July 31, 2009


Kisah 'Balik Air'


Dulu2 time kat KUSZA bebudak ni suka main terup waktu mlm. Tapi xdelah dorang 'bet' pakai duit sbb masing2 blm ade sumber pendapatan hatta drp JPA mahupun PTPTN. So bagi 'pengkalah' akan kena dipaksa minum air yg sebaldi tu. Selalunya si Kupanglah yang kena togok air sebaldi tu, kesian. Bukanlah si Kupang ni x terel main terup tp budak2 ni slalu pakat nak kenekan dia. Rahsianya? ada pada daun 'sat bulu'. Alah, daun terup ade bentuk love terbalik tu...dorang dah kasi lunyai sampai kuar bulu kat tepi2 daun tu. So, org leh taulah daun tu sat bulu walaupon tgk dari belakang. Dan si Kupang yg slalu pengkalah ni akhirnya berjaya menang jugak satu mase, tp 'dark forces' ni telah merancang satu komplot yg akhirnya si Kupang terpaksa jugak kalah. That glorious time telah disambut sebagai 'balik air'. X paham? xpe, bukan criter tu yg aku nak criter...


Ape yg aku nak criter ialah siapa yg buat jahat akhirnya akan dibalas jahat. Kisahnye cenggini...

Pada suatu zaman (kalau nak start cerita mesti guna frasa ni kan?), dikisahkan seorang peladang dan pembuat roti telah membuat satu perjanjian. Si peladang akan membekalkan mentega sebanyak satu pound kepada pembuat roti setiap hari. Sebagai balasan, si pembuat roti akan menjualkan beberapa pound rotinya kepada si peladang. Suatu hari, si pembuat roti merasa sangsi terhadap mentega yang diterimanya. "Aku rasa mentega ini tidak sampai satu pound beratnya. Lebih baik aku menimbangnya untuk melihat sejauh mana kejujuran si peladang," bisik hati si pembuat roti. Apabila mentega pada hari itu ditimbang, alangkah terkejutnya pembuat roti apabila mendapati mentega itu sememangnya tidak sampai satu pound. Hangin, pembuat roti merasakan dia telah tertipu atau sikap kepura-puraan peladang.


Perkara tersebut dibawa ke muka pengadilan. Kedua-dua pihak dipanggil memberi hujah dan balasan. Sehinggalah satu masa, sang hakim bertanya kepada si peladang, "Mengapa kamu sanggup mengkhianati rakan kamu yang selama ini menaruh kepercayaan kepada kamu?" "Yang arif, sebenarnya di rumah saya tiada alat penimbang. Apa yang ada hanyalah dacing. Jadi, saya letakkan roti si pembuat roti di dacang sebelah kiri dan saya letakkan mentega di sebelah kanan. Manalah saya tahu roti dia pun x sampai satu pound mcm yg tertera di pembungkus roti dia..."Pembuat roti terpana. Bukan aje sbb helah dan tipuannya selama ini terbongkar tapi akhirnya dia merasakan dirinya 'balik air'...

July 27, 2009


Sedar atau Tidak???


Sedar atau tidak tahun-tahun berikut lebih diingati dengan peristiwa...



2005


Sheikh Ahmad Deedat Sheikh Ahmed Hussein Deedat (1/7/1918-20/8/05), seorang tokoh ilmu perbandingan agama yang sangat bijak berdebat menentang pendakyah-pendakyah kristian telah meninggal dunia pada tahun ini dan dianggap sebagai satu kehilangan besar dalam dunia Islam. Pada tahun yang sama, rakyat Malaysia lebih peka berbahas dan meratapi kekalahan Felix dalam pertandingan akhir Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).












2008


Berita pemergian Allayarham Dato' Ishak Baharom (1/1/1928-30/1/2008), bekas Mufti Selangor yang tidak disambung kontraknya kerana mengeluarkan fatwa mengenai pengharaman penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik, sekadar menjadi berita pojok di akhbar berbanding liputan meluas ke atas kematian Loloq, seorang pelakon/penulis lirik tempatan pada tahun yang sama.











2009

Pemergian Sheikh Fathi Yakan (1933-2009), tokoh pergerakan Islam Lubnan juga pengarang kitab 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam" dan telah mengarang kitab agama pelabagai tajuk, tidaklah mendapat liputan berminggu-minggu di media berbanding kematian Michael Jakson, artis pop antarabangsa.






Kesimpulannya, terel betul kita kat Malaysia ek...

Dikutip drp Suara Asy-Syariff, Bil.1 Tahun 1.

July 20, 2009


Plastic, so plastic...




"Rem, cepat sikit buat kerja tu. Lepas ni salin plak pasu2 lama ni dgn yg baru. Ada 30 semuanya," Kak Mor membebel sambil cekak pinggangnya yg x langsing. "Yelah puan," suara Kak Rem dikontrol sebaik mungkin. Ntah sbb nak sembunyikan suara 'garau'nye atau nak sembunyikan suara sebalnya kat Kak Mor. Mana taknye, tadi Rem alias Kak Ju dah kena cuci tandas, lps tu gantung frame ntah hape ntah, ni kena salin pasu bunga plak. Jarum jam yg pendek dah makin menghampiri angka 12, maknenye Kak Ju kena balik lewat a.k.a leh wat OT.




"Inche, pasukan penilai dah sampai. Jomlah sama2 sambut," Kak Mor tercegat dpn bilik aku. Mukanya mcm x cukup tido. "Sat lg saya turun," pendek. Print, tebuk lubang, masukkan fail dan wallah, siap jugak akhirnya fail meja aku setelah duk sini slame 4 tahun. Sib baik ada odit dtg harini, kalau x, aku ngan boss aku sure xde fail meja lagik.




Charlie aku tgk sibuk melayan ahlil rombongan. Sorang2 diorg sampai. Xpe. Udah selesai sarapan, Charlie menunjukkan skill merapunya kepada ahlil penilai. Sesi taklimat yg spttnya dijadualkan sejam dah meleret dan melarat sampai 2 1/2 jam. Aku tgk ahlil penilai dah pi toilet paling kurang 3 kali. Oh ya, toilet pun dah bersih dan wangi, siap ada frame bunga lagi. Plastik semestinya.




Pukul 1 lbh, Charlie benti menceceh. Ahlil rombongan yg setengah sedar tu disajikan ngan nasi ambeng. Baik punya strategi, kasik mengantuk, then kasik makan bebanyak. Sure soalan odit otomatik jadik sikit. Charlie mintak excuse sbb dia kena pi dewan. Hek eleh, immediate boss aku pun kat dewan, ape cer? musti soalan odit aku yg kene jawab. Xpe, haritu hari dia, eh, haritu hari Khamis.




Ahlil penilai ramai yg pi bahagian KP. Bagus gak, bior Bosley melayan dorang. Kesian gak aku bile Bosley tiba2 kuar bilik mesyuarat mintak panggil Mat Lim. Aku tanya, "Nape boss?" "Dorang tanya balance scorecard," Bosley kesat corn sweat kat dahi dia. Berlari Piza alias Kak Som ke tingkat bawah. Dalam hati aku berkata, "Balance scorecard tu yg jaga Najiblah. Ko panggil Mat Lim ape cer?" Ah, lantaklah...




Petang kul 4.30 para ahlil nujum wat exit conference. Dorang bukaklah penemuan dan cadangan penambahbaikan. Tergagap2 Bosley menjawab soalan dorang. Yg lawaknye, sorang ahlil nujum tu labelkan opis kitorg mcm 'gadis pingitan' yg malu menunjukkan kecantikannya. So, camne org nak masuk meminang? Alah, senang jer jawapan aku, udah namanye pun gadis pingitan, mestilah malu2 terkemut2. Kalau tak plastiklah namanye...tak gitu???