menemuiku dan mengadu bahawa ia tidak mampu untuk menanggung beban berat yang diarahkan oleh tuannya. Maka aku telah menemui tuannya dan meminta agar kebajikan unta ini dijaga dan haknya dipelihara. Pada kali kedua, ia membisikkan kepadaku bahawa unta bahagia dengan layanan tuannya selepas itu. Tetapi aku telah memberitahunya bahawa ia akan mati tidak lama lagi. Unta menjadi sangat takut dan mahu menghabiskan sisa hidupnya dengan berbakti kepada tuannya sepenuh hati sehingga melupakan soal makan dan minum,” jawab baginda.

Lihatlah betapa sang unta pun tahu takutnya ajal maut itu. Sedangkan kita, manusia yang berakal ini, yang telah menghantar jenazah ke kubur, yang melihat jenazah dikuburkan, dan mendengar talkin, tidak insaf-insaf akan soal kedatangan maut. Berani betul kite ni ek???

April 24, 2009


Kenali Personaliti Anda

Bayangkan di hadapan anda ada sekeping kertas putih bersih. Sekarang lukiskan sebuah bulatan di atas kertas tersebut. Selepas itu buatkan satu titik di atas kertas tersebut. Personaliti anda dapat dinilai dengan tempat anda melukis titik tadi.

Sekiranya titik tersebut berada betul-betul di tengah bulatan: anda adalah orang yang mengikut arahan dan mendengar kata. Anda juga adalah seorang yang berdisplin dan mudah diatur. Teratur dan berhati-hati dalam membuat keputusan.

Sekiranya titik tersebut di dalam garisan bulatan tetapi tidak di tengah-tengah: anda seorang yang mengikut peraturan pada kebanyakan masa tetapi cenderung untuk melanggar peraturan. Anda suka kepada cabaran dan risiko dan kadang-kadang sedikit nakal.

Titik di luar garisan bulat tetapi masih di atas muka kertas: anda seorang yang sangat sukakan cabaran dan melawan peraturan. Anda sukakan pekerjaan yang penuh risiko seperti polis dan bomba, (ye ke?)

Titik di belakang kertas: anda mempunyai kreativi yang tinggi dan mendahului zaman. Disebabkan kreativiti melampau anda, anda sering disalah tafsir oleh orang sekeliling.


p/s: udah, habis kertas diconteng bebudak kat opis aku...