January 29, 2009

Kisahnye tulisan jawi


Jawi oh Jawi


Kalau dulu sebut nak masuk jawi, mesti bebudak lelaki kecut semacam. Bukan takat budak jer, ade ceriter tuh, saudara baru kita (yg dah pangkat datuk) pun gerun tau. Tapi entry kali ni xdelah kena mengena pasal potong memotong, bahkan pasal tulisan jawi jua adenye.


Pagi tadi time menyelak2 akhbar Berita Harian, penulis ader terjumpa satu column pasal kekayaan bahasa kita yang dikendalikan oleh sorang pakar bahasa drp U tertua di negara ini. Bukanlah pasal kekayaan bahasa yang penulis ingin bincangkan di sini hari ni, tapi pasal ejaan salam. Cenggini ejaannya, "Assalamualaikum..." "Mualaikum salam". Terkejut gak penulis sbb mungkinkah kesilapan menaip, kalau ye, baik kita betulkan. Tapi, kalau disengajakan, alangkah kasihannye. Bukankah sepatutnya dijawab dgn "Wa alaikum salam"?


Menurut pemerhatian penulis, pemahaman dan kemahiran menggunakan tulisan jawi sangat signifikan dalam hidup kita orang Melayu yg Muslim ini. Walaupun telah banyak di kalangan kita yg memandang enteng isu ini tetapi jika ditelusuri kembali tulisan jawi ini adalah amat sinonim dengan orang Melayu. Orang Melayu, pakaiannya baju Melayu, bahasanya Bahasa Melayu, tulisannya Jawi. Bukan membangkitkan semangat perkauman tetapi penulis ingin mengajak mendalami isu ini secara adil. Berdasarkan pengalaman, tulisan jawi sangat dekat dengan orang Melayu dan bahasa Arab. Mmglah uslub dan nahunya berbeza, belum lagi balaghah dan ejaannya. Tetapi Tok Hamsan kata, tgk hadith nih, "Man 'Arofa nafsahu, 'arofa robbahu", jadi, kenal jatidiri orang Melayu untuk kenal tuhan kita. Hadith ni tak dikeluarkan sia2kan?


Teringat juga penulis akan beberapa peristiwa pembaca khutbah (khatib) yang terpaksa membaca teks dalam tulisan jawi. Beberapa perkataan baru terpaksa dieja dalam tulisan jawi. Contohnya, "Maka diharamkan kita memakan keladi..." sedangkan keladi itu adalah keldai. Atau dalam kes lain, "Kerajaan telah menubuhkan banyak paku lantai2 di universiti2..." sedang sepatutnya dibaca sebagai fakulti. Tak pun try yang nih,"Kita semua hendaklah kemetot dengan tugas yang diamanahkan..." walhal sepatutnya berbunyi komited.


Apa yang penulis rasa dan fikir, menjadi kelebihan bagi mereka yang berkemahiran menulis dan membaca tulisan jawi. Bukan sahaja kita ada advantage berbanding org lain, tapi kita akan lebih yaqin dlm sebutan dan makhraj huruf kita. Yaqinlah kita time membaca al Quran, atau ketika solat, atau...dalam memberi salam, kan?

5 comments:

  1. ni ayang tau..

    pandai membaca tulisan jawi adalah satu kelebihan. jangan malu untuk mula mengenal huruf dan tulisan jawi walau rasa dah mula nak tua...

    ReplyDelete
  2. سكارڠ اين ميمڠ راماي اورڠ سوده تيدق براڤ ڤنداي ممباچ توليسن جاوي

    ReplyDelete
  3. huh, tok hamsan terperasan lah harinih...

    ReplyDelete
  4. biasalah tu memang tok hamsan selalu terperasan walaupun bergelar pegawai pengkalan.....

    ReplyDelete
  5. dia berhasrat untuk berlabuh di pengkalannya feb dpn. Adakah ianya akan kesampaian? kita tggu mggu dpn (tp lps audit abislah ye...)

    ReplyDelete

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.