May 31, 2010

Gajian


Gajian…

Pejal pulas tombol pintu rumahnya. Pintu solid wood dgn opal glass warna putih tu baru jer dia pasang bulan lepas. Sekonyong, puteri kesayangannnya berlari mendapatkan papanya. Pejal peluk anaknya yang satu itu. Oh ya, Pejal mmg jarang bagi salam kalau masuk rumah, well, dia org moden…yang kaya.

“Papa, papa mesti penatkan kerja harini? Tapi Puteri nak tanya sesuatu pada papa, bolehkan?” Puteri yang baru berusia tiga setengah tahun mmg petah kalau berkata. “Boleh sayang, tanyalah…”Pejal mmg ‘cair’ dengan kata2 anaknya nan seorang ini. “Papa, berapa gaji papa sejam?” Puteri tanya bersungguh2. Pejal renung muka tembam anaknya, mata Puteri hitam bulat, rambutnya kerinting melantun2 mcm meggi dah sedia nak dimakan. “Cuba Puteri kirakan untuk papa. Kalau sebulan papa dapat RM10,000. Papa kerja 20 hari sebulan, lapan jam sehari. Anak papa pandai kan?” jawab Pejal penuh matematik. Agak sengal buat budak 3 tahun nak wat calculation cenggitu kan? Padahal dia sendiri pun haram tak pandai kire kalau tak mintak bantuan calculator. Sebenarnya tujuan Pejal hanya nak suwoh Puteri sibuk sekejap, sementara dia nak freshen up before sleep.

Puteri berlari masuk bilik. Sekejap jer dia muncul balik depan papanya. Ada pen dan kertas kecik kat tangannya. Pejal yang tengah bukak kancing baju terkejut. Sib baik dia belom bukak seluar…”Papa, kalau gaji papa sepuluh ribu sebulan, bahagi 20 hari, bahagi 8 jam, maknanya boss papa kena bayar papa RM62.50 sejam kan papa?”Tu dia budak kumon menjawab. “Err, betul tu,” hampir jer Pejal tak percaya. “Papa, kalau Puteri nak pinjam RM30 boleh tak papa?” Puteri wat2 muka series. “Apa? Duit? Takde duit duit memalam ni. Hish, pantang papa tau org pinjam2 ni, apa lagi duit,” Pejal tiba2 melenting. Dia mmg pantang bab duit. “Tapi papa, Puteri nak pinjam, bukan nak mintak…” “Papa kata tak boleh, full stop. Dah, Puteri masuk tidur sekarang,” kali ni nada Pejal tinggi. Puteri terkejut, dia lari masuk bilik tidurnya, kesian.

Lepas mandi Pejal teringat pada Puteri. Rasa bersalah pulak sbb tengking Puteri tadi. Mesti budak tu tengah merajuk. Diam2 Pejal masuk bilik Puteri. Betul, Puteri tengah menangis teresak2. “Puteri, papa mintak maaf ye sayang. Papa bukan sengaja. Sekarang Puteri bagitau papa, Puteri nak buat apa dengan duit tu?” “Papa, tadi puteri beli buku sudoku. Puteri dah main dengan mama, best. Puteri nak main dengan papa pulak, tapi mama kata papa sibuk, masa papa berharga. Sebab tu Puteri tanya berapa boss papa bayar masa papa. Puteri dah ada RM30.50, duit simpanan Puteri, tapi Puteri tak cukup RM30 lagi. Kan Puteri kena bayar RM62.50 untuk sejam masa papa. Sbb tu Puteri nak pinjam duit papa. Nanti Puteri kumpul, Puteri bayarlah pada papa,” sahut Puteri dalam sendu.

Pejal terpempan. Apakah nilai sebenar masanya, gajinya dan kasih sayangnya. Kerana bagi dunia, kamu hanyalah seseorang, tetapi bagi seseorang, kamu adalah dunianya…

May 27, 2010


Panas ke...Sejuk ke?

Wak Lim takde kene mengena dengan watak berbangsa Cina. Dia orang Melayu, atau lebih tepat, orang Jawa yang dah lama menetap di Tanah Melayu. Tak percaya, tengok kad pengenalan dia, kod 10 tau tengah2nya. Tp bukan keturunan dan susur galur bangsa Wak Lim yang kita nak ceritakan. Kita nak cerita pasal perangai dan tahap pemikiran tinggi Wak Lim. Camni ceritanya...

Satu hari Wak Lim singgah warung Pak Li kat seksyen 7. Korang jangan tak tau, warung tu bukan calang2 warung tau, warung tu dah sama taraf dengan kopitiam. Ada tanda halal tak? Ntahlah, xde sape yg kisah, sbb bagi Wak Lim apa yang penting ialah minum dengan bergaya. Tapi hari tu poket Wak Lim agak nipis. Elaun minum paginya dah kena catu dek Wak wedhok. Kata wak wedhok, sesuai dengan dasar penjimatan dan perbelanjaan berhemah yang dijalankan oleh kerajaan sekarang. Waktu Wak Lim mintak semalam, wak wedhok cakap tunggu keadaan ekonomi dunia pulih sepenuhnya, tak pun sekurang2nya sampai krisis hutang Greece dan beberapa negara Eropah reda.

Gaya punya pasal, berbekalkan duit singgit2 nan dua keping, Wak Lim beranikan diri minum di Pak Li koptiam. Strategi utama, order minuman paling mampu milik. Wak Lim study menu macam dia study time SPM dulu. "Milo panas RM1.90, Milo sejuk RM2.50," Wak Lim baca merangkak2. "Miss, just give me Milo please, the hot one, ya," Wak Lim bagi order walaupun dia mmg minat gile milo ais. "I'll wait for my friend," sempat Wak Lim meleraikan kekonfiusan waitress tu, pakai gempak, takat order milo jer?.

Tak lama lps tu, order Wak Lim sampai. Wap berkepul2 keluar drp cawan milo tu. Wak Lim sambar cpt2, hirup tak menyempat. Panas, melepuh lidah Wak Lim. Sampai hirupan ketiga, Wak Lim dah tak tahan. Budak waitress tu tanya Wak Lim, nape dia minum air panas tu, tak tunggu sejuk dulu? Maka dijawab oleh Wak Lim dengan pelat2 sbb lidahnya dah melecur, "Milo panas RM1.90, kalau sejuk, dah jadi RM2.50, aku ada RM2 jer...". So, anda tentukan tahap kebijaksanaan Wak Lim itiew...

May 24, 2010

Ini Lagi Satu...




Ini lagi satu ni...

Ustaz Fazin sibuk memilih durian. Dari tadi, masa dalam kereta memang dia asyik terbayangkan durian Pahang, tu yang nampak jer gerai pertama menjual durian, dia terus berhenti. Cadangnya nak durian yang besar, yang tebal isinya, lemak manis rasanya, dan paling penting murah harganya. Oh ya, ustaz sedang dalam perjalanan ke Selangor, nak sampaikan ceramah Maulud Nabi.

Dari tadi makcik penjual durian sibuk melayan pelanggan lain, pelanggan yang sampai dahulu daripada ustaz. Takpe, sempatlah ustaz pilih durian yang berkenan. Deretan atas sekali dah habis diperiksa ustaz. Dipilih, diangkat2 try berat buah durian, dicium baunya, ditepuk2 kulit luarnya. Kata orang, kalau durinya tajam2, pasti isinya baik. Bukan ke semua kulit durian tajam durinya?

"Ye nak, dah pilih mana yang berkenan di hati?" makcik penjual bertanya kepada si ustaz. "Dah ada beberapa biji yg berkenan. Durian mana ni makcik?" ustaz buat2 tanya jawapan yg dia dah sedia maklum. "Raub, bagus2 durian ni, gerenti baik punya..." makcik tu angkat ibu jari dia, mcm trade mark sorg artis tu. Ustaz sedikit terkejut, tp dia control sambil sengih2, "Saya nak beli tiga biji ni. Kopek sekali ye makcik." "Nak, selama ni makcik jual durian jer, makcik tak jual kopek..."makcik tu macam marah. Nape ek, korang?

May 19, 2010


Duren Duren bukan Duran Duran

"Baiklah, saya sebagai ketua dan jurucakap rombongan pihak lelaki menyatakan bahawa kunjungan kali ini adalah sebagai sesi perkenalan kedua belah keluarga. Kunjungan ini diharap dapat merapatkan silaturrahim kedua keluarga, dan saya berharap hubungan ini dapat dirapatkan lagi dengan ikatan yang lebih kukuh," wah, standard betul ucapan ayah, merangkap bapak mertuaku. Syaba aku tengok tersengih2, yelah, bakal nak jadi pengantinlah katakan...

"Kita ni dalam memilih pasangan hidup jangan hendaknya seperti nak memilih durian. Semua faham kan maksud saya?" begitu ayah tiap kali berbicara, penuh dengan kias ibarat. Sapa volunteer nak bagi pendapat? Kak Siti angkat tangan, macam murid2 nak menjawab soalan cikgu. "Betul tu, orang kalau nak beli durian kan mula2 dia cium buah tu. Kalau tak berkenan, dia letak. Lepas tu pilih lagi, cium lagi, sampailah dia jumpa bau yang dia berkenan. Kita tak naklah kalau budak2 ni nak pilih isteri macam nak pilih durian. Mana yang dia jumpa, dia cium dulu. Kalau tak berkenan, dia tinggal. Dia cari lain, cium, tinggal. Hish, na'uzubillah," Kak Siti bagi pendapat yang aku rasa boleh diterima akal.

"Hmm, macam tulah lebih kurang. Ada yang lebih teruk, bakal pembeli tu mintak durian ditebuk, dikupas, dibelah, ditengok isi dalamnya. Kalau bakal pembeli tu ada rasa bertanggungjawab, diambil dan dibayarnya durian tu. Tapi kalau dia xde perasaan, dibiarkan aje buah tu. Bertengkar dengan pemilik durian dan ditinggalkan. Apa jadi pada durian yg dah ditebuk? Durian turun harga atau lebih buruk lagi, durian tak laku, dicampak dalam tong sampah. Kesian nasib durian. Kita tak nak jadi macam nasib durian, penjual durian dan bakal pembeli durian, kan?" Ayah terus menerangkan. Bapak sebelah pompuan angguk2.

May 18, 2010


Masih tak percaya?

Suatu hati seorang pemuda telah bertanya kepada Nabi Musa mengenai qada' dan qadar. "Hai Musa, kiranya benar tuhanmu maha mengetahui, tunjukkanlah salah satu buktinya kepada ku," cabar si pemuda. Maka dijawab oleh Nabi Musa, "Baiklah, esok, cubalah engkau berjalan ke arah ini dan berhentilah di sebuah batu yang besar. Berlindunglah kamu di balik batu tersebut dan saksikanlah keluasan ilmu Allah dan ketelitian perancangan-Nya."

Keesokan paginya, bergeraklah pemuda tersebut ke arah yang dinyatakan oleh Nabi Musa. Setibanya dia ke batu tersebut, dia pun bersembunyi. Terdapat sebuah mata air mengalir di bawah batu itu. Tidak lama selepas itu, datanglah seorang lelaki menaiki kuda. Setelah minum dan memberi minum kudanya, lantas dia berlalu pergi. "Eh, kantung airnya tertinggal," bisik pemuda itu. Mahu rasanya dia berteriak kepada penunggang kuda tetapi hatinya menghalang. "Nanti, aku mahu lihat sejauh mana kebenaran kata-kata Musa mengenai tuhannya," senyum nakal terukir di bibir si pemuda.

Tidak lama selepas itu, datang seorang budak lelaki ke mata air tersebut. Demi terlihat kantung air yang ditinggalkan di atas batu, budak tersebut terus mengambilnya dan berlalu pergi. "Hei, itu kantung lelaki berkuda, jangan kau curi..." jerit pemuda di dalam hati. Dan seketika, terlihatlah olehnya seorang lelaki tua yang bertongkat menuju ke arah mata air tersebut. Melihatkan keadaannya, rasanya lelaki tua itu kurang penglihatan. Dengan bersusah payah, lelaki tua itu duduk berehat di atas batu tempat kantung air diletakkan dahulunya.

Tiba-tiba lelaki berkuda tadi datang kembali. "Hei orang tua, ada kamu lihat kantung airku di atas batu ini?" kasar suara lelaki itu. "Tidak nak, aku ini baru sahaja sampai di sini, lagi pula, untuk apakah aku mangambilnya?" jawab si tua perlahan. "Ah, bohong. Aku lihat kamu ini seorang yang tidak boleh dipercayai. Entah-entah kamu telah mengambil dan menyembunyikannya. Serahkan kembali kantung air itu orang tua, atau buruk padahnya..." suara ancaman lelaki tersebut benar-benar biadap. "Tidak, tidak, aku tidak mengambilnya. Lihatlah keadaanku, mataku rabun dan hampir buta, mustahil aku mengambilnya, melihatnya pun tidak..."hujah si tua.

Tanpa disangka tanpa diduga, lelaki berang itu menghunus dan merodok belatinya ke perut si tua. Amarahnya meluap menutup akal warasnya. Si tua tewas di tangan gagah lelaki durjana. Dia memacu kudanya deras meninggalkan mata air, dengan darah di tangan yang masih merah basah.

Si pemuda tergamam. Segala peristiwa yang berlaku sepantas kilat, sukar difahami. Badannya menggigil melihatkan tubuh si tua longlai di atas batu. Dan dia meninggalkan mayat itu lantas menemui Nabi Musa.


"Wahai pemuda, sudahkah kamu melihatkan kebijaksanaan dan keadilan Allah?" sapa Nabi Musa seraya menyambut pemuda itu. "Sukar untukku percayai apa yang berlaku. Apakah ada keadilan di dunia ini? Di manakah tuhan ketika manusia benar2 memerlukannya? Mengapakah insan yang tidak berdosa terkorban tanpa pembelaan?" tutur katanya tidak keruan, meracau barangkali. "Sabar wahai pemuda, ceritakanlah apa yang kau lihat sepanjang hari," pujuk Nabi Musa penuh hikmah.

Lalu diceritakanlah segala yang berlaku. Betapa kantung air itu adalah milik lelaki berkuda, dan diambil atau dicuri lebih tepat, oleh seorang budak, tetapi mengapa mesti si tua yang kurang penglihatannya pula dituduh dan dibunuh? "Kamu kata tuhanmu maha melihat dan maha adil. Di manakah tuhanmu ketika itu wahai Musa?" soal si pemuda kepada Nabi Musa. "Wahai pemuda, sesungguhnya Allah itu maha luas pengetahuannya dan Dialah yang Maha Adil. Ilmunya menguasai segala perkara yang terlihat dan tersembunyi. Dan keadilannya meliputi segenap waktu dan tempat. Tahukah kamu bahawa pemuda berkuda itu baru sahaja merompak sebuah rumah? Antara benda yang dicurinya adalah kantung air yang kau lihat tadi. Dan budak lelaki yang mengambil kantung itu adalah pemilik sebenar kantung tersebut. Maka seadilnyalah dia mendapatkan kembali hartanya yang dicuri. Lagi pun, kantung itu ditemui semula oleh pemiliknya, bukanlah diambil secara tidak sah, adil kan?" Nabi Musa menerangkan duduk sebenar.

"Tapi, mengapa pula lelaki tua itu dituduh dan kemudiannya dibunuh? Dosa apakah yang menyebabkan dia menerima nasib seburuk itu? Adilkah itu?" masih tak puas hati. "Dan lelaki tua itu sebenarnya telah membunuh bapa kepada lelaki berkuda sewaktu mudanya. Tiada saksi dan bukti yang kukuh terhadap lelaki tua itu dan selama ini dia terlepas dari hukuman pemerintah. Hanya Allah yang maha mengetahui mengenai rahsia si tua itu, dan hari ini, dia telah menerima hukuman setimpal," penerangan yang sangat jelas oleh Nabi Musa. "Nah, sekarang kamu telah lihat betapa luas pengetahuan Allah dan keadilannya. Sesungguhnya ilmu Allah itu maha luas dan kadang kala tidak tercapai oleh akal manusia. Adakah keadilan selain daripada keadilan Allah?" pertanyaan Nabi Musa yang lembut benar2 mematikan hujah si pemuda, memecah bendung keegoannya dan meruntuh tebal kejahilannya.

"Benar wahai nabi Allah. Dan aku bersaksi bahawa Dialah Allah tiada tuhan selain-Nya, dan kamu adalah utusan-Nya. Terimalah imanku..." ucap si pemuda dengan iringan air mata.

May 17, 2010


Obat Hati

Tombo ati iku limo perkarane

Kaping pisan moco Qur'an lan maknane

Kaping pindo Sholat wengi lakonono

Kaping telu wong kang sholeh kumpulono

Kaping papat kudu weteng engkang luwe

Kaping limo dzikir wengi engkang suwe

Salah sakwijine sopo biso ngelakoni

Mugi-mugi Gusti Alloh nyembadani


teruja...

May 13, 2010

Eh, eh, sopan sangatlah tu?


Amran parking betul2 depan rumah maknya. Rumah mak Amran takdelah beso sangat, papan jer. Tak glamer pon mcm rumah jiran2, jauh sekali nak challange rumah Amran yang beso cam istana tu. "Mak! Oo Mak!" laung Amran, macamlah dia dah lupa nak bagi salam macam yang mak dia selalu ajar time kecik2 dulu. Mak Amran jenguk dari tingkap. "Oo koe rupane, munggahlah (translation: oo kamu rupanya, naiklah)" berbunga rasa hati mak Amran tengok anaknya balik.

Amran masuk rumah maknya, dia duduk kat depan pintu jer, panas agaknya. Lupa pulak dia nak salam dan tanya khabar maknya yang berstatus MJ tu. Sekilas rasa kecik ati terbit di sanubari mak Amran. Sudahlah datang tak bagi salam, masuk tak tanya khabar pulak. Hai budak2 sekarang. Melihatkan Amran tak bercakap apa2, mak Amran bangun, cadangnya nak ke dapur, buat air.

"Arek mareng di kui mak'e (trsl: nak ke mana tu maknye?)," Amran buat2 tanya. "Gawe melo. Kan koe sukak melo. Seng anyes yo, leboni es seng akeh (trsl: Buat air Milo, kan kamu suka minum Milo. Mak buat yang sejuk, letak ais banyak2)," mak Amran memang tahu kegemaran anaknya yang sorang ni.

"Mak, ngesok mben, angger aku teko, mak orak payah gawekke aku ombenan (trsl: Mak, lain kali kalau saya datang, mak tak payahlah buatkan saya minuman)" selamba je budak ni bercakap. "Laa, kenak opo pulak? (trsl: alah, korang paham)" mak Amran heran, selalunya Amran memang pantang dgn milo ais, pantang jumpe.

"Mak kui angger gawe banyu karo ngeromet. Idhune kui melebu nang cangkir. Jijiklah aku delokke, meh wae melukok (trsl: mak tu kalau buat air sambil membebel, habis air liur tu masuk dalam cawan, gelilah saya tengok, hampir saja saya termuntah)" mengada2nye. "Eh Amran, biyen koe ijek bocah2, akulah seng dulang. Angger sego kui pak kunyah nang cangkemku disek terus wai dilebokke cangkemmu, koyo manuk makani anak kui lo. Weslah orak payah melukok, yo idhuku karo gudalku pon wes melebu jero wetengmu (trsl: Amran, dulu masa kamu kecil, maklah yang menyuapkanmu. Kalau nasi tu, mak kunyahkan dalam mulut mak sendiri, lepastu mak luahkan terus masuk ke mulut kamu, macam burung beri makan anaknya. Sudahlah, jangan mengada2 nak termuntah, bukan setakat air liur nak, taik gigi mak pun dah masuk ke perut kamu), kali ni mak Amran betul2 kecik ati.

"Kuilah pasalle aku dadi koyo kiye, orak pande2 sampek kapan2 (trsl: pasal tulah aku jadi macam ni, sampai bila2 tak pandai2)" Amran bermonolog dalam hati. Ada sedikit penyesalan. Dah melepas rezeki Amran nak minum milo ais kat rumah mak dia...

May 12, 2010

Dah nak abis dah...


Gadis bernama Mira meneruskah pengkisahan mengenai mak angkatnya. "Saya lulus cemerlang dalam Penilaian Darjah Lima dan ditawarkan SBP. Dalam usia sementah itu, saya membuat keputusan untuk menolaknya dan memilih untuk bersekolah di sekolah berdekatan. Hati saya bulat dan tekad, saya mesti menjaga mak, abang dan kakak. Saya nak tebus kesilapan saya, kecetekan fikiran saya. Mulanya mak seakan tidak bersetuju, takut menghalang masa depan saya, tapi saya telah berjanji, saya akan berusaha keras mencapai cita2 dan berbakti kepada mak dalam masa yang sama.

Sepanjang tahun2 bersekolah menengah, mak sebolehnya tidak membebankan tugas menjaga abang dan kakak kepada saya. Iyelah, takut ianya akan mengganggu tumpuan pelajaran saya. Tetapi sayalah yang selalu menawarkan diri membantu mak menguruskan abang dan kakak. Saya tidak merasa terbeban bahkan gembira dgn kehidupan saya. Sehinggalah saya ditawarkan melanjutkan pelajaran di UKM, maka saya terpaksa berpisah dengan mak, dengan hati yang berat. Sepanjang pengajian saya terus berdoa agar mak sentiasa kuat dan tabah, sihat dan sabar menjaga abang dan kakak. "Mak, tunggu Mira mak...," begitu jeritan hatiku saban malam.

Saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya lulus dengan cemerlang. Sekarang, bolehlah saya menjaga abang dan kakak dengan lebih sempurna. Tiada masalah yg terasa begitu berat berkat ilmu yang ditimba dan pengalaman menjaga mereka selama ini.

Pun begitu, hati saya sering tersentuh setiap kali mendengar mak berkata kepada abah, "Apa akan berlaku kepada anak2 kita setelah kita tiada bang?" "Kita tak boleh bergantung kepada Mira selamanya bang, dia bukan anak kandung kita. Dia juga perlu menjalani kehidupannya sendiri, berkahwin dan mempunyai anak2nya sendiri," tatkala itu pasti air mata mak mengalir. Bukan menyesali takdir, tetapi gusar dengan nasib abang dan kakak. "Mak, harini Mira berjanji di hadapan semua yang hadir akan terus menjaga abang dan kakak sehingga ke akhirnya, percayalah. Memang betul mereka bukan saudara kandung Mira, tapi Mira makan dari tangan yang sama menyuapkan mereka. Tangan itu jugalah yang memandi dan mendodoi Mira saban hari."

Tiga bulan yang lalu saya terbaca mengenai pencalonan ibu mithali. Diam2 saya mengisi borang mencalonkan mak. Mak tak tahu apa2 pun. Sampai saat ini mak masih tak dapat terima anugerah ini. Maafkan Mira mak. Sememangnya mak tak punya anak2 yang berjaya menjadi doktor. Anak mak mana yang jadi engineer, yang jadi lawyer. Tapi kasih dan pengorbanan mak tak kurang sedikit pun dengan ibu2 di sini. Dugaan yang mak tempuh tak kurang hebatnya drp mana2 ibu tadi. Mak sabar dengan semua dugaan, ujian dan cabaran, daripada abang, kakak dan anak mak yang seorang ini. Saya tahu mak mungkin bukan ibu terbaik tetapi mak adalah wakil kepada insan yang bernasib serupa seperti mak.

Terima kasih kepada penganjur kerana membuka mata kepada pengorbanan mak. Saya tahu, ramai lagi ibu yang perlu kita beri pengiktirafan di luar sana. Apa pun, maafkan Mira sekali lagi mak," Mira lantas mendapatkan ibunya. Kedua beranak itu menangis kehibaan. Para hadirin berdiri memberi penghargaan. Makcik2 aku tgk sibuk mengesat air mata. Betul2 anugerah kali ini ada perbezaannya...


May 7, 2010

sambung, jangan tak sambung...


"Sebenarnya, ibu serahkan Mira kepada mak bukan sbb ibu tak sayang Mira. Jauh sekali nak Mira hidup susah. Waktu ibu melahirkan Mira, ibu sakit lebih enam bulan. Maklah yang menjaga Mira waktu tu. Mak sayang sangat pada Mira sbb mak tak pernah ada anak normal. Mak jaga Mira, tatang Mira, sayang Mira lebih drp anak2 mak sendiri. Bila ibu dah sedikit kuat, ibu kasihan nak pisahkan mak dengan Mira. Ibu nak mak gembira, gembira mempunyai anak yang macam anak orang lain. Ibu harap Mira dapat melapangkan hati mak, melegakan penat mak, mendinginkan resah mak. Mira tahu, setiap kali Mira pergi mengambil hadiah kecemerlangan, mak sanggup tinggalkan abang dan kakak pada ibu, demi meraikan kejayaan Mira. Mira kan tahu mak sangat berat tinggalkan mereka pada org lain. Lihatlah baju2 Mira, banyak yg cantik2, tp abang dan kakak, yang itu, itulah juga. Mira dapat pergi sekolah, dapat belajar, dapat jadi pandai, tapi abang kakak?"

"Ibu yakin Mira mampu gembirakan mak, mampu bawa keceriaan dalam hidup mak. Bukan semua mak harapkan kepada Mira, bukan semua mak bebankan kpd Mira. Cuma sesekali je mak mintak tolong Mira," pujukan ibu betul2 memadam api amarahku. "Mira sayang, ibu dah merasa membesarkan 7 orang anak yg sempurna, besar sangatkah harapan mak nak merasa jaga seorang? Lagipun, ibu dapat tgk Mira membesar depan mata ibu," api amarah yang padam cuma tinggal asap, dan semakin menipis kini.

"Tapi bu, Mira tersiksa hidup di situ. Mira tak sempat berkawan, Mira tak sempat bermain. Selain sekolah, Mira cuma kenal Along, Akak, Alang...masak nasi, bersihkan najis, mandikan orang. Mila penat bu, penat..." saya masih mampu membela diri, cuma semakin lemah. "Mira, jangan besar2kan perkara kecil, ibu tahu mak mintak tolong sekali sekala jer. Itupun Mira buat tak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, belum lagi lempang dan cubit Mira pada abang dan kakak," ibu mengingatkan. Aku malu.

Balik rumah mak, saya terus masuk bilik. Rasa bersalah, malu, semua bercampur baur. Saya humban badan atas katil. Wajah ibu, mak, abah, abang dan kakak silih berganti di kotak fikiran. Air mata yang bersisa sudah susah nak dibezakan, air mata marah ke, air mata sedih ke, atau air mata insaf. Mak ketuk pintu perlahan. Saya buat2 tidur. Mak masuk dan duduk sebelah saya. Sambil usap rambut saya, mak cakap,"Kesian anak mak ni, mesti letih jaga abang dan kakak. Mak mintak maaf sbb susahkan Mira. Bukan niat mak nak buat Mira susah harini, dan sebelum2nya, tapi mak terpaksa. Mak tahu Mira terlalu muda untuk tanggung semua ini...," suara mak antara dengar dan tak. Mahu saja saya buka mata di kala itu. Tiba2 air mata mak jatuh. Mula2 setitis, kemudian makin banyak. Jatuh atas pipi saya. "Mak tahu Mira tak bahagia tinggal dengan mak. Mira kena buat banyak benda yg org lain x buat. Tapi percayalah, Miralah sumber kebahagiaan mak, Miralah cahaya harapan hidup mak. Tanpa Mirah mak tak kuat, sayang," air mata mak makin laju. Saya buka mata dan terus peluk mak. Maka drama air mata pun berlakulah antara dua insan ini.

Mulai saat itu, saya tekadkan hati, bulatkan semangat untuk berbakti kepada mak. Buruk buruk mak, dialah yang menjaga Mira. Miskin miskin mak, seingat Mira, dia tak pernah kebulur di rumah itu. Maklah yang mendidik dan membelai Mira dari kecil. Dan memang sepatutnya Mira sayang orang yang mak sayang. Mira mesti menjaga abang dan kakak.

Sekali lagi bersambung daa...

May 6, 2010

Ibu mithali- sebuah pengkisahan dari sudut berbeza...



Korang mesti ingat kalo kisah ibu mithali ni mestilah seorang ibu yang berjaya mendidik anak2 yg ramai dan semua berjaya menjawat jawatan yg power2 instead kekurangan dan kemiskinan yg sang ibu itu hadapi kan? Tapi kisah kali ni betul2 wat aku terpikir balik, betul ke hanya ibu yg punya anak2 berkerjaya sebagai doktor, lawyer, engineer shj layak diiktiraf sbg ibu mithali. Sama2lah kita renungkan ye...


Suara pengacara majlis mengumumkan penerima terakhir Anugerah Ibu Mithali mengejutkan fikiranku yg melayang ntah ke mana tadi. Kalau ikutkan hati, malas aku nak hadir majlis2 mcm ni. Bukanlah x mau iktiraf jasa dan pengorbanan ibu, tp dlm hati slalu terfikir, kalau dah majlisnya sama je saban tahun, mana klimaks dan surprisenye kan? But my wife kata I will be surprise this year...


Nama Puan Afifah Rashid dan Cik Nurul Humairah dipanggil, anaknya kut. Tapi makcik ni nampak mcm xnak naik pentas lak. Matanya melilau ke kiri ke kanan tengok penerima2 lain. Walaupun anaknya dah tarik tangan makcik tu, dia mmg sgt reluctant nak naik ke pentas. Nampak sgt dia x selesa berada kat majlis tu. Lepas 5 minit, sudah puas dipujuk barulah makcik tu naik pentas, duduk kat kerusi penerima. Tu pun asyik menunduk kepala dan menggentel hujung tudung.


Si anak memulakan cerita pengenalan pasal ibunya. "Saya ingin sampaikan pengenalan mengenai ibu saya dalam bentuk cerita mengenai hidup saya. Bukanlah menarik sangat dan mungkin sangat biasa, tp sy rasa tuan2 puan2 patut dengar," petah susun katanya. "Mulanya, saya sangat membenci mak," permulaan cerita yg bersifat memancing minat audien. "Tambah2 lagi bila dpt tahu yg saya ni cuma anak angkat. Apalah malangnya nasib, ibu bapa kandung cuma tinggal di rumah sebelah. Nak dijadikan cerita, mak bukanlah org kaya, mcm cerita2 dlm drama tu. Saya diserahkan ibu kepada mak demi nak hiburkan hati mak dan membantu menjaga anak2 mak," aku mula betulkan dudukku.


Sekonyong layar putih dilabuhkan tanda klip video bakal ditayang. "Tapi saya ingatkan tuan2, anak2 kandung mak bukanlah engineer, lawyer, doktor, lecturer mahupun arkitek mcm ibu2 mithali lain. Inilah keluargaku..." serentak tayangan bermula. "Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abang2 dan kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan bercakap pelat-pelat,seperti budak berumur satu atau dua tahun." Si anak meneruskan cerita.
"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan pakai mereka".


"Dan beban itu jugalah yang saya kena tanggung sama. Saya tak pernah ikhlas membantu mak. Bahkan tak pernah timbul rasa hormat saya kepada mereka semenjak kecil," sambung sang pencerita. Bukan sekali saya membantah, bahkan pernah saya suarakan cadangan mak menghantar mereka ke pusat jagaan. Tp jawapan mak, mereka anak mak, mmg spttnya mak yg jaga mereka, bukan orang lain. "Iyelah, tp aku?" bentak si pencerita. Aku tgk beberapa audien ter'sentap', itulah, sapa suruh tidur...


"Dan puncak kesabaran saya benar2 diuji ketika berusia 12 tahun. Pagi tu mak demam teruk sampai abah kena hantar mak ke klinik. Mak pesan jaga abang dan kakak, Mak pegi kejap jer. Adalah dalam 5 jam, 5 jam paling menyeksakan dalam hidupku. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air. Penat saya membersihkannya. "

"Apabila mak dan abah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan abah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu. "Ibu kejam, ibu kejam..." itulah kata pertama saya hambur pada ibu. Saya menangis semahunya. "Kenapa ibu serahkan Mira pada mak? Ibu tahu tak betapa siksanya hidup Mira? Mira kena jaga org2 cacat yg menyusahkan tu. Mira tak tahan ibu. Ambillah Mira balik..."habis berkedut baju ibu saya ramas. "Mira, Mira dengar cakap ibu..." BERSAMBUNGLAH PULAK...


May 3, 2010

Teratak Minang - a review by a non-minang...


Teratak Minang-a review by a non-minang...

Well, dah byk pihak yang me'review' pementasan teater Teratak Minang setakat ni. Dan aku pun bukanlah nak menambahkan lg ke'best'an persembahan mereka dgn entry kali ni. Lagi pun, siapalah aku nak mengomen projek yg dgrnya menelan belanja RM1 jut tu, kan? What more from a non-Minang...

Dah mmg rezeki agaknya, pementasan kali ni ada matinee. Setelah bersusah payah melawat baby jiran dpn rumah dan meng'oder' mcD drive-thru dulu, akhirnya kami berjaya redeem our ticket kat kaunter. Aku tgk crowd dah start masuk dewan teater. Mak ai, dorg punya dressing...sah mak datin drp seberang ni (eh, kat sana panggil mak datin jugak ker?) Maka, bergelap2lah kami mencari tempat duduk. Persembahan bermula dan berikut adalah beberapa bende best yg aku sempat ingat:-

  • Opening: Grand giler...dgn prop Rumah Gadang dan penari drp Padang dan Istana Budaya. Tp kalau korg tgk careographer dia mesti tak percaya, makcik jer...
Opening yg aku gembar gemburkan. Happening siot...
  • Pelakon: Gabungan pelakon dua negara agak seimbanglah jugak. Walaupon aku x kenal hero dan heroin yg bawak watak Siti Norbahya dan Buyong, tp kire ok jerlah lakonan mereka. Aku rasa lakonan Abby Yus lagi berkesan kut walaupun setakat watak pembantu. Well, aku bukan mcm sesetengah org yg asyik menyanjung hero dan heroin jer.
Abby Yus mmg vass giler...bilelah agaknye director nak jadikan dia pelakon utama ek?
  • Jalan cerita: Ok jer, pasal Buyong yang terpaksa merantau ke tanah seberang mencari rezeki dan meninggalkan kekasihnya, Siti Norbahya. Nor akhirnya terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga. Ade ape hal, Buyong pon kawen gak ngan org Malaysia nama Siti Norhalisa.

Saat Siti Norbahya nak berpisah ngan Buyong, time ni dorang nyanyi lagi Bapisah bukan Bacarai, dah...nikah tak camne nak bacarai kan? konpius...


  • Tarian: Mcm kat atas td, tarian opening mmg sgt best, series de...yg lain2 tu bulehlah.

Kesan khas yg berkesan, sgt terkesan di dalam hati...tu pasar kat jam gadang tempat aku borong telekong dulu...
  • Pemilihan lagu: Kalau korang minat lagu minang cam 'Ayam den lopeh, Badinding, Bapisah bukan Bacarai, Ubekkan Denai, Baju Kuruang, Mudiak Arau dan yg sewaktu dgnnya, mmg bestlah. Lagu2 ni dinyanyikan oleh Eddy Silitonga, Elly Kasim, Mastura dan Ally Noor.

Ha...tu yg bertudung tu namanya Mastura yg nyanyi lagu Apo kono e Jang...


  • Prop: Sgt teruja dgn kecanggihan pentas dan prop gedabak. My wife asyik tanya, mana diorg simpan prop2 gedabak tu ek? Jam Gadang tu leh bagi kami tak lepas abis show? Prop lain yg best cam van sapu, motosikal dan basikal tua. Jambatan Siti Norbahya pon cantik gak, tp xleh celen prop Rumah Gadang, santek banget...


Jangan pandang enteng watak pakcik ni, byk mesej tersirat dia bwk sobona e
  • Yg kureng: ade gak yang gatai merekod pakai henpon...bukan nampak pon gambo tu. Tp aku rase sbb dorg dah over excited kut tgk persembahan tu...

Kesimpulannya: patut bwk parents in-law aku tgk persembahan ni, sbb byk terms yg kene refer dorang, dorg expert...kan yang kan...?