May 6, 2010

Ibu mithali- sebuah pengkisahan dari sudut berbeza...



Korang mesti ingat kalo kisah ibu mithali ni mestilah seorang ibu yang berjaya mendidik anak2 yg ramai dan semua berjaya menjawat jawatan yg power2 instead kekurangan dan kemiskinan yg sang ibu itu hadapi kan? Tapi kisah kali ni betul2 wat aku terpikir balik, betul ke hanya ibu yg punya anak2 berkerjaya sebagai doktor, lawyer, engineer shj layak diiktiraf sbg ibu mithali. Sama2lah kita renungkan ye...


Suara pengacara majlis mengumumkan penerima terakhir Anugerah Ibu Mithali mengejutkan fikiranku yg melayang ntah ke mana tadi. Kalau ikutkan hati, malas aku nak hadir majlis2 mcm ni. Bukanlah x mau iktiraf jasa dan pengorbanan ibu, tp dlm hati slalu terfikir, kalau dah majlisnya sama je saban tahun, mana klimaks dan surprisenye kan? But my wife kata I will be surprise this year...


Nama Puan Afifah Rashid dan Cik Nurul Humairah dipanggil, anaknya kut. Tapi makcik ni nampak mcm xnak naik pentas lak. Matanya melilau ke kiri ke kanan tengok penerima2 lain. Walaupun anaknya dah tarik tangan makcik tu, dia mmg sgt reluctant nak naik ke pentas. Nampak sgt dia x selesa berada kat majlis tu. Lepas 5 minit, sudah puas dipujuk barulah makcik tu naik pentas, duduk kat kerusi penerima. Tu pun asyik menunduk kepala dan menggentel hujung tudung.


Si anak memulakan cerita pengenalan pasal ibunya. "Saya ingin sampaikan pengenalan mengenai ibu saya dalam bentuk cerita mengenai hidup saya. Bukanlah menarik sangat dan mungkin sangat biasa, tp sy rasa tuan2 puan2 patut dengar," petah susun katanya. "Mulanya, saya sangat membenci mak," permulaan cerita yg bersifat memancing minat audien. "Tambah2 lagi bila dpt tahu yg saya ni cuma anak angkat. Apalah malangnya nasib, ibu bapa kandung cuma tinggal di rumah sebelah. Nak dijadikan cerita, mak bukanlah org kaya, mcm cerita2 dlm drama tu. Saya diserahkan ibu kepada mak demi nak hiburkan hati mak dan membantu menjaga anak2 mak," aku mula betulkan dudukku.


Sekonyong layar putih dilabuhkan tanda klip video bakal ditayang. "Tapi saya ingatkan tuan2, anak2 kandung mak bukanlah engineer, lawyer, doktor, lecturer mahupun arkitek mcm ibu2 mithali lain. Inilah keluargaku..." serentak tayangan bermula. "Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abang2 dan kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan bercakap pelat-pelat,seperti budak berumur satu atau dua tahun." Si anak meneruskan cerita.
"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan pakai mereka".


"Dan beban itu jugalah yang saya kena tanggung sama. Saya tak pernah ikhlas membantu mak. Bahkan tak pernah timbul rasa hormat saya kepada mereka semenjak kecil," sambung sang pencerita. Bukan sekali saya membantah, bahkan pernah saya suarakan cadangan mak menghantar mereka ke pusat jagaan. Tp jawapan mak, mereka anak mak, mmg spttnya mak yg jaga mereka, bukan orang lain. "Iyelah, tp aku?" bentak si pencerita. Aku tgk beberapa audien ter'sentap', itulah, sapa suruh tidur...


"Dan puncak kesabaran saya benar2 diuji ketika berusia 12 tahun. Pagi tu mak demam teruk sampai abah kena hantar mak ke klinik. Mak pesan jaga abang dan kakak, Mak pegi kejap jer. Adalah dalam 5 jam, 5 jam paling menyeksakan dalam hidupku. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air. Penat saya membersihkannya. "

"Apabila mak dan abah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan abah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu. "Ibu kejam, ibu kejam..." itulah kata pertama saya hambur pada ibu. Saya menangis semahunya. "Kenapa ibu serahkan Mira pada mak? Ibu tahu tak betapa siksanya hidup Mira? Mira kena jaga org2 cacat yg menyusahkan tu. Mira tak tahan ibu. Ambillah Mira balik..."habis berkedut baju ibu saya ramas. "Mira, Mira dengar cakap ibu..." BERSAMBUNGLAH PULAK...


May 3, 2010

Teratak Minang - a review by a non-minang...


Teratak Minang-a review by a non-minang...

Well, dah byk pihak yang me'review' pementasan teater Teratak Minang setakat ni. Dan aku pun bukanlah nak menambahkan lg ke'best'an persembahan mereka dgn entry kali ni. Lagi pun, siapalah aku nak mengomen projek yg dgrnya menelan belanja RM1 jut tu, kan? What more from a non-Minang...

Dah mmg rezeki agaknya, pementasan kali ni ada matinee. Setelah bersusah payah melawat baby jiran dpn rumah dan meng'oder' mcD drive-thru dulu, akhirnya kami berjaya redeem our ticket kat kaunter. Aku tgk crowd dah start masuk dewan teater. Mak ai, dorg punya dressing...sah mak datin drp seberang ni (eh, kat sana panggil mak datin jugak ker?) Maka, bergelap2lah kami mencari tempat duduk. Persembahan bermula dan berikut adalah beberapa bende best yg aku sempat ingat:-

  • Opening: Grand giler...dgn prop Rumah Gadang dan penari drp Padang dan Istana Budaya. Tp kalau korg tgk careographer dia mesti tak percaya, makcik jer...
Opening yg aku gembar gemburkan. Happening siot...
  • Pelakon: Gabungan pelakon dua negara agak seimbanglah jugak. Walaupon aku x kenal hero dan heroin yg bawak watak Siti Norbahya dan Buyong, tp kire ok jerlah lakonan mereka. Aku rasa lakonan Abby Yus lagi berkesan kut walaupun setakat watak pembantu. Well, aku bukan mcm sesetengah org yg asyik menyanjung hero dan heroin jer.
Abby Yus mmg vass giler...bilelah agaknye director nak jadikan dia pelakon utama ek?
  • Jalan cerita: Ok jer, pasal Buyong yang terpaksa merantau ke tanah seberang mencari rezeki dan meninggalkan kekasihnya, Siti Norbahya. Nor akhirnya terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga. Ade ape hal, Buyong pon kawen gak ngan org Malaysia nama Siti Norhalisa.

Saat Siti Norbahya nak berpisah ngan Buyong, time ni dorang nyanyi lagi Bapisah bukan Bacarai, dah...nikah tak camne nak bacarai kan? konpius...


  • Tarian: Mcm kat atas td, tarian opening mmg sgt best, series de...yg lain2 tu bulehlah.

Kesan khas yg berkesan, sgt terkesan di dalam hati...tu pasar kat jam gadang tempat aku borong telekong dulu...
  • Pemilihan lagu: Kalau korang minat lagu minang cam 'Ayam den lopeh, Badinding, Bapisah bukan Bacarai, Ubekkan Denai, Baju Kuruang, Mudiak Arau dan yg sewaktu dgnnya, mmg bestlah. Lagu2 ni dinyanyikan oleh Eddy Silitonga, Elly Kasim, Mastura dan Ally Noor.

Ha...tu yg bertudung tu namanya Mastura yg nyanyi lagu Apo kono e Jang...


  • Prop: Sgt teruja dgn kecanggihan pentas dan prop gedabak. My wife asyik tanya, mana diorg simpan prop2 gedabak tu ek? Jam Gadang tu leh bagi kami tak lepas abis show? Prop lain yg best cam van sapu, motosikal dan basikal tua. Jambatan Siti Norbahya pon cantik gak, tp xleh celen prop Rumah Gadang, santek banget...


Jangan pandang enteng watak pakcik ni, byk mesej tersirat dia bwk sobona e
  • Yg kureng: ade gak yang gatai merekod pakai henpon...bukan nampak pon gambo tu. Tp aku rase sbb dorg dah over excited kut tgk persembahan tu...

Kesimpulannya: patut bwk parents in-law aku tgk persembahan ni, sbb byk terms yg kene refer dorang, dorg expert...kan yang kan...?




April 27, 2010

Another smiley day...duh

A co-worker got a pen stuck inside our printer. He started to try and remove the pen, but I told him we don't have time for that now, just put a note on the printer telling folks not to use it and then report it to the Help Desk. So he grabbed a piece of paper and scrawled on it. I left before he finished the note.

About 20 minutes later, one of my techs comes in laughing and says he was just in the lobby, saw a piece of paper on a printer and went to investigate.

Attached is what he found. Sometimes things don't always come out the way you want them to........



April 26, 2010


A pirate and his story

A seaman meets a pirate in a bar, and talk turns to their adventures on the sea. The seaman notes that the pirate has a peg-leg, a hook, and an eye patch.

The seaman asks, "So, how did you end up with the peg-leg?" The pirate replies, "We were in a storm at sea, and I was swept overboard into a school of sharks. Just as my men were pulling me out, a shark bit my leg off."

"Wow!" said the seaman. "What about your hook"? "Well", replied the pirate, "We were boarding an enemy ship and were battling the other sailors with swords. One of the enemy cut my hand off."

"Incredible!" remarked the seaman. "How did you get the eye patch"? "A seagull dropping fell into my eye," replied the pirate.

"You lost your eye to a seagull dropping?," the sailor asked incredulously. "Well," said the pirate, "it was my first day with my hook"

April 23, 2010


Setelah aku di'rempah'kan...

"Apa perasaan tuan hamba setelah di'rempah'kan dua hari ni? Ada perubahan gitu? Huhu" begitu bunyinya sms Shah kat aku. Ye...sebagai penjawat awam di negeri idaman, maju dan berkebajikan ni, mmglah aku diwajibkan memahami hasrat dan halatuju negeri. Demi mencapai tujuan tersebut, maka kami angkatan cado2 dan kpsu2 ni hadirlah ke kursus spies aka mata2 (akan tetapi demi menjaga kemaslahatan semua, aku gunakan perkataan erti terdekat bagi spies sbg rempah @ spices) ni.

Berikut adalah beberapa komen yg sempat aku kumpulkan drp peserta kelas masak memasak mak Mah kali ni:

Ku Izhar: "Kita ni kena pandai2 zak nak hidup dlm service. JPA biasanya akan check kita cenderung ke mana. Kalau nak selamat, jangan masukkan kahadiran kursus ni dlm buku perkhidmatan." Eleh, mula2 dia yg beria xnak dtg, tuptup dia yg paling awal sampai...

Syeikh Nuruddan al-Enggori: "Yop, aku tak tau mcm mana aku nak mencelah cakap penceramah tu yop. Jadi aku bukaklah kisah Khalid bin Alwalid, terus dia tutup kedai. Salah ke aku ni, yop?" soal tuan syeikh sambil mengejar penceramah yg dah merajuk balik.

Haji Tohir Buujang: "Ni apa main ikat2 mata ni? Ingat kitorg ni budak2 yg boleh dibodoh2kan? Eh, korang rasa dibodohkan tak?" p/s: dialog ni diucapkan semasa game tampal2 kpd kumpulan Dato' K.

Syeikhah Aiza Khalid: "Ya Allah, dia janji nak benti bercakap sblm kul 10.30, ni dah pukul 11.15 tak nampak pun tanda2 nak sedar diri? Malam ni nak kiamullaillah," kata akak aiza sambil menge'set' timing mak Mah kat hensetnye.

Tuan Zam: "Bro, pipi ko kene dakwat pen. Kalo ye pon ngantuk sbb kiam mlm td, jgnlah sampai conteng muka." "Siot ko, aku mmg sengaja contenglah, tanda protes penceramah yg menggunakan suara vibrator sepanjang masa tu, wuahhh, ngantuk duh," zam menguap x cover2 dpn Mas Sakdah.

Haji Jai Santana: "Saya dah tak buleh beraksi bersama kugiran sy sbb dah byk tercedera." "Sebelum2 ni perform kat mana? Rumah pengantin ada?". "Komanlah main kat umah pengantin...tv tau, live lagi..." Hj Jai Santana berang dikelaskan sama ngan kugiran kampungan.

Secara kesimpulannya, dapatlah aku simpulkan menjadi satu kesimpulan, bukanlah simpulan bahasa mahupun sipul biawak, kelas ini sbg:-

  • Peserta kursus kali ini: Gile best, sbb semuanya dah kenal, suppoting habis.
  • Urusetia: oklah jugak. Dah engage consultant kan...
  • Pengisian kursus: bab ceramah, bolehlah...bab aktiviti lain yg paling best mestilah bab kiamullail...gile ko, dah dapat tengok nama sendiri atas batu nisan siap tuliskan surat wasiat kat anak bini kalau x insap lg x taulah...
  • Makan penginapan: ok sgt2 (considering k/tgn lain kene duk kem)
  • Manusia paling menyerlah sepanjang kursus: pastinya tuan syeikh kita...
  • Adakah anda mahu menyertai semula kursus ini di masa hadapan: Bagilah chance kat org lain pulak...(cheh, jawapan diplomasi tu...)
  • Adakah anda akan mencadangkan rakan2 menghadiri kursus ini: well...you can try, but never regret.

April 13, 2010

Rambutan rebutan

Rambutan Rebutan


Ex-boss aku masuk bilik meeting senyap2. Entah mcm mana aku ngan ex-boss aku leh hadir meeting yg spttnya dihadiri oleh budak2 IT ni. Yg barainya, budak IT opis aku tu datang gak...sah boss aku lupa dia minit kat sapa dulu. "Dulu ko dpt berapa markah utk LNPT khas?" ex-boss aku tanya. "Eh boss ni wat2 tanya lak. Kan boss yg bagi..." sengal, sib baik dia bg markah tinggi dulu. Aku ngan ex-boss aku mmg leh berlebih kurang. Dia kuarkan LNPT khas dia, tunjukkan kat aku. Huish, rahsia tu...


"Ko dah sedia ke nak balik kuala?" dia tanya aku. "Balik? Mana buleh boss. Boss baru saya tu pakai gam gajah, kuat lekatnya. Xdenye dia nak bagi saya kuar. Lbh2 lagi time ado saya on maternity leave ni," diplomasi kan jwpn aku. Appala, mmglah aku nak kuar dr opis aku skang, sbbnya jauh sgt drp rumah. Tp, xmaulah balik kuala, aku paham sgt problem kat sana. "Ko jgn main2, aku dah cakap ngan Man Malaya yg tempat aku ni bakal kosong awal Mei. Calon yg paling sesuai nak isi ialah ko. Ko kan dah lama kat situ, ko paham isu kat kuala, ko dah kenal ramai org kat sana. Dia pun setuju nak bwk ke MB," makin mengada pulak. Aku diam...



Dalam kete kepala aku asyik teringat kat peristiwa tadi. Bekas big boss pun penah offer aku isi tempat yg bakal dikosongkan tu. Siap bisik2 lagi, mcmlah rahasia beso sgt. Smlm kat dewan pun si faizal kados tu pun offer mende serupa. Yg menyampahnya dia siap bg perumpamaan, "ibarat sirih pulang ke gagang", persis abang karam. Cuma tangan dia jer tak menggawang angin.


Huish, payahnya menjadi rambutan rebutan, korang rase camner?

March 12, 2010




Satu drama purbakala...

Sebermula kisah berlaku jika dilihat dari sudut pandang politiknya memanglah selalu berlaku di tempat2 kerja jua adanya. Maka berkisahlah sang pencerita mengenai sorang datuk penghulu ini yang dah tamat tempoh pemangkuan kanannya. Seperti jua menurut titah perintah pemerintah bahawa sekelian penjawat hanyalah boleh memangku sesuatu jawatan selama dua tahun jua adanya, dan sepanjang tempoh tersebut, seseorang penjawat itu dimestikan lulus jua ujian2 dunia. Jikalau tidak, maka pemangkuannya haruslah diberhentikan dan dia hanya kembali menjawat jawatan hakikinya jua. Adapun penghulu ini tidaklah mahu menduduki ujian tersebut dek kerana termakan perkhabaran teman2nya yang telah terkantoi setelah banyak mencuba.



Arakian, hamba tersebut menjadi resah gelisah apabila memikirkan nasib yang bakal menimpa. Puaslah dia meratap hiba akan cela nasib dirinya sehingga tiada tempat lagi untuk diadukannya. Sayugia, sang bentara di tempat pekerjaannya telah dinaikkan jawatan jua. Maka berbungalah hatinya pabila khabar ini hinggap di cuping telinganya. "Adalah harapan hamba menanggung 41 plus 44. Sementelah tempoh penanggungan hamba berakhirlah sudah. Tapi hamba perlu menyusun strategi sebelum peluang disambar orang," bisik hati kecilnya. Demikianlah adanya datuk penghulu menyusun strategi.




Dan sebagai bekas wakil calon, maka digunakan segala kepandaiannya dalam melobi jawatan nan satu itu. Perkara pertama ialah berkampung di hadapan opis tuan Laksamana penyusun jawatan di tempat pakerjaannya. Ini bukan sahaja menunjukkan minat dan kesungguhannya, tetapi juga menceritakan bahawa hamba lain tidak layak selayak dirinya. Tidaklah cukup setakat itu, datuk penghulu jua menabur segala janji bahawa manisnya jawatan yg sedang dipangkunya kepada calon yg paling kuat menentangnya. Seteru? usah dibilang perseteruan akibat perbuatan gelojohnya, kerana pada sangkanya, semua hanya tahu bercakap, tapi tidak tahu bekerja sebaik dirinya.




Juga sebagai pengakhirnya, hamba tersebut pergilah menghadap sang menteri memanda bagi menyampai hasrat nubarinya. Alangkah terkejut pabila dikhabarkan bahawa menteri memanda sudah memilih calonnya. Hancur luluhlah segala harapannya bak kaca digilis steamroll jua adanya. Maka terpacullah sumpah seranah kepada diri menteri memanda. Adalah memanda menteri itu pilih kasihlah orangnya, menteri memanda termakan katalah jua, dan yang paling teruk, menteri memanda tidak mendengar arahan tuan laksamana yang menyusun jawatan, katanya. Adapun menteri memanda menjadi tawarlah hatinya demi melihatkan hamba tersebut akan perangai kebudak2kannya. Lantas menteri memanda bersuara,"Jikalau begitulah tuan bersangka, maka hati ini sangat berasa. Pantaslah tuan tidak di hati hamba, dan benarlah pilihan hamba, Tok Kama itu sangat sesuai orangnya. Adapan para buapak, perut dan juga lembaga, tiadalah mereka berkonspirasi menjatuhkan tuan hamba, tetapi mereka membantu hamba melihat duduk sebenar perkara. Bahawa tuan hamba ini desperate sebenarnya, kerana takutkan terlepas jawatan yang ada, dan tercicir jawatan yang tak ada."




Maka berlalulah menteri memanda, sambil kesal penuh di dada. Adapun datuk penghulu terpinga2, segala kepandaiannya tidak berguna, segala helahnya telah terbuka dan yang lebih buruk, segala teman dan kawannya lari bercempera. "Ooo...begitu kisahnya...tahulah sekarang hamba...," sahut pendengar cerita.

March 10, 2010


Kecindan jua adanya...


Hidup ni memang aneh kan? Kadang2 idea nak menulis tu payah sangat nak datang. Dah duduk dpn PC siap jari atas papan kekunci (key board bagi yg x biasa) pun masih x leh nak wat entry. Tapi kadang2 tu time idea nak dtg, sambil makan pun leh menaip kan? Bende ni yg tgh aku alami...kontang idea.


Maka aku pilih tajuk kat atas. Bersempena jugak dgn musim Raja Lawak yg baru berakhir minggu lps, aku pun nak menyibuk jugak. Alah, dah lumrah org Malaysia, suka menyibuk...tapi bukanlah nak komen pasal kemenangan kumpulan Kecik dan kekalahan Alex dan Idlan. Diorg kene kutuk ke, kene puji ke, dorg dah sah2 dpt duit, dpt peralatan elektrik, dpt motor kereta, dan insyaallah tawaran berlakon...kita yang bising2 ni hampeh...So marilah kita wat mende yg sedikit menguntungkan kita, bergurau senda dan bergembira...


Alkisahnya berlaku kepada seorang guru yang ditugaskan menjadi pengawas peperiksaan penting di sebuah sekolah menengah. Dan paper haritu ialah paper Pendidikan Islam. Tengah dok berjalan slow2 mengawasi calon menjawab soalan, tiba2 sorang budak angkat tangan. Sambil berbisik, dia tunjuk soalan yg menimbulkan persoalan (takkan menimbulkan jawapan pulak kan?). Soalan berbunyi,"Apakah pakaian yang diharamkan dipakai oleh lelaki Muslim?" cikgu tu tau jawapannya, tp mane leh bgtau...so dia kata jawapannya bermula dengan huruf 'S'. Budak tu gembira. Sambil angguk2 dia tulis, 'seluar dalam perempuan'. Mak ai...bongap botul budak tu. Cikgu tu tersenyum2 sambil keluar kejap, tahan ketawa.


Tak lama lepas tu, budak yang duduk sebelah budak pertama tadi angkat tangan. Agaknya budak pertama bgtau cikgu pengawas tu buleh bg jawapan kut...Cikgu baik hati tu datang dekat. Pen ditunjuk2 kat soalan lain, "Siapakah wanita yang haram dikahwini?" Cikgu tu ingat nak bg jawapan 'Muhrim', so dia bg hint jawapannya bermula dgn huruf 'M'. Budak pertama tu gembira bukan kepalang sampai tercakap, "Kan aku dah cakap, jawapannya 'Minah rempit'." Laju jer kawan dia salin. Cikgu tu tercengang2. Hari tu jer dia sanggup jaga dewan periksa sbb pengalaman sehari tu kecindan jua adanya...

March 4, 2010


Bukan Milik Kita...


Alkisah sebermula kisah di sebuah desa nun di negeri di bawah bayu sana, tinggallah seorang tua bersama anak2nya yang rumahnya hanyalah sepelaung daripada sebuah masjid. Adapun penduduk sekitar masjid dan desa tersebut semuanya telah memeluk agama Islam, termasuklah anak2 orang tua tersebut, melainkan dia sahaja.


Dan dikisahkan pula, si tua tersebut tersangatlah bencinya kepada agama Islam serta ummatnya. Perseteruan itu bukan sahaja dizahirkan dalam bentuk kata2, bahkan perilaku jua. Sudahlah si tua tersebut suka mencaci dan menghina siapa sahaja yang hadir ke masjid, dia juga selalu mengotorkan rumah suci umat Islam. Bukan sekali dua dia tertangkap ketika meletakkan najis biba dan hanjeng kat mihrab tempat imam sujud. Telah berkali2 juga pak imam dan jemaah serta orang kampung menegah dan menasihatinya, tetapi perasaan bencinya kepada Islam sangat menebal. Nasihat ahli keluarganya juga tidak diendahkan.


Maka berlarutanlah perbuatan huduh si tua tersebut dan penduduk desa mengambil sikap bersabar terhadap karenahnya. Dalam diam, mereka berdoa dia akan berubah suatu hari nanti. Pada suatu pagi, ketika tiada orang berada di masjid, si tua pergi ke masjid. Di tangannya ada sebilah parang. Kelibatnya terlihat oleh pak imam, lantas diturutnya sehingga ke dalam masjid. Si tua mundar mandir di kawasan mihrab. Selang beberapa ketika pak imam memberanikan diri menghampiri si tua seraya berkata,"Untuk apa kamu datang ke mari bersama parang itu?" gerun jugak dia melihat parang berkilat di tangan si tua. "Pak Imam, apakah katamu sekiranya aku mahu memeluk Islam?" kata2 si tua mengejutkan imam. "Benarkah kata2 ini? Kiranya benar, maka aku sangat bersyukur kepada Allah. Tetapi ketepikan dahulu parangmu itu," terel jugak pak imam ni. "Oh, parang ini...maafkan aku pak imam. Tadi aku baru sahaja selesai menebas semak di belakang rumah," jawabnya tersengih2. Dan pada pagi itu, pak tua telah memeluk agama Islam dengan disaksikan beberapa orang penduduk.
Selesai upucara ringkas pengislamannya, pak tua pulang ke rumah. Beberapa orang jemaah masjid memuji2 Allah di atas hidayah yang diturunkan kepada pak tua. Ada juga yang telah bercadang untuk membuat kenduri kesyukuran pada malam itu juga. Tiba2 terlihat anak kepada pak tua berlari2 mendapatkan pak imam. Wajahnya pucat sukar dimengertikan. "Pak imam, ayah baru sahaja meninggal..." suara si anak antara kedengaran. Inna lillahi wa inna ilaihi rojiuun...Para jemaah seakan serentak berkata, rupanya hidayah bukanlah milik kita, nyawa juga bukan milik kita, dan kesudahan hidup kita juga bukanlah milik kita...

February 19, 2010

Terjumpa artikel ni dan teringat komen kepet kat blog ust shafie. Baca dan renungkan...
Andai Rasulullah bertamu ke rumah kita
Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita.Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita, apa yang akan kita lakukan? Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk Baginda erat-erat dan lantas mempersilakan Baginda masuk ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Baginda tentu tersenyum. Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat DVD tak senonoh yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut ke dalam. Baginda tentu tetap tersenyum........
Atau barangkali kita teringat akan poster selebriti setengah telanjang yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa.
Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang hampir berhabuk dan kita meletakkannya di ruang tamu. Baginda tentu tersenyum.......
Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita teringat bahwa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW. Barangkali kita menjadi malu bahwa anak-anak kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW kerana kita lalai dan alpa mengajar anak-anak kita. Baginda tentu tersenyum........
Barangkali kita menjadi malu bahwa anak kita tidak mengetahui satu pun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi hafal di luar kepala karekter Sponge Bob atau Ben 10 Aliens.
Barangkali kita terpaksa harus menukar satu kamar mandi menjadi ruang Solat. Barangkali kita teringat bahwa isteri dan anak perempuan kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW. Baginda tentu tersenyum........
Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi CD kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita. Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita ?
Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahwa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi. Baginda tentu tersenyum........
Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib keluarga kita malah sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al Qur'an. Barangkali kita menjadi malu bahwa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita. Baginda tentu tersenyum.......

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama pekerja Alam Flora yang setiap hari lewat di depan rumah kita. Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW bertanya tentang nama dan alamat Tok Siak masjid di kampung kita. Betapa senyum Baginda masih ada di situ........
Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan Baginda masuk dan menginap di rumah kita? Ataukah akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak Baginda berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu.
Maafkan kami ya Rasulullah...Masihkah Baginda tersenyum? Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir...Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah.

February 9, 2010



Tamak punya pasal...







Sorang pakcik tua sedang duduk termenung kat serambi pondok buruknya di pinggir hutan. Sekejap2 mukanya muram dan kadang2 dia menangis. Isteri dan ank2nya dah paham sangat perangainya itu. Sehinggalah pada suatu hari sang raja negeri tersebut melintas di hadapan pondoknya dalam perjalanan pulang dari berburu.




Melihatkan perihal rakyatnya yg meratap dan menangis, sang raja bertanyakan duduk perkara sebenar. "Gerangan apakah yang membuatkan kamu bermuram durja wahai orang tua?" sapa sang raja selepas seketika melihatkan peel pakcik tersebut. "Begini wahai tuanku. Kehidupan hamba patik ini sangatlah dhaif. Tanpa harta dan saudara mara, maka patik sekeluarga terpaksa membuat rumah di pinggir hutan ini tuanku," pakcik tu wat muka seposen (kalau ada denominasi duit syiling yg lbh kecil, mungkin boleh digunakan utk menggambarkan keadaan memek muka lakonan hebat pakcik tu, kot). "Baiklah orang tua. Beta berkenan menganugerahkan tuan hamba tanah bagi kamu sekeluarga. Esok pagi2, kamu keluarlah bersama pancang kayu untuk mengukur tanah yang kamu kehendaki. Ukurlah sekadar yg kamu perlukan. Tapi dengan syarat, selepas cukup ukuran tanah yg kamu perlu, tegakkanlah pancang kayu kamu dan pulanglah bertemu beta," titah sang raja.




Maka berbungalah hati pakcik tersebut dengan anugerah kurnia daripada sang raja. Keesokan harinya dia sudah mula menyukat tanah yang didamkannya. Maka menggeleng2lah kepala si isteri bukan sahaja kerana suaminya itu tak sempat menjamah ubi getuk cicah sambel bilis, tapi kerana terlupa menunaikan solat subuh jua adanya.




Pakcik menyeka keringat di dahinya. Tang ketiak dibiar sahaja. Dah lebih 3 jam dia berjalan. Mulanya dia rasa cukuplah tanah seluas 3 jam berjalan untuknya. Tapi bila terkenangkan isterinya yg xlah tua sangat, dia terpikir semula, "Ish, tadi tu tanah utk aku, sekarang untuk isteriku yg tercinta pulak...,". Maka diteruskan perjalanannya lagi. Perutnya mula berbunyi kerana tidak diisi sejak pagi. Malam tadi pun dia takat bantai meggi kosong stok utk hujung bulan ni jer.




Lepas dua jam, pandangan pakcik berkunang2. Kali ni peluh yg kuar bukan peluh sbb panas tapi peluh dingin. Pakcik duduk atas tunggul kayu kejap, fikirnya perjalanan dua jam tu baru untuk tanah isterinya. Dan hajatnya selepas ini nak diukur tanah buat anak tunggalnya pula. Dia terbayang2 lepas ni mesti diorg satu kuarga jd OKB. "Hahaha," gelak org tamak mula menguasai otaknya. Pakcik bangun, kunang2 dah jadi kelip2. Semuanya gelap. "Eh, takkan dah malam lak? rasanya aku baru berjalan setengah hari. Tanah utk anakku belum diukur lagi...," jerit Pakcik. Tapi suaranya bergema dlm gegendang telinganya aja. Kakinya lembik, tubuhnya terasa ringan. Pakcik hilang imbangan. Kasihan, tubuh tuanya jatuh tersembam...tepat kat kayu pancangnya, yg ditajamkan hujungnya semalam. "Tuhan...hajat aku belum kesampaian...at least, bagilah can aku makan...," Pakcik terus menjerit. Makcik terus risau di pondok. Pakcik tak balik2. Mana pakcik ni...?




"Ha...itulah kisah org tamak. Berapa ramai org tamakkan dunia sampai lupa keperluan sebenar. Kalaulah hidup cuma nak cari tanah, sedar2 tanah tu dah masuk mulut kita. Itu baru ketamakan pakcik tua, kalau org muda kat bandar camne?" eh sempat lagi pak mertua aku ni kalih isu ke aku. Aku teguk air liur sbb air kat gelas dah abis. Abis2 pun aku pandang tasik kat wetland Putrajaya...

February 3, 2010


Its happenlah, sir...


"Akak, bungkuskan nasi tomato dua," saje jer aku panggil penjaja pasar malam tu 'akak', mana tau dpt nasi free haritu. Slow jer akak tu bungkus, mana taknye, matanya asyik pandang aku atas bawah. "Kenapa kak?" tanyaku heran. "Acik tanya anak jgn marah ye. Anak ni baru balik sekolah ke?" lali aku dgr soalan camni. "Eh takdelah. Saya dah keje dah. Dah lama pun," jawabku berbasa basi. "Iye ke? Acik tgk anak ni mcm budak kolej jer. Mesti umur 21 tahun kan?" akak nasi tomato terus interrogate aku. "Saya ni muka jer cam muda kak, tp umur dah banyak. Ntah kenapalah slalu org ckp sy ni muda," akak tu mcm x minat kat duit kaler merah yg aku hulur je..."Jadi tak salahlah kalau acik nak tau rahsia awet muda drp anak?"sempat gak dia sambar duit tu. "Boleh, solat jgn tinggal. Sbb kalau nak solat mesti amik wudhuk kan. Wudhuk tu lbh berkesan drp SK11 tau kak," Boleh tak jawab camtu?




Ha...itulah situasi yg slalu aku hadapi. Bukan sekali sekala, tp byk kali. Ada sekali tu ada rombongan drp Universitas Nasional Indonesia dtg melawat homestay. So aku kenalah sambut diorg kat pejabat daerah. Sementelah sblm ni berhubung via phone je, bile jumpe dorg x percaya. Katanya nak jumpa dgn ADO Razak. Aku ckp akulah orgnya. Dorg x percaya, dorg kata nak jumpe 'ADO'. Aku kuarkan IC, baru dorg percaya. Katanya, kat sana timbalan bupati (ADOlah tu) biasanya org dah tua.




Tu blm ceriter ngan public2 yg mintak tandatangan 14Alah, 16A, Akuan Berkanun, pengesahan sijil, pelepasan gadaian, perintah jualan. Kadang2 tergelak jugak tgk gelagat makcik2 yg kunun mengata aku dlm bahasa jawa betting berapa umur aku. Sekali aku balas dlm bahasa yg sama, dua2 gelak...Itulah, kekadang bila org kata muka kita lbh muda drp usia mmglah cam best. Lagi2 kalau kwn2 kita yg lbh muda dikatakan mcm pakcik umur 35 anak 3, padahal dia baru 25 blum kawen. Tp dlm sesetengah keadaan, muka muda jugak mengundang rasa mcm 'kureng' jer terutama kat staff kita yg lbh senior umurnya. Iyelah, kekadang tu dgr jugak dorang mengata 'boss tu boleh ke wat keputusan, diakan budak lagi'. Yg lbh tak best kalau jumpa public yg so called 'lil bit' tak puas hati dgn kepantasan kitorg naik pangkat. Iyelah, mcm satu hari tu aku dok borak2 ngan ketua kg, tetiba sorang cikgu tegur aku tanya umur berapa. Dia kata baru keje pat taun dah 48. Sedangkan dia keje seploh taun baru merasa 44.




Jadi jawapan aku, itulah rezeki. Allah bagi rezeki ni dlm pelbagai bentuk. Ada yang cepat, mudah dan senang jer naik pangkat. Ada yang susah, payah dan perit even nak dapatkan keje. Tapi yang penting bukan pangkatnya, tapi pelaksanaannya. Apalah gunanya pangkat tinggi tp keje sama je, kalau tak lebih buruk drp budak sekolah tadika kan? Bagi aku, semuanya kenalah dilihat dari sudut positif. Yg Allah kurniakan muka muda pun itu rezeki, yang Allah bg muka matured pun itu rezeki. Cuma kita kena sentiasa berbaik sangka dengan Allah, sbb Dia takkan bg semua tu dgn sia2.




Tapi, apa kena mengena ngan tajuk kat atas? Haa...quotation tu aku dpt time kursus GRID drp en Ganesan @ abg gani. Sbb perkara ni biasa terjadi, 'Its happenlah, sir...'

January 22, 2010

Jaga-jaga, ada orang follow...
Sebagai seorang driver tegar, radio semestinya menjadi accessory utama dalam kereta kita. Maksud aku, bukanlah jenama radio tu. Tak kiralah jenama sony ke, pioneer ker, hatta blaupunk ke, apa yang penting radio atau sistem stereo kereta berfungsi dgn baik. Selain muzik sbg halwa telinga, penyampai radio juga adalah faktor utama pemilihan sesuatu stesen radio(hee, sungguh skema ayat ini). Sementelah telah menjadi trend masa kini apabila penyampai radio sendiri akan bertindak sbg 'pelakon iklan'. Pasti pembaca sekalian selalu mendengar tagline "Jaga2, ada orang follow" dlm stesen Sinar FM.
Dan berita harini mmg agak2 'serem' pabila pakcik sprm telah mendakwa 28 orang kakitangan/pegawai awam dan orang politik berkaitan kes kecurian pasir di 4 buah negeri membabitkan suapan RM280k. Walaupun penangkapan juga melibatkan warga negeri Johor, Pahang dan Perak, tp penangkapan membabitkan Selangorlah yg paling sensasi. Biasalah, negeri kami ni mmg hot, mmg panas. Huih, bagi aku yg keje kat Negeri ni, nama 'pakcik' mmg glam. Seingat aku, hujung tahun lps, pendakwaan telah dibuat melibatkan org2 politik, awal tahun ni melibatkan kakitangan awam plak. Huis, demikianlah effisiennya pakcik bekerja. Dan secara kebetulan, kebanyakannya melibatkan warga negeriku ini.
Dan sempena hari Jumaat jugak, marilah kita renung kejap macam mana kita nak jadikan kerja kita selamat dan berkat. Selamat daripada 'diquiry' oleh pakcik dan berkat di mata Allah;
  • Kerja yg kita buat mestilah halal. Halal ni mestilah halal di sisi Islam dan undang2 negara. Iyelah, kalau dah terlibat dengan rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah, mencuri, bersubahat, bukan jer haram, dpt dosa, pakcik pon berminat nak heret ke penjara.
  • Kerja kenalah ikhlas mencari rezeki. Bila ikhlas, baru datang berkat. Bila berkat, baru rasa serba cukup. Kalaulah sentiasa rasa tak cukup, sentiasa nak cari 'wang lebih'. Silap2 kena cekup.
  • kerja jugak mestilah jujur. Jujur ni ibaratnya kita lihat Allah di hadapan kita. Kalau kita x dpt lihat Dia, kita sentiasa yakin Dia maha melihat kita. Kalau dah sedar Allah sentiasa melihat kita, mesti takut nak curi tulang, nak mintak rasuah, nak seleweng peruntukan dan salahgunakan kuasa. Barulah pakcik x suspek.
  • Kerja jugak mestilah mengikut syariah. Maksudnya, jangalah kerja sampai melanggar syariah Allah. Contohnya, mesyuarat sampai langgar waktu solat, atau tolong 'kawan' utk dapatkan kerja secara salah, ha...yang itu pakcik kena kejar.
  • kerja mestilah kena bersungguh2. Ini kalau dalam Islam dinamakan itqan. Bukan apa, kerja yang sambil lewa menghasilkan kualiti kerja yg hampeh. Bile dah hampeh, pelanggan jugak yg kerugian. Contohnya, permohonan public utk dptkan bantuan sekadar diletak kat belah bwh tray dan lewat diproses. Akhirnya bantuan x dpt disalurkan sbb lewat. Itukan salah satu elemen penyalahgunaan kuasa, pakcik pantang tu, pantang tgk...

So, kesimpulannya, hati2lah time keje. Janganlah jadikan pengorbanan kita pegi kerja pagi, balik senja, menempuh perjalanan jauh, melayan karenah stakeholder kita hari2 jadi sia2 jer. Lastly, hati2 dlm menjalankan tugas, sbb macam kata Kak Engku,"Jaga2, ada orang follow".

January 21, 2010

Its not a corpse, its my cat

Miki mengiau kuat di atas meja pemeriksaan. Badannya yang sangat kurus menggigil walaupun suhu xdelah sejuk sgt. Doktor veterinar keturunan tionghua tu sibuk memberi penerangan pasal health condition Miki. Wife aku kat sebelah x berkata apa, cuma menangis jer. Dah lebih sebulan Miki sakit. Dulu Miki sihat, gemuk, aktif. Bulu Miki lebat, putih mulus semuanya. Miki suka makan dan suka mandi. Miki pembersih dan x suka keluar rumah. Kalau keluar rumah pun, Miki mesti balik time nak makan dan 'ok'ok'. Kat mana ada Miki, kat situ ada Cici, adiknya, yg jugak mutih mulus. Kadang2 kitorang pukul jugak budak berdua tu kalau dah hyper sgt sampai pecah pasu bunga aku. Kadang2 wife aku mengamuk gak time budak berdua tu tunjuk perasaan bergayut kat sheer curtain kitorg. Bukan tak penah telinga budak2 kena jentik sbb cakar sofa leather aku.

Tapi hari ni Miki bukan macam dulu. Lebih sebulan lepas Miki tiba2 demam, asyik tidur jer. Makan pun kurang. Ikan kembung fresh direbus yang dulunya kegemaran Miki selalu tak habis. Miki makin kurus. Cuma air jer yg dia minum. Tapi perut Miki makin besar walaupun Miki kucing jantan. Kesian aku tgk bila Cici ajak abangnya bermain, tp x dilayan. Tapi Cici selalu faham, abangnya x sihat. Selalu kitorg tgk Cici bersihkan bulu Miki, tidur sebelah Miki. Kitorang bawak Miki ke klinik veterinar. Doktor kata Miki cuma demam biasa. Dia bg injection, antibiotik ngan ubat demam. Katanya, dua tiga hari lagi baiklah.


Lepas tiga hari, his condition worsen. Miki langsung x mau makan walaupun wife aku suap. Kesian aku tgk dua2nya. Wife aku menangis tiap kali time bg makan. Hari kelima kitorg susul balik ke klinik sama. Kali ni Miki kena warded. Dia mula dehydrated. Cecair dah penuh dlm abdomen dia. Dr kata kena sedut cecair tu keluar. Aku pujuk wife aku tinggalkan Miki kat klinik. Malam tu Cici mengamuk sbb gengnye kena duk asrama, dia kat rumah jer.Esoknya kami dtg ambik Miki. Aku tgk xde perubahan pun. Cuma perutnya jer yg kecik sikit. Dr bg 5 jenis ubat, semua tablet.

Balik rumah Miki langsung x mau makan, even thru' syringe. Ubat klinik apatah lagi. Minum pun dia x mau. Aku belikan air zam zam, mohon dia cepat sembuh. Time pump kat mulut dia, air tu menitis keluar balik, tanda dia dah xleh telan. Aku balik awal semalam, sama ngan wife aku. Kitorg pegi klinik lain. Dan, "Bang!" terasa mcm halilintar bila Dr bgtau Miki kene viral infection. Virus tu dah serang hati dan dah kritikal. Tanda2nya, all fluid include protein will accumulate kat kawasan abdomen. Dgn condition Miki, Dr jangka dia boleh hidup paling lama 2 bulan, dgn bantuan air yg dimasukkan ke badan. And worse, virus tu boleh berjangkit melalui airborne. It means, Miki kene diletak in separate room dgn kucing lain.


Dr bg beberapa option dan kami terpaksa fikir byk kali. Sampailah klinik hampir tutup, akhirnya kami pilih lethal injection. Walaupun berat, tp itulah pilihan terbaik yg aku rasa kitorg blh buat. The word euthanasia lingers. The word that had been debated during my study. Mercy killing, they call it, and now I ask the Dr to do it on my own pet. Gosh, Miki took the injection. Lethal as it is, Miki start to fell asleep. Mata Miki mula tertutup, nafas Miki makin perlahan, dan akhirnya berhenti. Dr cari nadi Miki, no pulse. Akhirnya Miki dah takde, selamanya. Aku terdiam, wife aku menangis makin kuat. Dr announce Miki's death. Dia kata,"Do you want me to do the rest? Or you want the corpse?" Aku ketap bibir, aku pandang Dr tu,"Thats not a corpse, thats my cat." Pandangan aku blur, aku dah tak ingat apa...

January 18, 2010

ADO M181 dan kontrak sampai mati...
Minggu lepas aku meeting duk sblh 'Imran Ajmain'. Dia merungut pasal kena wat keje boss dia yg kena tarik ke satu sykt baru secara tiba2. Aku cakap, baguslah camtu, maknanya dlm ramai2 ptd kat state ni, pengurusan tertinggi memilih boss dia. Itu maknanya boss dia mmg hebat. Alah, cam pak ya ckp dlm lif itu hari, jgn vocal sgt, nnti kena tarik ke mana2. Sebenarnya aku bersimpati ngan apa yg menimpanya, iyelah, despite kata2 tidak memberangsangkan drp Najib pasal imran ni, at least, kitorg yg kat plb ni kan kebanyakannya senasib malang...
Dalam merungut2 tu, imran ada mention yg dia la ni pegang jawatan M181, hui...banyak tu. Tapi difikirkan balik, betul jugak tu, dengan menimbangkan jawatan 41, 44 dan 52 yg tak diisi dan terpaksa ditanggung oleh beliau seorang diri. Dan seperti yg aku taip kat atas, perkara sama dialami oleh kebanyakan plb seluruh S'gor. Tolonglah wahai JPA, fahamilah masalah kami...
Dan isu ini tak terberhenti takat tu jer...masalah penempatan especially kat negeri (SUKlah) kebanyakannya dah di'chop' oleh 'certain people'. Kelakar tak kalau aku bgtau, waran kat satu2 tempat tu kalau ditgk drp bodynya kosong tp sebenarnya dah diisi oleh bahagian lain. Alasannya? 'Sbb kepentingan dan keperluan semasa'. Kah3, kalaulah mcm tu punya sbb, aku tak hairanlah bila baca kat fb yg 'sidia' ni dah sain kontrak sampai mati kat certain bahagian. Lantak koranglah ye, aku taknak sakit jantung, high blood pressure bahkan diabetes memikirkan masalah korang...hadap sgtlah waran tu ek, semoga cecite korg termakbul...

January 11, 2010



Kehilangan dan kebimbangan...




Minggu ni kita (sebahagian jer kut...) digemparkan dengan pemergian dua tokoh aktivis dan nasionalis wanita iaitu Allahyarhamah Tun Dr Fatimah Hashim dan Dato' Lily Abdul Majeed. Jasa kedua2 insan ini selayaknya dikenang dan dicontohi oleh kita, rakyat Malaysia. Tapi penulis faham, rakyat terbanyak hari ini lebih mudah mengikuti dan mencontohi 'idola'2 spt juara sehati berdansa dan yang terbaharu, juara AJL. Iyelah, belum sejuk kisah dua juara yg bwk balik duit dan hadiah yg best2 tu, dah pun bermula rancangan raja lawak. Tu belum cerita uji bakat AF lagi tuh (err, camne aku leh ingat sumer tu?).




Tun Fatimah adalah menteri wanita pertama negara. Pressure sbg yg pertama ni mmg lain sikit drp yg ke seterusnya. Iyelah, yg pertama biasanya akan jadi tumpuan dan kajian. Jadi kajian mmglah best, asal jgn jatuh jadi kejian, sudahlah. Dato' Lily pulak ialah bekas Setiausaha Agung Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia. Haa...penulis pernah dealing directly with her masa kerja kat YADIM dulu. Beliau mmg sgt professional dan mempunyai passion yg tinggi. Sangat helping especially kepada saya yg baru shj berurusan dgn NGO besar mcm yg beliau terajui. Masih teringat projek pertama kami di Ipoh yg dirasmikan oleh Tuanku Bainun. Then, kami colloborate dgn projek di Kuantan yg dirasmikan oleh Tuanku Hajjah Kalsom dan yg terakhir projek di KB yang dirasmikan oleh Tuanku Permaisuri Kelantan. Kali terakhir kami bertemu, beliau menggunakan kerusi roda, di YADIM dan sedang menguruskan projek utk LKPIM, sungguh bersungguhan beliau itu. Alfatihah buat mereka berdua dan semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman.




Dan, kalaulah diizinkan, isu yang perlu diberi perhatian ialah isu harga petrol. Awal minggu lepas, KPDNKK mengumumkan bahawa mulai 1 Mei 2010, harga petrol akan dijual mengikut kategori. Bagi bukan warganegara, harga petrol adalah harga pasaran semasa (meaning xde subsidi). Bagi warganegara lak, hanya golongan berpendapatan rendah yg akan merasai nikmat harga petrol bersubsidi seperti sekarang. Mekanisma penentuan rakyat berpendapatan rendah dan tinggi dikatakan mengikut cc kenderaan. Now, some points to ponder;



  • Agak2nya, ada kemungkinan tak kat stesen2 minyak kat sempadan cam Kedah, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak, berlaku warga kita yg 'meminjamkan' Mykad kepada bukan warganegara time nak beli petrol?




  • Betul ke pemilik kenderaan di atas 2000cc semuanya orang berada? Ada tak kemungkinan pemilik MPV berkapasiti 2000cc adalah golongan berkeluarga besar mcm Naza Ria tu? Iyelah, kete mcm tu yg 2nd hand mestilah lebih murah drp Toyota, Honda dan Nissan 1.5 yg baru kan?




  • Mcm mana pulak nasib pakcik2 kat kampung yg pakai Merc lama, Audi lama, xpon kawan2 kita yg pakai Perdana lama nak dikategorikan sbg golongan berada sedangkan harga kete tu pun 'tak berapa berada' dlm pasaran harini?




  • Ape kes plak bagi org kaya yg beli BMW318, Merc180, Audi A4, Suzuki Swift, Civic1.8 dll? Adakah mereka benar2 golongan berpendapatan rendah?


Oh, semua ini mmg susah nak difikirkan. Kita sokong usaha kerajaan menyediakan subsidi kepada rakyat yg benar2 memerlukan, tp pelaksanaannya kenalah adil dan berhikmah. Mcm lecturer law slalu ckp, "Justice need not only been done, but seem to be done." Masih ada masa untuk kita sama2 memikirkannya, kan?

January 7, 2010

My Wishes for You In the 2010

May peace break into your home and
May thieves come to steal your debts.

May the pockets of your jeans
Become a magnet for $100 bills.

May love stick to your face like Vaseline
And may laughter assault your lips!

May happiness slap you across the face
And may your tears be that of joy

May the problems you had
Forget your home address!

In other words ........... May 2010 be the best year of your life!!!
thanks Alin 4 the good words

January 6, 2010

Bila aku menulis...
Terkenang beberapa tahun lalu sewaktu penulis menghadiri temuduga untuk jawatan pegawai undang2 di Putrajaya. Gembira bukan kepalang apabila surat panggilan temuduga dibuka dan ditunjukkan kepada bonda. Semangat menghafal apa yang patut kerana bidang perundangan sememangnya sangat dekat dengan penulis. Ya, pada hari itu penulis menghadiri sesi tersebut bersama one of UKM best law student, yang penulis rasa dia sangat santai dan relaks. Tengah dok sibuk menghafal apa yg patut, nama dipanggil, lalu bermulalah pengalaman baru yg paling berharga buat penulis.
Tiga orang panel bergilir2 bertanyakan hal itu dan ini kepada penulis. Ah, semua soalan pasal legal matters. Sehinggalah sorang panel wanita yang bergelar Dato' mula membelek resume penulis. "Well, I cant see you've joint any scout during your secondary school. Could you tell us why?" selamba jer dia tanya, tak tau pulak aku nak jadi magistret ni kena joint pengakap. Aku pun jawablah, sekolah menengah aku tu sekolah aliran agama. Memandangkan sekolah tu di bawah pengurusan kerajaan negeri, maka bidang extra-curricular ni xdelah diberi penekanan sangat. Yang ada kadet bomba dan aku join pun kadet tu. Nak tau apa dia balas? "Since you yourself already aware that this religious scholl is lack with ammenities and extra-curricular activities, why still bother to study there? I dont know why people still couldnt make a 'proper' choice nowaday," selamba jer cik puan tu cakap sambil goyang2kan pen hala ke muka aku.
Ntah kenapa, aku naik berang tiba2. Aku cakap balik kat dia,"Puan, saya tak boleh terima kata2 puan. Memanglah sekolah agama kat negara ni sedikit ketinggalan dari segi kemudahan dan aktiviti koku, tapi kami sentiasa positif bahawa tiada salahnya kurang sedikit daripada tiada. Sepatutnya 'orang besar' mcm puan ni yg ada jawatan dan ckpnya didengar orang membantu menaikkan imej Islam. Kalaulah semua org Islam berebut2 nak masuk sekolah omputih dan giveup sekolah aliran agama, sapa lagi nak belajar tentang fiqh, tauhid dan tasawwuf. Pelik...," aku dah sedia nak bangun dari kerusi. "Sebenarnya I nak duga u jer, sabar ke tak sabar? Nampaknya u takleh menahan sabar, camne nak preside the court?" cik puan tu cuba nak justify her words just now. "Mintak maaflah puan, saya boleh sabar kalau puan question my qualification, my appearance atau skill of communication. Tp kalau puan question pasal Islam, saya sangat sensitif. Dan kalaulah sebab itu saya tak dapat jawatan ini, saya ridha," aku mula rasa jawatan magistrate melambai pergi. Dan mmg sah aku x dpt jawatan tu.
Hari ini, isu Islam dicabar dgn dahsyat sekali. Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah memutuskan bahawa akhbar Herald-The Catholic Weekly boleh menggunakan kalimah ' Allah' dalam penerbitannya. Majoriti ummat Islam menolak keputusan ini. Even KDN pun immediately memohon agar keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan pada 31 Disember 2009 tu ditangguhkan. Pagi tadi Radio IKIM maklumkan ramai rakyat menyampaikan bantahan melalui facebook. Pun begitu, masih ada di kalangan Muslim yg bolehlah dipanggil 'figura' berkata itu adalah perkembangan positif dan tanda non-Muslim mula menerima Islam. Ada pulak yg berpendapat boleh guna kalimah Allah in referring kpd Tuhan kalau mereka dari kalangan penganut agama nabi Ibrahim. Hello...penulis rasa dan percaya takdenye non-Muslim tu nak berjinak2 kpd Islam dengan menggunakan kalimah Allah. Masuklah Islam kalau nak guna nama Allah sbg tuhan. Come onlah, mereka bukanlah boleh digolongkan dalam kalangan ahli kitab.
Dan penulis jumpa tulisan sorang ni dlm komen blog Chedet, cubalah korang timbang2kan adakah layak hamba marah kpd org nih, nama dia; Sarawakian Allah
"After all, there's no intention to convert a Muslims to becomes a Catholic Christians. Not in Malaysia, because we know most Muslims are less qualified in becoming a Catholic Christians. It's too easy for one to enrol into Islam, but far to difficult to achieve being a Catholic Christians. Being Catholic Christians, it just like entering Harvard University or MIT. Catholic church does NOT simply converts a person to being a Catholic Christians. That kind of quality we are looking at." Dahtu yang hang pi pejuang nak hak guna kalimah Allah tu pehal beb? Guna ajelah nama yg korang gunakan selama ni. P/s: aku dah geram, xleh nak sambung lagi...marah ni.

January 4, 2010

Apek Lempang

CC masih bengang dekat sorang mamat ni. Iyelah, berlagak macam gagak. Berkepak sambil wat lawak, padahal dia tak sedar pun yg dirinya xlah secantik merak. Kah, kah, kah, masih nak berkias ibarat walaupun hatinya rentung dibakar kebengangan tahap melampau. Muka si Apek Lempang masih jelas terbayang kat depan matanya. Mencebik, seolah2 mengejek dirinya yg dikategorikan Big Bossnya sbg penganjur majlis yg 'tidak berjaya'.

Apek Lempang memang mcm tu...Dulu, penah time aku ngan Najib jd penyambut tetamu kat kenduri kawen anak big boss dia cakap kuat2 kat kami,"Boss, kenapa boss jaga kat sana, berdirilah kat sini. Bukak pintu kereta tetamu mcm saya buat ni. Nak apa lagi, baju kan dah dpt free..."Terbakar ati aku, tapi Najib mmg terel part menjawab kejahatan mulut si Apek Lempang. Tahu apa Najib jawab? "Eh, sorry, kitorg penyambut tetamu VIP, ok. Lainlah ko, budak pembukak pintu kereta, pencacai..." "valletlah, jib," aku siku lengan Najib. "Ah, takat R6 mana paham cakap omputih". Muka Apek Lempang merah, marah ada, tapi malu yg lebih. "Lagi satu, kain ni jer yg free ek, upah kitorg bayar sendiri. Upah lbh mahal drp kain tau..." Najib wat memek muka yg dia mmg terel buat, sombong.

Kira kalau nak dipendekkan cerite, Apek Lempang ni mmg jaki tol ngan kitorg, lagi2 aku ngan Najib. Ntah ape ntah sbbnya, aku pun x tau. Dia kerek sbb dia bawak big boss tiap hari. Sikit2 dia ngadu kat boss, heee, menyampah. Aku ingat, dia ni spesis mudah lupa jugaklah, tak pun sbb dia kantoi paper sejarah dulu. Mana taknya, dulu masa zaman Tok *** jadi big boss, dia kena gantung tugas. Merayu kat boss aku supaya diambil balik dia bertugas. Boss aku ckp dia x berani nak consult Tok ***, ce try Razak. Maka berjumpalah Apek Lempang ni mintak aku pujuk big boss. E'ene...takdenye kuasa aku nak campur tangan. Kalau aku baik sikit ngan dia, mulalah dia himpit nak mintak projek, x ikhlas langsung...

Terkini, dia ada jumpa aku time aku dpt surat posting. Nak tau apa katanya?"Wah, ni kena buat baik ngan en Razak ni. Manalah tau satu hari nanti, en razak balik sini jadi big boss, jgn lupa ambik saya jadi driver ye boss...?" meleret2 senyum dia. Dan dijawablah oleh en razak,"Sorry, kalau saya jadi balik ke sini, perkara pertama saya buat ialah pindahkan R6 ke JKR ke, Majlis ke, sbb R6 kan pemandu jentera berat. Mana sesuai bawak kereta boss," puas hati. Apek Lempang terkedu, dah jadi Apek Lempeng aku tgk...


December 29, 2009

Good Bye...

Assalamualaikum pembuka bicara
Ucapan tu jugaklah penutup kata
Time2 camni janganlah berduka nestapa
Marilah kita berpantun seloka

Bahagian PLB kat tingkat atas sekali
Kejenye dulu banyak sekarang dah kurang
Alah, tak lama pun hamba di sini
Adalah pat tahun lebih kurang

Belah tengah rambutnya DO
Misai melintang dijadikan modal
Hj Misri ni ibarat Charlie’s angelo
Jangan marah tuan, nanti kena jual

Dulu haji habib lepas tu en shukri
DOnya pulak tok mat dan tok malik
CADO sekarang baik, muka bawak rezeki
Dari Mekah dia baru balik

Jawatan TA dia punya
Sekarang dah tukar, penolong jurutera
Ini Rizam punya ceritera
Jangan memain budaknya terrer

Duk kat Sabak rumahnya Brother
Hensem berkumis nak lawan tok hanis
Part tengok site dia on jer
Tapi lepas tu jangan lupa pekena kopi O manis

Jawatan Tok kanan dia punya gelar
Mukim Pasangan jadi rebutan
Adalah sorang ni tok penghulu tegar
Siapa orangnya tolong sebutkan???

Tok Pai ni apa kurangnya
Main badminton memang kegemarannya
Dua mukim dia jaga
“Alah, mudah aje kacang,” katanya

Mukim Jeram jajahan takluknya
Disayangi rakyat dan juga tok sidangnya
Tok Kama ni berjuruih orangnya
Almaklumlah, ahli syurga layaknya

Ada sorang penghulu mukim
Dia jaga tempat MB
Kawan baik dengan Tok Hakim
Sukar dijumpa sukar dihubungi

Cuba teka mana punya penghulu
orangnya baik tak banyak songeh
tinggal dia je yang takde pembantu
Sapelah nak keje kat balai tok hanih

Tok Jo ni penghulu baru
Orangnya muda dan banyak ilmu
Dijaganya mukim Tanjong Karang Satu
Bile lagi tok, nak duduk rumah penghulu tu???

CC Ibrahim ni nampak cam pemalu
Orangnnya pendiam semua orang dah maklum
Kewangan, operasi semua dia sapu
Elaun BITK dah dapat ke belum?

Yang ni pulak kisahnya Zetty
Kalau tak kenal sebut jer Zetty selcat
Budaknye kecik tapi berhati2
Dah jadi mak buyong pun naik moto, katanya sbb rumah dekat

Diana pun tak kurang hebatnya
Selcat buat dia glamer
Heran bin ajaib PLB jadinya
Zetty pregnant, dia pun lekat yer???

Miza pulak jangan dilupa
Baru masuk keje lepas pantang kedua
Hai selamatlah dia adanya
Dari seksaan soalan selcat semua

Kak Ton Kak Ita dah naik pangkat
Dulu typist, sekarang dah kerani
Tahun ni kita semua sama opis, sama tingkat
Tahun depan Mak Anilah gantinya

Ada sorang Degis yang degil
Makan soto mesti nak tambah bergedil
Naik kete susah control, suka nak trill
Ada hati nak ngorat pakwe mcm Nabil

Yana pulak kekadang emo
Menjaga duit suka sekali
Kesian dia selalu kena dengar kisah moomoo
Takpe, tahun dpn duk jauh sikit dari Siti

Main netball dan bola tampar
Karom dan bowling kak awa suka
Kalau menangis cam orang kena sampar
Dun worry, kakak cantik gelaran dia

Haji Zin pulak duduk belakang
Pprt ngan ketua kampung dia settlekan
Jaga2 Ji, duk keliling pompuan
Bukan ape, ade org jeles kang…

Ni pulak kisahnya si technician riduan
Orang panggil jepun, jaganya bahagian Tanjong Karang
Orang kuat Hai-O bukan sebarang
Caldina tu, takat modal nak pikat orang

Kisahnya Nizam lainlah pulak
Dah dapat tukar ke Hulu Langatlah dia
Baguslah, dekat ngan bini jugak
Harap2nya kami kat sini jgn dilupa…

Ini pulak kisah Jiji ngan Rashid
Dua technician, dua2 susah nak jumpa
Almaklumlah projek dah makin sikit
Alamatnya tahun depan goyang kakilah jawabnya

Pengganti Nizam dah sampailah pulak
Duk kena jaga Permatang janganlah nak gelak
Tolong ingatkan wahai adik kakak
DUN Permatang tu kampung bagannya banyak

Lin sekarang dah kena pindah
Duk balai Tok Kama yang serba indah
Semua aduan kat Jeram dia kena ambil endah
Baguslah tu, hendaknya bahagia sampai ke sudah

Saipul kerani penghulu mukim
Duduk pasangan jaga durian
Jaga2 keje ngan Tok Hakim
Bukan apa, dia tu ramai yang berkenan

Kak Ani pulak jaga balai
Balai mana lagi kalau bukan penghulu tunggal
Duduknya sorang kejenye alahai
Sabar ye kak, dah tak lama setahun jer tinggal

Kak Suhana ngan Kak Rosnah kerani Tok Pai
Sorang di tanjong sorang di matang
Bila ditanya kat mana Tok Pai
Pepandailah korang jawab, jangan sampai pecah tembelang

Balai Tanjong Karang si dia duduk
Kerjanya semenggah disayangi semua tok
Itulah Mokhtar masanya tak pernah suntuk
Keje bebaik jangan sampai bongkok

Hidup selamba itu dia punya azimat
Selalu jugaklah datang lambat
Inilah dia abang Ajis Samat
Sekali dia potang rambut memang nampak smart

Abang Jep pulak janganlah dilupa
Duitnya banyak kredit kad berjela jela
Tak lokek sponsor tak kedekut belanja
Motor hilang, katanya “Takpa, boleh beli baru, apa?”

Logesveery pengakhir cerita
Satu2nya india kat opis kami
Tak pernah gaduh tak pernah masam muka
Iyelah, kamikan Satu Malaysia

Berakhir sudah ini cerita
Merapu meraban jangan ambik hati
Empunya diri dah tak kuasa
Sampai sini jumpa lagi
p/s: aku kena pindah ke daerah lain....huhuhu

December 9, 2009


10 perkara yg menjengkelkan bila memandu ke pejabat aku


#Kalau kuar rumah dah lewat, tetiba ada kete slow kat lane kanan, kalau lady driver xpe lg, ni lelaki tp bwk slow nak ***pos, eee...please...


#Kalau driver yg drive kat lane kiri tp makan jalan sbb x reti nak bajet lorong yg betul, siap melelong2 lagi, skali kita potong, rupanya dia takat nak elak lecak sikit kat tepi jalan, padahal kete dia dah kotor tahap tapir keluar dari kubang...


#Ada drebar lori ke, drebar bas ke yg ada hati nak take over other vehicle tp bergerak mak ai, lembap gilos, bak kata Halim driver, harap harga lori jer rat2 riban ringgit, tp nak potong x power...makan dedak...


#Driver yg pakai kete xde cermin sisi (side mirror) dan cermin pandang belakang, dia bwk cam nak bersiar2 di tepi pantai Jeram, padahal kita dah bagi high beam cam nak rak, dia buleh siap angkat tangan bagi salam kat kita, apa, ko nak jawab kat cc subiah ke kalau punch card aku merah?


#Penunggang motosikal yg merempit kat Pekan Kapar. Aku taulah kerls kat situ dominate, tp kalau nak sgt rasa dilanggar pon, jgnlah dek kete aku, under finance lg ni...


#Ade satu minah ni bwk kete iswara ada tulis2 kisah percintaan dia kat body kete. Bawak alahai...bukan ape, aku sibuk nak bace ape dia tulis kat kete dia, kekadang hampir terlanggar kete depan...


#Byk sgt traffic light dr Kapar ke KSel, bukan ape, kita dah potong byk kete, besut sampai satu nam, belakang kene benti kat lampu merah, kete yg kita potong td sengih2 kat kita, malu wooo, sib baik pakai sun glass, musti itu olang x tadak cam sama kita...


#Kete yg duk kat dpn skali kat traffic light lambat nak gerak time lampu kaler ijau menyala. Kalau dah payah sgt nak masuk gear tu, pakai jelah auto, ni kalo aku bg hon kan terus terkujat, kang jd insiden cam kat KB Mall nanti...


#Kenderaan yg kunun masih lagi nak pecut last minit walaupun tapi semput sbb x cukup tork...alahai, sedarlah diri, sedarlah ruang oi...


#Last skali, kalau kete bos tetiba jer muncul kat blakang kita, siap angkat lampu lagi...nak kekal kat tgh nampak kurang ajar lak, nak ke tepi, rasanya punch card sure merah, so, wat2lah ke lane kiri jap kasik dia potong, then follow closely kat blakang, at least ada alasan lewat kan???
Hehehe, ni kire nak lepas tension sbb pg ni aku lewat punch. Agak2 bos leh terima tak?

November 25, 2009



2012???





Kak Ita Arab sibuk memperkatakan pasal felem terbaru yg ditontonnya. Sambil tu sempat jugak dia menjamah karipap kak Ton sampai abis. "2012 tu bukan pasal kiamatlah, tu cerita pasal bencana alam," suara Kak Ita Arab mengatasi suara Lin Jeram yg dah sedia kuat. "Apa pulak? Kan John Cusack tu cakap dia dengar laki2 gile kat Yellowstone Park yang membebel pasal Judgement Day yg dikira oleh kaum Maya. Ape tu, 21.12.2012 semua planet akan berada dlm satu deretan selari, matahari akan menjadi lebih panas, lava kat pusat bumi akan meletus dan jadi gunung berapi di mana2. Medan magnet kat bumi pun akan terjejas dan menyebabkan tsunami besar2an kat seluruh bumi. Bumi akan ditimpa bencana besar, semua kehidupan akan lenyap, itukan kiamat namanya..." ntah mcm mana Lin Jeram tiba2 buleh jadi terel pasal ilmu kaji bumi. Padahal dulu time SPM dia tak amik geografi pun...


"Betullah tu Lin. Akak pun tgk mcm mana kat Amerika bumi tiba2 merekah, terbelah dan jadi lobang yg beso. Gunung berapi meletup tiba2, gempa bumi beso pun terjadi sampai bangunan2 tinggi runtuh, tersembam ke bumi. Ko tengok ajelah berapa ramai penduduk Las Vegas, NY dan Washington mati. Lepas tu tiba2 jer turun salji, tsunami beso pun melanda daratan. Tu yg USS Carrier ada tulis Kennedy hempap Capitol Building, betul2 atas kepala presiden Amerika. Akak rasa itulah pembalasan untuk org2 jahat. Pembalasan ngan Judgement Day kan sama? Kan kiamat tu,"panjang sokongan Kak Ani Api-Api kepada rakan persatuan ibu2 ni. Kak Ita Arab pandang Kak Ton, mintak sokongan. "Eleh, ko dah lantak karipap aku sampai abis, skarang nak mintak bantuan lak?" selamba Kak Ton membalas.


"Korang ni, pasal felem Amerika pon nak bergaduh. Pada pandangan sayalah, Judgement Day yg difahami oleh org bukan Islam tu lain drp Hari kiamat oleh orang Islam. Hari Kiamat akan berlaku dan pasti berlaku. Tapi ingat tak waktu kaum Quraish tanya nabi bila akan berlaku kiamat, nabi jawab hanya Allah yang tahu. Clue yg nabi bgtau ialah tanda2 kecil kiamat dan tanda besar kiamat. Dan tanda2 tu mmg dah berlaku pun. Masa isra' mikraj pun dah ditunjukkan keadaan dunia ini ibarat seorang nenek yg dah tua. Maksudnya kiamat mmg dah hampir, cuma bilakah ianya akan berlaku tu hanya dalam pengetahuan Allah. Satu lagi, kalau kita tgk btl2 felem tu kiamat yg dibayangkan ialah kemusnahan permukaan dunia aja. Takat muka bumi merekah dan berlaku bah besar sampai ke puncak everest. Then tiba2 surut. Ada pulak dataran yg sesuai dihuni penduduk bumi. Logik ke akan ada makhluq yg terselamat daripada bencana kiamat. Cheh, lekeh sgtlah pandangan mcm tu. Kiamat ialah hari kemusnahan dan kematian sekelian makhluq termasuk alam ini. Hari manusia, jin dan syaitan dibangkitkan semula untuk dihisab segala amal. Kedahsyatannya tak pernah terlintas di hati, tak terlihat dek mata dan tak pernah didengar dek telinga," Tok Hakim berbahas. Kalau nak ceramah kena amik tauliah, kalau tak kena tangkap, bawak ke mahkamah, jgn main2.


"Habis, tok kategorikan felem yg habis juta2 ni sbg apa? Kisah dongengan jer?" Kak Ita Arab tanya sambil kecikkan matanya yg sedia sepet (mcm manelah dia claim dia ada arab's bloodline tp mata cam chinese). "Pada sy, org yg cerdik mesti pandai menilai. Pengarah felem tu mmglah pandai, pandai mereka, pandai menipu dan pandai menarik duit korang. Tapi kita kenalah cerdik. Kalau tgk tu letakkan iman kita di hadapan. Diorg tu manalah tau kebenaran hari kiamat, so, kita yg tau ni jgnlah cpt2 melatah. Tu sumer rekaan jer tu. Lbh baik kita cpt2 bertaubat dan tambah amal sbl kiamat sebenar berlaku. Dah2, pi solat," tak sia2 Tok Hakim pi ESQ156 minggu lps. "Cis, rugi RM50 aku pi tgk wayang," getus Kak Ita Arab. Kengkawannya menikus dgr syarahan free haritu...

November 19, 2009


Di Bawah Lindungan Kaabah



"Ya Rabbi, ya Tuhanku, Yang Maha Pengasih dan Penyayang, di bawah lindungan Ka`bah, rumah Engkau yang suci dan terpilih ini, saya menadahkan tangan memohon kurnia. Kepada siapa lagi yang saya akan pergi memohon ampun, kalau bukan Engkau ya Tuhanku! Tidak ada suatu tali pun tempat saya bergantung, lain daripada tali Engkau, tidak ada pintu yang akan saya tutup, lain daripada pintu Engkau. Berilah kelapangan jalan buat saya, saya hendak pulang ke hasrat Engkau; saya menuruti orang-orang yang dahulu daripada saya, orang-orang yang bertali hidupnya dengan hidup saya. Ya Rabbi, Engkaulah Yang Maha Kuasa, kepada Engkaulah kami sekalian akan kembali….."
Setelah itu suaranya tidak kedengaran lagi; di mukanya terbayang suatu cahaya muka yang jernih dan damai, cahaya keredhaan daripada Ilahi. Di bibirnya terbayang suatu senyuman dan….Sampailah waktunya lepaslah ia daripada tanggungan dunia yang amat berat ini, dengan keizinan Tuhannya, di bawah lindungan Ka`bah!


Wah, wah, wah...satu karya agung daripada pendeta agung. Aku tak malu mengaku baca karya sehebat ini kat korang, siap menitik air mata tu...kisah yang cuba mendefinisi arti cinta sebenar. Agak2nya ada tak lagi karya sebandingnya pada zaman ini?

November 16, 2009



Meh Bace Kisah Ni...




Bedah Becok memang geram pada suaminya, Naim Alfonso. Yelah, malam tadi waktu tengok Yasmin Hani dalam rancangan AC? kat Astro Ria, kemain Naim puji. Yasmin cantiklah, Yasmin cunlah, Yasmin putihlah...pendek kata sume2 yang cantik ada pada Yasmin Hani. Malam tadi Bedah Becok senyap jer. Konon nak wat reverse psychologylah tu. Tapi, sampai bangun pagi pun Naim Alfonso buat derk jer. "Nantilah, time lunch taulah nasib ko," bisik Bedah Becok dalam hati sambil gosok gigi. Sengaja pagi tu dia tak wat sarapan, protes.




Tangahari Bedah Becok sibuk kat dapur. Iyelah, akibat protes yang dilancarkan, perutnya sendiri menjadi mangsa. Nasik tiga pinggan lauk ikan patin masak tempoyak malam tadi dah tak lut nak alas perutnya sampai tengahari. Jadual biologi harian tubuhnya dah terganggu, maka macam2lah bunyi yg dpt didengar dari dalam perutnya. Ayam yang dah di'defrost' diletak atas chopping board. Lama ditenung ayam tak berdosa tu. Bila dah dapat zuk (semangat) , sambil membayangkan wajah Naim Alfonso, terus dipotong2 ayam tu. Tak tau pulak dia yg semangat itu menjadikan kerja membuat sup ayam kegemaran suaminya begitu lancar dan pantas. "Aha, aku buat sup ni betul2 pedas, eh no no no, extremely hot, baru padan muka dia. Nak sangat cari pasal ngan aku," fikir Bedah Becok sambil terkenangkan cerita Najib dating ngan ex-aweknya time makan extra peri peri kat Nandos dulu. Masa tu bibir ex Najib bengkak sbb pedas sangat. Dah jadi cam negro katanya, tu pasallah Najib reject budak tu.




Sup ayam siap. Aromanya betul2 menggoda isi perut Bedah Becok yang gelodak mintak diisi. Tanpa sedar, dicapainya mangkuk dan Bedah Becok start hirup sup ayam. "Walla weh, pedas siot sup ni," Bedah Becok terus menghirup dengan lahapnya sampai menitis air matanya selaju keringatnya. Naim Alfonso tiba2 muncul. Melihatkan isterinya yang kelahap mentekedarah, mendadak selero bundonya datang. Tapi selera itu terhenti tatkala Naim Alfonso mendapati isterinya makan sambil menitiskan air mata. "Kenapa awak menangis?" soalannya lebih sekadar nak tutup kegelojohannya nak menerkam sup ayam panas berkepul2. "Tak, saya teringatkan arwah mak saya tiap kali makan sup ayam," Bedah Becok terus laju mengesat air mata selaju hayunan sudu supnya ke mulut.




Naim Alfonso terus ambil mangkuk. Sup disenduk dan disudu, tak sempat duduk. "Mak oi, hape ke pedas gile babas ko buat sup ni Bedah oi?" jerit Naim dalam hati. Lidahnya rasa terbakar dek kepedasan sup tahap dewa penangan Bedah Becok. Sambil berkerut menahan pedas dan control macho, Naim Alfonso tak sedar yang air matanya menitis keluar. "Hah, yang awak tetiba menangis tu apehal pulak?" Bedah senyum sinis tengok suaminya menangis. Sedikit sebanyak puas jugak tengok suaminya menyeringai menahan pedas. Baru dia tau siapa Bedah Becok? Ade hati nak banding2 bekas ratu guni ni dengan Yasmin Hani. "Takdelah, saya terkenangkan arwah mak awak. Kenapalah dia tak bawak awak sekali time nak meninggal dulu..." Naim Alfonso menjawab selamba sambil terus menghirup sup pedas tahap dewa. Bedah Becok terkujat, "Taknak mengaku kalah lagi tu...."