Kisah 3 pengembara
Kisah ini berlaku kepada tiga orang sahabat dari Malaysia yang sama-sama mengembara sebuah kawasan pedalaman di Afika. Kerana tak engage ngan mana-mana tour guide, mereka telah tersesat dan termasuk ke sebuah kawasan cannibal. Maka tertangkaplah ketiga-tiga pengembara ini oleh kumpulan pemakan manusia ini.
Mereka bertiga kemudiannya dihadapkan ke mahkamah puak tersebut untuk dibicarakan sebelum dikorbankan mengikut undang-undang setempat. Maka merayu-rayulah pengembara daripada Malaysia ini kepada sang hakim mohon dilepaskan. “Baiklah, kamu semua boleh kulepaskan dengan syarat kamu carilah apa-apa jenis buah,” perintah sang hakim. Belum sempat verdict habis dibacakan, bertempiaran ketiga-tiga pengembara ini mencari buah.
Rupa-rupanya syarat mencari buah ini bukanlah satu kerja yang mudah kerana amat payah mendapatkan buah di desa tersebut (kalau tidak masakan mereka makan manusia kan?). Cari punya cari akhirnya pengembara A menemui sebiji manggis afrika sebesar sekepal penumbuk. Alangkah girangnya hati si pengembara A. Dalam hatinya sudah menghitung dia bakal dilepaskan dan balik ke Malaysia. Sambil tersenyum lebar dia melambung-lambungkan buah manggis tersebut. Di tengah perjalanan si pengembara A bertemu temannya, pengembara B. “Kita sharelah buah tu…,” rayu si B. “Jangan harap,” sahut si A dengan sombong.
Maka si B terpaksalah meneruskan usahanya mencari sebarang buah. Sehingga ketemulah dia dengan buah senduduk yang sangat kecil. “Jadilah, sekurang-kurangnya, ini pun buah juga. Mudah-mudahan dengan buah kecil ini dapatlah menyelamatkan nyawaku,” ucap si B penuh harap. Kedua-dua pengembara tersebut mengadap sang hakim bersama buah masing-masing. “Nah, sekarang kami telah menemukan buah. Lepaskanlah kami agar dapat kami kembali ke negeri kami,” kata pengembara serentak. “Boleh, tapi dengan syarat kedua,” kata sang hakim tegas. “Sekarang aku mahu kamu masukkan buah tadi ke dalam lubang hidungmu tanpa menangis mahupun ketawa. Lakukannya sekarang!” seru sang hakim seraya memandang pengembara A.
Maka menangislah si A mengenangkan bagaimanakah caranya hendak memasukkan buah sebesar penumbuk ke dalam lubang hidung. Sekonyong dia pun dihumban ke dalam kawah yang besar. Pengembara B amat gembira kerana pada hematnya dia lebih bertuah kerana buah senduduknya kecil dan pasti tiada masalah baginya untuk melaksanakan syarat kedua itu. Tiba-tiba, sedang dia berusaha untuk memasukkan buah senduduk itu, datanglah pengembara C dengan membawa sebiji nangka yang besar. Apa lagi tergelak besarlah si B mengenangkan nasib yang bakal melanda temannya itu. Lalu B dan C juga dihumban ke dalam kawah besar tempat si A tadi. Sedang para penduduk sibuk menghidupkan api.
Pengakhiran cerita ini? Takde siapa yang terselamat untuk menceritakannya kepada saya…

No comments:
Post a Comment
Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.