April 18, 2011

Catatan Tak sempat

Catatan Tak Sempat

Kalau takut kepada angin, jangan berangan jadi pokok tinggi, sebab pokok yang tinggi selalu kena tiup angin. Jadi aja rumput bumi, sebab selalunya angin tak tiup rumput di bawah. Tapi kenalah ingat, rumput tempatnya di bawah dan selalunya dipijak orang...

So, pokok atau rumput pilihan anda?

March 15, 2011

SECRET

I need another story
Something to get off my chest
My life gets kind of boring
Need something that i can confess

Till all my sleeves are stained red
From all the truth that I've said
Come by it honestly I swear
Thought you saw me wink, no, I've been on the brink, so

Tell me what you want to hear
Something that'll like those ears
Sick of all the act sincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time
Don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm Gonna give all my secrets away

My God, amazing how we got this far
It's like were chasing all those stars
Whose driver shining big black cars

And everyday I see the news
All the problems we could solve
And when a situation rises
We'll ride it into a mountain
Straight to though
I don't really like my flow, oh, so


Tell me what you want to hear
Something that'll like those ears
Sick of all the act sincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time
Don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm Gonna give all my secrets away

Got no reason
Got no shame
Got no family
I can blame
Just don't let me dissappear
I'll tell you everything

Tell me what you want to hear
Something that'll like those ears
Sick of all the act sincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time
Don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm Gonna give all my secrets away

All my secrets away


March 11, 2011

"Banyak2 negara, negara apa yg tak boleh duduk?"

March 10, 2011

Teka Teki Tekuk

Soal: "Kenapa siput jalan tak lurus?" Jawab: "Ntah..." Ce try jawab.

March 9, 2011


Anuar Zain - Sedetik Lebih


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...


March 8, 2011

Selalunya kita suka sangat dengar masalah orang. Ditakuti nanti masalah tu jadi masalah kita pulak...

p/s: entry ala2 fb

February 24, 2011

Kerana RM300?

Kerana RM300?

Aku bukanlah pegawai besar, tapi bukanlah jugak pencacai kat opis. Tabiat yang paling aku tak gemar ialah tabiat suka berhutang. Tapi iyelah, dah namanya pun manusia, kita tak dapat jangka apa yang akan berlaku kan? Ada masanya kita sesak, terpaksa jugak meminjam (istilah baik selain 'berhutang').

Satu hari aku terdesak nak guna duit. Tak banyak pun, dalam RM300 jer. Masa tu baru 6 haribulan, awal bulan lagi, atau dalam kata lain, gaji lambat lagi nak masuk. Disebabkan jumlah yg aku perlukan itu kecik jer, maka aku ambik keputusan untuk pinjam daripada kawan baik aku, M. Kami dah lama berkawan dan aku percaya M boleh simpan perkara berhutang ni antara kami berdua sahaja. Iyelah, aku memang tak pernah dan tak suka berhutang sebelum2 ni. Aku pinjam RM300 dan berjanji akan bayar balik bila dapat gaji hujung bulan. Bimakna, aku pinjam dalam tempoh 20 hari.

Waktu aku nak pinjam, M cakap,"Ambillah RM300 ni. Kau pakailah. Mungkin ni masa kau, esok2 masa aku perlu pertolongan jangan kau lupakan aku pulak. Pasal perkara ni, aku takkan bagitau orang lain. Janganlah kau risau."Lega hati aku sbb M pandai simpan rahsia. Aku taknak isteri aku tau dan risau yang aku amat terdesak sehingga terpaksa berhutang.

Tup tup, 30 minit lepas M serahkan duit tu, aku dgr kawan2 sepejabat cerita pasal aku pinjam duit. Petang tu masa punchcard dah heboh satu opis cerita pasal aku. "Sudah...sapa pulak yang bawak cerita? Takkanlah M..."bisik hatiku. Hairan pun ada, tapi malulah yang paling banyak.

Sampai rumah, aku disambut oleh isteriku dengan wajah mencuka. "Abang, kenapa abang hutang duit pada M? Saya malu tau, orang2 bercerita yg abang sudah pandai berhutang. Saya tahu kita bukan orang senang, tapi janganlah sampai berhutang, macam2 orang cakap bang, saya malu," itu ayat yang keluar daripada mulut isteriku setelah didesak beberapa kali. "Lebih teruk lagi M cakap yang Abang takkan ke mana2 sbb Abang hidup bergantung atas kebaikannya," tambah isteriku dalam esak tangisnya.

Daripada hairan aku jadi geram. Keesokan harinya aku keluarkan simpananku mana yang ada. Kerana RM300 aku mendapat malu. Aku jumpa M. Aku pulangkan duitnya hari itu juga. M terpinga2 dengan tindakanku. Bila ditanya kenapa aku pulangkan duitnya aku cakap, "Mulanya memang aku perlukan duit ini, sangat memerlukannya. Dan kau tahu berhutang adalah perkara terakhir yang akan aku lakukan dalam kehidupanku. Sebab itu aku pinjam dari kau, kawan yang aku anggap seperti keluargaku. Tapi sayang, kau tidak pernah menganggapku sebegitu. Nah, ambillah kembali wangmu ini. Kalau ini nilai persahabatan kita, aku pulangkan kepadamu. Aku tak pernah sangka sebegitu murah nilainya pada matamu." Wang kuletak di hadapannya sambil aku berlalu pergi. Pergi tak kembali...

February 22, 2011

I rasa I muda lagilah...

I rasa I muda lagilah...

Suatu hari Kak Pah datang ke sekolah anaknya. Bukan sbb anak Kak Pah nakal, tapi sbb Kak Pah dijemput mendengar ceramah motivasi. Kalau ikutkan hati Kak Pah, bukan dia nak pegi sangat pun, tapi semenjak Kak Pah dah pandai melaram dan pasang badan ni, dia suka outing berjumpa ngan org ramai...nak test market katanya.

Sampai kat sekolah, semua ibu bapa dijemput duduk di dalam dewan. Kak Pah pilih barisan depan sekali, betul2 depan rostrum. Pada pendapat Kak Pah, clear sikit suara penceramah dia dpt dgr. Untung2 penceramah akan beri sepenuh perhatian pada Kak Pah. Lebih kurang setengah jam, dewan pun penuh dan Cikgu Shah selaku stage manager bagi Q menandakan majlis nak bermula. Kak Pah betulkan duduknya.

Penceramah naik ke pentas bersama Tuan Haji Zam, pengetua sekolah. "Buleh tahan penceramah ni. Muda, segak, bergaya," bisik hati Kak Pah. Kak Pah senyum2...Lepas habis Haji Zam membebel pasal kecemerlangan sekolahnya, tiba giliran penceramah bercakap.

"Tuan-tuan dan puan-puan, sesuatu hadiah dikira sebagai sangat berharga apabila ianya memberi makna kepada kita. Bagi sesetengah orang hadiah yg mahal2 sgt bermakna kepada mereka, tp bagi sesetengah yg lain pula, ingatan dan kenangan pun dah dianggap sgt bermakna. Hadiah yg saya terima pula amatlah bermakna kepada saya. Kerana ianya merupakan turning point dalam hidup saya. Nak dengar cerita saya?" Penceramah memancing audien. Kak Pah paling kuat mengangguk.

"Sebelum tu, saya nak tahulah umur tuan2 semua. Haa...akak depan sekali ni, berapa umur akak? Boleh ye saya panggil akak, nampak muda lagi ni," sang penceramah sua mikrofon kepada Kak Pah. "Baru awal lima puluhan," nampak sangat Kak Pah kontrol. "Ooo, tapi tak nampak macam lima puluh pun...macam student pun ye," amboi...sempat lagi tu. Kak Pah kembang kempiskan lobang idungnya. "Ye ke? I memang rasa I muda lagi...," ber I I lagi tu...

"Baiklah tuan2, sepuluh tahun dahulu saya memulakan business saya. Iyelah, business tgh naik, saya tumpukan perhatian dan masa saya kpd business. Pagi petang siang malam hanya business aje hidup saya. Sampaikan makan minum dan kehidupan peribadi pun sy selalu missed. Soal solat lagilah...kalau dpt buat 3 waktu sehari kira habis baiklah tu. Tapi business saya makin menjadi. Daripada sebuah kedai, saya sudah mampu buka 3 cawangan. Rezeki...kata hati saya.

Makin banyak duit, semakinlah saya busy. Hal keluarga saya tolak ke tepi. Zakat dan sedekah jauhlah sekali. Pada saya, saya business, bukan menipu atau mencuri, itu yg Allah sayang, Allah bagi rezeki. Nasihat mak ayah pasal solat, saya dgr sipi2. Sampailah suatu hari, saya punya hari jadi...

Disebabkan saya dah terlampau bizi, so takde sape yg ingat saya punya hari jadi. Jangankan kad, ucapan pun org tak beri, kek tu jauh pangganglah dari api. Tapi saya takdelah berasa hati, saya tau macam tu jugaklah saya selalu buat kat famili, kat umi abi. Rupanya Allah nak bagi ingat, nak bagi uji. Adelah sorang apek saya panggil suruh buat renovasi. Bila dia tau haritu saya punya hari jadi, dia kata dia takde bende nak beri. Saya kata takpe, jangan susah hati, saya dah biasa macam ni. Tiba2 dia hulurkan sesuatu katanya cenderahati. Saya tengok benda tu macam tali, alah tali pengukur yang ada nombor2 kaler merah macam kat kedai benggali. Alah, yang ada cm dan ada inci...

Dengarlah tuan, apa yang apek tu kata ni...kita selalu rasa umur kita panjang lagi. Baik yg tua, yg muda apatah lagi. Walaupun rambut dah beruban, gugur dan dah takde gigi, tapi semangat macam singa ada dalam diri. Cuba lihat ini ukur punya tali...lagi panjang kita ukur makin panjang ka dia punya baki? Tentu makin pendek kan tuan aji? Saya tengok apek tu besar kecik macam nak kenakan saya jer ni. Ada yg nak kene lempang, nak kene seligi ni...

Apek tu sambung cakap lagi. Kita punya umur biasa 60 ka 70 tawun kan aji. Tapi biasa 63 ramai sudah mati, itu serupa umur nabi. Kalau ini tahun umur aji sudah 50, tuan aji kiralah sendiri berapa dia punya baki. Bukan tak bleh suka2 sambut birthday harijadi, tapi cukupkah sembah tuhan bila sudah mati. Menyirap saya sentap jgn cakaplah lagi. Kene basuh dek apek takde degree. Masa tu malu ada, insaf pun tinggi. Saya cuma angguk tak terkata lagi.

Tali pengukur tu saya bawa harini. Saya mintak akak depan ni check, betul kan asli?" Kak Pah terpegun tak boleh menolak lagi, dah dia duduk paling depan sekali. "Akak tengok tali pengukur ni, berapa nombor dia tulis kat sini?" Kak Pah makin menggigil sebab ada tanda merah kat nombor 50 dan nombor 63 jer kat hujung tali. "Kalau umur kita 50, maknanya ada 13 tahun lagi kita hidup di bumi. Itu pun ikut sunnah umur nabi. Maknanya Allah bagi peluang kita buat ibadah 13 tahun lagi. Walaupun 13 tahun ni tak boleh tebus dosa lalai 50 tahun tadi, tapi insyaallah kalau kita ikhlas, insaf dan buat sepenuh hati, lebih baik daripada tak sedar2 diri.

Soalan saya sekarang berbunyi begini, agak2nyelah, berani tak kita cakap; "I rasa I muda lagi?"




Yelah yelah, I dah tak berapa muda lagi... (gambar hiasan)

p/s: kak pak, cikgu shah dan hj zam jgn marah ek...

February 21, 2011


Alkisah si setan...

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian bersih, berwuduk dan sedang berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh lalu pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah.

Di rumah, dia berganti baju, berwuduk, dan, LAGI, berjalan menuju masjid. Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama!

Namun dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwuduk dan berjalan menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda”. Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawapannya sama. Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.

Lelaki itu menjawab, "Aku adalah IBLIS (Syaitan)”. Si Pemuda terkejut dgn jawapan lelaki itu. Setan kemudian menjelaskan, "Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa-dosamu. “Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid. Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga, jangan–jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk kampung kamu dan oleh itu aku harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dgn selamat.”


Moral:
Jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .

January 31, 2011


Kisah Serem lagi angker...

Tiga ekor pontianak sedang bertenggek atas julai mokte. Sekor baru meningkat remaja, sekor pertengahan umur dan sekor lagi agak dah senja a.k.a veteran. Ikutilah perbualan mereka sekiranya anda punya banyak masa terluang.

Ponti remaja (PR): Terima kasih kepada para produser felem dari luar negeri ataupon tempatan kerana menaikkan kembali fungsi dan peranan kita di dalam masyarakat Malaysia. Iyelah, korang, eh ko antu ingat tak satu masa dulu gomen ade kuarkan arahan cerita tahyul takleh kuar tv, aku ingat masa tu habislah masa depan kita.

Ponti 1/2 baya (P1/2): Ha'ah, sekarang ni senang sikit kerja aku nak menyakat orang. Iyelah, cuma aku hangin sikit kat Mamat Khalid tu sbb dia buat felem lari dari konsep keseraman antu sebenar. Ada ke dia perli manusia Melayu selalu takut bende tahyul dan tak berasas, bera jer aku tgk. Box office lak tu...(sambil tindas kutu yg terlekat kat celah kuku).

Ponti tua (PT): Korang ni, eh ko antu ni...itu pun nak jadi isu. Jgn risaulah, selagi ada produser yg fikirkan pasal RM, konsep 'boleh jual', dan 'kita sua apa mereka nak', mestilah cerita pasal kita akan terus laku. Lagipon berapa sangatlah pengarah cam Mamat Khalid tu, sorang jer kan? Felem dia pon bukan menang anugerah. X cukup kuat kata manusia. No hallah...

PR: Betul betul betul...eh ko antu, dlm felem2 manusia tu selalu ditunjukkan kehebatan amukan ponti. Aku cabar ko antu bahawa antara kita bertiga, akulah yg paling dahsyat (Nazmi raja lawak) mengamuk. Caya?

Dua ponti lain geleng sambil cebek mulut. Bersamaan itu, beberapa ekor kutu berterbangan daripada rambut kusut masai mereka.

PR: Ok, aku buktikan.
Seraya melayang melesat bak anak panah. Dua minit kemudian PR balik dengan mulut dan kuku berlumuran darah.

PR: Ko nampak kampung sana tu? Aku baru jer lepas mengamuk dan bunuh semua penduduknya. Sambil jilat2 kuku mcm kucing lepas makan.

P1/2: Huh, ko tgk expert wat kerja.
Sekelip mata ajer dia dah hilang dari pandangan ponti2. Seminit kemudian dia balik dengan wajah yg menggerunkan. Ada bekas darah dan cebisan daging di kuku dan taringnya.

P1/2: Ko nampak kota kat sana nun? Aku dah bereskan semua penduduknya dan apa yg bernyawa. Hahaha, urkkk. Tersedak tulang ikan.

PT: Hapelah ko berdua ni, nak selesaikan itu pon amik masa. Tgk aku ni, manusia tak panggil aku ponti kelas pertama tanpa sbb tau. Look and learn, sons.
Tak sempat kelip mata ponti senja dah hilang. Setengah minit kemudian dia dah dtg balik, dengan muka menyeringai dan menggerunkan. Iyelah, semua berdarah.

PR dan P1/2: Wah, dahsyat....ko mmg dahsyat. Mana tempat ko amuk? Sambil gigit kuku kaki.

PT: Ko nampak tembok depan tu? Aku tak nampak, tu pasallah aku langgar tadi. Habis berdarah muka aku semua....








Insya Allah


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way


p/s: best best best


Ada ketika, hadir perasaan hampa
Kehilangan dalam diri sendiri
Bagai malam yang penuh kegelapan
Sendu, pilu, tiada jalan yang terang

Usah putus asa
Dan janganlah berduka
Kerna Allah sentiasa di sisimu

Insha Allah
Insha Allah, pasti ada jalan-Nya
Insha Allah
Insha Allah, pasti muncul jalan-Nya

Ada ketika
Kesilapan sering berulang
Hingga terasa lewat untuk berubah
Penuh keliru dan tersalah keputusan
Membelenggu penyesalan dalam minda

Usah putus asa
Dan janganlah berduka
Kerna Allah sentiasa di sisimu

Insha Allah
Insha Allah, pasti ada jalan-Nya
Insha Allah
Insha Allah, pasti muncul jalan-Nya

Kembalilah,
Kepada Ilahi
Yakin pada-Nya
Pohonkan doa, bertawakkallah

Oh ya Allah
Pimpinlah hamba dari kesesatan
Kau Yang Maha Esa
Maka tunjukkan nur kebenaran
Nur kebenaran
Di jalan yang terang
Di jalan yang terang

January 19, 2011

Nikmat Memang Jarang Datang Tapi Mesti Selalu Disyukuri


SENTAP

Mata Suwaibah merenung tepat ke wajah Fasihah, teman baiknya. Merah dan berair. Sebagai sahabat, Fasihah tidak pernah mahu mendesak Suwaibah menceritakan segala penderitaan yang ditanggung sahabatnya itu. Sekadar mampu menjadi pendengar, pendengar yang setia. Fasihah tahu temannya itu baru sahaja diduga dengan ujian yang maha hebat. Tetapi ujian yang hebat hanya diturunkan kepada hamba yang hebat.

"Kamu pun tahu kami agak lewat menerima kehadiran cahaya mata," Suwaibah memulakan bicara. "Sebagai seorang isteri, hadiah apakah yang paling besar boleh kita berikan kepada suami berbanding anak? Kamu pasti masih ingat kan bagaimana gembiranya aku ketika menceritakan berita kehamilanku dulu?" tanya Suwaibah. Ya, aku masih ingat bagaimana Suwaibah bersungguh-sungguh ingin menemuiku bagi menyampaikan berita gembira itu sendiri. Wajahnya bercahaya, matanya bersinar-sinar tanda kegembiraan yang teramat. Bukan macam sekarang, jauh sangat perbezaannya. Aku masih ingat bagaimana pada bulan kedua kehamilannya, Suwaibah beserta suami telah menyediakan bilik baby selengkapnya. Ada almari pakaian khusus dari bayi berumur sebulan sehingga setahun. Ada juga kotak permainan untuk anak-anak dari umur beberapa bulan hinggalah tiga tahun. Semuanya tersusun rapi, mengikut bulan, saiz dan warna. Oh ya, Suwaibah manusia yang paling teratur menyusun kehidupannya pernah kutemui. Rumah Suwaibah sangat kemas. Bahkan paling kemas pernah kulihat. Susunan, perabut, hiasan, warna dan kelengkapan sangat teratur. Bahkan aku pernah terlihat jadual mengemas rumah yang dilekatkannya di pintu peti sejuk secara harian untuk seminggu! Sangat berbeza denganku.

"Apabila Adam lahir, aku merasakan lengkaplah hidupku. Punya suami penyayang, anak yang comel, kediaman yang selesa. Aku sangat bersyukur. Sehinggalah Adam berumur tiga tahun, aku dapati Adam sangat berbeza dengan perangaiku. Adam suka membuat sepah sedangkan aku baru sahaja mengemas. Kalau aku susun sofa, tak sampai lima minit, dia akan tonggang terbalikkan semua bantal. Kalau aku betulkan langsir, Adam akan bergayut padanya. Pernah palang kayunya patah akibat gayutannya. Dan yang paling aku tak tahan, Adam paling pantang bila jumpa kertas. Pasti akan dicarik-cariknya sehingga halus. Kalau paper harian tu, akan dicarik halus, kemudian ditimbun menjadi bukit. Habis paper, dia akan cari majalah dan buku," sambung Suwaibah.

"Bukan tak pernah aku mengajarnya. Bukan tak pernah aku memarahinya. Bahkan banyak kali juga aku cubit dan piat telinganya tiap kali dia membuat sepah. Aku suruh dia berdiri atas kerusi sambil minta maaf dan berjanji tidak buat lagi. Tapi Adam tetap Adam, buat sepah, kena cubit, berjanji tak buat lagi, tapi lima minit lepas tu, seolah-olah dia lupa. Balik-balik aku jugak penat menata rias rumah," kali ni tangisan Suwaibah sirna.

"Suatu hari mak mertua aku call. Dia kata dia nak datang rumah, dah on the way pun. Aku pun apa lagi, bergegas mengemas rumah. Sofa aku susun, langsir aku betulkan, lantai aku sapu. Sembur fabreez buat hilangkan bau yang tak menyenangkan. Bila dah siap semua, aku ke dapur masak mee goreng kegemaran mak mertuaku. Dalam setengah jam semuanya selesai. Aku ke ruang depan, nak pastikan segalanya kemas dan teratur. Kamu tahu apa yang kulihat?" Suwaibah menggantung soalan.

"Apa yang berlaku?" aku bertanya tanpa sabar. "Aku tengok semuanya bersepah. Habis sofa yang kususun sekejap tadi terbalik. Langsir rumahku sudah runtuh, palang kayunya patah. Dan lantai, ya Allah...cebisan kertas bertabur ke seluruh ruang tamu. Pasu bunga, hiasan, semua dah berubah kedudukannya. Dan aku lihat Adam sedang leka mengoyak majalah kesayanganku.

Ammarahku memuncak. Aku jerit sekuat hati kepada Adam. Sangat kuat sehingga Adam kaget. Pasti dia terkejut melihatkan kemarahanku. Adam bingkas berdiri dan berlari keluar rumah. Aku kejar sambil memekik-mekik namanya. Saking takutnya Adam dan marahnya aku, tiba-tiba, Dammm!!! Ada cecair hangat terpercik ke mukaku. Merah dan masih panas. Adam terkapar di hadapan sebuah kereta. Aku terus dapatkan Adam. Terkulai di dakapanku dan tidak bersuara lagi.

Entah dari mana, tiba-tiba aku mendapat satu tenaga. Aku kendung tubuh Adam yang berlumuran darah ke dalam keretaku. Terus menuju ke hospital. Hon kereta aku bunyikan sepanjang jalan. Sampai di hospital, Adam dibawa oleh petugas di sana. Air mataku turun tanpa henti. Dalam hati hanya satu doaku, "Ya Allah, selama ini aku tidak pernah menjadi seorang ibu yang baik, berilah kesempatan untukku menjadi ibunya yang baik, walau hanya sehari..." Banyak mata yang memadangku, tapi tidak aku peduli. Seolah mata-mata itu mengejekku, "baru kini kau menyesal?"

Pintu bilik bedah tiba-tiba terbuka. Seorang doktor keluar diiringi beberapa orang jururawat. "Doktor, bagaimana Adam? Dia tidak apa-apa kan?" tanyaku tidak sabar. "Puan, harap puan banyak bersabar. Kami telah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anak puan. Tetapi Allah lebih menyayanginya. Sabar ye puan." Suara lembut doktor itu terasa umpama halilintar membelah jantungku. Dunia terasa gelap, ringan dan sangat sunyi...

Jemaah surau baru sahaja pulang. Suami dan ahli keluarga lain mulai masuk tidur. Berlainan denganku. Aku terasa sangat sunyi, bagai bumi setelah dilanda bencana, diamuk buana dan dilanggar geruda. Setiap sudut aku terlihat Adam. Di sofa itulah Adam selalu sepahkan kusyennya dan melompat-lompat. Di langsir itulah Adam selalu bergayut seperti tarzan. Di hadapan televisyen itulah tempat kegemaran Adam mengoyak kertas. Dan satu demi satu kenangan melintas di depan mataku. Lintasan itu semakin cepat dan laju dan kembali jelas pada peristiwa pagi tadi. "Kertas!" suaraku hampir berdesis. Kakiku melangkah deras ke tempat sampah di hadapan rumah. Aku punggah tong sampah dan segala isinya. Dan aku jumpa kertas terakhir yang disiat Adam. Bagai menatang emas sebongkah, cebisan kertas itu ku bawa ke hadapan rumah. Lalu kutabur tinggalan terakhir Adam, "Mengapakah aku tidak melihatnya cantik ketika aku berkesempatan untuk memujinya. Maafkan ibu, Adam..." Dan kini aku menyesal.









January 13, 2011

RENCANA

Masa zaman sekolah dulu, maybe ade di kalangan pembaca yg pernah merasa zaman pelajaran "Rencana". Alah, subjek tu mudah jer, ada buku khas yang kene beli time awal sesi persekolahan, belah atas muka surat ruang kosong buat lukis gambar, belah bawah lak ada garisan merah biru untuk tulis karangan. Karangan tu takdelah panjang2, pendek jer. Karangan biasanya kisah apa yang berlaku petang semalam. Dan karangan dimulai dengan ayat, "Hari ini hari Rabu. Cuaca hari ini cerah. Pada petang semalam...". Masa kursus kat Langkawi tahun lepas, aku sempat duduk borak ngan Pengerusi JKKK Parit Baru, bekas pegawai kat Pejabat Pelajaran. Sidang ni bagitau yang zamannya, subjek tu dipanggil "Perkhabaran". Apa2 pon, harini marilah kita sama2 flash back balik subjek ini semula...

"Hari ini hari Khamis. Cuaca hari ini cerah. Semenjak awal tahun 2011 ini, pejabat kami tiada boss besar. Boss besar telah berpindah ke pejabat baru sebab naik pangkat. Buat masa ini, tugas2 bos ditanggung oleh sorang pegawai lain. Pegawai ini sememangnya sedang menanggung tugas satu lagi pegawai. Jadi kami panggil pegawai tersebut dengan pegawai gred 148. Hari ini pegawai gred 148 telah me'round' ke semua unit. Saya telah masuk ofis lewat. Assistant saya pula menghadiri sesi temuduga di Putrajaya. CC saya pula sedang keluar minum pagi. Saya agak malu dengan pegawai gred 148 tersebut. Dia telah menegur saya secara direct yang kakitangan hendaklah bergilir semasa minum pagi. Alangkah malunya saya...Nasib baik LNPT saya tidak dinilai oleh beliau...Sorry pegawai gred 148...Sekian laporan saya."

January 11, 2011

Kalau Dah Dasar...

Kalau Dah Dasar Pemalas...

Adapun tertulislah sebuah kisah mengenai Pak Pandir dan Mak Andeh yang hidup sekadar-kadarnya sahaja. Adapun mereka ini tidaklah menjadi kaya bukan kerana negeri tempat duduk menetap mereka miskin atau pun mundur, bahkan dek kerana kadar kemalasan tahap cipan Pak Pandirlah jua. Suatu hari Pak Pandir mengikut Mak Andeh mencuci pakaian di tepian sungai. Bukanlah tujuan Pak Pandir hendak menemankan isterinya yang tercinta itu, apatah lagi membantunya mencuci pakaian, tetapi hajatnya untuk mengintai Kak Limah jua adanya. Tapi apakan daya, Mak Limah tak turun ke sungai pagi itu sebab mengikut anaknya melawat Zoo Negara.

Kecewa, Pak Pandir sekadar mencangkung atas batu besar sambil melempar2 batu kecil ke dalam sungai. Mak Andeh tak tahu apa niat sebenar suaminya. Tiba2 terlihat sebatang pohon pisang sedang hanyut dibawa arus. Mak Andeh berteriak, "Bapaknya, tu pokok pisang hanyut. Cuba awak dapatkan. Nanti kita tanam, berbuah, senanglah saya buatkan pengat pisang kegemaran awak. Tak payahlah awak curi2 kat kebun Lebai Mal lagi." "Ye tak ye jugak. Aku ingat dah tua2 ni nak tobatlah dari kerja mencuri ni," bisik hati Pak Pandir. Sambil tu terngiang2 ceramah Ustaz Fizzi bahawa mencuri hukumnya haram, mendapat dosa, masa Pak Pandir terbongkok2 pilih selipar untuk dirembat kat surau malam Jumaat lepas.

Tanpa berlengah, Pak Pandir terus terjun ke dalam sungai menuju ke arah batang pisang yang sedang hanyut. Pantas dipautnya batang pisang tersebut dan dibawanya ke tepian ibarat menyelamatkan orang lemas. Sampai jer di tebing, Pak Pandir terlentang kepenatan. Instead mendapatkan sang suami, Mak Andeh terus terjah ke pokok pisang. Kecik hati Pak Pandir. "Hah, sekarang bolehlah kita tanam pokok pisang ni. Esok2 dah berbuah, boleh buat cekodok pisang," kata Mak Andeh girang. "Huish, cekodok je yg awak ingat. Saya tak gemo cekodok, awak buat pengat. Pengat, ingat, pengat," sengaja distresskan perkataan pengat. "Iyelah, tembolok awak jer yang nak diikutkan. Saya ni nak cekodok pisang bukan sebab ikut selera saya saja tau. Ni pembawaan budak dalam perut ni," jawab Mak Andeh sambil usap perut seolah2 merajuk.

"Yelah2, apa kata kita potong pokok ni jadi dua. Masing2 tanam pokok pisang ni. Nanti bila dua2 berbuah, awak boleh buat pengat dengan cekodok. Baru adil," akhirnya idea bernas muncul di benak Pak Pandir yang selalunya benak. "Bak mai parang saya tu," arahnya kepada Mak Andeh. Muncung Mak Andeh sirna. Parang disua kepada sang suami. Batang pisang dipotong dua.

"Kalau aku ambil sebelah pangkal, pastilah banyak kerja aku nanti. Sebabnya aku kena siram dan baja pokok tu nanti. Dah bahagian tu belah pangkal mestilah lambat nak tumbuh dan besar. Maknanya lambat lagilah aku nak merasa pengat pisang. Baik aku ambil belah pucuk, sebab buah kuar tang pucuk, bukan pangkal," fikir Pak Pandir. "Maknye, awak ambik bahagian pangkal ni. Pandai2lah awak tanam dan jaga pokok pisang awak ye. Moga2 cepatlah pokok awak berbuah dan dapatlah awak buat cekodok awak nanti," saran Pak Pandir sambil dapatkan bahagian pucuk.

Masing2 kemudian tanam bahagian pokok mereka. Bukan kat depan rumah atau belakang, bahkan di tepian sungai itu jua. Tiap hari, lepas mencuci pakaian, Mak Andeh akan menyiram dan menjaga pokok pisangnya. Pak Pandir? jarang2 dia menjenguk tepian sungai. Bukan apa, semangatnya hilang semenjak dia dapat tahu Mak Limah dah beli mesin basuh semasa balik melawat Zoo Negara haritu. Agak2nya, apakah pengakhiran kisah ini?

  1. Pokok pisang Mak Andeh berbuah dan pokok pisang Pak Pandir tidak sebab tidak berbela?
  2. Pak Pandir terpaksa merayu Mak Andeh untuk membuatkan pengat pisang kegemarannya?
  3. Pak Pandir insaf, tak mahu mencuri dan mementingkan diri sendiri lagi?
  4. Pak Pandir mula bercucuk tanam? atau,
  5. Pak Pandir mendekatkan diri ke surau dan sering mengikuti kelas pengajian yang dijalankan di sana?
Jawapannya, kedua2nya tetap tidak dapat merasa kuih/masakan kegemaran masing2 sebab dua2 salah dalam cara2 menanam pokok pisang. Mana ada orang tanam pokok pisang daripada keratan batang? Itulah, dulu suruh belajar subjek Alam dan Manusia main2...tanam pisang ikut anak pokok dialah...
Tanam anak dia, bukan keratan batang tau...

December 14, 2010


Alkisah si setan...

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian bersih, berwuduk dan sedang berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh lalu pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah.

Di rumah, dia berganti baju, berwuduk, dan, LAGI, berjalan menuju masjid. Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama!

Namun dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwuduk dan berjalan menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda”. Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawapannya sama. Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.

Lelaki itu menjawab, "Aku adalah IBLIS (Syaitan)”. Si Pemuda terkejut dgn jawapan lelaki itu. Setan kemudian menjelaskan, "Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa-dosamu. “Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid. Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga, jangan–jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk kampung kamu dan oleh itu aku harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dgn selamat.”


Moral:
Jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .

December 1, 2010


Hanya Jauhari....


Suatu hari Zunnun telah datang ke sebuah kampung untuk berdakwah. Beliau adalah seorang ilmuan agung yang sangat sederhana penampilannya. Berbanding namanya yang masyhur, Zunnun sangat sederhana dalam berpakaian seperti orang biasa. Setelah menyampaikan kuliahnya, seorang pemuda datang menemuinya. "Wahai tuan, saya ada satu kemusykilan yang ingin ditanyakan kepada tuan," begitu soalan si pemuda. "Tanyalah wahai anak muda. Semoga Allah membantuku menjawabnya," jawab Zunnun. "Begini wahai tuan. Saya telah mendengar orang ramai menyebut tuan sebagai seorang ulama' besar. Bahkan sebelum tuan tiba ke kampung ini lagi, nama tuan disebut-sebut oleh penduduk di sini. Tetapi saya melihat tuan tak ubah seperti kami, rakyat biasa. Maksud saya, pakaian dan penampilan tuan amat sederhana sekali, tidak sepadan dengan sebutan nama tuan yang masyhur," soalnya. "Oh begitu. Sebelum aku menjawab soalan kamu, bolehkah kamu melaksanakan permintaanku?" sahut Zunnun. Si pemuda mengangguk setuju. "Kamu ambil cincinku ini dan bawalah ke pasar sana. Tawarkan cincin ini kepada orang ramai dengan harga tidak kurang daripada sekeping emas. Setelah kamu berjaya, pulanglah menemuiku dan aku akan menjawab soalanmu tadi," syarat Zunnun.


Si pemuda mengambil cincin tersebut sambil menuju ke pasar. Puas ditawar cincin Zunnun kepada setiap peniaga dan pengunjung pasar, tetapi masing2 tidak berminat dengan harganya. Kalau ada pun, seorang penjual ikan menawarkan dengan harga sekeping wang perak. Si pemuda terpaksa menolak tawaran penjual ikan. Jauh di dalam hati pemuda itu berkata,"Melihatkan cincin yang berkarat dan tidak menarik ini, mustahil ada yang mahu membelinya dengan sekeping wang emas." Akhirnya si pemuda pulang menemui Zunnun dengan membawa cincin yang tidak laku.


Pemuda tersebut menceritakan perihal cincin yang tidak dapat ditukarkan dengan wang emas kepada Zunnun. "Baiklah. Sekarang kamu pergi ke sebuah kedai emas di pekan sana. Kamu tanyakanlah sesiapa yang mahu menukarkan cincin ini dengan sekeping emas," arah Zunnun. Si pemuda lantas menuju ke kedai emas. Setibanya dia di sana, diunjukkan cincin Zunnun kepada pemilik kedai sambil menawarkan harga sekeping wang emas. Alangkah terkejutnya si pemuda apabila pemilik kedai menawarkan harga seratus keping emas. Bahkan beberapa pelanggan di kedai emas juga turut berminat dengan menawarkan harga yang tinggi kepada si pemuda. Si pemuda memohon agar penjualan tersebut ditangguhkan kerana dia ingin mendapat kebenaran daripada Zunnun, pemilik cincin.


Si pemuda pulang dengan hati yang girang. "Tuan, sungguh para peniaga dan pengunjung pasar tidak tahu menilai cincin ini. Mereka hanya menilai luaran cincin dan sanggup menawarkan harga sekeping perak. Sedangkan di kedai emas, mereka benar-benar mahir tentang keistimewaan cincin ini. Mereka meletak sehingga seratus keping wang emas!" demikian dikisahkan oleh si pemuda. Sambil tersenyum Zunnun berkata, "Nah, itulah jawapanku untuk soalanmu pagi tadi. Rupa paras luaran tidaklah menunjukkan nilai sebenar sesuatu itu. Demikianlah juga kita sebagai manusia. Ramai yang tersalah anggap dengan pandangan mata sedangkan hanya pandangan hati dan imanlah yang paling tepat. Bak kata pepatah lama, 'Hanya Jauhari Mengenal Manikam."

November 18, 2010


Ingatkan nak buat pahala...

"Try Pakcu ceritakan ape yang berlaku," tanya cik Diana demi melihatkan Pakcunya yang datang ke rumah dengan berjalan kaki. 'Panjang ceritanya' itulah jawapan Pakcu dari tadi. Begini kisahnya...

"Malam tadi lepas Pakcu lepak2 kat kedai Wak Deniel lepas dari surau, Pakcu lalu Jalan Ilham. Ko kan tau itu jalan pintas ke rumah Pakcu," Pakcu benti sekejap sambil minum air Ribena yg cik Diana sediakan. "Kelas ko Di, hidang air ribena. Bukan mcm Liza tu, asyik2 air sirap je." mengarut lak org tua ni. "Iyelah, ape cerita selanjutnya pakcu?" cik Diana makin tak sabar dgn pakcu.

"Oh ya, time aku lalu jalan tu, aku nampak ada sorang pakcik berdiri kat sebelah motor dia. Pakcik tu pakai baju melayu putih, siap berserban bagai. Aku ingat dia baru balik mesjid kut. So, aku bentilah tanya dia nape berdiri kat tepi jalan sensorg," sambung pakcu. "Dia kata motor rosak. Aku yg sememangnya berhati mulia ni offerlah nak hantar dia balik. Dia kata nanti kejap, nak ambik barang kat motornya. Memang dia bongkok kat tepi motor sambil capai sesuatu. Ko tau ape dia benda tu?" pakcu pause jap, tersedak kut minum ribena campur ais cream soda cik Di. "Mana saya tau, pakcu belum abiskan cerita paksu lagi," kadang2 Di memang jengkel ngan perangai pakcu, nak suspen tak tentu pasal.

"Benda yg dia capai tu parang panjang ko tau. Terkejut aku tgkkan parang tajam berkilat. Aku pun lompat dari motor aku. Sambil berlari aku toleh ke belakang, manalah tahu pakcik bangang tu tertinggal pat lima tiang ke. Rupanya pakcik tu masih sempat kejar aku. Aku ingat selaku bekas johan lumba lari rumah merah darjah pat dulu, mestilah dia makan asap jer kan? Rupanya pakcik tu masih dapat kejar pakcu," Pakcu tersengih2 lagi. Cik Di malas nak layan senyuman kambing itu.

"Alah, kamu janganlah merajuk, pakcu series ni...,"pakcu takut kalau cerita sensasinya tidak mendapat layanan Cik Di. "Haa, tahu pun...cepatlah teruskan,"sahut Cik Di sambil betulkan tudung Ariani yg berliplap glamer. Tudung tu dibeli buat menyaingi CC kat opisnya yang ala2 diva gitu. "Pakcu pun double up the speed tp nampak gayanya pakcik bangang tu ade keturunan Rabuan Pitlah pakcu rasa. Bila org tua tu dah dekat ngan pakcu, pakcu rasa takde harapanlah nampak gayanya, mesti pakcu kene libas ngan parang ni. Masa tu mulahlah teringat kat makcu ko, sapelah yg kawen ngan dia nanti," Pakcu ni, sempat lagi melawak...

"Tiba2 dalam samar2 tu, pakcu ternampak parit besar kat depan. Mau tak mau, pakcu terjun dalam parit tu. Dalam jugak parit tu, penuh dengan air sbb petang tadi hujan lebat," pakcu berenti cerita sekejap, habiskan ribena special sambil minta direfill. "Ko tau, pakcu tenggelam takat dagu, sikit lagi nak lemas," suara pakcu tercungap2, almaklum pakcu pun dalam kategori rendang. "Kira pakcu terselamatlah?" Cik Di cuba membuat kesimpulan bagi cerita pakcu. "Tak... belum habis lagi. Pakcik tu tiba2 libas2kan parang panjang dia ke dalam parit. Huh, highly determined sungguh dia itu. Pakcu selam, tapi lima saat jer tahan. Dahtu timbul balik. Pakcik tu terus melibas air parit. Pakcu tawakkal jer, time tu teringat kat ko Di, ko kan belajar sekolah agama dulu, pakcu terus baca alfatihah bila teringatkan ko," pakcu tunduk. Cik Di tak jadi ketawa.

"Lepas beberapa minit tiba2 pakcik tu berenti melibas parang dia. Agaknya dia mengah kut. Dia bangun dan terus pergi. Pakcu diamkan diri kejap. Bila dah agak2 selamat, pakcu keluar dari parit tu. Dari jauh pakcu nampak pakcik gila tu sorong motor pakcu. Parang panjang nampak bergantung kat tangan sebelahnya. Di sebelahnya ada kelibat sorang lelaki menyorong motor pakcik tu yg digunakan sbg prop umpan nak merompak mangsa. Sedih ko Di, walaupun motor aku tu bukanlah baru sangat, tapi dah abis bayar down payment tu," Pakcu terus tundukkan pandangannya ke kuih batang buruk yg Cik Di beli daripada Azimah.

"Sabar pakcu, sabar," itu ajelah pujukan yg mampu Cik Di cakap pada pakcunya. "Aku ni bukan apa, ingatkan nak buat pahala, rupanya mendapat bala," pakcu teruskan sesi meluahkan emosi. "Well, let's see from a different perspective okay, at least pakcu dapat beli motor baru kan?"Cik Di cuba tiru kata2 motivasi Dr HM Tuah kat Selangor fm. "Ha'ah, betul kata ko Di. Kalau tak, haram kakak ko nak bagi aku beli scrambler kat rumah tu..." Pulak...

October 29, 2010


Kan dah menyesal...

Aku J. Kisah yang aku nak ceritakan ni benar2 berlaku dalam hidupku. Dulu aku ada mak dan ayah serta 2 orang adik yg masih kecik2. Dan aku nak cerita pasal mak aku, yang baru meninggal dunia beberapa bulan yg lalu. Macam ni kisahnya...

Masa tu aku akan menikah dalam dua bulan lagi. Biasalah, orang kalau bakal nak jadi raja sehari ni, part shopping2 nak wat persiapan mestilah excited gile kan. Disebabkan aku ni bekerja, so masa nak keluar shopping dgn 'gula2 hati' (sweetheart) tu agak terbataslah, kene bajet betul2. Kebetulan jugak, mak memang tak berapa sihat masa tu. Katanya asyik sakit kepala jer. Dah check ke hospital tapi doktor kata takde darah tinggi ke, kencing manis ke. Jadi aku amik kesimpulan mak memang sakit orang tua. Dan aku sebagai anak sulung, kenalah amik tugas mengurus rumah daripada mak secara automatik.

Hari tu aku memang dah plan ngan gula2 hati nak kuar shopping baju pengantin. Plan pun dah lama gak, dapat cuti. Dari pagi aku dah masak utk mak dan adik2. Aku bagitau mak plan nak kuar shopping kat Jalan TAR ngan gula2 hati. Tapi jawapan mak agak mengejutkan. "Tak payahlah kamu keluar harini J. Mak rasa tak sihat sangat harini. Lagipun tarikh majlis korang berdua tu kan lambat lagi, ada dua bulan lagi. Kamu duduk rumah ye, temankan mak," camtu kata mak penuh harap.

"Tapi mak, J dah plan utk kuar lama dah, baru harini boss kat opis bagi J cuti. Lagipun, dua bulan tu bukannya lama sangat mak, pejam celik pejam celik dah sampai harinya. Nanti mak jugak yang risau, ayah jugak yg marah. J janji J kuar kejap jer, lepas zohor dalam pukul 2 ke 3 ke J sampailah rumah balik. Mak jangan risau pasal makan minum adik2, J dah siapkan semuanya. Izinkan J keluar ye mak..."aku memujuk mak. Mak angguk, mengalah. Tapi ada sedikit kelat di wajah mak.

Masa nak keluar, macam biasa aku salam tangan mak, aku cium mak, mintak restu agar selamat perjalanan, dijauhkan segala musibah. Mak sambut salamku, terus dipeluknya aku erat2, seolah2 mak taknak lepaskan aku lagi. Aku bingung. Aku tanya mak,"Kenapa ni mak, kenapa mak menangis? Kan J dah janji J akan balik cepat. J sayang mak." "J, jaga diri baik2. Bawak kereta tu hati2. Tak payahlah terkejar2. Kamu jangan risaukan mak ye, adik2 kamu ada di rumah, boleh tengok2kan mak. Ingat tau pesan mak, hati2," air mata mak masih deras. Dan aku melangkah keluar dgn hati yg amat berat.

Baru sejam aku sampai kat kedai baju pengantin, hp aku berbunyi. Nombor rumah. Dari hujung talian terdengar suara adik. "Kak, cepat balik kak. Mak...mak...," suara adikku yg bersekolah rendah terputus2 dek sendu, macam lepas menangis. "Kenapa dik, cuba bagitau akak kenapa dengan mak?" aku makin cemas, suspense. "Mak...mak kita dah tak ada kak..."sampai situ je suara adik aku dgr. Hp aku terlepas dari tangan, pandangan aku kabur tiba2. Gula2 hati pantas sambut aku, then dia kutip hp yg dah separuh berkecai terhempas.

Sampai rumah, beberapa org jiran dah berkumpul. Ayah pun dah pulang dari pejabat. Lepas salam ayah, aku berlari mendapatkan mak. Di sebelah jenazah mak, adik2ku duduk berteleku membisu. Air mata masih menitis di pipi mereka. Oh, kasihan adik2ku yg masih kecil. "Kak, tadi lepas akak keluar, mak kata mak nak tidur sekejap. Dia pesan jangan buat bising. Sampai dekat zohor, kami rasa lapar. Kami kejutkan mak, nak ajak mak makan sama2. Kami kejut mak, panggil nama mak. Tapi mak tak bangun. Kami tolak2 badan mak, panggil mak kuat sikit, tapi mak terus tidur. Kami jadi takut, kenapa mak tak mau bangun. Adik pergi rumah Mak Senah, panggil Mak Senah. Bila Mak Senah pegang muka mak, katanya badan mak dah sejuk. Mak Senah kata mak dah tak ada. Adik tak percaya, mak takkan tinggalkan kita kan kak, sebab kita sayang mak kita kan. Mak cuma nak rehat, nak tidur. Nanti mak mesti bangun kan kak?" Adik terus goyang2kan lengan aku. Aku cuma terdiam.

Kemudian aku jumpa ayah. Aku tahu ayah sedih atas kehilangan mak walau ayah tidak menangis. Setelah selesai segala urusan jenazah mak, ayah mengumpulkan kami adik beradik. "J, kamu harus menerima kenyataan ini dengan ridha. Kerana setiap yang hidup itu pasti akan mati. Mak kamu telah terlebih dahulu meninggalkan kita. Kita semua bersedih atas perkara itu. Tapi kita harus bersatu menghadapinya. Kamu sebagai kakak yg sulung harus kuat dan bantu adik2mu," demikian pesan ayah. "Ayah, bukan itu yg menyusahkan hati J. Tapi mak seakan berat untuk membenarkan J keluar masa itu. J terkenangkan bagaimana mak pergi ketika J tiada di sisi. Padahal J sentiasa di sisi mak selama mak sakit, tapi tidak ketika mak pergi. J rasa sangat bersalah, ayah..."dan air mataku gugur lagi. "Janganlah kamu bersedih dan menyiksa dirimu anakku. Segalanya telah ditetapkan oleh Allah. Mungkin Dia tidak mahu kamu menyaksikan perpisahan yg amat berat untuk ditanggung oleh seorang anak. Ridhakanlah perpisahan ini dan doakan kesejahteraan ibumu di sana. Ayah yakin mak pasti ridha ke atasmu atas khidmatmu kepadanya selama ini. Semoga sahaja anakku, kamu beroleh sebaik2 balasan dan dikurniakan keberkatan sepanjang hidupmu," pujuk ayah tidak henti. Dan sehingga kini masih bersisa penyesalan itu...

October 28, 2010


Mencikkk...

An Indonesian, a Bangladeshi and a Malaysian are in the bar one night having a beer.

The Indon fnishes his beer and suddenly throw his glass in the air, pulls out a gun and shoot the glass into pieces. He brags, "In Jakarta our glasses are so cheap that we don't need to drink from the same one twice."

The Bangla is obviously impressed. When he finished his beer, he trow his glass into the air, pull out his gun and shoot the glass into pieces. He says,"In Dhaka we have so much sand to make the glasses that we dont need to drink from the same glass twice either."

The Malaysian, cool as a cucumber finished his drink, throw his glass into the air, pull his gun and shoot the Indon and the Bangla. He says,"Tiu Nia Ma! In KL we have so many Indon and Bangla that we dont need to drink with the same ones twice."

p/s: moral of the story anyone?

October 18, 2010


Dialog puaka...





Marilah kita bersama-sama meneliti perbualan 3 orang budak yg hado ni;

A (anak Tok Sidang) : Korang tau, bapak aku adalah seorang yg sangat hebat. Dia pernah dipanggil mengadap Menteri Besar. (Sambil mengembangkan lubang hidungnya, padehal MB panggil bapak dia sbb nak tanya mane bilik air masa lawatan mengejut skodeng pencuri pasir jer).

B (Anak Pak Lurah) : Alah, takdelah hebat sangat tu. Bapak aku lagi hebat, dia pernah dipanggil mengadap sultan. (Buat2 kembangkan cuping telinganya yg sedia capang, ini lagi hampeh, tuanku angkat tangan time nak berangkat pulang time bulan puasa dulu kat hadirin semua, bapak dia perasan lak).

C (anak orag kampung biasa) : Bapak2 korang memang hebat. Bapak aku cuma dipanggil menghadap Tuhan jer. Itulah pasal dia pergi tak kembali. (Sambil menitiskan air mata)

ah, mencikkk