December 17, 2008

Selamat Pengantin Baru

Time2 hujung tahun nih mmg galak org wat kenduri kawen. tak ketinggalan bekas teman serumah saya Mejar Hisham Mohammed Zabri. Kira Hisham nih dalam kategori 'lewat sikitlah' bertemu jodoh ngan Marini Hazlinalah kalau dibandingkan ngan kengkawan lain. Sempat lak bertemu ngan kengkawan lama seuniversiti kat majlis reception tersebut. Sementelah Hisham nih seorg pegawai tentera, maka majlisnya mmg keless...Apa pun, tahniah Mejar Hisham.
p/s: tak sabar nak dtg majlis resepsi Tn Wan Areff Muzzammil, En Khairul Nidzam and En Abd Halim Ismail.

Kisah Dua Putera Raja


Sekadar hiasan
Kisah Dua Putera Raja

Tersebut alkisah di sebuah negeri, seorang raja yang ingin menyerahkan takhta kerajaannya kepada anakadanya berdua. Setelah berfikir beberapa ketika, raja mendapat akal untuk memilih penggantinya yang paling layak. Maka dipanggilnya kedua-dua orang puteranya. “Wahai anakandaku berdua, beta telah tua dan rasanya sudah sampailah masanya beta menyerahkan pemerintahan negeri ini kepada salah seorang daripada anakanda. Akan tetapi anakanda berdua akan beta uji untuk melihat sejauh mana kebijaksanaan anakanda berdua buat menjadi pedoman ketika memerintah akan datang,” terang sang raja. “Beta bekalkan setiap seorang dari kamu 5 keping wang perak. Dengan wang ini beta mahu kamu mencari jalan untuk memenuhi bilik ini dengan apa-apa yang boleh kamu beli menggunakan wang tadi. Tapi dengan syarat, sesiapa yang boleh menggunakan wang paling sedikit akan menjadi pemenang. Satu lagi syaratnya, beta tetapkan anakanda berdua perlu melaksanakan arahan ini sehingga matahari terbenam petang ini juga.”

Arahan telah dicanang dan pertandingan pun bermula. Putera sulung keluar istana menuju ke desa. Ketika melalui kebun kelapa dia mendapat akal,”Kalau aku membeli kelapa, pastilah duit ini tidak mencukupi untuk memenuhi ruang bilik di istana. Maka lebih baik aku membeli sabutnya kerana harganya lebih murah dan kuantitinya banyak.” Putera sulung telah membeli semua sabut kelapa di ladang tersebut dengan harga 2 keping wang perak. Apabila putera sulung melalui ladang tebu, dia mendapat akal untuk membeli hampas tebu. Dengan satu keping wang perak habis hampas tebu diborong oleh putera sulung. Dengan girang dia balik ke istana dan menemui sang raja. Melihat adindanya masih belum pulang, dia semakin yakin bahawa dia pasti berjaya mengalahkan adindanya dengan kebijakasanaan dan kepandaiannya. “Ayahanda, saya telah berjaya melaksanakan perintah ayahanda dengan cemerlang. Anakanda hanya menggunakan 3 keping wang perak dan anakanda dapat pulang sebelum senja. Maka sudah barang tentu anakandalah pemenang pertandingan ini,” ucap putera sulung megah. “Sabar wahai anakanda. Beta tidak mengatakan siapa yang paling cepat menyempurnakan kerja ini sebagai pemenang, tetapi siapa yang paling jimat akan menang,” sahut raja memujuk.

Hari merangkak senja dan putera bongsu pulang ke istana. Dilihatnya bilik di istana telah dipenuhi sabut kelapa dan hampas tebu. “Wahai ankandaku yang bongsu, sekarang kekandamu telah memenuhi ruang bilik ini dengan sabut kelapa dan hampas tebu. Ditangannya masih terdapat 2 keping wang perak. Khabarkan kepada kami apakah barang yang engkau bawa untuk memenuhi ruang ini dan berapakah baki wang kuberi tadi?” tanya raja kepada putera bongsu. Putera bongsu mengeluarkan sebatang lilin dan mancis daripada poketnya seraya meminta agar semua tingkap dan pintu ditutup rapat. “Sekarang anakanda bawakan cahaya yang memenuhi bilik ini dan di tanganku masih berbaki 5 keping wang perak,” jawab putera bongsu tenang. “Lihatlah wahai hamba rakyat, putera bongsu telah menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelesaikan cabaran beta. Sedangkan dia tidak perlu membazirkan wang untuk membeli sampah. Maka inilah ketua yang selayaknya menggantikan beta,” seru si raja.

Susah ke nak berbaik ngan mertua?





Abi dan Ayah, dua2 saya suka. Sbb? Diorg bestttt.







Susah ke nak berbaik dengan mertua?

Suatu hari seorang pemuda yang baru diijab kabulkan diundang kenduri bersama bapa mertuanya. Kebetulan di rumah tersebut hidangan disajikan di dalam talam untuk makan berlima. Sudah menjadi adat di kawasan tersebut untuk memulakan acara makan dengan acara suap menyuap. Dimulakan dengan si menantu baru ini menyuap bapa mertuanya. Dicarikan lauk yang paling sedap dan nasi yang paling elok untuk disuap ke mulut si bapa. Kini tibalah giliran si bapa menyuap nasi ke mulut menantu. Dengan niat bergurau, diletakkannya cili padi yang pedas dan disuapkan ke mulut si menantu. Perbuatan ini dilihat oleh tetamu lain. Maka merahlah muka si menantu kepedasan. Walau bagaimanapun dia masih cuba tersenyum. “Kenapa engkau makan kalau dah tau ada cili dalam suapan bapamu. Tidakkah kau tau cili itu pedas dan bapamu ingin bergurau?” soal tetamu lain. Dengan air mata bergenang, si menatu menjawab,”Bukan apa yang disuap itu penting, tetapi siapa yang menyuap itulah yang penting. Disebabkan ianya daripada orang yang aku hormati dan kasihi, pastilah dia memberikan yang terbaik buatku.” Maka terhentilah ketawa si bapa mendengar kata-kata menantu barunya. “Sesungguhnya kata-katamu itu lebih pedas daripada cili yang kusuap ke mulutmu,” balas si bapa. Mulai peristiwa itu, hubungan mereka berdua menjadi sangat akrab. Kan saya dah kata, tak susah pun nak berbaik dengan mertua.

Umi ngan Mak? Dua2 sy syg. Sbb? diorg pun bessst.

Berkhidmat Untuk Negara


Salam...

Well, last week become a hectic week for me. Ingatkan Disember ni bulehlah menghabiskan cuti yang masih banyak berbaki rupa-rupanya...Mengenangkan Isnin ialah Hari Raya Aidiladha dan Khamis ialah Hari Keputeraan Sultan Selangor, maka saya pun applylah cuti on Tuesday and Wednesday. Dah menjadi tabiat boss saya (dan habit saya) sentiasa bertanyakan khabar kat opis, maka saya datanglah juga ke pejabat on Wednesday. Sementara menguruskan beberapa projek akhir tahun yg tetibe muncul, saya ternampaklah satu fax daripada JPA, untuk saya. Masa tuh dah jam 4 lebih. Antara isinya meminta kerjasama saya menjayakan satu penilaian untuk pengambilan perjawatan baru. Wah, ini peluang, tapi di INTAN wilayah selatan. Dan yang lebih membuat saya "erk" ialah taklimat akan diadakan pada jam 9.00 malam. Meaning, saya ada 5 jam untuk selesaikan kerja untuk minggu ini, packing and travel dari Kuala Selangor ke Kluang yang jaraknya lebih 300km.
In the same night (or early morning actually) saya sampai gak ke IKWAS, alhamduillah. All work done successfully (alhamdulillah) and get back on Saturday. Sunday morning sepatutnya saya kena sama-sama menghantar rombongan pengantin ke Pagoh but I must excuse myself since I had enough journey to Johor. Dan yang bestnye, at the end of the penilaian, one of the top management had announced that we are there for free. Terasa macam fi sabilillahnye...

December 5, 2008

Dimulakan dengan Bismillah

Salam buat semua,

Bila umur bertambah, makin terasa banyak sungguh yang dah ter'miss' dalam hidup ini. Agak-agaknya ape yang kita boleh share dengan dunia ni. Maybe sedikit ilmu dan pengalaman will do. To Allah I surrender my life.

Salah satu kegemaran hamba ialah belajar mengenai kehidupan melalui mendengar. Iyelah, tengah sibuk-sibuk baca buku (tu pun sbb nak pekse PTK) terjumpe lak satu topik under communication. Apa buku tuh tulis, kebanyakan ketua kurang menggunakan kemahiran mendengar dan hanya menumpukan kemahiran bercakap. Maka kebanyakan pekerja mengeluh sbb boss hanya tau memerintah dan tak mahu dengar serta paham masalah mereka. (Ada gak benarnye, kan?). Insya Allah, hamba akan menulis serba sedikit input yg hamba kutip dari pelbagai sumber ek. sudi-sudilah membaca dan ambil pengajaran. Komen adalah sangat-sangat digalakkan. Hamba mulakan dengan cerita pasal emas ek. Maklumlah, zaman harga emas 916 tengah mahal nih...



Mencari emas

Suatu hari seorang guru wanita meminta murid-muridnya melukis. Dia memuji-muji murid-murid yang melukis dengan baik seraya berkata, “Wah, cantik sungguh lukisan ini. Nanti cikgu akan tampal di dinding kelas”. Maka gembiralah murid ini menerima pujian dan penghargaan daripada sang guru. Tibalah cikgu perempuan ini ke meja Din. Katanya, “Apa yang kau lukis ni Din?” Din menjawab, “Khemah kaum Red Indian, cikgu”. “Tapi, khemah kaum Red Indian tak macam ni, salah ni,” seru sang guru. Din menjawab dengan yakin, ”Inilah khemah kaum Red Indian, kan ianya berbentuk tiga segi, ada kayu-kayu sebagai tiang dan ada kulit sebagai dinding.” Cikgu tadi mula bersyarah mengenai kaum Red Indian, “Tapi kaum Red Indian tak menggunakan warna merah untuk membuat khemah. Warna merah hanya digunakan untuk acara kematian. Kamu tak sensitif mengenai nilai kaum Red Indian. Oleh sebab itu, lukisan kamu tidak akan ditampal di dinding kelas. Lain kali buat yang lebih baik.” Maka terkedulah Din, budak darjah dua yang tak tau apa itu nilai dan sensitiviti kaum Red Indian. Mulai hari itu, Din menjadi seorang murid yang rendah diri dan tiada keyakinan.

Ditakdirkan, guru perempuan tersebut telah ditukarkan kepada seorang guru lelaki yang berpengalaman. Maka disuruhnya murid-murid melukis gambar mengikut kesukaan masing-masing. Semua murid mula melukis kecuali Din. Dalam fikirannya masih terngiang-ngiang kata-kata guru lamanya. Sehinggalah hampir tamat waktu melukis, kertas di hadapannya putih kosong. Cikgu lelaki ini menghampiri Din. “Din, apa yang kamu lukis?” tanya sang guru lembut. “Er…..” Din mencari jawapan. “Oh, kamu melukis salji putih yang menutupi laman rupanya. Tinggi sungguh imaginasimu, tak pernah cikgu jumpa murid sebayamu mempunyai imaginasi setinggi ini. Tahniah, Din. Bagus.” Tercengang Din mendengar pujian yang tidak disangka-sangka itu. Mulai hari itu Din mula melukis mengikut kata hatinya, imaginasinya.

Lihatlah bagaimana kata-kata seorang guru boleh merubah kehidupan seorang murid. Tak kiralah samada kita ni seorang guru, ketua mahupun ibu bapa, carilah emas dalam diri orang di sekeliling kita. Dengan kata-kata kita boleh mencungkil emas itu.