March 12, 2010




Satu drama purbakala...

Sebermula kisah berlaku jika dilihat dari sudut pandang politiknya memanglah selalu berlaku di tempat2 kerja jua adanya. Maka berkisahlah sang pencerita mengenai sorang datuk penghulu ini yang dah tamat tempoh pemangkuan kanannya. Seperti jua menurut titah perintah pemerintah bahawa sekelian penjawat hanyalah boleh memangku sesuatu jawatan selama dua tahun jua adanya, dan sepanjang tempoh tersebut, seseorang penjawat itu dimestikan lulus jua ujian2 dunia. Jikalau tidak, maka pemangkuannya haruslah diberhentikan dan dia hanya kembali menjawat jawatan hakikinya jua. Adapun penghulu ini tidaklah mahu menduduki ujian tersebut dek kerana termakan perkhabaran teman2nya yang telah terkantoi setelah banyak mencuba.



Arakian, hamba tersebut menjadi resah gelisah apabila memikirkan nasib yang bakal menimpa. Puaslah dia meratap hiba akan cela nasib dirinya sehingga tiada tempat lagi untuk diadukannya. Sayugia, sang bentara di tempat pekerjaannya telah dinaikkan jawatan jua. Maka berbungalah hatinya pabila khabar ini hinggap di cuping telinganya. "Adalah harapan hamba menanggung 41 plus 44. Sementelah tempoh penanggungan hamba berakhirlah sudah. Tapi hamba perlu menyusun strategi sebelum peluang disambar orang," bisik hati kecilnya. Demikianlah adanya datuk penghulu menyusun strategi.




Dan sebagai bekas wakil calon, maka digunakan segala kepandaiannya dalam melobi jawatan nan satu itu. Perkara pertama ialah berkampung di hadapan opis tuan Laksamana penyusun jawatan di tempat pakerjaannya. Ini bukan sahaja menunjukkan minat dan kesungguhannya, tetapi juga menceritakan bahawa hamba lain tidak layak selayak dirinya. Tidaklah cukup setakat itu, datuk penghulu jua menabur segala janji bahawa manisnya jawatan yg sedang dipangkunya kepada calon yg paling kuat menentangnya. Seteru? usah dibilang perseteruan akibat perbuatan gelojohnya, kerana pada sangkanya, semua hanya tahu bercakap, tapi tidak tahu bekerja sebaik dirinya.




Juga sebagai pengakhirnya, hamba tersebut pergilah menghadap sang menteri memanda bagi menyampai hasrat nubarinya. Alangkah terkejut pabila dikhabarkan bahawa menteri memanda sudah memilih calonnya. Hancur luluhlah segala harapannya bak kaca digilis steamroll jua adanya. Maka terpacullah sumpah seranah kepada diri menteri memanda. Adalah memanda menteri itu pilih kasihlah orangnya, menteri memanda termakan katalah jua, dan yang paling teruk, menteri memanda tidak mendengar arahan tuan laksamana yang menyusun jawatan, katanya. Adapun menteri memanda menjadi tawarlah hatinya demi melihatkan hamba tersebut akan perangai kebudak2kannya. Lantas menteri memanda bersuara,"Jikalau begitulah tuan bersangka, maka hati ini sangat berasa. Pantaslah tuan tidak di hati hamba, dan benarlah pilihan hamba, Tok Kama itu sangat sesuai orangnya. Adapan para buapak, perut dan juga lembaga, tiadalah mereka berkonspirasi menjatuhkan tuan hamba, tetapi mereka membantu hamba melihat duduk sebenar perkara. Bahawa tuan hamba ini desperate sebenarnya, kerana takutkan terlepas jawatan yang ada, dan tercicir jawatan yang tak ada."




Maka berlalulah menteri memanda, sambil kesal penuh di dada. Adapun datuk penghulu terpinga2, segala kepandaiannya tidak berguna, segala helahnya telah terbuka dan yang lebih buruk, segala teman dan kawannya lari bercempera. "Ooo...begitu kisahnya...tahulah sekarang hamba...," sahut pendengar cerita.

March 10, 2010


Kecindan jua adanya...


Hidup ni memang aneh kan? Kadang2 idea nak menulis tu payah sangat nak datang. Dah duduk dpn PC siap jari atas papan kekunci (key board bagi yg x biasa) pun masih x leh nak wat entry. Tapi kadang2 tu time idea nak dtg, sambil makan pun leh menaip kan? Bende ni yg tgh aku alami...kontang idea.


Maka aku pilih tajuk kat atas. Bersempena jugak dgn musim Raja Lawak yg baru berakhir minggu lps, aku pun nak menyibuk jugak. Alah, dah lumrah org Malaysia, suka menyibuk...tapi bukanlah nak komen pasal kemenangan kumpulan Kecik dan kekalahan Alex dan Idlan. Diorg kene kutuk ke, kene puji ke, dorg dah sah2 dpt duit, dpt peralatan elektrik, dpt motor kereta, dan insyaallah tawaran berlakon...kita yang bising2 ni hampeh...So marilah kita wat mende yg sedikit menguntungkan kita, bergurau senda dan bergembira...


Alkisahnya berlaku kepada seorang guru yang ditugaskan menjadi pengawas peperiksaan penting di sebuah sekolah menengah. Dan paper haritu ialah paper Pendidikan Islam. Tengah dok berjalan slow2 mengawasi calon menjawab soalan, tiba2 sorang budak angkat tangan. Sambil berbisik, dia tunjuk soalan yg menimbulkan persoalan (takkan menimbulkan jawapan pulak kan?). Soalan berbunyi,"Apakah pakaian yang diharamkan dipakai oleh lelaki Muslim?" cikgu tu tau jawapannya, tp mane leh bgtau...so dia kata jawapannya bermula dengan huruf 'S'. Budak tu gembira. Sambil angguk2 dia tulis, 'seluar dalam perempuan'. Mak ai...bongap botul budak tu. Cikgu tu tersenyum2 sambil keluar kejap, tahan ketawa.


Tak lama lepas tu, budak yang duduk sebelah budak pertama tadi angkat tangan. Agaknya budak pertama bgtau cikgu pengawas tu buleh bg jawapan kut...Cikgu baik hati tu datang dekat. Pen ditunjuk2 kat soalan lain, "Siapakah wanita yang haram dikahwini?" Cikgu tu ingat nak bg jawapan 'Muhrim', so dia bg hint jawapannya bermula dgn huruf 'M'. Budak pertama tu gembira bukan kepalang sampai tercakap, "Kan aku dah cakap, jawapannya 'Minah rempit'." Laju jer kawan dia salin. Cikgu tu tercengang2. Hari tu jer dia sanggup jaga dewan periksa sbb pengalaman sehari tu kecindan jua adanya...

March 4, 2010


Bukan Milik Kita...


Alkisah sebermula kisah di sebuah desa nun di negeri di bawah bayu sana, tinggallah seorang tua bersama anak2nya yang rumahnya hanyalah sepelaung daripada sebuah masjid. Adapun penduduk sekitar masjid dan desa tersebut semuanya telah memeluk agama Islam, termasuklah anak2 orang tua tersebut, melainkan dia sahaja.


Dan dikisahkan pula, si tua tersebut tersangatlah bencinya kepada agama Islam serta ummatnya. Perseteruan itu bukan sahaja dizahirkan dalam bentuk kata2, bahkan perilaku jua. Sudahlah si tua tersebut suka mencaci dan menghina siapa sahaja yang hadir ke masjid, dia juga selalu mengotorkan rumah suci umat Islam. Bukan sekali dua dia tertangkap ketika meletakkan najis biba dan hanjeng kat mihrab tempat imam sujud. Telah berkali2 juga pak imam dan jemaah serta orang kampung menegah dan menasihatinya, tetapi perasaan bencinya kepada Islam sangat menebal. Nasihat ahli keluarganya juga tidak diendahkan.


Maka berlarutanlah perbuatan huduh si tua tersebut dan penduduk desa mengambil sikap bersabar terhadap karenahnya. Dalam diam, mereka berdoa dia akan berubah suatu hari nanti. Pada suatu pagi, ketika tiada orang berada di masjid, si tua pergi ke masjid. Di tangannya ada sebilah parang. Kelibatnya terlihat oleh pak imam, lantas diturutnya sehingga ke dalam masjid. Si tua mundar mandir di kawasan mihrab. Selang beberapa ketika pak imam memberanikan diri menghampiri si tua seraya berkata,"Untuk apa kamu datang ke mari bersama parang itu?" gerun jugak dia melihat parang berkilat di tangan si tua. "Pak Imam, apakah katamu sekiranya aku mahu memeluk Islam?" kata2 si tua mengejutkan imam. "Benarkah kata2 ini? Kiranya benar, maka aku sangat bersyukur kepada Allah. Tetapi ketepikan dahulu parangmu itu," terel jugak pak imam ni. "Oh, parang ini...maafkan aku pak imam. Tadi aku baru sahaja selesai menebas semak di belakang rumah," jawabnya tersengih2. Dan pada pagi itu, pak tua telah memeluk agama Islam dengan disaksikan beberapa orang penduduk.
Selesai upucara ringkas pengislamannya, pak tua pulang ke rumah. Beberapa orang jemaah masjid memuji2 Allah di atas hidayah yang diturunkan kepada pak tua. Ada juga yang telah bercadang untuk membuat kenduri kesyukuran pada malam itu juga. Tiba2 terlihat anak kepada pak tua berlari2 mendapatkan pak imam. Wajahnya pucat sukar dimengertikan. "Pak imam, ayah baru sahaja meninggal..." suara si anak antara kedengaran. Inna lillahi wa inna ilaihi rojiuun...Para jemaah seakan serentak berkata, rupanya hidayah bukanlah milik kita, nyawa juga bukan milik kita, dan kesudahan hidup kita juga bukanlah milik kita...