June 15, 2011


Dia Adiwiraku...(catatan sempena hari bapa)

Adiwira adalah superhero. Berapa ramai di kalangan kita yang dengan bangganya mampu mengatakan bahawa bapa kita adalah adiwira kita, kalau bukan untuk orang lain? Kalaulah ditanyakan kepada anak-anak kecil siapakah adiwira mereka, mungkin jawapan seperti Ironman, Transformers atau yang terkini Green Lantern pilihan mereka. Mengapa bukan jawapan berbunyi, ayah, papa atau abah ye?

Salah satu faktor yang mungkin kita boleh sama-sama fikirkan adalah kesemua adiwira-adiwira di atas memaparkan sekurang-kurangnya satu persamaan dari segi karektor, they're the man of action. Cuba kita selidik, Ultraman datang ke tempat raksasa dan terus bertempur. Mana ada Ultraman datang nak borak-borak dulu, mana ada Ultraman bagi syarahan kepada raksasa tentang berbuat baik dan jangan melakukan kemusnahan? Ultraman datang dan terus bertempur bersungguh-sungguh (ye ke?). Begitulah seorang bapa perlu bertindak. Macam mana anak nak iktiraf kita sebagai adiwira kalau lipas lalu depan mata pun kita menjerit. Dahlah suara beso, menjerit mengalahkan anak gajah baru pecah suara, tak ke buruk tu? dahtu bila lipas tu dah berlalu boleh kita cakap, "Aku kalau rimau ke, buaya ke, seladang ke lalu depan aku tak jadi hal, tapi memang pantang kalau lipas...geli..."

Kalau soalan siapakah wirawati anak-anak kita pula, mungkin jawapan seperti Barney, Dora atau Barbie jadi pilihan. Agak2 kenapa ye? Mungkin sebab suara mereka lembut, penuh pujukan dan galakan, atau penampilan mereka kemas, menarik dan menawan? Sedangkan watak yang realitinya ada di hadapan anak-anak adalah seorang perempuan yang garang, asyik marah-marah dan berbedak sejuk berbaju kelawar siang dan malam. Jadi, salahkah anak-anak kita?

Teringat satu cerita pada suatu malam si anak menjerit memanggl ibunya di tingkap rumah tingkat 7 sebuah apartment yang sedang bertugas shift malam di hospital. "Mama, cepatlah balik," laung si anak kuat. Si bapa berasa sayu lantas memanggil anaknya.

Ayah: Adik, adik ingat tak masa kita bercuti dulu, adik jatuh dari kerusi di hotel dan kepala adik luka?
Anak: Ingat
Ayah: Kemudian apa yang berlaku?
Anak: Baba panggil ambulan, kita naik ambulan ke hospital.
Ayah: Dalam ambulan siapa rawat luka adik, siapa lekat plaster?
Anak: Doktor.
Ayah: Sekarang ni ada orang yang berlanggar kereta, ada yang jatuh pokok, ada yang jatuh longkang. Semua orang-orang ni dibawa ke hospital. Dan Mama kena rawat mereka macam doktor rawat adik dulu. Adik kesian kan kalau orang-orang tu takde siapa yang rawat?
Anak: Kesian ayah. Mama kene tolong orang yang sakit, biar cepat sembuh. Mama hebat, adik tak kisah Mama tak ada malam ni, sebab Mama tolong orang.

Moral of the story adalah, kalaulah kita dapat menerangkan kepada anak-anak bahawa apa yang kita lakukan selama ini adalah dengan tujuan "memberi" kepada orang lain dan bukan sekadar kerja untuk "menerima" gaji, anak-anak akan lebih memahami dan tanpa segan silu mengiktiraf bahawa kitalah adiwira dan wirawati hidup mereka. Ke guane?

June 13, 2011


Sekali lagi terkena...

"Tok, Tok...Saya ada benda penting nak cakap dengan Tok,"suara Resat tercungap-cungap. Iyelah, setelah berlari dengan agak kengkang, memanglah amat memenatkan. "Ha, kamu Resat, ada apa yang penting sangat tu," Tok Penghulu tak jadi keluar minum pagi. "Tok, saya ada jumpa dadah," suara Resat antara dengar dan tidak, macam rahsia besar sangat dia nak bagitau Tok Penghulu. "Dadah?!" tinggi suara Tok Penghulu yang sememangnya sedia tinggi itu. "Shhhh, slow sikit Tok. Iye, dadah. Ada dalam poket seluar saya ni ha. Tok ambiklah, tengok," sahut Resat penuh suspen.

"Taknaklah, takut aku. Hmm, nanti aku telifon kawan aku yang jadi polis tu. Benda dadah-dadah ni tak boleh buat main-main." "Mana kamu jumpa dadah ni?"mata Tok Penghulu kejap kecik kejap beso. "Atas bangku kat bus stand Tok. Saya keluarkan bendanya ye Tok," terketar-ketar tangan Resat keluarkan bungkusan berisi serbuk warna putih daripada poket seluarnya. "Memang dadahlah," bisik Tok Rijal, seakan bercakap untuk dirinya sendiri. Dia terus mendail teman baiknya yang bertugas sebagai polis di IPD. "Bang, tolong datang balai saya bang. Ada orang jumpa dadah ni. Saya dah tak tahu nak buat apa ni bang," seakan merayu. "Tok, saya outstation ni. Hmm, nanti saya hantar orang saya," sahut suara di hujung talian. "Cepat ye bang. Err, kalau boleh hantar orang yang boleh dipercayai ye. Bendanya banyak ni...,"

Tak lama lepas tu, sorang polis datang ke balai penghulu. Masa tu dah ada beberapa orang kampung yang berkumpul di balai penghulu. Tapi Tok Penghulu tak benarkan masuk. Semua kena tunggu kat luar, kalau nak tengok pun dari tingkap kaca je. Polis tu terus masuk ke dalam balai penghulu, terus ke meja yang ada beberapa bungkus berisi seakan tepung warna putih. Dia belek-belek bungkusan tu. Then dia tebuk plastik pembalutnya. Diculik sedikit benda seakan tepung tu. Lepas dihidu, dirasa guna hujung lidah. Resat ngan Tok Penghulu ikut semua perbuatan si polis dengan ekor mata yang tidak berkelip.

"Ini sagun Tok...cuba Tok rasa," seru si polis. "Iyelah, ini sagun...,"suara Tok Penghulu lebih kuat lepas dia colek tepung sagun tu ke hujung lidahnya. "Ini semua salah ko la ni Resat. Ntah budak mana tertinggal sagun atas bangku kat bus stand tu terus ko sangka dadah," bera je muka Tok Penghulu. "Awak yang tak kenal dadah pun percaya jer. Sagun disangka dadah..." tawa kuat pecah di balai Penghulu Kuala Langat pagi tu...Habis.

June 1, 2011


Your present is lot more important than your presence...

Baru baru ni adalah menonton filem "Saya Tak Bodoh". Adaptasi dari filem negara jiran, I'm Not Stupid ini ternyata tidak mengecewakan dengan local elements had been blend nicely. Well, ditambah dengan sesi ceramah motivasi pagi hari ini, rasanya sesuai kut kalau kita fikirkan sejenak rutin harian ini saban hari. Bukan apa, kadang-kadang perkara rutin sering menyebabkan kita teralpa dan terlupa matlamat yang lebih besar dalam hidup.

Bila ditanya apakah matlamat kita bekerja, jawapan paling standard ialah untuk mencari rezeki buat memperbaiki kehidupan kita. Kita mahu menyediakan isteri dan anak-anak kemudahan yang paling selesa, termasuklah kenderaan yang tak malu kita pakai semasa hantar anak ke sekolah, atau rumah yang tak malu bila kita jemput mak ayah datang bertandang. Itu paradoks. Makanya kita bekerja kuat, keras dan gigih untuk memenuhi semua keperluan tersebut. Ada yang suami keluar kerja pagi balik malam, sedang isteri keluar kerja malam balik keesokan paginya pulak. Time jumpa pun touch and go jer. Anak-anak ditinggal di rumah. Jumpa pun sekali sekala.

Akibatnya, timbul pelbagai krisis dan masalah. Dan banyak pula wang perlu digunakan untuk merawat masalah itu. Iyelah, masalah anak nakal, masalah suami curang, masalah kesihatan dan macam-macam lagi. Wang yang kononnya dicari dan dikumpul hasil kerja keras tadi rupanya bukan boleh dinikmati untuk memenuhi cita-cita tapi terpaksa digunakan untuk menyelesaikan masalah baru pula.

Apa kata kalau kita kerja kuat, tapi tunai tanggungjawab kepada keluarga pun buat. Meminjam kata-kata En Fakrul, "Apa pun kena buat bersungguh, bang. Time keje kene bersungguh, time bersukan pun kene bersungguh. Time karok pun bersungguh, time main ngan bini pun kene bersungguh. Hehe..." Betullah tu, sebab di akhir ceritanya nanti anak-anak akan berkata," Your present is lot more important than your presence, atau Kehadiran kita lebih baik daripada hadiah yg kita bawa." Ke guane?