May 6, 2010

Ibu mithali- sebuah pengkisahan dari sudut berbeza...



Korang mesti ingat kalo kisah ibu mithali ni mestilah seorang ibu yang berjaya mendidik anak2 yg ramai dan semua berjaya menjawat jawatan yg power2 instead kekurangan dan kemiskinan yg sang ibu itu hadapi kan? Tapi kisah kali ni betul2 wat aku terpikir balik, betul ke hanya ibu yg punya anak2 berkerjaya sebagai doktor, lawyer, engineer shj layak diiktiraf sbg ibu mithali. Sama2lah kita renungkan ye...


Suara pengacara majlis mengumumkan penerima terakhir Anugerah Ibu Mithali mengejutkan fikiranku yg melayang ntah ke mana tadi. Kalau ikutkan hati, malas aku nak hadir majlis2 mcm ni. Bukanlah x mau iktiraf jasa dan pengorbanan ibu, tp dlm hati slalu terfikir, kalau dah majlisnya sama je saban tahun, mana klimaks dan surprisenye kan? But my wife kata I will be surprise this year...


Nama Puan Afifah Rashid dan Cik Nurul Humairah dipanggil, anaknya kut. Tapi makcik ni nampak mcm xnak naik pentas lak. Matanya melilau ke kiri ke kanan tengok penerima2 lain. Walaupun anaknya dah tarik tangan makcik tu, dia mmg sgt reluctant nak naik ke pentas. Nampak sgt dia x selesa berada kat majlis tu. Lepas 5 minit, sudah puas dipujuk barulah makcik tu naik pentas, duduk kat kerusi penerima. Tu pun asyik menunduk kepala dan menggentel hujung tudung.


Si anak memulakan cerita pengenalan pasal ibunya. "Saya ingin sampaikan pengenalan mengenai ibu saya dalam bentuk cerita mengenai hidup saya. Bukanlah menarik sangat dan mungkin sangat biasa, tp sy rasa tuan2 puan2 patut dengar," petah susun katanya. "Mulanya, saya sangat membenci mak," permulaan cerita yg bersifat memancing minat audien. "Tambah2 lagi bila dpt tahu yg saya ni cuma anak angkat. Apalah malangnya nasib, ibu bapa kandung cuma tinggal di rumah sebelah. Nak dijadikan cerita, mak bukanlah org kaya, mcm cerita2 dlm drama tu. Saya diserahkan ibu kepada mak demi nak hiburkan hati mak dan membantu menjaga anak2 mak," aku mula betulkan dudukku.


Sekonyong layar putih dilabuhkan tanda klip video bakal ditayang. "Tapi saya ingatkan tuan2, anak2 kandung mak bukanlah engineer, lawyer, doktor, lecturer mahupun arkitek mcm ibu2 mithali lain. Inilah keluargaku..." serentak tayangan bermula. "Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abang2 dan kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan bercakap pelat-pelat,seperti budak berumur satu atau dua tahun." Si anak meneruskan cerita.
"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan pakai mereka".


"Dan beban itu jugalah yang saya kena tanggung sama. Saya tak pernah ikhlas membantu mak. Bahkan tak pernah timbul rasa hormat saya kepada mereka semenjak kecil," sambung sang pencerita. Bukan sekali saya membantah, bahkan pernah saya suarakan cadangan mak menghantar mereka ke pusat jagaan. Tp jawapan mak, mereka anak mak, mmg spttnya mak yg jaga mereka, bukan orang lain. "Iyelah, tp aku?" bentak si pencerita. Aku tgk beberapa audien ter'sentap', itulah, sapa suruh tidur...


"Dan puncak kesabaran saya benar2 diuji ketika berusia 12 tahun. Pagi tu mak demam teruk sampai abah kena hantar mak ke klinik. Mak pesan jaga abang dan kakak, Mak pegi kejap jer. Adalah dalam 5 jam, 5 jam paling menyeksakan dalam hidupku. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air. Penat saya membersihkannya. "

"Apabila mak dan abah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan abah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu. "Ibu kejam, ibu kejam..." itulah kata pertama saya hambur pada ibu. Saya menangis semahunya. "Kenapa ibu serahkan Mira pada mak? Ibu tahu tak betapa siksanya hidup Mira? Mira kena jaga org2 cacat yg menyusahkan tu. Mira tak tahan ibu. Ambillah Mira balik..."habis berkedut baju ibu saya ramas. "Mira, Mira dengar cakap ibu..." BERSAMBUNGLAH PULAK...


6 comments:

  1. sabar, budak2 lain belum habis baca...diorg bace lambat sikit, nak menghayati katanya...

    ReplyDelete
  2. hihi.. boleh d/load kat youtube tak cerita ni?

    ReplyDelete
  3. sadisnye...cam ne lah endingnya!

    ReplyDelete
  4. ust piee: silakan, tp awal2 sy bgtau, cerita ni sy dpt drp kawan lama tau, so credit to kak raihan.

    mazir: tu baru sikit tu...

    ahya wa amut: dah sambung dah...

    ReplyDelete

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.