MIKHAIL
Mengapa aku tidak pernah jemu dengan karya RAM? Kerana ianya
tidak pernah gagal menggugah selera intuisiku. Lauk sesedap mana pun andai yang
sama dihidang setiap hari pastilah akan menjadikan kita bosan dan putus selera.
Berlainan dengan RAM yang bijak mengolah menunya sehinggakan apa sahaja yang
dihidang menjadi sentiasa enak dan menyelerakan.
Begitulah jua apa yang aku rasa selepas puas ‘menghadap’
hidangan bernama Mikhail ini. Hidangan antarabangsa ini sangat terasa
internationalnya kerana pertama wataknya membawa nama Rusia, Mikhail si
pembunuh upahan professional. Mikhail mempunyai senarai mangsa yang perlu
dibunuh dan dia berjaya melaksanakan tugasnya terhadap Yap dan Sundram di luar Negara.
Kini hanya tinggal Dato’ Bakri dan Halim serta keluarganya. Kendatipun, demi
melihat wajah Raihana, Mikhail 496 berubah fikiran.
Kali ini aku terpaksa membuat re-branding terhadap judul
karya RAM. Biarlah aku namakan Mikhail 496 kerana terdapat beberapa orang Mikhail
yang sering membunuh dan saling berbunuhan sesama sendiri. Elemen suspens dan
thrill memang sangat kental di dalam karya kali ini apabila pembaca diheret
secara halus untuk sama-sama menjejak sejarah latar belakang Mikhail 496. RAM terus-terusan mencipta plot penyamaran,
penipuan, brainwash, gila duit dan pengkhianatan. Jangan terkejut apabila RAM
secara langsung menggunakan watak dan situasi beberapa anggota PDRM yang belot
dan menjadi boneka Amerika. Tetapi tetap sahaja diimbangi dengan watak polis
yang jujur dan cekap iaitu Zetty.
Kekuatan novel kali ini aku sandarkan kepada watak Mikhail
496 atau nama sebenarnya Mahmud Fadhil. Pada suku terakhir novel, barulah RAM
bersedia membuka segala rahsia berkenaan Mikhail 496, Mikhail 155 dan
Robert. Dan menggunakan teori badan
rahsia yang menguasai dunia seperti yang tertera di duit satu dolar menjadikan
hidangan sangat inernasional.
Another good work and worth to read.
Sudah lama kutinggalkan RAM di rak ... akhir sekali BAGAIKAN PUTERI saja yg kubaca .. lepas tu semua, mengumpul debu sahaja T_T
ReplyDeleteUlasan mu ini buatkan aku ada kuch kuch mau baca .. hik hik hik
hihi...tapi kamu telah berjaya menulis...saya semburu...
ReplyDelete