Semangat Hutan Tombiruo (SH)
Siri kedua dalam trilogi legenda Tombiruo ini meneruskan
tradisi thriller RAM sebagai sebuah novel yang penuh debar dan intrigue. Pada SH,
pembaca dihidangkan dengan pelbagai pengalaman cemas penuh imaginatif bermula
dari insiden rampasan jet Tan Sri Nasir yang ditumpangi Wan Suraya sehinggalah
peristiwa survival di belantara Keningau dan Sandakan, sesat dan diburu makhluk sadis
bernama Rogon.
SH meneruskan pematangan watak Amiruddin memburu cinta Wan
Suraya yang tewas di tangan Rogon, akhirnya. Juga diperkenalkan watak Dr.
Haslia, anak saudara Tan Sri Nasir yang menaruh hati kepada Ejim. Melalui SH,
RAM perlahan-lahan mengalihkan tumpuan cerita daripada Amiruddin kepada
kembarnya, Ejim. Ejim dalam SH kelihatan berhadapan dengan pelbagai rintangan
melibatkan kejahatan Rogon, tetapi soal berkaitan hati jua yang lebih berat. Ini
jelas ketika pertemuan Amirudin-Wan Suraya sedangkan wanita itulah yang pertama
mengetuk hati lelakinya.
RAM seakan tidak pernah melengah-lengahkan jalan cerita
dengan emosi sedih yang berpanjangan apabila pada helaian-helaian terakhir
sempat juga beliau menyelitkan peristiwa Ejim ‘dicolek’ oleh Dr Haslia dan Dr
Rashid untuk dirubah wajahnya yang bukan manusia itu. Gantungan kisah ini membuatkan
aku terpaksa menyelak semula Tombiruo Terakhir untuk menyegar kembali jalan
cerita Tombiruo ini. Rupanya pada akhir cerita, Wan Suraya berkahwin dengan Tan
Sri Nasir, Dr Haslia berkahwin dengan Dr Rashid dan Ejim? Hehe…
No comments:
Post a Comment
Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.