March 30, 2009


Halal ke?

Suatu hari waliyullah Syeikh Ibrahim Adham dalam perjalanan menuju ke Baitul Maqdis telah singgah membeli kurma di pasar Madinah. Setelah selesai proses menimbang, Ibrahim Adham terlihat sebiji kurma terjatuh bersebelahan bungkusan kurmanya. Menyangka sebiji kurma itu adalah miliknya, beliau terus mengambil dan memakannya. Setelah sampai di Baitul Maqdis, beliau duduk di suatu sudut sambil beribadah seperti kebiasaannya. Sehinggalah beliau terdengar dua malaikat sedang berbicara, “Itulah Ibrahim Adham yang rajin beribadah dan doanya sering dimakbulkan oleh Allah. Akan tetapi kebelakangan ini Allah tidak lagi mendengar doanya kerana dia telah memakan benda yang bukan haknya di Madinah.” Ibrahim Adham sungguh terkejut dan cuba mengingat-ingat apakah yang dimakannya di Madinah. “Ahh, kuma itu…,” bisik hatinya seraya mengambil keputusan untuk bertemu peniaga tua itu di pasar Madinah.

Perjalanan jauh ditempuhi beliau semata-mata mahu melunaskan ‘hutangnya’ itu. Setibanya beliau di pasar Madinah, peniaga tua itu telah tiada dan tempatnya diganti oleh seorang anak muda. Melihatkan kegusaran Ibrahim Adham, anak muda itu bertanya,”Gerangan siapakah yang tuan cari?”. Lalu diceritakan segala permasalahannya kepada si anak muda. “Oh, peniaga tua itu adalah bapa hamba. Beliau telah meninggal dunia beberapa hari yang lalu dan perniagaan ini diwariskan kepada hamba,” terang si anak muda.

Kalau begitu, sudikah tuan menghalalkan sebiji kurma yang telah aku makan itu?” tanya Ibrahim Adham. “Oh, bagiku, itu tiada masalah. Akan tetapi, aku masih lagi mempunyai 11 orang adik beradik. Tuan kenalah tanyakan pendapat mereka juga,” jawab si pemuda. Maka Ibrahim Adham pun terpaksalah menemui kesemua waris peniaga tua itu bagi mendapatkan keridhaan mereka. Setelah selesai, Ibrahim Adham pulang ke Baitul Maqdis. Tiba di sana dia terdengar lagi perbualan dua malaikat yang sama, “Itulah Ibrahim Adham, yang dulunya doa’nya terhijab oleh perkara syubhah sekarang telah diangkat doa’nya ke maqam utama.” Barulah tenang hatinya dalam beribadah.

Alahai, manelah nak cari Ibrahim Adham pada hari ini? Rambut macam David Backham banyaklah…

March 27, 2009


Hidup ibarat roda?

Adalah sorang sohabat kenalan daripada universiti yang sama, cuma brandnya lebih original daripada kita ni, uia-kusza. Menurut katanya, batch kita ni asyik dibuai dengan kenangan dan memori silam time study, sedangkan kita dah tinggalkan zaman tu hampir sedekad lamanya. Dia kata lagi, get a lifelah, zaman sekarang xde maknenye nak terkenang2 kisah zaman dolu2. Campus life is another chapter in human life, it shouldn’t be cherished, but to be forgotten. Betul ke?

Mengenangkan penulis ni Melayu yang berbudi pekerti mulia (walaupon jawa sebenarnya), dan masih menebal sikap menjaga hati orang lain, maka penulis tarik nafas panjang2 sebelum menjawab komentar teman tadi. Dia yang kini bertugas sebagai seorang lawyer mmg sentiasa nak dominate setiap perbualan kami. Tiap patah katanye penuh dengan intonasi tinggi rendah. Dia tahu mane nak stress the word dan where to sound intelligent. Dia kata kita2 yg uia-kusza ni kalau berkumpul mesti cerita pasal zaman belajar U dulu. Mesti nak cerita kisah susahnye belajar kat kusza, kene duk umah sewa, susah nak cari buku teks dan rujukan, tapi CGPA best tu pon sbb lecturer kesian.

Maka ini jawapan penulis. “Sohabat, hidup ini ibarat memandu kereta. Kita sentiasa memandang ke hadapan untuk melihat jalan yang bakal kita tempuhi. Memandu kena focus agar semua halangan dapat ditempuhi, segala bahaya dapat dielak dan setiap simpang dapat dituju dengan betul. Begitu ibarat hidup. Sentiasa memandang ke hadapan. Kejar kerjaya kita, cari pendapatan bagi memenuhi setiap keperluan dan impian. Bekal diri dengan segala kemahiran dan pengalaman bagi menghadapi segala rintangan dan cabaran.


Tetapi, ibarat memandu juga, kita harus sekali-sekala memandang cermin belakang, memandang cermin sisi. Tujuannya buat kita melihat apa yang ada di belakang dan di sisi kita. Maknanya, kalau kerjaya kita itu ibarat cermin hadapan, hidup kita sekarang ibarat cermin sisi dan cermin pandang belakang kita ibarat sejarah dan kenangan silam. Terlalu mengejar kerjaya pun xleh jugak. Akibatnya orang sekeliling kita yg suffer. Tu yang accident tu.

Sebab tu time memandu kita diajar fokus apa yang ada kat depan, sekali2 pandang cermin sisi dan belakang kalau nak memotong. Tapi janganlah asyik nak pandang sisi dan belakang jer plak, kang lembu melintas pon kita langgar.” Moralnya: Dah cepat wat kerja, jgn asyok berblog je.

March 25, 2009


Mengumpat bukan sekadar dengan kata-kata

Suatu hari ketika rasulullah sedang gering, semua isteri baginda berkumpul mengelilingi katil baginda. Isteri baginda yang paling berumur, Rukayyah telah berkata,”Ya Allah, engkau pindahkanlah beban kesakitan yang dideritai oleh Muhammad kepadaku kerana aku tidak sanggup melihatnya tersiksa begini.” Demi mendengar ratapan Ruqayyah, isteri baginda yang lain saling melirik antara satu sama lain. Tiba-tiba Rasulullah mengarahkan agar diambilkan bekas seraya berkata, “Ludahlah kamu semua ke dalam bekas ini.” Para isteri baginda terpinga-pinga akan arahan baginda. “Wahai kekasih Allah, sesungguhnya kami tidak mengumpat. Mengapa pula tuan menyuruh kami ludah ke dalam bekas ini?” soal salah seorang isteri baginda. “Sesungguhnya pandanganmu juga berupa umpatan ketika mendengar rintihan Ruqayyah. Kiranya kamu meludah tadi nescaya akan keluar daging yang masih berdarah kerana mengumpat itu umpama memakan daging saudaramu sendiri,” ujar baginda.

Agaknya dah berapa tan kita mengumpat sepanjang hidup kita ek?

March 19, 2009


Hearing and Listening

Antara hearing dan listening, kedua2nye mcm serupa tapi sebenarnya berbeza. Yang satu guna telinga dan satu lagi guna akal. Sbb tu tak semua org ada kemahiran mendengar, walaupun orang itu boleh mendengar. Dalam bahasa kita hearing itu pendengaran sedang listening itu mendengar. Tak banyak beza kan? Bezanya, kemahiran mendengar ialah kebolehan untuk sedia memberi peluang kepada informasi disampaikan dan memprosesnya tanpa prejudis. Hasilnya pastilah keputusan yang baik. Ini berlawanan ketika mendengar muzik, everything light and easy x pon tgh dgr boss kita berleter.


Kalau diperhatikan, manusia lebih banyak menumpukan peningkatan kemahiran bercakap berbanding kemahiran mendengar. Dan masyarakat terbanyak lebih appreciate mereka yg so called 'pandai bercakap' berbading mereka yang 'pandai mendengar'.Sebagai contoh, kalau seseorang itu pandai bercakap, bersyarah dan pandai berpidato, pastilah mereka akan diangkat dengan pelbagai gelar. Pensyarah dan pidato ulung, nescaya harumlah namanya disebut orang. Demi itu, pelbagai program dan pertandingan diadakan demi membina kemahiran bersyarah dan berpidato yang asalnya masih daripada kemahiran bercakap. Soalnya, adakah benar kemahiran bercakap itu lebih penting daripada kemahiran mendengar?


Bijak pandai pandai pernah berkata, "Banyak cakap banyaklah salah. Banyak salah banyaklah dosa." Maka timbullah peribahasa 'tin kosong' dan 'cakap tak serupa bikin'. Pandangan penulis adalah mudah. Kita sepatutnya perlu lebihkan mendengar daripada bercakap. Amik contoh sebagai sorang boss, kalau selama ni dia asyik bercakap dan memberi arahan kepada pekerja, apelah salahnye sekali sekala 'mendengar' apa kata pekerja lak. Banyak benda kita dapat pelajari daripada 'mendengar' sekeliling kita. maybe ade benda yg kita buat tu boleh jadi lebih baik kalau kita lebihkan mendengar. Analoginya mudah, seorang hakim (magistrate cam arep dulu) hanya akan dapat membuat keputusan sebaiknya selepas mendengar semua hujah dan bukti parties to the case. Ce kalau dia sorang jer yg bercakap, then lawyer xnak dengar, silap2 strike off case lah jadinye.


Begitulah juga apabila kita menjadi seorang suami atau bapa, cubalah mendengar apa yang dikatakan oleh isteri dan anak2 kita. Penulis rasa, akan amanlah dunia ni. By the way, Allah jadikan dua telinga dan satu mulut supaya kita lebih banyak mendengar dari bercakap. Maha suci Allah daripada sebarang kelemahan.

Adakah kita masih mahu berdendam?

Encik Shukri baru masuk ofis. Dari gayanya aku dapat meneka yang mesyuarat di SUK pagi tadi mesti tak best. Sekejap je dia dah keluar dari biliknya sambil ajak aku kuar minum. Oh ya, immediate boss aku ni cume beza 5 tahun usianya daripada aku, tapi senioritinya dah jauh meninggalkan aku. Tapi bukan tu yg aku nak cerita.

Masa minum, dia terus bercerita mengenai Encik S****** yang menyerangnya selepas meeting pagi tadi. Ya, S****** Pejabat Daerah K**** tu memang poyo sikit. Disebabkan rumah mak dia ada kat daerah kami, maka banyaklah yang dia nak tegur. Kalau ada rumah orang miskin, dia tegur, jalan rosak, dia tegur, hatta tiang masjid retak pun dia nak wat bising kat Pejabat kami. Bukan dia tak tau cara bekerja kat Pejabat daerah ni. Aku lebih suka pendekatan En Rohib, KPPD Hulu Selangor yg kampungnya jugak terletak kat daerah jagaan kami. Dia personally jumpa aku dan maklumkan jalan ke rumah maknya masih crusher run, mintak diturap. Aku dengan willingly masukkan dalam senarai PIA/PIAS tahun tu jugak. Bukan tu jer, PPN pun dengan penuh willingly naiktaraf surau kat jalan En Rohib lagi.

Berbalik pada S****** tadi, baru2 ni, Najib ada wat lintas langsung kursus perancangan strategik pembangunan daerah dari Melaka. Dia menyumpah berbakul2 pasal perangai Suliman. Well, that’s wasn’t surprise me at all. Memule Najib kata Suliman ni macam skem, hanskem a.k.a perasan handsome dan skema, tapi aku kata tunggu time dia bersuara, nescaya akan terserlah kepoyoannye. Dan, sah bila dia bersuara, most of the people around him look disdain. Nak lebih best lagi En Shukri, skang dah naik pangkat jadi KPPD Gombak, ade duk sblh S******. Heh.

Teringat lak kuliah tafsir surah ‘abasa. Saidatina A’isyah meriwayatkan surah ini diturunkan ketika Nabi didatangani oleh seorang tua yang buta bernama Abdullah bin Umi Makhtum dan pada masa yang sama nabi sedang menerangkan Islam kepada pembesar Musyrik. Disebabkan sifat tidak acuh nabi kepada si buta tadi, maka turunlah ayat ‘ abasa watawalla. An ja~ahul a’ma. Bermula peristiwa itu, setiap kali nabi bertemu Abdullah, maka baginda akan memberi salam seraya berkata, “Salam sejahtera kepada manusia yang menyebabkan aku ditegur oleh Allah.” Sambil Nabi memakaikan jubahnya kepada Abdullah. Begitu tingginya akhlaq nabi yg tiada sekelumit pun sifat dendam di dalam hatinya. Adakah kita masih berdendam?

March 16, 2009


The Testament-a much controversial work of Grisham.

Well, much has been said ‘bout Grisham, the author of The Testament. Yet, I don’t understand why I keep turning page by page reading his work. Addicted? I can’t find another suitable word. And this story, fiction as usual, had never bored me with another side of lawyerly thing that is will and probate.

The story start with Troy Phelan, a multi-billionaire, had jumped from his Tower, seconds after passed his mental capacity test, by three expert shrinks, Dr. Zadel, Dr. Flowe and Dr. Theishen and sign his will. Left behind are some eleven billion dollar estate and hungry 3 ex-wives and 6 spoiled heirs. Troy, as while he is alive, a very lousy husband, father and employer had made his life ended so dramatic by leaving his fortune to Racheal Lane, the unknown illegitimate daughter.

Josh Stafford, his lawyer’s biggest quest now is to track Racheal Lane, a Christian missionary for Tribe World somewhere in deep Brazil swamp. And he thinks no other than Nate O’Riley, his partner who had been in rehab center for boozer to find the missing heir. The journey concurs most of the story physically as well as spiritually. The danger of swamp during raining season, the plane crash, the wreck of the boat by the storm, lost in the middle of nowhere and being infected by malaria and dengue fever had been narrated beautifully as we might feel being there.

And Nate’s meeting with Racheal in Ipica’s settlement had made him somehow find his fresh way, i.e praying to God, simple life and she didn’t even care for the money. The story goes on and on back to the States where the trial was presided by Judge Wycliff and everything turns ugly when all cards are open on the table. Nate finding his new light had befriended Father Phil in St. Michael and accept that he can’t change his past (his broken family) but put his faith that God will show the way forward.

The story ended with settlement between the heirs of some fifty million dollar each and the death of Racheal, the richest woman somewhere in Pantanal. Well, it is not only a story on legal field but I do think that Grisham had included something about Christian teaching in this book. I mean, how they understand the concept of praying and leaving all matters to God and, how dedicated they are in converting the aborigines. As I do my reading in the office, mind you this is my second time, both at Yadim years back and my current office, people keep telling me, “Encik, hati2 baca buku mcm ni, nanti terpesong akidah.” Well, this is nothing to do with New Testament or Old Testament (Taurah I belief), but Grisham only refer it to The Last Will and Testament of both Troy Phelan and Racheal Lane.

March 12, 2009

Permainan tradisional orang banjar

Ha, ini ade satu permainan tradisional orang banjar dulu2. aku xdelah paham sgt makna lagu dia ni tp time tok hakim nyanyi, diana ngan zeti pun ikut2 nyanyi. Gini lagunye:

"gud gud samuning

samuning samin dalak

dalak karaing

karaing tujing-tujing

tujing pamanak

pamanak dara patik

patik bintulong

bintulong samin jadik

hehehy ikam jadik.."

Sekumpulan pemain akan mencabut undi menggunakan lidi. Sesiapa yg mencabut lidi paling panjang dia akan 'jadi'. Kepala orang yg 'jadi' akan diikat dengan kain batik lepas dan ditarik ke kiri dan kanan sambil menyanyi lagu di atas. Sesudah selesai menyanyi, biasanya orang yang 'jadi' akan pening dan cuba menangkap kawan2 yg riuh kat sekelilingnye. Sesiapa yg tertangkap akan menjadi 'jadi' yang seterusnye.

Aku nak mintak Midi translatelah lagu tuh, kalau dia btl2 org banjarlah...

Kama Tadinu Tudan


Petang tu suasana di unit Pendaftaran Geran kecoh. Suara Brahim Maidin marah2 tenggelam timbul berselang seli dengan suara Kak Jun sampai ke bilik Muslim. Semuanya berkenaan pentadbir tanah refused to acknowledge Power of Attorney sbb tanah blm pecah bahagi. "Kalau mcm ni sy telifon MB skarang. Pegawai x mau sain," ugut Brahim a.k.a ADO 18. Mcm mana dia dpt nama cenggitu? Haaa...ni yg den nak koba ni.


Kisah cenggini. Si Brahim ni dulunye keje pejabat den. Kerjenye ape? Tukang jilid geran jer. Tp bile dah lama sgt wat keje tu, maka dtglah idea dia nak wat keje sbg org tengah antara public dan pejabat espcially dealing with land matters. Tp kebanyakannya yg menyimpang prosedurlah. Janji kat public kalau nak cpt proses, byr lbh, sbb nak bg duit kopi kat pegawai katanye. Kalau nak tanah, dia buleh jd broker, kononnye dia ada kaki kat pejabat ni. Maka dijajalah namanya yg alias ngan DO. Sementelah org kampung manelah tau beza antara ADO, CADO, EO mahupun SO. Semuanya kedengaran mcm DO. Kpd kami2 generasi baru ni dia slalu cakap, "Saya dah keje kat Pejabat Tanah lapan blas tahun tau. Semua prosedur sy tau." Hek ene...ko keje doploh taun pon kitorg pedulik hape kan? Disebabkan kepoyoan dia, maka nama ADO 18 pon melekatlah menunjukkan jawatan yg mustahil wujud dlm dunia ni mmg sesuai sgt bg dirinye.


Bagi menambahkan tahap kepoyoan beliau, selepas beralihnya angin pemerintahan darul ehsan ni, dia yg xde perasaan malu nih pon menyendeng2lah ngan wakil rakyat yg baru. Mungkin atas alasan penampilan beliau yg 'ala' tu, diangkatlah status beliau sbg wakil YB. Huh, tang penampilan ni yg den lomah. Time waktu pejabat dia pakai neck tie (walaupon pakai kemeje lengan pendek), siap name tag lg. Poy, poy. Time kat majlis agama, dia pakai baju melayu sepasang siap bersampin songket. Time solat kat mesjid dia pakai jubah putih kopiah tajam. Mmg eccentrics abislah. Satu jer yg den nak bgtau, sejarah jenayah jijik dia yg x sumer org tau. Dan aku tau. Dan aku akan teringat tiap kali aku hesitantly bersalam ngan dia.


Tapi kisah kepoyoan beliau berakhir jua. Rahasia demi rahasia kepoyoan dia terbongkar satu persatu dan diketahui oleh bossnye. Skang ni xde lagi kelibat ADO 18 di pejabatku. Tenang setenang air di kali. Tp kesalahan 'ADO' sorg ni ttp menjadi public secret bg kami semua. Buat kami tetap berhati2. Kama tadinu tudan.

March 10, 2009

Kisah rumah tanggalah pulak...


Alkisah sepasang suami isteri nih dah lamalah jugak mendirikan rumah tangga. Sekadar bermasam muka tu biasalah dlm kehidupan suami isteri kan. Cumanya dlm kes nih, dua2 keras kepala dan ego ala gaban, xnak mengaku kalah apalagi beralah. Demi mahu menghajar akan isterinya, sang suami enggan bercakap2 kepada si isteri sepanjang hari.


Maka ditakdirkan keesokan paginya sang suami terpaksa outstation ke Kuching and he must catch the first flight. Kebiasaannya si isterilah yang terpaksa mengejutkan dia yg lena bak badak tuh. "Tp aku tgh berkonfrontasi dgn biniku. Mcm mana aku nak mintak dia kejutkan aku ek?" bisik hati si suami sambil berfikir cara terbaik agar hajatnya tercapai tanpa perlu mengorbankan std egonya yg tinggi itu. Fikir punya fikir, akhirnya dia mendapat akal. Sebelum tidur dia telah menulis "Kejutkan saya jam 5.00 pagi, I have flight to catch up" atas kertas kuning yg ade gam tu and lekat atas bantal isterinya. Heh, kunun pandai sgtlah tu.


Keesokan paginya sang suami terjaga dan dia smmgnye terlewat. Sambil menyumpah2 seranah isterinya yg dah lama pergi kerja, dia terjumpa sekeping nota atas bantalnya tertulis "Bang, bangun. Dah pukul 5, Abang kan kena pi airport."


Haaa, itulah, kalau gaduh ngan isteri cpt2lah berbaik. Xde salahnye pon kalau suami beralah dan mintak maap dulu. sbb, kita mmg 'perlu' sgt kat isteri kita (heheheh).

March 5, 2009

Padan muka dia



Kisah yang diceritakan dari seseorang kepada seseorang.



Kelihatan seorang lelaki memakai topi sedang bersandar di dinding sebuah kilang. Lelaki itu leka menggodek HPnya tanpa mempedulikan pekerja lain. Sehinggalah boss kilang tuh meluru kepadanya dgn gaya penuh menyampah. "Nah, ambil RM3,000.00 ni dan jangan datang ke kilang ini lagi. Anggaplah duit ini sebagai gaji dua bulan kamu dan selebihnya sebagai pampasan," si boss tuh menyergah, menghulur dan menghalau. Banyak mata memandang. Lelaki tersebut menyambut duit yang dihulur dan berlalu selamba.


"Ingat, syarikat ini x memerlukan pekerja yg malas. Sesiapa yg tidak bekerja kuat akan menerima nasib seperti lelaki tadi," amaran diberi sambil mengangkat2 telunjuknya. Para pekerja berbisik sesama sendiri. "Sin, siapa nama budak lelaki tadi, dari department mana?" Boss masih marah2. "Tu budak penghantar piza, tuan," jawab assistantnya. "Ha???"


Itulah, boss mmglah selalunye betul tp x semestinya x salah kan....
p/s: aku sedikit hangin ngan boss2 aku harini sbb dia asyik nak salahkan aku disebabkan owang lain xde di sisinya membaca yasin pg td. Dah aku pengerusi biro agama, kenalah dtg majlis baca yasin kan?

Secemerlang sinar pagi


Awal pagi hujan turun menggeluyur daerah penempatanku. Sepanjang perjalanan ke pejabat, jalan raya masih basah dengan air hujan. Terdetik seketika perasaan hampeh sbb kereta baru jer cuci, tp cpt2 pujuk, "sib baik kete aku skang nih kaler bluish silver, kalau hitam cam dulu, mau aku singgah ke car wash kat dpn opis tu."


Aku capai HP Sony Ericsson ku (bukan nokia yahudi tu yer), sms azhar yg hadir temuduga SPRM smlm. Dia kate agensi yg dulunya bertaraf biro dan diupgrade ke suruhanjaya tu x amek calon yg rabun. Diskriminasi tu namanye, tp memandangkan azhar lbh suka bersikap ridha, aku nak kate ape kan? tp ngepek pasal betapa dia nak sgt tukar keje tu yg buatkan aku wat entry ni.


Kalaulah korng sumer menjadi tempat org mengadu pasal idup, xkanlah korg nak simply tolak drp bg pandangan kan. Harap2nye esk2 time kita nak mintak tlg kat org lain, diorg sudi tlg kita kan? So aku refer ceramah Dr H.M Tuah Iskandar kat Selangor FM dua hari lepas. Kisahnye ade budak U ni yg dah kat final year tp nak tukar course. Sbbnye dia x minat dgn certain subject. So HM Tuah bg perumpamaan, dalam hidup ni kita x leh dpt semua yg kita inginkan 100%. Tgk jer kalau kita nak beli kereta, kadang2 kita minat bodynyer, tp kaler yg diidam xde. Kadang2 kita minat bentuknye cantik tp enjinnye xde teknologi tercanggihkan. Sama jugak mcm kita berumah tangga, bukanlah semua perangai pasangan kita tu sama dgn selera kita kan, kadang penampilan dia kita suka tp perangai potpet dia kita x berkenan. X pun pasangan kita, kita dah leh tahan, perangai family dia plak yg hampeh.


Mcm tu jugak dgn kerja kita, x semua hari2 kita dihidangkan dgn kerja2 yg pleasant kan, yg kita leh enjoy. Kebanyakannya kerja ni susah, tu yg majikan bayar utk kita deal with it and do all the hard work. Tp percayalah, dlm susah2 tu mesti ada masanya kita betul2 berasa best ngan keje kita. Contohnya bile kita buleh selesaikan keje dgn best tahap gaban, x pun time kita dpt selesaikan problem tahap dewa dan save the company. X pun, at least time dpt gaji hujung bulan. Masa2 best camni yg kita kena kenang time kita down sehampeh2nye.


Lagi satu, x kanlah sbb kaler kereta x semerah ferrari kita x jd amik wira SE kan (sekadar contoh jer), ataupun sbb mak mertua yg suka menyibuk urusan rumahtangga kita, kita nak cari bini tambahan kan? Samalah jugak krn boss suka ngelat dan rakan sekerja keji cam karektor malika dlm anak betong tuh kita nak benti keje kan? So, deal with it. Carilah kebahagiaan dan ke'syok'kan dlm ape saje yg kita hadapi seharian. Biasanya masalah kita x serupa tp penyelesaiannya mungkin drp punca yg sama. Barulah kita rasa secemerlang sinar pagi...

March 2, 2009

Sukarnya Mencari Keikhlasan


Pagi2 lg tok hamsan dah ngepek pasal politik. "Nape sebenonye ni tok, ape cer?"soalku sekadar nak tunjuk keprihatinan sbg bos kecik. "Boss tau, mlm td sy hadir mesyuarat U**O Bahagian, dia kata punca kekalahan diorg kat k sel ni adalah pej tanah x bg kerjasama kat diorg. pej daerah x tlg kitorg time p/raya dulu," tok hamsan cakap sambil jegil2kan mata, selayaknye bersesuaian cara org banjar bercerita. "Apalah diorg ni, time menang xde lak nak ckp kemenangan atas k/sama kita, dah x menang salahkan kita plak," sengaja aku nak redakan keadaan. Tok hamsan meneruskan topik politiknya yg makin berapi.



Tiba2 kami dimaklumkan tentang kematian Dato' kamarudin (Jkkp) bukit kuching. Bergegas semua nak pegi melawat jenazah. Khabarnya jenazah akan dikebumikan jam 9 pg. "Awalnya," bisik sesetengah rakan. Eloklah, jenazah x elok dilengah2kan pengebumiannya. Bila aku turun, boss dah tunggu kat pintu kenderaan pejabat. Sengaja aku pilih naik kete tok hamsan nak cungkil lg ape yg berlaku kat mesyuarat parti politik ni.


Tok hamsan meneruskan bebelan yg kadang2 buleh diterima akal gak. Dia relate ngan satu ayat dlm surah yasin yg bermaksud "Pada hari ini lidahmu akan terkunci dan kaki serta tanganmu akan berbicara mengenai apa yang telah kamu kerjakan" hah, pada hari ini, org2 di luar U**O berbicara tentang kerja2 buruk korang sedang lidahmu terkunci dek kerana tidak lagi didengar org. Well, kan aku dah ckp, tok hamsan bukanlah calang2 org. Dan aku jumpe ramai org kuat parti tu dlm majlis funeral si mati.


Ptg lak aku, boss kucing and tok hanis pi hutan kat BB yg diceroboh, dibakar, ditanam, dimusnahkan dlm operasi bersepadu dan skang mereka nak mintak pampasan. Sblm sampai, aku dah set my mind dah, to be impartial, acting without fear and favour. Tp dlm sesetangah situasi, perasaan manusia ttp xleh dikesampingkan. On surface, mmglah ade terdapat bekas tanaman dimusnahkan. Ratapan mohon simpati si peneroka (ke penceroboh?) dgn cerite sedih diorg mcmlah dah xde sumber pendapatan lain. Tapi Allah maha kuasa, kerana masih memberi kesempatan utk aku melihat sejauh mana keikhlasan dan kejujuran manusia. Diorg kata diorg miskin xde tanah, xde keje. Tp ade sorg tuh aku kesan asal dr Meru, ade kedai runcit beso, ade kedai makan yg ramai pelanggan. Tanam kat situ pon sekadar nak menambah tanah jer...Yg syoknye ketua group ni siap dtg naik Toyota Rav4 tu, masuk hutan...what a lame acting...

Hai...sukarnye mencari keikhlasan hari ini...