July 27, 2009


Sedar atau Tidak???


Sedar atau tidak tahun-tahun berikut lebih diingati dengan peristiwa...



2005


Sheikh Ahmad Deedat Sheikh Ahmed Hussein Deedat (1/7/1918-20/8/05), seorang tokoh ilmu perbandingan agama yang sangat bijak berdebat menentang pendakyah-pendakyah kristian telah meninggal dunia pada tahun ini dan dianggap sebagai satu kehilangan besar dalam dunia Islam. Pada tahun yang sama, rakyat Malaysia lebih peka berbahas dan meratapi kekalahan Felix dalam pertandingan akhir Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).












2008


Berita pemergian Allayarham Dato' Ishak Baharom (1/1/1928-30/1/2008), bekas Mufti Selangor yang tidak disambung kontraknya kerana mengeluarkan fatwa mengenai pengharaman penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik, sekadar menjadi berita pojok di akhbar berbanding liputan meluas ke atas kematian Loloq, seorang pelakon/penulis lirik tempatan pada tahun yang sama.











2009

Pemergian Sheikh Fathi Yakan (1933-2009), tokoh pergerakan Islam Lubnan juga pengarang kitab 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam" dan telah mengarang kitab agama pelabagai tajuk, tidaklah mendapat liputan berminggu-minggu di media berbanding kematian Michael Jakson, artis pop antarabangsa.






Kesimpulannya, terel betul kita kat Malaysia ek...

Dikutip drp Suara Asy-Syariff, Bil.1 Tahun 1.

6 comments:

  1. semoga roh-roh mereka dan roh kita nanti ditempatkan di kalangan muqarrabin. aminn

    ReplyDelete
  2. eh, bile ust pie tulis muqarrabin, teringat lak kat akrobin, ape cer dia ek?

    ReplyDelete
  3. moga roh2 mereka di syurga tempatnya
    satu kahilanganyg amat besar bg umat islam seluruhnya....al-fatihah!

    ReplyDelete
  4. akrobin kat sabah rasanya. cuba tanya kak ja @ mcja kat blog fisha..

    ReplyDelete
  5. syekh!! ana ada beli kompilasi debat ahmad deedat. tiga cd tp takdan tengok lg...........

    ReplyDelete
  6. abuafnan: enta mmg mantop...tp versi english kan? kalo versi arabic sure ana la afham shaian syeh...

    ReplyDelete

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.