Showing posts with label peristiwa. Show all posts
Showing posts with label peristiwa. Show all posts

February 19, 2010

Terjumpa artikel ni dan teringat komen kepet kat blog ust shafie. Baca dan renungkan...
Andai Rasulullah bertamu ke rumah kita
Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita.Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita, apa yang akan kita lakukan? Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk Baginda erat-erat dan lantas mempersilakan Baginda masuk ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Baginda tentu tersenyum. Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat DVD tak senonoh yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut ke dalam. Baginda tentu tetap tersenyum........
Atau barangkali kita teringat akan poster selebriti setengah telanjang yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa.
Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang hampir berhabuk dan kita meletakkannya di ruang tamu. Baginda tentu tersenyum.......
Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita teringat bahwa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW. Barangkali kita menjadi malu bahwa anak-anak kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW kerana kita lalai dan alpa mengajar anak-anak kita. Baginda tentu tersenyum........
Barangkali kita menjadi malu bahwa anak kita tidak mengetahui satu pun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi hafal di luar kepala karekter Sponge Bob atau Ben 10 Aliens.
Barangkali kita terpaksa harus menukar satu kamar mandi menjadi ruang Solat. Barangkali kita teringat bahwa isteri dan anak perempuan kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW. Baginda tentu tersenyum........
Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi CD kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita. Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita ?
Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahwa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi. Baginda tentu tersenyum........
Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib keluarga kita malah sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al Qur'an. Barangkali kita menjadi malu bahwa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita. Baginda tentu tersenyum.......

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama pekerja Alam Flora yang setiap hari lewat di depan rumah kita. Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW bertanya tentang nama dan alamat Tok Siak masjid di kampung kita. Betapa senyum Baginda masih ada di situ........
Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan Baginda masuk dan menginap di rumah kita? Ataukah akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak Baginda berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu.
Maafkan kami ya Rasulullah...Masihkah Baginda tersenyum? Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir...Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah.

January 21, 2010

Its not a corpse, its my cat

Miki mengiau kuat di atas meja pemeriksaan. Badannya yang sangat kurus menggigil walaupun suhu xdelah sejuk sgt. Doktor veterinar keturunan tionghua tu sibuk memberi penerangan pasal health condition Miki. Wife aku kat sebelah x berkata apa, cuma menangis jer. Dah lebih sebulan Miki sakit. Dulu Miki sihat, gemuk, aktif. Bulu Miki lebat, putih mulus semuanya. Miki suka makan dan suka mandi. Miki pembersih dan x suka keluar rumah. Kalau keluar rumah pun, Miki mesti balik time nak makan dan 'ok'ok'. Kat mana ada Miki, kat situ ada Cici, adiknya, yg jugak mutih mulus. Kadang2 kitorang pukul jugak budak berdua tu kalau dah hyper sgt sampai pecah pasu bunga aku. Kadang2 wife aku mengamuk gak time budak berdua tu tunjuk perasaan bergayut kat sheer curtain kitorg. Bukan tak penah telinga budak2 kena jentik sbb cakar sofa leather aku.

Tapi hari ni Miki bukan macam dulu. Lebih sebulan lepas Miki tiba2 demam, asyik tidur jer. Makan pun kurang. Ikan kembung fresh direbus yang dulunya kegemaran Miki selalu tak habis. Miki makin kurus. Cuma air jer yg dia minum. Tapi perut Miki makin besar walaupun Miki kucing jantan. Kesian aku tgk bila Cici ajak abangnya bermain, tp x dilayan. Tapi Cici selalu faham, abangnya x sihat. Selalu kitorg tgk Cici bersihkan bulu Miki, tidur sebelah Miki. Kitorang bawak Miki ke klinik veterinar. Doktor kata Miki cuma demam biasa. Dia bg injection, antibiotik ngan ubat demam. Katanya, dua tiga hari lagi baiklah.


Lepas tiga hari, his condition worsen. Miki langsung x mau makan walaupun wife aku suap. Kesian aku tgk dua2nya. Wife aku menangis tiap kali time bg makan. Hari kelima kitorg susul balik ke klinik sama. Kali ni Miki kena warded. Dia mula dehydrated. Cecair dah penuh dlm abdomen dia. Dr kata kena sedut cecair tu keluar. Aku pujuk wife aku tinggalkan Miki kat klinik. Malam tu Cici mengamuk sbb gengnye kena duk asrama, dia kat rumah jer.Esoknya kami dtg ambik Miki. Aku tgk xde perubahan pun. Cuma perutnya jer yg kecik sikit. Dr bg 5 jenis ubat, semua tablet.

Balik rumah Miki langsung x mau makan, even thru' syringe. Ubat klinik apatah lagi. Minum pun dia x mau. Aku belikan air zam zam, mohon dia cepat sembuh. Time pump kat mulut dia, air tu menitis keluar balik, tanda dia dah xleh telan. Aku balik awal semalam, sama ngan wife aku. Kitorg pegi klinik lain. Dan, "Bang!" terasa mcm halilintar bila Dr bgtau Miki kene viral infection. Virus tu dah serang hati dan dah kritikal. Tanda2nya, all fluid include protein will accumulate kat kawasan abdomen. Dgn condition Miki, Dr jangka dia boleh hidup paling lama 2 bulan, dgn bantuan air yg dimasukkan ke badan. And worse, virus tu boleh berjangkit melalui airborne. It means, Miki kene diletak in separate room dgn kucing lain.


Dr bg beberapa option dan kami terpaksa fikir byk kali. Sampailah klinik hampir tutup, akhirnya kami pilih lethal injection. Walaupun berat, tp itulah pilihan terbaik yg aku rasa kitorg blh buat. The word euthanasia lingers. The word that had been debated during my study. Mercy killing, they call it, and now I ask the Dr to do it on my own pet. Gosh, Miki took the injection. Lethal as it is, Miki start to fell asleep. Mata Miki mula tertutup, nafas Miki makin perlahan, dan akhirnya berhenti. Dr cari nadi Miki, no pulse. Akhirnya Miki dah takde, selamanya. Aku terdiam, wife aku menangis makin kuat. Dr announce Miki's death. Dia kata,"Do you want me to do the rest? Or you want the corpse?" Aku ketap bibir, aku pandang Dr tu,"Thats not a corpse, thats my cat." Pandangan aku blur, aku dah tak ingat apa...

July 27, 2009


Sedar atau Tidak???


Sedar atau tidak tahun-tahun berikut lebih diingati dengan peristiwa...



2005


Sheikh Ahmad Deedat Sheikh Ahmed Hussein Deedat (1/7/1918-20/8/05), seorang tokoh ilmu perbandingan agama yang sangat bijak berdebat menentang pendakyah-pendakyah kristian telah meninggal dunia pada tahun ini dan dianggap sebagai satu kehilangan besar dalam dunia Islam. Pada tahun yang sama, rakyat Malaysia lebih peka berbahas dan meratapi kekalahan Felix dalam pertandingan akhir Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).












2008


Berita pemergian Allayarham Dato' Ishak Baharom (1/1/1928-30/1/2008), bekas Mufti Selangor yang tidak disambung kontraknya kerana mengeluarkan fatwa mengenai pengharaman penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik, sekadar menjadi berita pojok di akhbar berbanding liputan meluas ke atas kematian Loloq, seorang pelakon/penulis lirik tempatan pada tahun yang sama.











2009

Pemergian Sheikh Fathi Yakan (1933-2009), tokoh pergerakan Islam Lubnan juga pengarang kitab 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam" dan telah mengarang kitab agama pelabagai tajuk, tidaklah mendapat liputan berminggu-minggu di media berbanding kematian Michael Jakson, artis pop antarabangsa.






Kesimpulannya, terel betul kita kat Malaysia ek...

Dikutip drp Suara Asy-Syariff, Bil.1 Tahun 1.