February 19, 2010

Terjumpa artikel ni dan teringat komen kepet kat blog ust shafie. Baca dan renungkan...
Andai Rasulullah bertamu ke rumah kita
Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita.Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita, apa yang akan kita lakukan? Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk Baginda erat-erat dan lantas mempersilakan Baginda masuk ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Baginda tentu tersenyum. Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat DVD tak senonoh yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut ke dalam. Baginda tentu tetap tersenyum........
Atau barangkali kita teringat akan poster selebriti setengah telanjang yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa.
Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang hampir berhabuk dan kita meletakkannya di ruang tamu. Baginda tentu tersenyum.......
Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita teringat bahwa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW. Barangkali kita menjadi malu bahwa anak-anak kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW kerana kita lalai dan alpa mengajar anak-anak kita. Baginda tentu tersenyum........
Barangkali kita menjadi malu bahwa anak kita tidak mengetahui satu pun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi hafal di luar kepala karekter Sponge Bob atau Ben 10 Aliens.
Barangkali kita terpaksa harus menukar satu kamar mandi menjadi ruang Solat. Barangkali kita teringat bahwa isteri dan anak perempuan kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW. Baginda tentu tersenyum........
Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi CD kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita. Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita ?
Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahwa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi. Baginda tentu tersenyum........
Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib keluarga kita malah sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al Qur'an. Barangkali kita menjadi malu bahwa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita. Baginda tentu tersenyum.......

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama pekerja Alam Flora yang setiap hari lewat di depan rumah kita. Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW bertanya tentang nama dan alamat Tok Siak masjid di kampung kita. Betapa senyum Baginda masih ada di situ........
Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan Baginda masuk dan menginap di rumah kita? Ataukah akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak Baginda berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu.
Maafkan kami ya Rasulullah...Masihkah Baginda tersenyum? Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir...Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah.

February 9, 2010



Tamak punya pasal...







Sorang pakcik tua sedang duduk termenung kat serambi pondok buruknya di pinggir hutan. Sekejap2 mukanya muram dan kadang2 dia menangis. Isteri dan ank2nya dah paham sangat perangainya itu. Sehinggalah pada suatu hari sang raja negeri tersebut melintas di hadapan pondoknya dalam perjalanan pulang dari berburu.




Melihatkan perihal rakyatnya yg meratap dan menangis, sang raja bertanyakan duduk perkara sebenar. "Gerangan apakah yang membuatkan kamu bermuram durja wahai orang tua?" sapa sang raja selepas seketika melihatkan peel pakcik tersebut. "Begini wahai tuanku. Kehidupan hamba patik ini sangatlah dhaif. Tanpa harta dan saudara mara, maka patik sekeluarga terpaksa membuat rumah di pinggir hutan ini tuanku," pakcik tu wat muka seposen (kalau ada denominasi duit syiling yg lbh kecil, mungkin boleh digunakan utk menggambarkan keadaan memek muka lakonan hebat pakcik tu, kot). "Baiklah orang tua. Beta berkenan menganugerahkan tuan hamba tanah bagi kamu sekeluarga. Esok pagi2, kamu keluarlah bersama pancang kayu untuk mengukur tanah yang kamu kehendaki. Ukurlah sekadar yg kamu perlukan. Tapi dengan syarat, selepas cukup ukuran tanah yg kamu perlu, tegakkanlah pancang kayu kamu dan pulanglah bertemu beta," titah sang raja.




Maka berbungalah hati pakcik tersebut dengan anugerah kurnia daripada sang raja. Keesokan harinya dia sudah mula menyukat tanah yang didamkannya. Maka menggeleng2lah kepala si isteri bukan sahaja kerana suaminya itu tak sempat menjamah ubi getuk cicah sambel bilis, tapi kerana terlupa menunaikan solat subuh jua adanya.




Pakcik menyeka keringat di dahinya. Tang ketiak dibiar sahaja. Dah lebih 3 jam dia berjalan. Mulanya dia rasa cukuplah tanah seluas 3 jam berjalan untuknya. Tapi bila terkenangkan isterinya yg xlah tua sangat, dia terpikir semula, "Ish, tadi tu tanah utk aku, sekarang untuk isteriku yg tercinta pulak...,". Maka diteruskan perjalanannya lagi. Perutnya mula berbunyi kerana tidak diisi sejak pagi. Malam tadi pun dia takat bantai meggi kosong stok utk hujung bulan ni jer.




Lepas dua jam, pandangan pakcik berkunang2. Kali ni peluh yg kuar bukan peluh sbb panas tapi peluh dingin. Pakcik duduk atas tunggul kayu kejap, fikirnya perjalanan dua jam tu baru untuk tanah isterinya. Dan hajatnya selepas ini nak diukur tanah buat anak tunggalnya pula. Dia terbayang2 lepas ni mesti diorg satu kuarga jd OKB. "Hahaha," gelak org tamak mula menguasai otaknya. Pakcik bangun, kunang2 dah jadi kelip2. Semuanya gelap. "Eh, takkan dah malam lak? rasanya aku baru berjalan setengah hari. Tanah utk anakku belum diukur lagi...," jerit Pakcik. Tapi suaranya bergema dlm gegendang telinganya aja. Kakinya lembik, tubuhnya terasa ringan. Pakcik hilang imbangan. Kasihan, tubuh tuanya jatuh tersembam...tepat kat kayu pancangnya, yg ditajamkan hujungnya semalam. "Tuhan...hajat aku belum kesampaian...at least, bagilah can aku makan...," Pakcik terus menjerit. Makcik terus risau di pondok. Pakcik tak balik2. Mana pakcik ni...?




"Ha...itulah kisah org tamak. Berapa ramai org tamakkan dunia sampai lupa keperluan sebenar. Kalaulah hidup cuma nak cari tanah, sedar2 tanah tu dah masuk mulut kita. Itu baru ketamakan pakcik tua, kalau org muda kat bandar camne?" eh sempat lagi pak mertua aku ni kalih isu ke aku. Aku teguk air liur sbb air kat gelas dah abis. Abis2 pun aku pandang tasik kat wetland Putrajaya...

February 3, 2010


Its happenlah, sir...


"Akak, bungkuskan nasi tomato dua," saje jer aku panggil penjaja pasar malam tu 'akak', mana tau dpt nasi free haritu. Slow jer akak tu bungkus, mana taknye, matanya asyik pandang aku atas bawah. "Kenapa kak?" tanyaku heran. "Acik tanya anak jgn marah ye. Anak ni baru balik sekolah ke?" lali aku dgr soalan camni. "Eh takdelah. Saya dah keje dah. Dah lama pun," jawabku berbasa basi. "Iye ke? Acik tgk anak ni mcm budak kolej jer. Mesti umur 21 tahun kan?" akak nasi tomato terus interrogate aku. "Saya ni muka jer cam muda kak, tp umur dah banyak. Ntah kenapalah slalu org ckp sy ni muda," akak tu mcm x minat kat duit kaler merah yg aku hulur je..."Jadi tak salahlah kalau acik nak tau rahsia awet muda drp anak?"sempat gak dia sambar duit tu. "Boleh, solat jgn tinggal. Sbb kalau nak solat mesti amik wudhuk kan. Wudhuk tu lbh berkesan drp SK11 tau kak," Boleh tak jawab camtu?




Ha...itulah situasi yg slalu aku hadapi. Bukan sekali sekala, tp byk kali. Ada sekali tu ada rombongan drp Universitas Nasional Indonesia dtg melawat homestay. So aku kenalah sambut diorg kat pejabat daerah. Sementelah sblm ni berhubung via phone je, bile jumpe dorg x percaya. Katanya nak jumpa dgn ADO Razak. Aku ckp akulah orgnya. Dorg x percaya, dorg kata nak jumpe 'ADO'. Aku kuarkan IC, baru dorg percaya. Katanya, kat sana timbalan bupati (ADOlah tu) biasanya org dah tua.




Tu blm ceriter ngan public2 yg mintak tandatangan 14Alah, 16A, Akuan Berkanun, pengesahan sijil, pelepasan gadaian, perintah jualan. Kadang2 tergelak jugak tgk gelagat makcik2 yg kunun mengata aku dlm bahasa jawa betting berapa umur aku. Sekali aku balas dlm bahasa yg sama, dua2 gelak...Itulah, kekadang bila org kata muka kita lbh muda drp usia mmglah cam best. Lagi2 kalau kwn2 kita yg lbh muda dikatakan mcm pakcik umur 35 anak 3, padahal dia baru 25 blum kawen. Tp dlm sesetengah keadaan, muka muda jugak mengundang rasa mcm 'kureng' jer terutama kat staff kita yg lbh senior umurnya. Iyelah, kekadang tu dgr jugak dorang mengata 'boss tu boleh ke wat keputusan, diakan budak lagi'. Yg lbh tak best kalau jumpa public yg so called 'lil bit' tak puas hati dgn kepantasan kitorg naik pangkat. Iyelah, mcm satu hari tu aku dok borak2 ngan ketua kg, tetiba sorang cikgu tegur aku tanya umur berapa. Dia kata baru keje pat taun dah 48. Sedangkan dia keje seploh taun baru merasa 44.




Jadi jawapan aku, itulah rezeki. Allah bagi rezeki ni dlm pelbagai bentuk. Ada yang cepat, mudah dan senang jer naik pangkat. Ada yang susah, payah dan perit even nak dapatkan keje. Tapi yang penting bukan pangkatnya, tapi pelaksanaannya. Apalah gunanya pangkat tinggi tp keje sama je, kalau tak lebih buruk drp budak sekolah tadika kan? Bagi aku, semuanya kenalah dilihat dari sudut positif. Yg Allah kurniakan muka muda pun itu rezeki, yang Allah bg muka matured pun itu rezeki. Cuma kita kena sentiasa berbaik sangka dengan Allah, sbb Dia takkan bg semua tu dgn sia2.




Tapi, apa kena mengena ngan tajuk kat atas? Haa...quotation tu aku dpt time kursus GRID drp en Ganesan @ abg gani. Sbb perkara ni biasa terjadi, 'Its happenlah, sir...'