Kilang kasut
Tuan Kiroro mendapat berita dari temannya yang baru pulang daripada sebuah Negara di tengah Afrika mengenai perihal potensi membuka sebuah kilang kasut di sana. Demi mendengar peluang business, misainya berkerinyut2 gatal. Maka dipanggilnya kedua orang pegawai kanannya,” Aklab, Fauzan, kamu berdua packing apa yg perlu, mlm ni kamu berdua akan terbang ke Afrika,” no option walaupun Aklab tersgt tak senang dgn arahan last minute cam tu. “Tp tuan, kenapa kami kena pergi Afrika, kenapa malam ni, kenapa kami?” Aklab bertanya byk soalan spt kebiasaannya.
“Saya nak kamu berdua meninjau peluang kilang kita melebarkan perniagaan di sana. Sudah, jangan byk soal, saya boss ke kamu boss?” misai Mr Kiroro semakin mengembang. Bagi Fauzan, inilah peluang baik untuknya. Peluang untuk berbakti kepada syarikat dan peluang untuk membuktikan bahawa dialah pegawai multi-tasking yang selalu disebut2 Mr Kiroro.
Maka berangkatlah kedua2 pegawai Mr Kiroro ini menuju Afrika. Satu dgn hati penuh keazaman sedangkan satu lagi dgn penuh rasa tak puas hati. Perjalanan selama 10 jam begitu membebankan Aklab. Tambahan pula keadaan cuaca panas dan kekurangan infrastruktur sangat2 mendukacitakan Aklab. Lebih2 lagi apabila dia terpaksa berkongsi kenderaan dengan si Fauzan, rakan sekerjanya yang dianggap saingan ketatnya. Fauzan terpaksa beralah dengan mengambil kenderaan lain yang seperti van sedangkan pacuan empat roda itu terlebih dahulu ditempahnya.

Mungkinkah ini kenderaan rebutan Aklab? Mungkin tidakkkkkk
Aklab terus tidak berpuas hati. Terik mentari seolah2 membakar hatinya yang sedia kering itu. “Apa ni, dahlah Negara mundur, panas, kotor. Apa yang boss nak suruh aku cadangkan buat semua orang tak berkasut ni. Jangankan hendak membina kilang, kasut pun orang sini tak pakai,” suaranya bergumam tak keruan. Air mineral besar di tangannya ditogok rakus.
Apa yang berlaku kepada Fauzan pula amat berbeza. Setibanya dia di lokasi tersebut, ramai kanak-kanak mengerumuninya. Hatinya sungguh terharu mendapat sambutan yang tidak diduganya. Mereka semua tidak berkasut, tetapi Fauzan langsung tidak memandang rendah kepada mereka. “Oh ya, ada sedikit gula-gula di dalam beg sandangku. Baik kuberi kepada anak-anak ini,” kata Fauzan di dalam hati seraya membahagi-bahagikan ole2 tersebut. Bertambah gamatlah suasana di situ. Kedua2nya kemudian pulang ke hotel untuk menyediakan laporan untuk sang boss.
Apa yang tidak diketahui oleh kedua2 pegawai ini ialah ketua mereka, Mr Kiroro sebenarnya memerhatikan kedua2 mereka dari jauh. Pada malam itu, Mr Kiroro memanggil keduanya di hotel. “Aklab, apakah pandangan kamu mengenai potensi business di Negara ini berdasarkan pemerhatian kamu setakat ini?” Tanya si boss. “Tuan, pada hemat saya, kita tidak sesuai untuk membuka kilang kasut di Negara ini memandangkan rakyat di sini tidak memakai kasut. Siapa yang mahu membeli kasut-kasut kita nanti. Saya juga percaya dengan keadaan ekonomi yang mundur dan rakyatnya yang miskin, itu tidak akan menyumbang ke arah kemajuan kilang kita kelak,” Aklab berbangga dengan latar belakang pendidikannya yang mempunyai Master dalam bidang pengurusan perniagaan.
“Kamu pula Fauzan, apa pandangan kamu?” Mr Kiroro mengalih pandangan kepada pegawainya yang satu lagi. “Tuan, saya rasa kita sangat patut membuka kilang kasut di sini. Memandangkan mereka semua tidak berkasut dan tiada perusahaan kasut di sini, saya kira itu adalah satu peluang besar kepada kita. Fikirkan mengenai saingan dan pemasaran. Fikirkan juga mengenai tenaga buruh yang murah. Saya rasa, tuan sangat bijak kerana memilih Negara ini untuk mengembangkan perniagaan kasut tuan,” ujar Fauzan penuh semangat.
“Nah, sekarang kamu sudah tahukan wahai Aklab, mengapa selalu aku mengutamakan Fauzan. Dia ikhlas dan jujur dalam membuat pemerhatian. Baginya sesuatu cabaran itu adalah peluang, bukannya penghalang. Sedangkan kamu aku lihat tidak berbuat sepenuh hati. Bagimu segalanya sukar dan mustahil. Walaupun kamu mempunyai ijazah yang lebih tinggi, tetapi aku rasa tempatmu bukan di sini, melainkan di kayangan sana,” ucapan si ketua penuh sindiran. Merah telinga Aklab…
siapakah fauzan ????
ReplyDeleteadakah fauzan pesimis terhadap aklab. adakah aklab ingin merampas kedudukan kiroro .. ?? adakah benar wujud kedai kasut di tengah afrika ??
banyak soallah ko...
ReplyDelete