Stess, stress, stress...itulah perkataan yg sering kedengaran di mana2 jua. Bak kata Tok saidon, di Tesco ada, di Giant ada (apelah aku membebel ni, adakah aku pun stress jugak?). Marilah kita renung sama2 ceriter harinih, mestilah pasal stress.
Suatu hari sekumpulan bekas pelajar (alumnilah ni namanye) wat re-union (tp xde kene mengena ngan re-union uia-kusza ek) kat umah professor diorg. Sementelah dah lama terpisah, masing2 sibuk bercerita mengenai subjek2 ketika di kampus dahulu. Masing2 berlumba2 nak menceritakan mengenai hobi, keluarga dan kerjaya. Topik perbualan kemudian melarat kepada isu stress dan tekanan. Masing2 ghairah menceritakan betapa tertekan hidup mereka selepas masa belajar. Tiba2 sang pensyarah bangun dan menuju ke dapur. Para alumni terdiam, pada sangkaan mereka pasti sang prof berasa bosan dengan topik perbualan mereka.
Tak lama selepas itu, sang prof muncul kembali dengan membawa sebiji teko besar berisi kopi o kaw. Di tangannya juga terdapat pelbagai jenis cawan. Ada yang diperbuat daripada porcelain, melamin, kaca dan plastik, bahkan cawan kertas pun ada dibawakannya. Dia menyuruh pelajar2nya menuang air kopi masing2. Masing2 menuang dan memilih cawan mereka. Sayugia si pensyarah berkata, "Lihatlah anakku semua. Kalian memilih cawan yang paling cantik dan menarik pada pandanganmu. Bahkan aku lihat, kamu membanding2kannya sesama kamu sambil berkata bahawa cawan kawanmu lbh baik daripada yang ada di tangan sendiri. Sehingga aku lihat kamu terlupa akan enaknya air kopi itu."
"Begitulah ibaratnya dunia dan kehidupan ini. Kopi itu ibarat hidup manakala cawan hanyalah sebagai alat. Kita semua sibuk melihat pada cawan, pada kerjaya, pangkat, pengaruh, kuasa, wang dan keluarga. Sedangkan kita terlupa untuk menilai kopinya, tentang kemanisan dan kebahagiaan rasanya. Kehidupan tidak berubah, dunia yang berubah. Sekiranya kita terlalu memikirkan mengenai cawan, kita tak sempat merasai kopinya," syarah sang prof sama semasa mereka di kuliahnya.
Haa, begitulah cara menenangkan hati yg stress. Janganlah stress sgt beb, keje tetap keje, tp kena enjoy.
hidup perlu dinikmati.. tapi jangan juga ketepikan "cawan" tu... semua perlu seiring... yang penting... pedulikan kata orang yang negatif.. cari yang positif...x ramai manusia yang suka bilamana terdapat manusia lain berjaya...tapi .. Allah sentiasa ada untuk kite... terus usaha... kasih dirayu, sayang dipadu, keluarga bahagia sampai bila2..
ReplyDeletecawan satu hal, cepernye pun main peranan. (makin x paham kan?)
ReplyDeletegeochemistry, buy pandora fluid inclusions and isotopic ratios, allowed Giuliani’s lineup to remodel a new prototype pandora bracelets uk for the French Institute
ReplyDelete