‘PENUNGU RIMBA’ TOMBIRUO
Aneh apabila membaca bahagian pertama daripada trilogi
Tombiruo ini memandangkan aku telah membaca Tombiruo Terakhir tiga tahun lepas.
Pelik juga kerana aku mengambil masa yang lama (bahkan sehingga dua bulan)
untuk menyelesaikannya. Bukanlah kerana jalan ceritanya kurang menarik, tetapi
kerana separuh hatiku mengatakan ‘aku dah tahu endingnya, buat apa baca
openingnya?’. Tetapi RAM bukan sebarang penulis. Mengikuti hasil karyanya, biar
dari tajuk yang mana pun, kita pasti terpukau, sekali gus menolak segala
prasangka bahawa ‘kita perlu baca ikut urutan tahun novel RAM dikeluarkan’.
Pada ‘Penungu Rimba’ Tombiruo (aku sengaja ringkaskan
Tombiruo 1 atau T1), RAM memperkenalkan pendokong-pendokong utama seperti
Amirudin, Ejim, Wan Suraya dan keluarga Tuan Berham. Watak-watak inilah yang
kemudiannya berkembang dan matang di dalam karya T2 dan T3/TT (Tombiruo
Terakhir). Apa yang aku suka dengan gaya penulisan RAM adalah dia berusaha
untuk kelihatan adil terhadap semua watak. Bayangkan, mengimbangi watak kembar,
Amirudin-Ejim, sahaja memerlukan pendekatan kreatif kerana kembaran ini hidup
dalam suasana yang totally different. Seorang di hutan Keningau dan seorang
lagi sebagai menantu orang kaya, Tuan Berham.
Dan aku juga suka watak Wan Suraya, seorang wartawan
jenayah, yang gigih mencari berita dan menyiasatnya sehingga ke akar umbi.
Walaupun ada sedikit kekeliruan apabila Wan Suraya ditukarkan ke seksyen sukan
tetapi entah bagaimana dia mampu menulis kembali dalam ruangan jenayah selepas
membongkar kes Omar. Mungkin kerana special relationnya dengan Encik Khalid?
Dan RAM tidak ketinggalan menyelitkan unsur drama sebagai
sebahagian inti dalam T1 melalui sejarah kelahiran Amirudin-Ejim. Tarawit, anak
Poyonggut si penghulu – rogol Tobugi – lahir anak kembar – Nenek Monsiroi, nenek
Ondu membidan kelahiran itu. Ejim dihanyutkan di sungai dan dipungut oleh
Pondulou manakala Amirudin dijaga oleh Gitom yang kemudiannya menyerahkan
Amirudin ke rumah anak yatim.
Sedangkan Omar, watak antagonis berlagak baik dengan
konon-konon membantu urusan perniagaan keluarga Tuan Berham sebagai sepupu
sehingga bejaya memenangi kepercayaan Bonda. Tetapi dialah syaitan bertopengkan
manusia yang sanggup membunuh 3 wanita dan 2 lelaki serta mencolek bahkan
mengedar dadah. Akhir hidupnya Omar terpaksa berhadapan dengan Ejim dan tumpas
di Hutan Keningau.
Pada T1 ini, aku meletakkan RAM sebagai berusaha untuk
membina pengenalan terhadap karekter dan cerita. Pendekatan ini adalah tindakan
bijak terutama apabila watak utama Ejim bakal mewarnai keseluruhan trilogi
sebagai Tombiruo. Aku suka apabila RAM memilih untuk mengetengahkan watak
penunggu hutan yang telah memeluk Islam. Dan Ejim kekal menetap di hutan kerana
wajahnya yang bukan berwajah manusia.
Dan satu lagi gaya penulisan RAM yang unik adalah
menggantung cerita di helaian-helaian terakhir. Meningalkan pembaca dengan
perbagai persoalan dan menjadikan kita tertanya-tanya. Sesungguhnya pancingan
ini sangat mengena!