June 15, 2009



Mboh opo-opo mboh (translation; Ntah hape2 ntah)

Kali ni Ummi ceriter lak pasal kisah sorang mokcik kat kampung kitorang. Mcm biasa, Ummi mmg terel pasal berceriter siap ngan mengajuk suara org yg diceritakan dgn berkesan sekali. Bagi tujuan penceritaan ini, aku refer mokcik ni sbg Untie A jelah ye...

Sebermula Untie A ni adalah sorang anak yg ada masalah lembam. So duduklah si anak tadi bersama ibunya dgn aman bahagia (manelah aku tau dia bahagia ke tak, aku agak2 jelah). Suatu hari Si Ibu telah mengarahkan anaknye itiew utnutk membuka reban ayam yang telah lama kosong dek kerana kerakusan sang musang memakan kesemua haiwan belaan mereka. Sedang si anak leka merobek dinding dan meranap tiang (mcm stadium kat Terengganu) tu, tiba2 tangannya terkena sebatang paku karat. Sebagai penjantan teguh, si anak control macho dan tidak memaklumkan akan hal tersebut kepada ibunya.

Pada sebelah malamnya, rasa nyeri dan berdenyut2 tersebut tidak lagi dapat disembunyikan oleh sang anak. Sambil merengek meminta dipijet (diurut), sang anak menceritakan peristiwa ngeri yang menimpa tangan kesayangannya. Untie A berasa sangat terkejut melihatkan tangan anaknya yg mula membengkak seraya mencadangkan agar dirujuk ke pihak hospital. Mendengarkan perkataan hospital, sang anak menggigil x keruan. Bayangan tangan diinject, kulitnya disiat, tulangnya dipotong2 mcm ayam nak dibuat masak paprik berlegar2 di hadapan matanya. Terus dia lari masuk ke bilik.

Esoknya, Untie A panggil adik beradik yg lain. Puas dah dipujuk, tapi si Anak masih takut ke hospital. Adegan pujuk memujuk ala drama swasta dan bukan swasta telah berlangsung selama beberapa hari. Bengkak yang merah mula bertukar hitam, lebam. Habis ikhtiar, si Kakak telah menelefon polis. "Encik, datang ke rumah mak kami, ada kecemasan," agaknye gitulah dialog si Kakak ngan Abang polis. "Kecemasan mcm mana tu?" Abang polis bertanya pulak. "Encik datang jelah," si Kakak memutuskan talian sbb nak jimatkan credit prepaidnya yg tinggal tak sampai doplosen tu. Eh, emergency call free kan?

Abang2 polis sampai ngan kete peronda kat laman rumah. 3 orang keluar pakai baje orang awam. Si Kakak bg maklumat ringkas, tolong tangkap adik saya bawak pi hospital. Tangan dia kena paku dah mula bernanah dan busuk. Gitulah gamaknye taklimat ringkas si kakak. Abang polis terpinga2, "Kami x penah buat keje cenggini." "Kan ke polis sedia berkhidmat, kepada negeri dan rakyat, mcm lagu yg budak2 DPA dok hapal time modul polis dulu?" Heran aku terhadap tahap pengetahuan am si Kakak itu. Maka berkejar-kejaranlah si Anak ngan Abang2 polis keliling rumah. Dah dpt ditangkap dan dimasukkan dlm kete, boleh plak budak tu keluar balik. 'Kesuh' dan 'bebeh' ngan adegan kejor mengejor, Abang2 polis bertindak 'tegas' dgn menghumban budak tu ke dlm kete, then dikunci. Terus dibawak ke hospital.

Sampai part ni, terkikik2 aku ngan wife aku ketawa. Terbayang 3 org Abang polis dok main kejor2 ngan budak tu. Mcm permainan polis sentry kan? Tapi aku tgk Ummi maintain muka serius dia. "Hish, ko ni x elok tau guyokke uwong. Kan ke A tu ibu tunggal, dahtu anak dia 'weng' sikit. Ummi dgr sampai jer kat hospital terus tangan dia kena cuci. Siap kena operate lagi sbb dah busuk. Skang ni xleh wat ape2 tau sbb berbungkus tangan dia," Ummi kenakan kitorg sedas. Terdiam...Huish, kenapalah aku teruk sgt, ni mesti terkenan alias tersampuk perangai Najib. mboh opo-opo mboh...

3 comments:

  1. Apalah Ajak ni letak gambar orang nak tembak kucing cute. Apa salahnya kucing itu sampai nak ditembak?

    Kuwe ki Ajak, ora elok tau guyokke uwong. Endi tahu siji dino nanti uwong guyokke kuwe. Yo kawush wae karo rae mu. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Ajak, bila jawa bertemu jawa mula la orang lain tak paham. Cuba la translate siket. Anyway memang kelakor le citer ni. Sian abang2 Polis tu, tapi dapat pahala la depa tu. Tolong orang yang betui2 dalam kesusahan. hehehe.

    ReplyDelete
  3. kasap: alah, ko ni kasap...aku dah insap ketawekan mokcik tu. Tu pasallah aku letak gambo cnak kucing, sbb kucing xleh gelakkan aku balik...

    eija: sukalah bace ayat terakhir eija, "Tolong orang yang betui2 dalam kesusahan" cam lagu wonder pets...

    ReplyDelete

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.