February 23, 2012

Kisah beliung dan Teh
Adapun dikisahkan pada sutu masa dahulu terdapat seorang penebang pokok yang terkenal. Dia bersama kapaknya pasti dapat membereskan segala kerja menebang pokok dalam masa yang singkat. Maka banyaklah undangan menebang pokok yang diterimanya menjadikan perkhidmatannya menjadi sangat masyhur di serata tempat. Sehinggalah pada suatu hari sang penebang dipanggil menebang sebatang pokok yang besar.
Sebagaimana biasa, sang penebang memulakan pekerjaannya di awal pagi. Ditakik sekeliling pokok dan dia pun memulakan hayunan beliungnya dengan keras. Beberapa ketika, pokok tersebut masih belum juga tumbang. Hatinya menjadi runsing memikirkan pokok tersebut masih juga tegak gagah, sedangkan hari semakin tinggi dan tenaganya telah banyak diperas. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk berhenti buat hari tersebut.
Keesokan harinya, sang penebang pokok menyambung kerjanya yang terbengkalai semalam. Setelah beberapa ketika, pokok tersebut masih juga berdiri gagah tidak mahu tumbang. Sang penebang semakin bingung dan hampir berputus asa. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah khidmatnya dia tidak dapat menumbangkan pokok yang ditebangnya. Akhirnya dia berhenti dan pulang ke rumah. Di dalam hatinya dia berkata;"Agaknya setakat ini sahaja Allah menghendaki aku menjadi penebang pokok. Mungkin aku perlu mencari punca rezeki yang lain pula."
Di pertengahan jalan, sang penebang pokok disapa oleh seorang lelaki tua, "Wahai anakku, mengapakah kamu aku lihat berduka nestapa? Apakah yang telah berlaku?". "Wahai rangtua, dahulu aku adalah seorang penebang pokok terkemuka. Akan tetapi mulai kelmarin, Allah tidak lagi menghendaki aku meneruskan pekerjaan itu, pokok yang cuba tumbangkan tetap berdiri kukuh biar aku telah menggunakan segala tenaga dan kemahiranku," jawab sang penebang pokok. "Bawalah kemari beliungmu itu, anakku," pinta si tua. "Nak, lihatlah beliungmu ini, tidak lagi tajam berkilat. Dahulunya beliung ini sangat tajam, segala kayu dapat ditumbang dan dibelahnya. Tetapi aku pasti kamu terlupa mengasahnya sehingga ia menjadi tumpul dan tidak mampan menjalankan perannya," si tua menyatakan penelitiannya. Sang penebang pokok terpana, bagaikan baru pertama kali dia mendengar nasihat sebaik itu...dari seorang pak tua...
Moralnya, kadang-kadang kita perasan sendiri bahawa kita sudah sangat mahir dengan pekerjaan kita. Sehinggakan jika disaran ketua untuk menambah ilmu dan kemahiran pun kita ingkar. Sedarkah kita bahawa bakat dan kemahiran perlu diasah suapaya terus bersinar dengan gemilang. Ibarat kapak yang tajam jika digunakan setiap hari pun perlulah terus diasah. Jika kapak yang mulanya tajam tetapi terus digunakan setiap hari dan lupa untuk diasah, pastilah suatu hari nanti luntur fungsinya.
Anekdot ini bolehlah juga diibaratkan seperti meminum seteko teh. Pada mulanya teh dituang, pastilah teh yang enak, cantik dan sedap yang kita dapat, kita tuang dan terus menuang sehingga kita terlupa untuk mengisinya semula. Pada waktu teko hampir kosong, apa yang kita dapat adalah serdak dan hampas teh yang pastinya tidak sedap dan tidak boleh diminum pun. Oleh itu, sentiasalah menambah kemahiran, tidak kiralah sebagai pekerja, suami, isteri, ibu, bapa, bos apatah lagi hamba-Nya.

February 21, 2012

Belon?
Pak Hardi menolak trolley jualan belonnya masuk ke taman permainan kawasan elit itu. Beberapa bule (orang putih) menoleh memandangnya. Kehadiran Pak Hardi bukanlah sesuatu yang menghairankan, bahkan sangat dinanti-nantikan oleh anak-anak. Sebaik sahaja Pak Hardi berhenti di sudut taman permainan itu, anak-anak menyerbu mendapatkannya. Masing-masing membeli belon yang bermacam warna itu. Setelat puas bermain, mereka akan melepas belon ke udara, bertanding belon siapakah yang paling tinggi di angkasa.
Pak Hardi berasa puas melihatkan anak-anak tertawa riang, dan dia adalah sebahagian daripada sebab keriangan itu. Sehiris senyuman tersuging di bibirnya. Tiba-tiba matanya terlihat seorang anak yang sedikit terpojok, kurang lincah dan tidak mahu bermain bersama anak-anak lain. Pak Hardi mendekat seraya bertanya,"Kenapa kamu pakcik lihat menjauh dari teman-temanmu, nak?" "Pakcik, aku hanya akan bersam temanku andai aku memiliki belon yang terbangnya setinggi langit, dan belon itu mestilah berwarna hitam. Bolehkah pakcik mendapatkan belon seumpama itu buatku, Pakcik?" jawab si kecil. "Boleh, tetapi mengapa mesti hitam? Apa lebihnya belon hitam?" soalan tambahan Pak Hardi tak mampu menyembunyikan rasa ingin tahunya.
"Cuba pakcik lihat belon-belon lain. Semua warna telah mereka miliki, yang merah terbang lebih tinggi daripada hijau, kuning, biru dan putih. Saya pasti belon hitam pasti lebih gagah, lebih kuat dan akan terbang lebih tinggi berbanding yang lain," jelas si kecil penuh semangat. Pak Hardi mengangguk dan menyerahkan belon hitam kepada si anak. Lantas belon hitam dilepas naik ke udara. Terpancar riak kebahagiaan di wajah sang anak pabila dia mengangkasakan belon hitam itu.
Pak Hardi mengelus lembut belakang si anak seraya bersuara," Nak, lihatlah kepada belon. Semua belon adalah sama, semuanya terbang ke angkasa bila dilepas. Tidak kiralah belon merah, hijau, biru mahupun hitam. Apa yang membuat belon terbang bukanlah warnanya, tetapi isinya, samada ianya gas helium, nitrogen atau oksigen. Makanya anakku, apa yang menjadikan manusia berjaya bukanlah sifat luarannya, rasnya, warna kulitnya atau fizikalnya, bahkan sifat dalamannya. Attitude kitalah yang bakal membawa kejayaan kita. Janganlah kita tertipu dengan fahaman salah ini lagi...". Dan hari itu si anak mendapat pelajaran terbaik daripada Pak Hardi, si penjual belon.

Apa yang kita punya?


Husaini (sekadar meminjam nama) berjalan tanpa tujuan. Hatinya kusut memikirkan poketnya yang kosong. "Apalah yang akan kubawa pulang untuk mengisi perut anak dan isteriku?" pertanyaan yang tiada jawapan, berlegar dan bergema di benak fikirannya. Tiba-tiba Husaini terpijak sesuatu. Apabila diamat-amatinya, sekeping syiling yang kelihatan sangat buruk. Lalu diambil dan dibawa ke bank. Fikirnya biarlah dia bertanya kepada yang expert mengenai syiling itu.

Ternyata syiling tersebut adalah syiling purba dan pihak bank mengusulkan agar dibawa berjumpa dengan pengumpul barang purba untuk diketahui nilaiannya. Husaini bergegas menemui penumpul barang purba dan wang tersebut dibeli dengan harga RM30. Itulah rezeki terpijak namanya.

Dengan wang RM30 Husaini berjalan pulang. Syukur kerana dia sudah punya wang untuk membeli makanan. Dalam perjalanan pulang, dia terjumpa seorang lelaki yang sedang memikul sekeping kayu. Husaini sangat tertarik melihatkan kayu yang sangat elok pada perkiraannya itu. Lalu dibeli dengan harga RM30. Kayu itu akan digunakan untuk membaiki dinding rumahnya yang sudah terkopak.

Di pertengahan jalan Husaini berhenti sebentar di bawah pokok. Melepas lelah dan penat pada cuaca yang panas dan memeritkan. Di hadapan tempatnya berehat terdapat sebuah bengkel perabut. Tuan empunya bangkel sangat tertarik dengan kayu yang dibawa Husaini. Setelah diteliti, ternyata itu adalah sebatang kayu yang amat jarang ditemui dan sangat sesuai untuk dibikin perabut custom made permintaan seorang pelanggan kaya. Lalu empunya bengkel menawarkan harga RM100 untuk kayu tersebut. Husaini bersetuju, tetapi ditukarkan dengan sebuah almari yang kelihatan amat cantik, buat hadiah kepada isterinya di rumah.

Sekarang Husaini sangat gembira. Dalam perjalanannya pulang ke rumah, Husaini terlihat seorang wanita sedang termenung di hadapan rumah. Wanita tersebut baharu sahaja berpindah ke rumah tersebut dan sangat menginginkan sebuah almari. Tatkala terlihatkan almari yang sedang dipikul Husaini, wanita tersebut terus tertarik untuk memilikinya. Lalu berlakulah tawar menawar dan Husaini mendapat RM250. Alhamdulillah, rezeki daripada Allah.

Sekarang Husaini berasa sangat gembira. Ditangannya kini ada RM250 dan cukup untuk membeli barang keperluan dapurnya. Namun panas tidak sampai ke petang, Husaini telah dirompak di tengah jalan. Habislah wang RM250 di tangannya.

Setibanya di rumah, isteri Husaini berasa hairan, "Ke mana saja abang ni. Seharian suntuk abang keluar dan baru sekarang abang pulang?". "Abang dirompak...", perlahan sahaja suara Husaini. "Abang? Abang dirompak? Apalah perompak tu dapat daripada abang?" makin hairan isteri Husaini. "Sekeping syiling buruk..."jawab Husaini.

Moralnya, kenapalah kita selalu risau dengan perkara yang belum tentu milik kita. Kadang kala kita akan berasa risau memikirkan sesuatu nikmat, macam mana nak kembangkan dan dapat yeng lebih menguntungkan kononnya. Padahal semuanya milik Allah dan kita sepatutnya boleh menikmati seadanya andai tidak terlalu tamak...

February 14, 2012

Kenapa mesti putus asa dalam kehidupan?
Marilah sama-sama kita lihat dan renung sekeliling kita. Belakangan ini, banyak kita dengar kisah manusia stress dan berputus asa dengan permasalahan dan kesulitan kehidupan. Akibatnya manusia cuba menamatkan hidup ini dengan pelbagai cara. Ada yang terjun bangunan, terjun laut, minum racun dan macam-macam lagi. Kenapa?
Cuba kita lihat burung. Saban pagi, awal-awal lagi si burung keluar dari sarangnya mencari rezeki. Kadang-kadang si burung balik kenyang, siap bawak cacing dan ulat untuk anak-anaknya. Kadang-kadang si burung pulang membawa makanan buat anak-anaknya sedangkan perutnya masih kosong, semuanya demi tangugjawab. Ada juga masanya si burung dengan tangan kosong, tanpa membawa apa-apa untuk dimakan, tiada rezeki barangkali. Ada juga ketikanya burung pulang petang melihat sarangnya dirosak musuh, atau anak-anaknya dilastik budak. Tapi pernahkah kita melihat burung berputus asa, cuba bunuh diri? Tidak...bahkan burung tetap optimis bangun seawal pagi, berkicau merdu dan mencari rezeki. Kerana bagi sang burung, rezeki itu urusan kholiq dan makhluq kena berusaha.
Lihat pula kepada cacing, haiwan yang kalau difikir tak mampu survive di dunia ini. Cacing tiada kaki, tangan, bahkan tiada mata dan telinga. Kira total OKU. Tapi cacing tak pernah menyerah tanpa berusaha. Bahkan cacing sentiasa berusaha mencari rezeki dan menggembur tanah kediamannya. Sungguh Allah Maha Besar!
Agak-agaklah, kalaulah kita-kita ni diciptakan dengan kekurangan seperti burung dan cacing, adakah kita boleh buat lebih baik daripada mereka? Atau, dengan segala kelebihan manusia seperti tenaga, akal dan masa kita buat lebih teruk daripada haiwan-haiwan ini? Malunya...

February 10, 2012


Tabayyun, sifat yang dituntut.
Kisahnya berlaku kepada seorang penjual ikan yang ingin membuat marketing terhadap jualannya. Beliau telah membuat satu papan iklan (sign board) bertulis "Di sini ada jual ikan segar". Datanglah seorang passerby sambil berkata, "Kenapalah awak tulis perkataan 'di sini' , sepatutnya guna perkataan 'di sana' sebab kedai awak di sana, bukan di sini, di papan iklan". "Ye tak ya jugak ye, susah-susah buang jer perkataan 'di sini' atau 'di sana', biar orang tak confuse," kata penjual ikan. Maka dia pun tempah sign board baru tulis "Jual Ikan Segar" jer.
Belum pun lama papan iklan baru didirikan, datang seorang lelaki tua bertanya kepadanya,"Apalah kamu ini, memanglah orang jual ikan segar, mana ada orang jual ikan busuk. Tak payahlah buat iklan bagai...". Makin confuse penjual ikan. Betul jugak, kalau over advertise pun bakal membuat orang menyampah kan? Macam certain artis tu. Akhirnya penjual ikan robohkan balik sign board kedainya. Ingatkan makin ramai orang datang, tapi rupanya makin takde orang singgah sebab orang tak tahu kewujudan kedai tu pun, takde signage satu pun.
Moralnya, kalau sampai satu berita, satu cerita aau satu cadangan, tabayyun dulu, kaji dulu. Kajilah baik buruknya, benar palsunya dan manfaat mudaratnya. Kita tak tahu apa niat di hati orang, maybe on surface they look so sincere but the truth? Only Allah knows. Kan sifat tabayyun ni dah dipesan dalam Quran, kalau taknak ikut Quran, nak ikut kitab mana, bang?

February 9, 2012

Jangan Cepat Berkata "Tidak"
Suatu hari seorang pereka jam berkata kepada jam buatannya;
Pembuat jam (PJ): Wahai jam, bolehkah kamu berdetik dan berdetak sebanyak 31,104,000 kali setahun?
Jam: 31 juta kali? Mana boleh...
PJ: Kalau macamtu, boleh tak kamu berdetik sebanyak 2,592,000 kali sebulan?
Jam: 2 juta kali? Banyak sangat, aku tak mampu...
PJ: Tak boleh jugak? Kalau 86,400 kali sehari?
Jam: Pergh...86 ribu kali? Berat tu bang...
PJ: Kalau macamtu, apa kata kamu berdetik 3,600 kali sejam?
Jam: Penatlah main ribu-riban nih...
PJ: Oklah, kalau macamtu, apa kata kamu berdetik sekali sahaja sesaat?
Jam: Sekali? Haaaa, yang tu aku boleh....
Maka jam tadi mulailah berdetik sekali setiap saat. Dan pada hujung tahunnya sang jam telah berjaya berdetik sebanyak lebih 31 juta kali. Moralnya, janganlah mudah mudah berkata tidak simply because it's sound too big. Sebenarnya banyak potensi diri yang kita sendiri tak sedar. Try dulu sebaiknya dan selebihnya serahkan kepada Allah. Ibarat kata pepatah; "We do the best, let Allah do the rest". Setuju?

February 3, 2012

Perjuangan yang tertewas
Hari ini aku nak bercerita pasal formula untuk gagal. Gagal, sapalah suka gagal kan? Dan kalau dah gagal, kita paling benci nak dengar analisa sebab kegagalan. Apatah lagi kalau dia dah berusaha sunguh-sungguh dan yakin sangat kita pasti berjaya, tup tup gagal lak...Mari kita baca kisah seterusnya.
Ingat tak masa kita berjaya meraih pingat emas dalam acara bola sepak di Sukan SEA 2011? Kalau ikutkan resamnya, macam takleh menang jer kan? Orang sebelah sana lak dah yakin sangat mesti berjayalah...dikunyitkan jer pasukan kita nih...Dengan serangan psikologinyalah, ugutan dan cemuhan, rasanya macam takde langsung rasa kasihnya jiran serumpun, macam nak berperang jer. Tup tup kalah kawan tu...
Dan komentar Bapak Arif Bawomo Surya (orang sana) sangat bagus untuk diteliti. Beliau berkata antara lain; sebab kekalahan pasukan Indonesia hari ini bukalah kerana pasukan Malaysia sangat hebat. Tetapi kerana mereka berjuang dengan rasa dendam, benci dan jahil. Bayangkan sahaja penyokong yang seramai 80 ribu orang (let alone the rest berjuta yang di luar stadium) membawa aura negatif. Maka keputusannya amatlah negatif.
Menyingkap formula untuk tewas daripada seorang bijak pandai, kuncinya adalah penyakit yang dipanggil penjara hati;
  1. Jail of hatred
  2. Jail of greed
  3. Jail of jealous
  4. Jail of ignorance

Dan perumpamaan kisah sang ketam sangatlah sesuai bagi menggambarkan formula ini. Lihatlah kepada ketam yan diletakkan di dalam sebuah bakul. Perasankah kita tidak ada seekor pun yang akan lepas keluar daripada bakul. Bukanlah kerana bakul itu sangat besar, atau tinggi, tetapi kerana ketam akan sentiasa menarik teman yang mahu keluar ke bawah. Sifat dengki dan tidak dapat melihat teman lain bebas keluar membuatkan mereka sentiasa berusaha menjatuhkan yang lain. Hasilnya tiada siapa pun yang bebas akhirnya. Mahukah kita menjadi seperti ketam?

February 2, 2012


Jangan berhati Tikus....
Sebermula kisah adalah seekor tikus yang sentiasa tidak tenteram hatinya. Bukanlah dia mengeluh mengenai rumahnya yang tidak secantik 'rumah-rumah agam di Astana' tu, bahkan dia sangat bersyukur dapat menumpang berdiam di dalam longkang belakang rumah akak catty. Adapun apa yang menggundah gulanakan hati si tikus adalah kehadiran si Chika, seekor kucing breed Australian Cancoon (eh, betul ke ejaan dia?), yang asyik menghendap dan mengejarnya tiap kali si tikus keluar dari kediamannya. Akhirnya, si tikus mendapat satu idea untuk berjumpa dengan tukang sihir.
Kepada tukang sihir, si tikus mengadu nasib, "Wahai tukang sihir, ubahkan aku menjadi kucing, agar hidupku menjadi tenang". Tukang sihir pun menjampi dan si tikus pun bertukar menjadi seekor kucing. Sekarang si tikus yang bertukar menjadi kucing berani pulang dengan megah. Belum pun dia sampai, si tikus yang telah bertukar menjadi kucing dikejar seekor anjing. Si tikus pulang berjumpa tukang sihir.
"Wahai tukang sihir, tukarkan aku menjadi anjing, agar aku menjadi lebih besar dan lebih gagah," pinta si tikus. Tanpa berlengah tukang sihir menjampi tikus berubah menjadi seekor anjing. Tikus terus berlalu dengan semangat yang lebih besar. "Kali ini Chika pasti takut melihatkan aku. Aku dah besar, kuat dan gagah," bisiknya kepada diri sendiri. Dalam perjalanan, si tikus yang sekarang adalah seekor anjing bertemu seekor singa. Lalu singa mengejar si tikus tanpa belas. Dengan perasaan ultra-takut si tikus kembali menemui si tukang sihir. Kali ini si tikus mahu menjadi pemburu agar boleh menembak singa.
Setibanya si tikus di rumah tukang sihir, belum pun sempat dia menyampaikan isi hatinya, tukang sihir bersuara, "Kali ini aku tidak dapat membantumu. Bukan kerana aku tidak dapat menukarkanmu menjadi manusia, tetapi selagi kamu mempunyai hati seekor tikus, kamu tidak akan pernah berani. Apa yang berubah adalah fizikalmu, tetapi hatimu tetap ciut, kecil dan penakut". Si tikus terpana.
Moralnya, beranilah sikit beb. Sifat berani amat penting sekarang kerana ujian datang dalam pelbgaai bentuk. Kalau kita penakut, semua ujian kita bakal gagal. Ibarat kata bijak pandai; A ship in port is safe, but it's not what ship made for. Sail out and face the challange.