Sekadar hiasan
Kisah Dua Putera Raja
Tersebut alkisah di sebuah negeri, seorang raja yang ingin menyerahkan takhta kerajaannya kepada anakadanya berdua. Setelah berfikir beberapa ketika, raja mendapat akal untuk memilih penggantinya yang paling layak. Maka dipanggilnya kedua-dua orang puteranya. “Wahai anakandaku berdua, beta telah tua dan rasanya sudah sampailah masanya beta menyerahkan pemerintahan negeri ini kepada salah seorang daripada anakanda. Akan tetapi anakanda berdua akan beta uji untuk melihat sejauh mana kebijaksanaan anakanda berdua buat menjadi pedoman ketika memerintah akan datang,” terang sang raja. “Beta bekalkan setiap seorang dari kamu 5 keping wang perak. Dengan wang ini beta mahu kamu mencari jalan untuk memenuhi bilik ini dengan apa-apa yang boleh kamu beli menggunakan wang tadi. Tapi dengan syarat, sesiapa yang boleh menggunakan wang paling sedikit akan menjadi pemenang. Satu lagi syaratnya, beta tetapkan anakanda berdua perlu melaksanakan arahan ini sehingga matahari terbenam petang ini juga.”
Arahan telah dicanang dan pertandingan pun bermula. Putera sulung keluar istana menuju ke desa. Ketika melalui kebun kelapa dia mendapat akal,”Kalau aku membeli kelapa, pastilah duit ini tidak mencukupi untuk memenuhi ruang bilik di istana. Maka lebih baik aku membeli sabutnya kerana harganya lebih murah dan kuantitinya banyak.” Putera sulung telah membeli semua sabut kelapa di ladang tersebut dengan harga 2 keping wang perak. Apabila putera sulung melalui ladang tebu, dia mendapat akal untuk membeli hampas tebu. Dengan satu keping wang perak habis hampas tebu diborong oleh putera sulung. Dengan girang dia balik ke istana dan menemui sang raja. Melihat adindanya masih belum pulang, dia semakin yakin bahawa dia pasti berjaya mengalahkan adindanya dengan kebijakasanaan dan kepandaiannya. “Ayahanda, saya telah berjaya melaksanakan perintah ayahanda dengan cemerlang. Anakanda hanya menggunakan 3 keping wang perak dan anakanda dapat pulang sebelum senja. Maka sudah barang tentu anakandalah pemenang pertandingan ini,” ucap putera sulung megah. “Sabar wahai anakanda. Beta tidak mengatakan siapa yang paling cepat menyempurnakan kerja ini sebagai pemenang, tetapi siapa yang paling jimat akan menang,” sahut raja memujuk.
Hari merangkak senja dan putera bongsu pulang ke istana. Dilihatnya bilik di istana telah dipenuhi sabut kelapa dan hampas tebu. “Wahai ankandaku yang bongsu, sekarang kekandamu telah memenuhi ruang bilik ini dengan sabut kelapa dan hampas tebu. Ditangannya masih terdapat 2 keping wang perak. Khabarkan kepada kami apakah barang yang engkau bawa untuk memenuhi ruang ini dan berapakah baki wang kuberi tadi?” tanya raja kepada putera bongsu. Putera bongsu mengeluarkan sebatang lilin dan mancis daripada poketnya seraya meminta agar semua tingkap dan pintu ditutup rapat. “Sekarang anakanda bawakan cahaya yang memenuhi bilik ini dan di tanganku masih berbaki 5 keping wang perak,” jawab putera bongsu tenang. “Lihatlah wahai hamba rakyat, putera bongsu telah menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelesaikan cabaran beta. Sedangkan dia tidak perlu membazirkan wang untuk membeli sampah. Maka inilah ketua yang selayaknya menggantikan beta,” seru si raja.

No comments:
Post a Comment
Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.