March 21, 2012

Secekal Pokok Pisang
Kak Rosnah geram. Kali ini Kak Rosnah betul-betul geram. Mulanya bos Kak Rosnah rajin datang ke pejabat. Tapi dua minggu pertama jer, itu pun lepas pejabatnya direnovate. Lepas tu...hampeh. Dan yang lebih menghampehkan ialah sekitar pejabatnya dah mula semak semula. Pokok pisang...itulah yang amat menjengkelkan Kak Rosnah. Kalau dibiarkan, sekejap jer dah merimbun, kadang-kadang dah boleh buat penggambaran filem seram pun. Kak Rosnah bertekad untuk selesaikan isu pokok pisang secara tuntas kali ini, with or without her boss.
Kak Rosnah ambil parang panjang daripada booth myvinya. Parang panjang berkilat tu dilibas-libas ke kiri ke kanan, kadang-kadang macam siri samurai tahun 80an dulu pun ye jugak. "Nah, ambik ko pisang," seru Kak Rosnah sambil melibas pokok pisang pertama. Dengan dua kali libas jer, pokok pisang tumbang menyembah bumi. Dalam masa setengah jam, lebih 30 pokok tumbang. Kak Rosnah duduk tepi longkang kepenatan, tapi puas.
Selang dua hari baru Kak Rosnah masuk ofis balik. Semalam dia cuti, katanya badan pegel-pegel kerana melibas pokok pisang bila ditanya Tok Pai. Dari rumah, Kak Rosnah pasang niat nak tengok hasil jurus ninjanya ke atas pokok pisang keliling ofisnya. Alangkah terperanjatnya apabila tunggul-tunggul pisang dah mula keluarkan sulur baru, subur-subur lagi. Hati Kak Rosnah makin terbakar. Seolah hilang segala pegel awak, Kak Rosnah u turn, tak jadi parking. Dan dia menuju ke kedai jual minyak tanah.
Minyak dicurah ke semua perdu pisang. "Rasakan ko pisang, lepas aku bakar, takkan lagi ko nak tumbuh meliar kat sini," seru Kak Rosnah sambil nyalakan api. Api marak membakar perdu pisang, anak-anak pisang dan kelaras-kelaras kering. Lupa sekejap yang ofis Kak Rosnah tu terletak sebelah jalan besar dan maybe JAS akan nampak pembakaran terbuka tersebut.
Buat beberapa hari selepas kejadian pembakaran terbuka itu, Kak Rosnah busy ke HQ, ada gotong-royong 5S katanya. Lupa sekejap pasal pisang. Lepas seminggu Kak Rosnah datang ke ofis balik. Tompok-tompok hitam kesan pembakaran terbuka masih boleh dilihat di sana sini. Lepas parking, Kak Rosnah jengah. Masyaallah, di celah-celah tunggul dan abu arang pisang, tumbuh anak-anak pisang dengan subur. Sayup terdengar di cuping telinganya anak pisang mengejek," Akak boleh aje tebang induk kami, bakar ibu kami. Tapi dari abu dan arang ibu, kami bangkit subur. Haha, akak kalah." Daripada rasa marah, Kak Rosnah jadi sebel. "Mbohlah, karepmu waelah pisang," Kak Rosnah mengalah. Dia masuk ke ofis dan tak nak menoleh pokok pisang lagi.
Masa berlalu dan sekarang Tok Pai masuk ke ofis. "Rosnah, kamu takde jengah-jengah ke, keliling pejabat ni? Saya tengok pokok pisang dah tua. Buahnya dah boleh diambil tu. Telifon HQ mintak Kak Mar sediakan tepung goreng, esok kita makan pisang goreng lepas meeting bahagian," arah bos Kak Rosnah. "Kamu masih bawak parang samurai kamu dalam kereta kan? Bagi saya, saya nak tebang pisang-pisang tu,"sambung Tok Pai. Baru kali ni Kak Rosnah pandang ke pokok pisang. Alangkah terkejutnya bila dilihat pokok pisang dah berbuah, bukan sepokok dua, tapi dah keliling pejabatnya. "Oh, rupanya aku bukan sekali dikalahkan si pisang, tapi dua kali. Walaupun aku tebang dan bakar ko, tapi ko tetap berbakti dengan memberi buahmu, pisang. Malunya...,"bisik Kak Rosnah dalam hati sambil menghubungi Kak Mar.
Moral of the story, walau macam mana berat dugaan yang dihadapi pisang, pisang tetap cekal menghadapinya. Demi survival, pisang terus berusaha untuk hidup. Itu pisang, apatah lagi kita manusia yang berakal ini...
Dan lagi, survival pisang bukanlah untuk dirinya dan keturunannya saja. Tapi untuk berbakti kepada hidupan lain, manusia dan haiwan. Alangkah berbudinya pokok bernama pisang ini. Adakah kita setanding pisang?
*karekter adalah fiksyen semata, xde kene mengena dgn yg hidup dan yg mati ye. Terima kasih kepada Kak Rosnah dan Tok Pai sbb beri idea utk menjiwai watak paling berkesan.

4 comments:

  1. alah en....pokok pisang kat umah saya, suami saya baru jer korek n transfer kat tanah kebun jiran sebelah...x sesuai nk tanam kat tmn perumahan...ape2 pon, tajuk album citer ni mmg meruntun kalbu, rugi la insan2 yg x faham tu ye.

    ReplyDelete
  2. haha, sungguhpun sekadar pisang kan....cc dah baca blum?

    ReplyDelete
  3. Moga aku diberikan kecekalan sepertimu...

    ReplyDelete
  4. Anon: hehe, sy x cekal, cekel jer (pegang dlm bahasa jawe)....

    ReplyDelete

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.