Kisah wanita pertama masuk syurga
Suatu hari Fatimah menemui bapanya, Rasulullah. “Wahai puteriku Fatimah, mahukah kamu aku khabarkan tentang wanita pertama yang akan masuk syurga?” tanya Rasulullah. “Pasti wahai ayahanda. Aku teringin sekali mengenalinya dan bertanyakan amalnya,” sahut si puteri penuh minat. “Wahai Fatimah, wanita yang akan mula-mula memasuki syurga itu bernama Muti’ah. Dia tinggal di hujung kampung. Ayah harap engkau diizin Allah untuk bertemunya,” kata Rasulullah.
Demi mendengar ucapan ayahdanya, minat Fatimah menggunung untuk bertemu sendiri dengan calon syurga tersebut. Keesokan harinya setelah mendapat kebenaran daripada suaminya, Ali, Fatimah keluar menuju ke rumah wanita tersebut. Setibanya Fatimah ke rumah wanita tersebut, dia lantas memberi salam. Setelah tiga kali memberi salam, barulah pintu dibuka sedikit. Seorang wanita berlindung di sebalik daun pintu. Salam disahut dan tuan rumah bertanya, “Siapa? Apakah hajatmu?”. “Saya Fatimah binti Muhammad. Saya ingin berjumpa puan,” Fatimah memperkenalkan diri. “Maafkan aku puan, suamiku tiada di rumah. Aku tidak boleh membenarkanmu masuk tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenarannya. Aku memohon kebenarannya petang nanti. Puan datanglah esok,” sahut si tuan rumah seraya menutup pintu. Fatimah terpinga-pinga dengan jawapan tersebut. “Mengapa pula perlu mendapatkan kebenaran suaminya. Sedangkan aku ini bukanlah muhrimnya. Lagi pun aku sekadar ingin berbicara dengannya,” getus Fatimah di dalam hati. “Tak mengapalah puan, saya akan datang lagi esok,” Fatimah berkata sebelum beredar.
Keesokan harinya Fatimah datang lagi bersama anaknya Hassan kerana tiada siapa dapat menjaga anaknya itu di rumah. Setelah memberi salam, Muti’ah bertanya, “Dengan siapa kamu datang?” “Aku datang bersama anakku Hassan. Boleh aku masuk?” pohon Fatimah. “Maafkan aku wahai puan. Semalam suamiku hanya membenarkan aku menemui puan, tidak orang lain. Nanti aku minta kebenarannya untuk menemui puan bersama anak puan. Silalah puan datang esok pagi,” kata Muti’ah, masih di sebalik daun pintu. “Tetapi anakku ini masih kecil, dia bukanlah mahram sehingga puan perlu meminta kebenaran suami puan,” rayu Fatimah. “Maafkan aku sekai lagi puan, aku tidak dapat menyangkal perintah suamiku,” jawab Muti’ah.
Fatimah tiada pilihan lain selain beredar. Hatinya sedikit kecewa kerana masih belum dapat berbicara dengan Muti’ah. Hari semakin tinggi. Pada waktu petangnya, suami Muti’ah pulang ke rumah. Apabila dikhabarkan tentang kedatangan Fatimah bersama anaknya Hassan tetapi tidak dibenarkan masuk, suami Muti’ah berkata,” Wahai Muti’ah, tidakkah kamu tahu Fatimah itu puteri Rasulullah? Selepas ini, siapa pun yang dibawanya, engkau benarkan sahaja dia masuk,”. “Baiklah wahai suamiku,” sahut Muti’ah.
Hari berikutnya Fatimah terpaksa datang bersama kedua-dua orang puteranya kerana tiada siapa yang dapat menjaga mereka di rumah. Di hati kecilnya berkata, pastilah dia tidak dapat kebenaran masuk kerana dia tidak memaklumkan dahulu kehadiran Hussin. Setibanya ke rumah Muti’ah, hari sudah meninggi. Salam diberi dan Fatimah memohon maaf kerana terpaksa membawa Hussin. Pintu dibuka dan mereka semua dipelawa masuk.
Fatimah amat gembira kerana dapat masuk ke rumah calon syurga itu, lebih-lebih lagi calon wanita pertama yang akan masuk syurga. Dilihatnya seorang wanita sederhana yang menutup muka. “Masuklah wahai puan,” sapa tuan rumah. Segala kelengkapan rumah amat sederhana. Setelah dipersilakan duduk, Fatimah mula bertanyakan itu dan ini. Tujuannya untuk mendapatkan rahsia amalan wanita calon syurga ini. Tetapi wanita tersebut seperti tidak mengindahkan beliau. Wanita tersebut terus-terusan melihat ke arah pintu seolah-olah menunggu seseorang. Fatimah sedikit terganggu. Sehingga satu ketika tiba-tiba wanita itu bingkas bangun dan menuju ke dapur. Dengan tergesa-gesa wanita tersebut kembali ke depan pintu bersama segelas air di tangan kanannya dan sebatang tongkat di tangan kirinya sambil mengangkat kainnya sehingga menampakkan betisnya. Fatimah seolah-olah tidak dipedulikan lagi.
Suaminya tiba di muka pintu seraya memberi salam. Wanita ini terus menjawab salam dengan suara yang manja. Air disuakan kepada sang suami dengan kepala menunduk ke bumi. Melihatkan kehadiran tetamu, sang suami memberi salam kepada Fatimah dan terus masuk ke bilik dengan diekori oleh sang isteri.
Seketika kemudian Muti’ah keluar menemui Fatimah seraya berkata, “Sekarang, tanyalah perkara yang ingin kau tahu wahai Fatimah.” “Apakah tujuanmu membawa segelas air dan sebatang tongkat ketika suamimu pulang wahai Muti’ah. Dan untuk apakah engkau mengangkat kainmu sehingga terbuka auratmu?” soal Fatimah bertubi-tubi. “Wahai Fatimah, aku memegang segelas air kerana kutahu suamiku pastinya dahaga sewaktu tiba di depan rumah. Tongkat itu pula untuk memukulku sekiranya aku telah melakukan perkara yang membuatkannya marah. Sementara itu, sekiranya dia menghendaki aku, aku telah bersedia untuknya dengan menunjukkan auratku. Tahukah engkau bahawa syurga seorang isteri itu terletak di bawah keridhaan suaminya. Maka semestinya aku mencari keridhaan suamiku setiap hari,” jelas Muti’ah panjang lebar. Fatimah terkedu mendengar penjelasan tersebut. Beberapa ketika kemudian dia memohon diri untuk pulang.
Setibanya ke rumah, Rasulullah bertanya adakah Fatimah telah menemui Muti’ah si calon ahli syurga. Maka dijawab,”Wahai ayahanda, memang selayaknya dia mendahului sekelian wanita untuk memasuki syurga. Anakanda tidak dapat menandingi kesetiaan dan kepatuhannya berkhidmat untuk suaminya,” perlahan. “Janganlah kau bersedih wahai puteriku. Muti’ah akan masuk syurga terlebih dahulu kerana dia memegang tali unta yang ditunggang olehmu,” pujuk Rasul. Air mata Fatimah semakin laju.

syurga isteri terletak pada keredhaan suami. mampukah ayang menjadi sebaik mutiah...Suami.. pimpinlah isteri... kami mengharap keredhaanmu...
ReplyDeletemampu, mampu...insyaallah
ReplyDeletegeochemistry, buy pandora fluid inclusions and isotopic ratios, allowed Giuliani’s lineup to remodel a new prototype pandora bracelets uk for the French Institute
ReplyDelete