December 31, 2008

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru

Salam wat semua. 2009 semakin hampir dan 2008 semakin meninggalkan kita. Pada hari ini kita sibuk berkira-kira tentang azam baru dan semakin melupakan azam yg kita buat untuk 2008. Bagi yg dah biasa kerja, setiap jabatan pasti sibuk membuat SKTkan? Tujuannya pastilah nak tengok adakah sasaran tahun 2008 yg dibuat pada 2007 dah dicapai atau belum. Dalam masa yang sama juga sasaran untuk 2009 sudah dirangka.

Alam akan terus meneruskan kelangsungannya. Manusia sebagai pentadbirnya akan terus membuat perancangan dan melaksanakannya. Tetapi Allahlah jua yang menentukan segalanya. Umpamanya pertukaran pemerintahan dan pucuk pimpinan pastilah akan merobah sasaran yg telah ditetapkan pada tahun lepas. Dan pencapaian 2008 seharusnya tidak dinilai secara on paper, per se. sekurang-kurangnya itulah pendapat saya. Manakala tahun hadapan terus menunggu dan pastinya akan berlalu. Itulah aturan alam.

Teringat pula pada satu ceramah sempena Maal Hijrah. Si penceramah sering membawakan perumpamaan yang mudah. Kerana kita suka perkara yang mudah. Lihat sahaja tagline Digi. Manusia ini ibarat mata gergaji. Kita tidak tahu apakah cabaran dan dugaan yang akan mendatang. Apa yang penting haruslah sentiasa bersiap siaga dengan kemahiran dan pengetahuan. Kiranya kita sentiasa bersedia, insyaallah, apa sahaja cabaran dapat dihadapi. Begitulah perumpamaan mata gergaji yang sentiasa diasah, pastilah akan dapat memotong apa sahaja walaupun ia tidak pernah tahu apakah yang akan dipotongnya kemudian hari.

Penulis juga tertarik mendengar satu ceramah lain, masih mengenai Maal hijrah. Menurut riwayatnya ketika baginda nabi bersembunyi di Gua Thur bersama Abu Bakar, lelabah telah membuat sarangnya di pintu gua. Tujuannya agar si musyrik Quraish fikir bahawa tiada manusia telah bolos ke dalam gua. Tetapi sang cicak pula berbunyi memberi isyarat bahawa ada manusia bersembunyi di dalamnya. Maka si penceramah melontar soalan, haiwan mana yang jahat? Pastilah sang cicak. Kenapa pula org kafir Amerika mengangkat hero yg di'associate'kan dengan lelabah (Spiderman saya kira) sebagai baik sedangkan kita pula mencipta hero berdasarkan watak sang cicak yang jahat (Cicakman barangkali)?

"Jangan samakan Spiderman dan Cicakman", kata anak buah saya.


Penulis juga ada terfikir, mungkin Yusri KRU tidak berniat untuk mengangkat cicak bersandarkan kisah hijrah nabi, jauh sekali untuk mengaitkan karyanya dengan peristiwa hijrah yang agung. Mungkin juga Marvel Comic tak pernah tahu mengenai kisah lelabah menyelamatkan nabi dan Abu Bakar ketika diburu Quraish. Tetapi alangkah indahnya andainya karyawan kita merujuk kepada yang ‘alim’ sebelum memulakan apa sahaja usaha. Bukan apa, mendidik masyarakat melalui karya filem kan juga satu dakwah?



"Cicakmanlah lebih best, cicak leh mkn spider," kata anak buah saya lagi.


So, kepada para PPP dan PPK berhati2lah dlm membuat penilaian utk LNPT PYD dan calon APC ek?

2 comments:

  1. koi..soli soli lambat respon..amboi2 da jadi blogger plak skang ekk...tapi wak cuma nampak cicak tu je la..."anak buah" tu mesti si hamka...kot..

    ReplyDelete
  2. ha'ah, tapi dia dah darjah nam skang. ingat zaman dulu wak kendong dia masa dtg meru...

    ReplyDelete

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.