Rahsia Perindu
Rahsia Perindu (RP) saya kategorikan sebagai second to
Fisyen 301. Sebuah karya yang sangat intrigue, sangat challenging dan tidak
jemu disantap. Dan satu lagi elemen yang saya belajar daripada banyak karya
RAM, sometimes the blurb doesn’t do justice. Buktinya? Blurb RP mungkin hanya
mengisahkan tentang Amylia sebagai peguambela Leopard, tetapi jalan cerita RP
sangatlah berbeza.
Pembaca akan dipancing dengan watak siapakah Maria dan
Harris, dan disasarkan sedikit dengan watak Jefry dan Rashdan, Junaidah dan
Liza. Tetapi peneraju utama adalah Dr. Azlan! Bagi saya Dr Azlanlah watak utama
dalam RP kerana beliau dapat menyelami jiwa sebenar Leopard dan ‘membimbing’nya
kembali kepada jalan normal. Jalan cerita RP amat berbelit umpama ular
melingkar. Terlalu banyak misteri yang perlu dirungkai dan hanya Dr Azlan yang
memegang kuncinya.
Hanya pada lembaran-lembaran akhir barulah RAM ‘sudi’
membongkar segala misteri dengan mendedahkan siapa sebenarnya Amylia. Dialah Leopard,
dialah Maria. Cuma watak Julia (peguam sebenar) agak terlewat untuk diangkat
sebagai pendokong sampingan. Pun begitu, plot cerita yang didominasi proses
psikoanalisis oleh Dr Azlan menunjukkan kesungguhan RAM mengorek ilmu kejiwaan
yang bersifat klinikal, bukan sekadar mainan jiwa dan usikan rasa.
Secara keseluruhannya, saya menyukai RP kerana jalan
ceritanya mencabar imaginasi saya. RAM terus-terusan sahaja membiarkan kita ‘hanyut’
dalam menghayati watak Leopard, Amylia dan Maria, sedangkan mereka adalah watak
yang satu. Begitu ia memeningkan, tetapi ianya adalah suatu exercise minda yang
bagus! Hail RAM!
No comments:
Post a Comment
Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.