Gadis Kecil di Pinggir Gaza
Namanya Palestine, hanya
Palestine. Sesuai dengan nama tanah tumpah darahnya yang sedang dijarah oleh
bangsa Israel yang terlaknat. Kisah hidup Palestine saling tak tumpah seperti
tanahairnya, penuh kesedihan dan kesengsaraan.
Palestine pernah punya keluarga,
punya ayah, ibu, abang dan juga kakak. Suatu hari Bandar tempat tinggalnya
dibedil Israel. Sorayya, si ibu, Ahmeed, si abang dan Zahra si kakak terkorban
di bawah puing-puing runtuhan rumah. Cuma tinggal Palestine yang baru berusia
10 tahun, cuma sempat mengambil cincin di jari jenazah ibunya buat tanda bahawa
dia pernah punya family. Palestine dibawa ke kem Jabaliyyah.
Di Jabaliyyah Palestine bertemu
Yanaan dan Adeeba. Adeeba punya kelebihan melihat beberapa perkara terkehadapan,
namun usianya yang terlalu muda menjadikan omongannya sekadar ocehan
kanak-kanak yang mengalami trauma akibat peperangan. Palestine berbeza dengan
kanak-kanak seusianya. Dia lebih berani dan nekad. Tekad mahu berjumpa bapanya,
Yahdeed Haidar, seorang pejuang Hamas. Dan begitu juga sebaliknya, Yahdeed
hanya mahu berjumpa satu-satunya keluarga yang masih hidup di muka bumi ini.
Dugaan demi dugaan menimpa
Palestine, dan keberanian anak kecil ini bersemuka dengan askar Israel
menyebabkannya ditembak. Ditembak tepat di dadanya…dalam jarak dekat. Laknatlah
ke atas Hebrew, askar wanita Israel yang tega menembaknya. Palestine koma dan
Yahdeed berjaya menemuinya di hospital secara menyamar sebagai orang awam.
Namun tertangkap dek askar Israel ketika Yahdeed mencari air buat menghilangkan
dahaga anaknya yang baru sedar dari koma.
Maka ujian semakin berat menekan
Palestine. Anak ini sanggup bertemu Hebrew semula untuk membawanya bertemu sang
bapa. Namun apakah tidak bernama Yahudi jika tidak memungkiri janji. Palestine
dibawa ke Jerussalam dan dikerah bekerja di dalam penjara. Kemudian
ditinggalkan di tempat terpencil dengan tangan, kaki dan mata terikat.
Sehinggalah datang bantuan Allah melalui seorang bekas tentera wanita Israel
bernama Abigail yang membawanya ke Masjidil Aqsa. Kemudian Palestine dikutip
Hajna, si nenek baik hati yang mana anak dan menantunya dipenjara bersama
Yahdeed.
Sedikit kegembiraan buat Palestine
pabila sempat berutus sepucuk surat kepada bapanya melalui Dalaj, anak kepada
nenek Hajna tetapi malang tetap mengejar Palestine. Dalaj dihukum tambahan
setahun penjara akibat surat Palestine dan dia dihalau dari rumah nenek Hajna.
Kini Palestine terkontang kanting seorang diri di Jerussalem tanpa pelindungan.
Sehinggalah dia diambil Moniroth, seorang sukarelawan dari Rusia dan dibawa
balik ke Jabaliyyah.
Kerinduan Palestine kepada
bapanya tidak pernah padam, saling tak tumpah seperti kerinduan bangsanya
kepada keamanan. Begitulah juga keadaan bapanya di dalam penjara. Cuma seketika
sempat bertemu si adik, Sarah Hanabi yang diseksa dan akhirnya meninggal dunia.
Maskobeyya sangat kejam…membunuh tanpa peri kemanusiaan. Laknatlah ke atas
Israel. Sarah hanya sempat menulis wasiat buat Yahdeed dan Palestine.
Nasib Yahdeed tidaklah lebih baik
daripada Sarah, diasingkan di sel tahanan yang gelap, sempit, bersebelahan
dengan kandang anjing yang dibiarkan kelaparan. Hanya diberi makan 3 hari
sekali…
Dan Palestine? Kesihatannya mulai
merosot. Lukanya yang belum benar-benar sembuh menyebabkan dia dihinggap penyakit
berkaitan paru-paru. Ditambah dengan kerinduan yang sangat berat, Palestine
menjadi semakin pendiam…biar terhadap Yanaan, teman baik yang mula menaruh hati
kepadanya.
Suatu hari janji Allah tertunai
jua. Yahdeed ditemui meninggal dunia oleh pengawal penjara secara mengenaskan.
Meninggal dunia dimakan anjing yang sedang kelaparan, sedang dia sudah tidak
berdaya melawan. Hanya dua pucuk surat daripada Sarah sebagai wasiat kepada
Palestine. Itu pun sempat diserahkan kepada Dalaj saat dia dibebaskan. Dan Palestine
tidak pernah sempat membacanya kerana dia juga telah menghembuskan nafas
terakhir dalam kerinduan. Rindu kepada sang bapa, rindu kepada keluarga dan
rindu kepada Palestine yang aman…
Sesungguhnya membaca buku kecil
ini benar-benar menginsafkan akan nilai keamanan, kemanusiaan dan yang paling
utama kesucian Islam. Di Palestine, mereka tidak sempat sibuk dengan gajet dan
kemewahan, tidak pernah sempat bermasam muka dan bersengketa dengan jiran,
bahkan tidak pernah sempat berbalah mengenai politik. Apa yang dicari adalah
bagaimanakah cara untuk mempertahankan tanah mereka dari terus dijarah oleh
Israel. Tetapi kita…Sedarlah wahai teman, ambillah kisah Palestine sebagai
pengajaran, Palestine sebagai sebuah Negara dan sebagai seorang anak kecil.
No comments:
Post a Comment
Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.