May 19, 2010


Duren Duren bukan Duran Duran

"Baiklah, saya sebagai ketua dan jurucakap rombongan pihak lelaki menyatakan bahawa kunjungan kali ini adalah sebagai sesi perkenalan kedua belah keluarga. Kunjungan ini diharap dapat merapatkan silaturrahim kedua keluarga, dan saya berharap hubungan ini dapat dirapatkan lagi dengan ikatan yang lebih kukuh," wah, standard betul ucapan ayah, merangkap bapak mertuaku. Syaba aku tengok tersengih2, yelah, bakal nak jadi pengantinlah katakan...

"Kita ni dalam memilih pasangan hidup jangan hendaknya seperti nak memilih durian. Semua faham kan maksud saya?" begitu ayah tiap kali berbicara, penuh dengan kias ibarat. Sapa volunteer nak bagi pendapat? Kak Siti angkat tangan, macam murid2 nak menjawab soalan cikgu. "Betul tu, orang kalau nak beli durian kan mula2 dia cium buah tu. Kalau tak berkenan, dia letak. Lepas tu pilih lagi, cium lagi, sampailah dia jumpa bau yang dia berkenan. Kita tak naklah kalau budak2 ni nak pilih isteri macam nak pilih durian. Mana yang dia jumpa, dia cium dulu. Kalau tak berkenan, dia tinggal. Dia cari lain, cium, tinggal. Hish, na'uzubillah," Kak Siti bagi pendapat yang aku rasa boleh diterima akal.

"Hmm, macam tulah lebih kurang. Ada yang lebih teruk, bakal pembeli tu mintak durian ditebuk, dikupas, dibelah, ditengok isi dalamnya. Kalau bakal pembeli tu ada rasa bertanggungjawab, diambil dan dibayarnya durian tu. Tapi kalau dia xde perasaan, dibiarkan aje buah tu. Bertengkar dengan pemilik durian dan ditinggalkan. Apa jadi pada durian yg dah ditebuk? Durian turun harga atau lebih buruk lagi, durian tak laku, dicampak dalam tong sampah. Kesian nasib durian. Kita tak nak jadi macam nasib durian, penjual durian dan bakal pembeli durian, kan?" Ayah terus menerangkan. Bapak sebelah pompuan angguk2.

2 comments:

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.