March 12, 2010




Satu drama purbakala...

Sebermula kisah berlaku jika dilihat dari sudut pandang politiknya memanglah selalu berlaku di tempat2 kerja jua adanya. Maka berkisahlah sang pencerita mengenai sorang datuk penghulu ini yang dah tamat tempoh pemangkuan kanannya. Seperti jua menurut titah perintah pemerintah bahawa sekelian penjawat hanyalah boleh memangku sesuatu jawatan selama dua tahun jua adanya, dan sepanjang tempoh tersebut, seseorang penjawat itu dimestikan lulus jua ujian2 dunia. Jikalau tidak, maka pemangkuannya haruslah diberhentikan dan dia hanya kembali menjawat jawatan hakikinya jua. Adapun penghulu ini tidaklah mahu menduduki ujian tersebut dek kerana termakan perkhabaran teman2nya yang telah terkantoi setelah banyak mencuba.



Arakian, hamba tersebut menjadi resah gelisah apabila memikirkan nasib yang bakal menimpa. Puaslah dia meratap hiba akan cela nasib dirinya sehingga tiada tempat lagi untuk diadukannya. Sayugia, sang bentara di tempat pekerjaannya telah dinaikkan jawatan jua. Maka berbungalah hatinya pabila khabar ini hinggap di cuping telinganya. "Adalah harapan hamba menanggung 41 plus 44. Sementelah tempoh penanggungan hamba berakhirlah sudah. Tapi hamba perlu menyusun strategi sebelum peluang disambar orang," bisik hati kecilnya. Demikianlah adanya datuk penghulu menyusun strategi.




Dan sebagai bekas wakil calon, maka digunakan segala kepandaiannya dalam melobi jawatan nan satu itu. Perkara pertama ialah berkampung di hadapan opis tuan Laksamana penyusun jawatan di tempat pakerjaannya. Ini bukan sahaja menunjukkan minat dan kesungguhannya, tetapi juga menceritakan bahawa hamba lain tidak layak selayak dirinya. Tidaklah cukup setakat itu, datuk penghulu jua menabur segala janji bahawa manisnya jawatan yg sedang dipangkunya kepada calon yg paling kuat menentangnya. Seteru? usah dibilang perseteruan akibat perbuatan gelojohnya, kerana pada sangkanya, semua hanya tahu bercakap, tapi tidak tahu bekerja sebaik dirinya.




Juga sebagai pengakhirnya, hamba tersebut pergilah menghadap sang menteri memanda bagi menyampai hasrat nubarinya. Alangkah terkejut pabila dikhabarkan bahawa menteri memanda sudah memilih calonnya. Hancur luluhlah segala harapannya bak kaca digilis steamroll jua adanya. Maka terpacullah sumpah seranah kepada diri menteri memanda. Adalah memanda menteri itu pilih kasihlah orangnya, menteri memanda termakan katalah jua, dan yang paling teruk, menteri memanda tidak mendengar arahan tuan laksamana yang menyusun jawatan, katanya. Adapun menteri memanda menjadi tawarlah hatinya demi melihatkan hamba tersebut akan perangai kebudak2kannya. Lantas menteri memanda bersuara,"Jikalau begitulah tuan bersangka, maka hati ini sangat berasa. Pantaslah tuan tidak di hati hamba, dan benarlah pilihan hamba, Tok Kama itu sangat sesuai orangnya. Adapan para buapak, perut dan juga lembaga, tiadalah mereka berkonspirasi menjatuhkan tuan hamba, tetapi mereka membantu hamba melihat duduk sebenar perkara. Bahawa tuan hamba ini desperate sebenarnya, kerana takutkan terlepas jawatan yang ada, dan tercicir jawatan yang tak ada."




Maka berlalulah menteri memanda, sambil kesal penuh di dada. Adapun datuk penghulu terpinga2, segala kepandaiannya tidak berguna, segala helahnya telah terbuka dan yang lebih buruk, segala teman dan kawannya lari bercempera. "Ooo...begitu kisahnya...tahulah sekarang hamba...," sahut pendengar cerita.

6 comments:

  1. kecian die...hehehe bak kata orang ukur baju dibadan sendiri..barulah padan.

    ReplyDelete
  2. yana: dia malas nak pi ukur kat s'pore tailor kut...tu yg dia bg saiz en faizal jer...

    ReplyDelete
  3. en.razak....update cite baru laaa....bosan nie

    ReplyDelete
  4. bos tgh bz la yana! tgh bermuhasabah camne nak layan tok tu kang bile dah pindah balik kat pdks ni...

    ReplyDelete
  5. betul tu zam, smlm en faizal tanya berminat tak nak balik kuala...conpius

    ReplyDelete

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.