June 23, 2010


Kisahnya si tukang bakso...

Adapun kisah ini dikutip drp kisah seberang, makanya sila tukar tune pembacaan anda ye.

Suatu hari Pak Hendra (glamer kan nama ni kat sinetron) sedang berehat di laman rumah banglonya. Sambil duduk membaca koran (surat khabar ye, bukan al Quran), terdengar cucu2nya riang bermain di sebelah kolam renang. Tiba2 terdengar teriak si penjual bakso melintasi rumah agamnya. "Bakso, bakso. Bakso panas, enak enak," begitulah agaknya bunyinya, manalah aku tau sbb aku tak minat bakso. "Shiapa mau bakso?," Pak Hendra bertanya kepada anak2. "Mau...," jawab mereka hampir serentak. Lantas si penjual bakso dipanggil oleh Pak Hendra.

"Bakso lima, kurang pedes ya, ini anak2 kepingin jajan," Pak Hendra mengoder. "Iyah pak, iyah," Doyok si tukang bakso (org sana semua dipanggil tukang hatta penjual bakso, aku agaklah...) cekap memenuhi permintaan pelanggannya. Selasai makan, Pak Hendra membuat bayaran. Apa yang menghairankannya, wang tersebut dibahagi tiga oleh Doyok. Satu bahagian dimasukkan ke dalam laci kereta dorong (kereta sorong), satu dalam wallet dan satu lagi ke dalam bekas plastik. "Kalau tidak keberatan, emangnya kenapa sih kamu membagi2 uwangnya ke dalam laci, dompet dan kencleng? Kenapa enggak disimpan aja dalam dompet?" Pak Hendra bertanya sambil mengecilkan matanya.

"Oh, saya sudah melakukan begini selama 17 tahun pak, sebabnya sangat sederhana. Uwang yang masuk laci akan digunakan untuk infaq dan sedekah. Manakala yang masuk dompet itu buat memenuhi keperluan hidup sehari2. Dan uwang yang masuk kencleng itu buat simpanan pergi mengerjakan haji. Kan itu saran agama kita pak?" Doyok menerangkan dengan suara yang sangat sederhana. "Tapi kan ibadah haji itu hanya wajib kepada yang mampu, termasuk dalam kemampuan dalam biaya?" Pak Hendra menduga tukang bakso. "Itulah pak, emangnya saya jesteru malu kalau bicara soal mampu dan tidak mampu. Kalau kita mendifinisikan diri kita sebagai manusia yang tidak mampu, maka selamanya kita menjadi tidak mampu. Sebaliknya kalau kita meletakkan diri kita 'mampu' maka insyaallah, Allah akan membantu kita menjadi manusia yang mampu," jawapan yg sangat bernas dari seorang tukang bakso. Kita camne? Bakso anyone????

June 17, 2010


Kisah Nabi Sulaiman dan seekor semut

Dedek sering merungut mengenai kehidupannya yang begitu sempit. Kata Dedek, dia dah bekerja keras, tapi hasilnya selalu tidak cukup. Bukanlah dia tidak sedar yang pendapatan bulanannya melebihi sebahagian officematenya, tapi biasanya, setelah dua hari menerima gaji, baki yang tersisa membuatnya tercekik. Iyelah, bila dah tolak ansuran sana sini, hutang sana sini, bil itu ini, duitnya dah tinggal tak seberapa. Dudik, teman rapat Dedek kasihan melihatkan keadaan Dedek. Lalu diceritakan mengenai kisah Nabi Sulaiman dan seekor semut.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman terlihat seekor semut sedang tekun mengangkut sebutir kurma. Setelah memberi salam, Nabi Sulaiman bertanya kepada si semut, "Hai semut, apakah yang sedang kamu lakukan?" Maka dijawab oleh sang semut, "Wahai tuan, Allah telah mengurniakan aku rezeki sebiji kurma untuk setahun. Kurma ini akan kusimpan di dalam sarangku." "Wahai semut, aku telah membahagi dua kurma ini. Sekarang, masuklah kamu ke dalam botol ini dan duduk serta makanlah separuh kurma ini. Insyaallah, tahun hadapan, setelah genap satu tahun, akan kita akan bertemu lagi," perintah nabi Sulaiman. Sang semut akur.

Setelah genap setahun, nabi Sulaiman datang menemui sang semut. Nabi Sulaiman mendapati kurma nan separuh itu masih banyak berbaki. Hairan dengan apa yang dilihatnya, nabi Sulaiman bertanya,"Mengapa kamu tidak menghabiskan kurma itu wahai semut? Kan aku telah berjanji akan memberimu sebahagian lagi kurma kepadamu?" Maka dijawab oleh sang semut,"Aku banyak berpuasa dan hanya menghisap air daripada kurma tersebut, wahai nabi Allah. Allah memberiku sebiji kurma sedangkan kamu memberiku sebahagian sahaja. Aku takut tahun depan kamu tidak memberiku lagi kerana engkau bukan Allah, Tuhan yang maha memberi rezeki..."

"Oh, jadi masalahnya bukanlah mengenai gajiku, tetapi bagaimana aku menilai dan menggunakan rezeki yang Allah berikan rupanya. Sedangkan semut pun pandai mengurus rezekinya, inikan pula aku sebagai manusia...,"Dedek bermonolog bak soliloqui.

June 16, 2010


Oh...sengal...

Kisah ini diceritakan drp seorg kawan kepada seorang kawan dan diwariskan kepada hamba. Tak kiralah drp siapa, tp kisah ini memang sengal...babas...

Alkisah berlaku di antara 3 lelaki Pakistan dan 3 lelaki India. Mereka semua dalam perjalanan mengelilingi Eropah. Sebelum menaiki train, ketiga2 lelaki Pakistan ini masing2 membeli sekeping tiket, tetapi lelaki2 India ini hanya membeli sekeping tiket. Hairan melihatkan perkara tersebut, mamat2 Pakistan bertanya kepada mamat2 India, "Bagaimana kamu bertiga ingin menaiki keretapi dengan hanya sekeping tiket?" "Just look and learn," poyo jer jawapan mamat2 India. Ketika para penumpang berebut2 masuk ke dlm train, ketiga2 lelaki India ini masuk ke dlm tandas di dlm keretapi. Apabila pemeriksa tiket mengetuk pintu tandas sambil meminta tiket, salah seorang lelaki tersebut menghulurkan tiket dari celah pintu. Selepas pemeriksa tiket berlalu, mereka semua keluar dgn muka bangga. Mamat Pakistan terpegun dgn ketereran negara jiran mereka.

Keesokan harinya, ketika mereka mahu menaiki keretapi yg lain, mamat2 Pakistan ini membeli sekeping tiket dengan niat meniru tricks jiran2 mereka. Tetapi mereka bertambah hairan kerana rakan2 India mereka dilihat langsung tidak membeli sebarang tiket. "Camna hangpa naik train takdak beli tiket?" camtu lebih kurang soalan mereka. "Just look and learn, son," bengkek jer dgr jawapan si India. Bila train sampai, mamat2 Pakistan ni berebut masuk dlm tandas mcm India smlm. Sedangkan hanya 2 orang India yg masuk ke dlm tandas sblh. Salah seorang mamat India tadi mengetuk pintu tandas yg di dlmnya ada 3 org mamat Pakistan, sambil cakap, "Tiket, tiket...". Pintu dibuka sedikit dan tiket dihulurkan. Dengan senang hati India itu ambil tiket dan kembali masuk ke bilik tandas sebelah. Sengal kan???

June 14, 2010


Nilainya 5 minit

Seorang wanita sedang duduk di bangku simen di sebuah taman permainan. Dia asyik memerhati anak perempuannya bermain papan gelongsor. Seorang lelaki duduk di bangku sebelah. Juga memerhati anak lelakinya yang sedang bermain buaian. Sekali sekala si ibu bersuara meminta anaknya berhati-hati.


Beberapa ketika kemudian, lelaki tersebut memanggil anaknya, “Denny, jom kita balik, dah petang ni.” “Alah ayah, nantilah dulu. Bagilah Denny main lima minit lagi ye…”rayu sang anak. “Ok, lima minit aje tau,” si bapa beri lampu hijau. Selepas lima minit, si bapa mengajak anaknya balik, “Ok Denny, masa sudah time. Jom kita balik.” “Lima minit je ayah, lima minit. Denny nak main panjat2 pulak,” sang anak terus merayu. “Ok, lima minit aje tau. Denny main baik2 ye,” si bapa terus berkompromi, langsung tiada riak marah.


Melihatkan situasi tersebut, wanita di bangku sebelah bersuara. “Baik betul u dengan anak u ye. Dari tadi anak u mintak 5 minit, ni dah masuk 15 minit, tp u tak marah pun. Kalau i…tak tahulah,” ber ‘i’ ‘u’ tu…”Sebenarnya saya ada dua orang anak. Suatu hari anak saya yang pertama minta saya hantarkan dia ke kelas tambahan. Sekolah tu tak jauh pun, cuma lima minit jer dari rumah. Tapi saya sibuk sangat hari tu, so saya suruh dia jalan kaki. Sampai di simpang depan tu, sorang pemandu mabuk langgar anak saya. Keadaan anak saya parah dan meninggal dunia setibanya di hospital. Sampai harini terngiang2 kata terakhir anak saya masa mintak hantarkan ke sekolah haritu, “Lima minit je ayah, lima minit je…” si ayah sebak. “Sejak haritu, sy berjanji akan tunaikan permintaan anak saya yang tinggal untuk bersama saya 5 minit. Sebenarnya, bukan dia yang perlukan lima minit saya, tetapi sayalah yang mendambakan lima minitnya…” Akak sebelah tu dah start menangis.

June 9, 2010

Ini bukan kisah Dato' Siti...


Takde kene mengene ngan Dato' Siti...

Cik Siti Jelita (CSJ) tengah sibuk memasak kat dapur barunya nan comel. Sambil memasak, CSJ humming lagu siti situ sana sini, alah, setakat nak membetulkan lirik peserta yg kantoi dlm rancangan Jangan Lupa Lirik tu. Sambil memasak, sekali sekali CSJ main2 ngan kushing2 kesayangannya si whitty & si blacky. Panas, CSJ bukak kipas jenama alpha yg ada lampu kat tgh2nya. Bukan apa, kipas tu comel jer, pakai remote controller dan kegilaan jiran2 sebelah menyebelah.

Sekejap CSJ naik ke tingkat atas. Tengok husbandnya yg dah terbongkang tido. Bila CSJ turun bawah, dia tgk lampu kat kipasnya menyala lak. "Hish, tadi aku tak bukak lampu kipas ni...,"bisik hatinya sedikit goyang. CSJ tekan punat 'off' pada remote controller. Lampu padam. Tiba2 lampu menyala balik. CSJ tak puas ati, dia tekan butang 'off' balik. Lampu padam. Tiba2 menyala balik. Hati panas. CSJ baca ayat kursi kuat2, then dia tekan balik off button. Kali ni betul2 padam.

Baru selangkah CSJ ke dapur, lampu tu 'on' balik. CSJ geram, dia ambik handphonenya call jiran sebelah, "Cikgu, cikgu pakai kipas jenis apa?". "Erm...jenis apa na? Alpha kut...," suara jirannya ade sikit ketakutan. "Cikgu, lain kali kalau nak tutup kipas tu, jgn pakai remote control ye, dia punya 'power' buleh sampai rumah saya tau. Pakai jer suis biasa kat dinding tu...," kisahnya..."Patutlah bila cikgu on, tiba2 dia off sendiri...kami ingatkan nak jual dah rumah ni, serem...," terdengar cikgu sebelah rumah gelak sekeluarga. Ingatkan apa tadi.....

June 3, 2010


Apa yang penting? Bersyukur…

Suatu hari Tuan Ushin Lomb berjalan jalan di tepian pantai. Iyelah, orang kaya mcm dia mmg susah nak pergi bercuti, lagi2 kalau dapat lepaskan diri daripada dua orang isterinya yang asyik bercakaran itu. Akhirnya, harini ni, lepas dia berpakat ngan sekretarinya, dapat gak dia sampai ke Tioman. Berjalan di pasir basah tanpa tujuan, akhirnya Tuan Ushin sampai ke tempat berbatu2 besar. Ada seorang lelaki tua sedang memancing.

“Memancing pakcik?” tuan Ushin berbasa basi. “Ye nak, dah nak balik pun…,” si tua berkemas2 mahu pulang. Alah, takde mendenya pun nak dikemaskan. Tuan Ushin nampak dua ekor ikan di kajang si tua. “Kenapa pakcik tak memancing lagi? Tu baru dua ekor jer…,” Ushin mmg tak puas ati. “Cukuplah ni nak, pakcik memancing untuk makan dengan isteri pakcik aje. Ini pun dah bersyukur sangat ni,” pakcik tu dah bangun untuk beredar.

“Pakcik, kenapa tidak pakcik duduk lama sikit, buleh dpt ikan lebih. Sikit pakcik makan, yg selebihnya pakcik jual. Duit tu pulak pakcik beli jaring, boleh dpt lebih byk ikan, keje pakcik pun senang,” sebagai businessman Ushin mmg terel part2 mencipta peluang. Tapi pakcik tu tak berapa setuju dgn saran Ushin. “Dahtu?” pendek jer dia tanya. “Kalau pakcik dah ada duit lebih lagi, pakcik boleh beli sampan, jadi nelayan pesisir, dahtu ada duit lebih lagi boleh beli bot, boleh upah awak2, pakai jaring lebih besar, jadi nelayan laut dalam. Masa tu, pakcik dah kaya raya,” Ushin bercerita penuh semangat. Kadang2 dia lupa air liurnya menyembur2 keluar.

“Apa pakcik nak buat kalau pakcik jadi kaya, nak?” soal pakcik tu balik. Aik? Heran Ushin. Selama ni tak penah lak ada org tanya dia apa nak buat kalau dah jadi kaya. “Kalau pakcik dah kaya, pakcik buleh beli apa yang pakcik nak. Pakcik boleh pergi bercuti ke pulau, boleh memancing kat atas batu sensorang, macam saya…” Ushin tersenyum bangga. Dia ingat pakcik tu mesti kagum tengok dia. Tapi jawapan pakcik betul2 mengejutkan. “Ooo, nak bercuti kat pulau, nak mancing atas batu sorang2 kena buat semua tu, kena simpan semua duit tu…Tapi nak, semua tu sedang pakcik buat, hari2, percuma lagi…kan?” pakcik jawab lembut. Sengih Ushin terhenti, dia malu...sambil tutup muka pakai tangan, dia lari balik ke resort. “Kalau mcm ni lebih balik aku balik ke rumah isteri muda…” katanya dalam hati.