June 24, 2009


Hukum Tuhan

Buatlah yang baik pada manusia
Dengan kerelaan serta keikhlasan
Jerih payah kita tidak sia-sia
Tuhan telah berjanji memberi balasan

Pabila yang baik kita lakukan
Balasan yang baik akan gantinya
Itu semua usah ragukan
Berlipat ganda kelak kan datang gantinya

Demikian pula perbuatan buruk
Semuanya itu akan diganjar
Meskipun betapa pandainya menyorok
Namun hukum Tuhan akan mengejar

Tuhan telah jelas menyatakan
Amal buruk jangan dikerjakan
Siapa berbuat kan merasakan
Azab dan siksaan sebagai balasan
p/s: oh, aku teringat kat Kak Sri menyanyi2kan lagu ni kat DPA dulu...

June 23, 2009



The Day I feel so Erkkk...




Jemarinya pantas menekan2 pad kekunci handphone jenis Sony Ericssonnya ketika itu. Asyik berbalas pesanan ringkas (sms) bersama Najib, suara Charlie yg bertindak selaku Pengerusi semakin jauh melayang meninggalkan gegendang telinganya. "Argh, bosan aku meeting harini. Ko tau, dari kul 9 tadi, sampai 11.30 ni, minit mesyuarat lepas pon dia x sahkan lagi," begitu lebih kurang sms yg dikirim kpd Najib. "It's match Charlie's description alright. Btw, lu meeting pe beb?" sms replied. "Pe lagi, Keutuhanlah," terpaksa menekan2 keypad tanpa melihat skrin kunun nak elak dari terkantoi. "Kan aku dah bgtau dulu, tu meeting tu aku bagi 'b' kat depan dia" replied. Eeee, x sanggup aku nak tulisan 'keutuhan' dgn penambahan huruf 'b' kat dalamnye. Sengih.




Immediate boss tanya pasal waran tahun lepas yg x sempat belanja sbb lewat sampai. Intermission, cam dlm citer Hindustan dulu2. Charlie masih membebel dari satu isu ke satu isu. Aku paling ke jam, 12.40. "Dia ni lupa ke harini Jumaat?" hatiku menjerit, tp sape yg dgr? Tibalah sesi round the table. Sorang2 ditanya. Tok Hamsan angkat tangan, walaupun memang itu turn dia bercakap. "Tuan, saya ingat mukim saya tu kenalah dipecah/diasingkan. Sbbnye populasi dia padat, kawasannya luas, tempat mengundinya pun sampai 3 DUN," pemegang robi' sanawi ni kalo nak bercakap..."Ye tok, apa cadangan tok?" masih berbasa-basi tuan pengerusi ni seolah2 masuk waktu solat Jumaat hari tu jam 3 petang. "Masalahnye, elaun perumahan saya dipotong walaupun sy x duduk kuarters. Bukan elaun rumah je, err, anu...saya pun habis dipotong, ape yang tinggal?" Tok Hamsan terus meluahkan cerita sedihnya. "Apa? Anu tok kene potong habis? Ape yang tinggal?" Pengerusi gelak mcm dolphine dicampak ikan. "Maksud saya, elaun yg sara hidup tu...alah, cola ke coca cola...," Tok Hamsan mula terperasan ketelanjuran dan kelucahan yg ditimbulkannye. Hadirin gelak. Aku pon gelak, hah hah hah, jarum jam terus mendekati angka 1, Erkkk....


June 15, 2009



Mboh opo-opo mboh (translation; Ntah hape2 ntah)

Kali ni Ummi ceriter lak pasal kisah sorang mokcik kat kampung kitorang. Mcm biasa, Ummi mmg terel pasal berceriter siap ngan mengajuk suara org yg diceritakan dgn berkesan sekali. Bagi tujuan penceritaan ini, aku refer mokcik ni sbg Untie A jelah ye...

Sebermula Untie A ni adalah sorang anak yg ada masalah lembam. So duduklah si anak tadi bersama ibunya dgn aman bahagia (manelah aku tau dia bahagia ke tak, aku agak2 jelah). Suatu hari Si Ibu telah mengarahkan anaknye itiew utnutk membuka reban ayam yang telah lama kosong dek kerana kerakusan sang musang memakan kesemua haiwan belaan mereka. Sedang si anak leka merobek dinding dan meranap tiang (mcm stadium kat Terengganu) tu, tiba2 tangannya terkena sebatang paku karat. Sebagai penjantan teguh, si anak control macho dan tidak memaklumkan akan hal tersebut kepada ibunya.

Pada sebelah malamnya, rasa nyeri dan berdenyut2 tersebut tidak lagi dapat disembunyikan oleh sang anak. Sambil merengek meminta dipijet (diurut), sang anak menceritakan peristiwa ngeri yang menimpa tangan kesayangannya. Untie A berasa sangat terkejut melihatkan tangan anaknya yg mula membengkak seraya mencadangkan agar dirujuk ke pihak hospital. Mendengarkan perkataan hospital, sang anak menggigil x keruan. Bayangan tangan diinject, kulitnya disiat, tulangnya dipotong2 mcm ayam nak dibuat masak paprik berlegar2 di hadapan matanya. Terus dia lari masuk ke bilik.

Esoknya, Untie A panggil adik beradik yg lain. Puas dah dipujuk, tapi si Anak masih takut ke hospital. Adegan pujuk memujuk ala drama swasta dan bukan swasta telah berlangsung selama beberapa hari. Bengkak yang merah mula bertukar hitam, lebam. Habis ikhtiar, si Kakak telah menelefon polis. "Encik, datang ke rumah mak kami, ada kecemasan," agaknye gitulah dialog si Kakak ngan Abang polis. "Kecemasan mcm mana tu?" Abang polis bertanya pulak. "Encik datang jelah," si Kakak memutuskan talian sbb nak jimatkan credit prepaidnya yg tinggal tak sampai doplosen tu. Eh, emergency call free kan?

Abang2 polis sampai ngan kete peronda kat laman rumah. 3 orang keluar pakai baje orang awam. Si Kakak bg maklumat ringkas, tolong tangkap adik saya bawak pi hospital. Tangan dia kena paku dah mula bernanah dan busuk. Gitulah gamaknye taklimat ringkas si kakak. Abang polis terpinga2, "Kami x penah buat keje cenggini." "Kan ke polis sedia berkhidmat, kepada negeri dan rakyat, mcm lagu yg budak2 DPA dok hapal time modul polis dulu?" Heran aku terhadap tahap pengetahuan am si Kakak itu. Maka berkejar-kejaranlah si Anak ngan Abang2 polis keliling rumah. Dah dpt ditangkap dan dimasukkan dlm kete, boleh plak budak tu keluar balik. 'Kesuh' dan 'bebeh' ngan adegan kejor mengejor, Abang2 polis bertindak 'tegas' dgn menghumban budak tu ke dlm kete, then dikunci. Terus dibawak ke hospital.

Sampai part ni, terkikik2 aku ngan wife aku ketawa. Terbayang 3 org Abang polis dok main kejor2 ngan budak tu. Mcm permainan polis sentry kan? Tapi aku tgk Ummi maintain muka serius dia. "Hish, ko ni x elok tau guyokke uwong. Kan ke A tu ibu tunggal, dahtu anak dia 'weng' sikit. Ummi dgr sampai jer kat hospital terus tangan dia kena cuci. Siap kena operate lagi sbb dah busuk. Skang ni xleh wat ape2 tau sbb berbungkus tangan dia," Ummi kenakan kitorg sedas. Terdiam...Huish, kenapalah aku teruk sgt, ni mesti terkenan alias tersampuk perangai Najib. mboh opo-opo mboh...

June 9, 2009


Life is cool Beb!!!


Minggu ni minggu terakhir Inche Najib sama2 berkhidmat kat pejabat ni. Najib akan memulakan tugasnya di Perbadanan Pengurusan Aset Keretapi minggu dpn. I feel awkward by this situation, tumpang gembira sbb dia dah capai apa yg dia nak sgt; keluar drp pejabat ni, daerah ni dan paling penting negeri ni. Tp sedih sket sbb dah xde kawan nak gelak, ngumpat, kutuk dan mencemuh 'org2 jahat' pada pandangan kami. Najib mmg happening part2 ni.


Kenape ek, aku terasa nak wat special entry pasal Najib? Sbnrnye, wife aku yg beriya2 suwoh, sbb aku raselah, aku rapat sket ngan Najib (kebiasaannya I keep myself reserve from others). Nama Najib memula aku dgr time kat DPA dulu. Masa aku kat sana, budak2 opis ade bgtau pengganti aku time 6 months course. Balik jer, sempat jupe dlm seminggu, sbb dia plak pi kursus. Bile Najib abis DPA, dia jaga Unit Hasil. Aku tetap kat PLB. Tapi DO masa tu asyik tersilap antara aku dgn Najib. Maybe sbb kami 'hampir' sebaya dan sama2 specy kut. Disebabkan batch kami dekat, so kebanyakan pengalaman kami sama. Ditambah ngan berkongsi kawan cam Husin and Mat Lim, we can get along quite good.


Walaupun ramai pegawai lain dtg lps tu, aku tetap x rasa aku can get along with them as good as Najib. Bukanlah Shaqul, Akbal, Saipul, Cek Din, boss, Pejal, and Charlie with his angels tak ok, tp mcm aku bgtau td, batch kami rapat. Sampaikan kami beli rumah pun tarikhnya dekat2 sama (walaupun aku dah dpt kunci dah, dia belum). Sama2 amik PTK, sama2 x lulus2 lagi. And lastly, sama2 hantar form kuar duit EPF and sama2 dpt APC. Lagi satu yg best, Najib ni jenis happy go lucky alias 'The Joker'. Bagi Najib, semua benda kena buat dgn hati yg gumbira. Tu pasallah dia suka wat joke. Kalau dia dah kering idea nak wat joke, dia akan jadikan orang lain sbg subjek leluconnya. X kirelah siapa org tu, kalau dia nak kutuk, dia kutuk tang tu jugak. Sedangkan aku, kalau nak kutuk pun man2, tgk sape kan...


Sampailah semalam, bahagian tanah wat surprise farewell function for him. Aku dpt rasakan mood sedih kat dlm bilik tu. Walaupun Najib dikira berjaya mentransformkan kakitangan tanah drp dull to cheeful type of staff, tp nampak sgt bebudak dia sedih. Bukan sbb Najib dah xde jer, tp dorg dah mula merasakan penangan pengganti Najib yg 'poy' tu. To make it worse, Mr Charlie had spoiled the mood by addressing issues of work instead of putting Najib as the subject matter of the day. Well, Najib refusely accepted that fact, but who cares, dia dah nak blah, dia dah x yah tgk that 'poker face' lg. Tapi kami...?


Hahaha, Aku tau, aku xleh ucap good bye kat Najib. Tp aku harap aku dpt terus dgr cerita pasal Najib, pasal Nabil Luqman, pasal kete dolphine dia, pasal rumah baru dia. Aku jugak harap dpt dgr pasal kenaikan pangkat dia kat sana, cara keje org KTM, pasal dia ngumpat boss and staff dia. Eleh, ape guna ada handphone kan? Leh calling2. Oklah Jib, whatever promise u in time ahead, I wish u a bright future, in this world and hereafter. Adios, amigos. Life is cool, beb....

Jangan Lupa Lirik, ke Jangan Lupa Quran lebih elok?

Boss masih membelek2 akhbar BH. Mukanya serius mcm selalu kalau time baca akhbar. Ntahlah, dah jadi tebiat kut kalau org senior2 ni part bace akhbar kene wat muka serius. Walaupun boss ni jenis 'miang meow2' especially part ceriter artis wanita, tp tiap kali bace akhbar mesti dia wat muka serius. Habis belek BH, boss capai lak Sinar. Kali ni lagi dasat dia punya serius, siap kerut2 dahi yg sememangnya dah ade garisan2 tanda dah dkt nak pencen. (Len kali aku nak suggestkan dia pakai L'oreal anti-ageinglah). Kopi 'O' yg Yana hidangkan lama dibiarkan, sejuk. Uiks, selalunye kalau Yana yg tuang, mesti dia sambar...

"Apalah Aznil ni, dia wat rancangan suruh org ramai menghapal lirik. Lagu lamalah, lagu barulah, lagu rock, dangdut, pop yeyeh, mcm2. Dahtu, sape ingat, dia dpt duit. Yg tua, yg muda, budak2, mak2, yg kurus, yg gemuk, semua sibuk nak masuk, sibuk nak menghapal lagu," panjang bebel boss. Tok Kama yg dok sibuk mengemas box penghulu benti sekejap. Yelah, dah boss bercakap, org bawahan kenelah dengar kan? "Ape tu boss, pasal rancangan Jangan Lupa Lirik ke? Yg tayang kat Astro kan?" Tok Kama cuba respond. "Iyelah, kan baik kalau diorg buat rancangan suruh org hafal ayat Quran. Buatlah kuiz hafal ayat ke berapa surah berapa. Dahtu, sape dpt jwb paling tepat, dpt hadiah buat umrah. Grand prize dpt pegi haji. Kan lebih bagus," cadang boss penuh emo.

"Betul jugak tu, tapi tajuk rancangan tu kenalah tukar ke Jangan Lupa Quran, baru 'mantop'," Tok Kama bagi nasi tambah. Huish, aku tergelak sendirian dgr perbualan org tua2. Dah mmg diajar kalau org tua bercakap, 'org muda' mcm aku ni kenalah diam. Tapi dlm hati tetap gak komen. Kenapa yg Islam ni kena ikut apa yg sekular dah buat, then improvise? Dulu Akademi Nasyid dibuat pun sbb ada AF. Padahal Islam tu dah sempurna. Kalau takat Jgn Lupa Lirik tu bukan setanding pun ngan Majlis Hafazan, sbb kalimat Allah tu maha tinggi. Jgn takutlah, Allah dah janji Dia yg menurunkan alQuran dan Dialah jugak yg akan memeliharanya. Aku pun xdelah heran sgt kat rancangan Jgn Lupa Lirik tu, bukan ade org yg dpt RM sejuta pun kan? Eh, org tua tgh bercakap tu, jgn menyampuk...

June 1, 2009

Err...Which Boss r U?

Just come back from GRID International Leadership Seminar last week, and wish to share some info. Well, the title of the seminar has spoken half of what its all about. The rest is what kind of organisational behavior and style we are now and how to react. And I love to use 'react' rather to 'change'.





There are at least 7 kind of boss identified namely;

  1. 1,1 type- 'tak apa' principle. Translation: "I do according to the book and refuse to divert. Never heard what is productivity and innovation. My staff shall maintain their status quo and I am who I am."

  2. 1,9 type-'country club manager' principle. The key word "I need to become popular among my staff, so that they will follow my direction. It's 'no hal' to spend some 'elaun keraian k/tgn' just to gain their support. When everybody happy, work will goes on."

  3. 9,1 type- "What important is the end-product. I want the objectives to be achieved at what cost. Your feeling? Who cares?"

  4. 5,5 type-"We have our book what? Just followlah. You do your work, I do mine. At the end of the day, the job finish, we got our salary and everybody happy."
  5. 9,9 type- "Gold-oriented babe. Finish your job and I'll 'belanja' U teh tarik later. I am your boss and you friend as well. The company florish, our salary too. Satisfy?"

  6. Parental style- "Do as what I told as I knew it better. You good I reward, you bad I punish."

  7. Opportunist type- "I am your boss as your job description said so. But I am your friend as I need you to do all the work. You may hated me badly, but I am such a damn good actor. You will love me compulsively, heheh (always gelak setan).

And all these types could be detected via initiatives, advocacy, conflict resolution, critique, etc, etc. My comments:

  • Good approach, as the method is actually originated and developed from the US and had been introduced throughout the world. It had been discussed way back from 70's and I think it still relevant as a tool to identify our style, our organisational style as well as to create goal and objectives.

  • The 'seminar manager' - well, they are 2 of them. En Malik ok jer, but the other guy...(ask Najib for futher clarification). In term of time management, from the firm's side 'tip top', they start sharp in time, with or without the participants. Seminar material, excellent, as they are all from the US (truely, madly, deeply do...without prejudice tau).

  • Turning point- the introduction to 'critique' principle as an organizational culture. It's obvious that 'we M'sian' are a little bit hesitant and discomfort with this critique, personally and in group. P/s: They said I am an introvert, am I?
  • The participants-I give a 'WOW' as they are intelligent, outspoken, vibes but yet quite annoying sometimes.
  • Who would U suggest to attend this course: My bosses, of course after they read out our finding and critique upon the seminar.
  • The bad - they award us with some kind of plaque instead of a certificate. We just need a humble piece of paper called as a certificate to be included in our 'Buku Perkhidmatan', that's all. Susah sgt ke????

So, what type of boss am I, ha???