Kalau Dah Dasar Pemalas...
Adapun tertulislah sebuah kisah mengenai Pak Pandir dan Mak Andeh yang hidup sekadar-kadarnya sahaja. Adapun mereka ini tidaklah menjadi kaya bukan kerana negeri tempat duduk menetap mereka miskin atau pun mundur, bahkan dek kerana kadar kemalasan tahap cipan Pak Pandirlah jua. Suatu hari Pak Pandir mengikut Mak Andeh mencuci pakaian di tepian sungai. Bukanlah tujuan Pak Pandir hendak menemankan isterinya yang tercinta itu, apatah lagi membantunya mencuci pakaian, tetapi hajatnya untuk mengintai Kak Limah jua adanya. Tapi apakan daya, Mak Limah tak turun ke sungai pagi itu sebab mengikut anaknya melawat Zoo Negara.
Kecewa, Pak Pandir sekadar mencangkung atas batu besar sambil melempar2 batu kecil ke dalam sungai. Mak Andeh tak tahu apa niat sebenar suaminya. Tiba2 terlihat sebatang pohon pisang sedang hanyut dibawa arus. Mak Andeh berteriak, "Bapaknya, tu pokok pisang hanyut. Cuba awak dapatkan. Nanti kita tanam, berbuah, senanglah saya buatkan pengat pisang kegemaran awak. Tak payahlah awak curi2 kat kebun Lebai Mal lagi." "Ye tak ye jugak. Aku ingat dah tua2 ni nak tobatlah dari kerja mencuri ni," bisik hati Pak Pandir. Sambil tu terngiang2 ceramah Ustaz Fizzi bahawa mencuri hukumnya haram, mendapat dosa, masa Pak Pandir terbongkok2 pilih selipar untuk dirembat kat surau malam Jumaat lepas.
Tanpa berlengah, Pak Pandir terus terjun ke dalam sungai menuju ke arah batang pisang yang sedang hanyut. Pantas dipautnya batang pisang tersebut dan dibawanya ke tepian ibarat menyelamatkan orang lemas. Sampai jer di tebing, Pak Pandir terlentang kepenatan. Instead mendapatkan sang suami, Mak Andeh terus terjah ke pokok pisang. Kecik hati Pak Pandir. "Hah, sekarang bolehlah kita tanam pokok pisang ni. Esok2 dah berbuah, boleh buat cekodok pisang," kata Mak Andeh girang. "Huish, cekodok je yg awak ingat. Saya tak gemo cekodok, awak buat pengat. Pengat, ingat, pengat," sengaja distresskan perkataan pengat. "Iyelah, tembolok awak jer yang nak diikutkan. Saya ni nak cekodok pisang bukan sebab ikut selera saya saja tau. Ni pembawaan budak dalam perut ni," jawab Mak Andeh sambil usap perut seolah2 merajuk.
"Yelah2, apa kata kita potong pokok ni jadi dua. Masing2 tanam pokok pisang ni. Nanti bila dua2 berbuah, awak boleh buat pengat dengan cekodok. Baru adil," akhirnya idea bernas muncul di benak Pak Pandir yang selalunya benak. "Bak mai parang saya tu," arahnya kepada Mak Andeh. Muncung Mak Andeh sirna. Parang disua kepada sang suami. Batang pisang dipotong dua.
"Kalau aku ambil sebelah pangkal, pastilah banyak kerja aku nanti. Sebabnya aku kena siram dan baja pokok tu nanti. Dah bahagian tu belah pangkal mestilah lambat nak tumbuh dan besar. Maknanya lambat lagilah aku nak merasa pengat pisang. Baik aku ambil belah pucuk, sebab buah kuar tang pucuk, bukan pangkal," fikir Pak Pandir. "Maknye, awak ambik bahagian pangkal ni. Pandai2lah awak tanam dan jaga pokok pisang awak ye. Moga2 cepatlah pokok awak berbuah dan dapatlah awak buat cekodok awak nanti," saran Pak Pandir sambil dapatkan bahagian pucuk.
Masing2 kemudian tanam bahagian pokok mereka. Bukan kat depan rumah atau belakang, bahkan di tepian sungai itu jua. Tiap hari, lepas mencuci pakaian, Mak Andeh akan menyiram dan menjaga pokok pisangnya. Pak Pandir? jarang2 dia menjenguk tepian sungai. Bukan apa, semangatnya hilang semenjak dia dapat tahu Mak Limah dah beli mesin basuh semasa balik melawat Zoo Negara haritu. Agak2nya, apakah pengakhiran kisah ini?

- Pokok pisang Mak Andeh berbuah dan pokok pisang Pak Pandir tidak sebab tidak berbela?
- Pak Pandir terpaksa merayu Mak Andeh untuk membuatkan pengat pisang kegemarannya?
- Pak Pandir insaf, tak mahu mencuri dan mementingkan diri sendiri lagi?
- Pak Pandir mula bercucuk tanam? atau,
- Pak Pandir mendekatkan diri ke surau dan sering mengikuti kelas pengajian yang dijalankan di sana?
Jawapannya, kedua2nya tetap tidak dapat merasa kuih/masakan kegemaran masing2 sebab dua2 salah dalam cara2 menanam pokok pisang. Mana ada orang tanam pokok pisang daripada keratan batang? Itulah, dulu suruh belajar subjek Alam dan Manusia main2...tanam pisang ikut anak pokok dialah...
Tanam anak dia, bukan keratan batang tau...
hahahaha....siti hampir terjawab...
ReplyDelete#1 Pokok pisang Mak Andeh berbuah dan pokok pisang Pak Pandir tidak sebab tidak berbela?
tapi mesti bukan macam tu kan.
jawapan dah diberikan di akhir post. dua2 kene pi belajar ilmu pertanian @ al 'ulum iqtisodiyyah.
ReplyDelete